nuff

Saturday, February 26, 2011

Happy dengan Gambar

gambar di bawah adalah berdasarkan cerita dari entry yang ini.




agak berpuas hati dengan gambar-gambar ini...
walaupun I tak cantik dalam semua gamba-gambar diatas, tapi
senyum ketawa kami dalam gambar ni buatkan I rasa nak senyum bersama.
memang pandai abg cameraman tu ambil gambar walaupun ada banyak gambar yang tak menjadi.

gambar-gambar ni adalah untuk mempromosikan UKM.

Friday, February 25, 2011

Macam Mana nak tegur orang untuk senyap sikit







Gambar di atas adalah urutan peristiwa yang berlaku hingga menyebabkan kami ditegur dengan "Hoi!!!" oleh orang dalam bilik tu.

"Hoi" jer?
sentap kejap.....
mmng la kami salah sebab buat bising.
tapi cakap la "SShhhhhh" ker, "Tolong senyap sikit" ker atau lain-lain teguran.

ini...... "Hoi" jer?
teguran tu datang dari tingkat atas kalau refer pada gambar yang last.
sentap siot~

alangkah remuk redamnya hati kami.....
maafkan kami orang dalam bilik. sebab buat bising hingga mengganggu ketenteraman kamu yang mungkin tengah study atau tengah online atau tengah pape lah. sebab kitorang tak nampak. 

lokasi kejadia: Kolej Aminudin Baki
waktu: 2 pagi

I link kan pulak macam mana bila ditegur then kene reject. KLIK SINI

Ini Jawapan untuk Kenapa? dan Why?

KENAPAKAH SAYA ADD AWAK KAT FACEBOOK?
@
KENAPAKAH SAYA FOLLOW AWAK KAT BLOG?

hanya sepuluh (10) sebab sahaja:

  1. Sebab awak artis (FB n B)
  2. Sebab awak famous (FB n B)
  3. Sebab awak punya penulisan  (B n FB)
  4. Sebab awak cantik/ kacak (FB n B)
  5. Sebab awak yang follow saya dulu (B)
  6. Sebab awak selalu komen saya (B)
  7. Sebab awak punya muka ada dimana-mana (B n FB)
  8. Sebab awak suka make-up (B n FB)
  9. Sebab awak aktif (B)
  10. Sebab awak menghiburkan hati saya (B)


Thursday, February 24, 2011

Sekali Sekala Je



sekali sekala je I nak macam ni. tak boleh ker?

bukannya I amik dadah pun~

sedey~

(T-T)

Etika Ber Roommate

malam tadi, tengah mengemas kain baju yang menimbun-nimbun untuk dibawa ke Pahang,
sambil tu kami berbual la macam-macam cerita.
tiba-tiba bercerita kisah-kisah hitam bersama unknown 
yang hidup dalam bilik yang sama dengan kita (roomate lah! itu pun tak faham~)

so, kat sini... berdasarkan pengalaman,
I nak kongsikan apa yang patut kita lakukan supaya hubungan sesama roomate ni tak terjejas sebab perkara yang kecil.

1. berbaik-baiklah dengan roomate anda. walaupun anda pendiam... jangan tunjuk muka emo. nanti roomate ingat korang ni budak Black Metal pulak.

2. TOLONGLAH JANGAN  jadikan barang roomate sebagai harta sendiri. (sebab pernah dalam pengalaman kawan I, dia kata roomate dia siap mandi terus bukak almari roomate lain and pilih baju roomte macam baju sendiri and terus je pakai. seriously dia buat harta roomate sebagai harta sendiri!)

3. sama-sama la mengemas bilik bila tengok bilik bersepah.

4. jangan penuhkan tong sampah roomate dengan sampah kita padahal tong sampah kita bersih tiada noda. JANGAN MACAM TU!!!! teruk tau!

5. jangan usha barang roomate untuk nak di ambil/ dipinjam/ disental suatu hari nanti.

6. walaupun roomate kita nampak macam tak kisah. tapi TOLONG jangan ingat dia memang tak kisah!

7. jangan melenjan katil roomate sesuka hati pada ketiadaan dia. sebab boleh kantoi okay!

8. kalau nak pinjam barang dia, sila beritahu sebelum ambil. jangan dah ambil baru nak bagi tau.

9. berkongsi la kegemaran yang sama....jangan buat roomate tu asing sangat. walaupun anda seorang yang tak suka cakap banyak.

10. jaga lah hati roomate. kalau agak dia buat muka.... jangan la buat bnda yang dia tak suka.

11. jangan lakukan hobi kita sampai menjejaskan mental roomate. contohnya minat berkebun, abis bilik penuh tanah.

12. kalau dah tau roomate tak suka sepah/kotor jangan la kotorkan bilik.

13. kalau dapat roomate yang sememangnya pengotor, jangan pulak sama-sama jadi pengotor! (nanti orang lain nak masuk bilik u olz pun terpaksa fikir 10x and last2 orang tu berdiri depan pintu je. itupun sambil tutup hidung. OMG!!!!)

14. sila jangan biarkan sampah basah yang boleh berbau dalam tong sampah dalam bilik. nanti bilik berbau. contohnya sampah makanan, pad, hingus, kahak dan lain-lain.

hiasan semata-mata.


cukup la untuk itu dulu....kalau ada mana-mana yang I teringat, nanti I tambah.

PERINGATAN! semua di atas bukan pengalaman Tasha semata-mata
 tapi ada juga pengalaman orang lain yang I kongsikan bersama untuk kita semua.

Wednesday, February 23, 2011

Nak Cantik Pun Tak Boleh Ke?

Itulah yang menjadi persoalan yang agak besar bagi I bila I mula make up lebih sikit and pakai baju lain dari yang biasa, sebab biasanya I suka pakai bedak and calit Vaseline dibibir and ready to go. baju pulak, I suka pakai jeans and t-shirt.

tapi bila I mula make up lebih sikit and pakai baju kurung.
orang akan tanya "nak pergi mana??"
tetiba I rasa macam nak tergolek and guling-guling atas lantai.
I pun bermonolog "kenapa? tak boleh pakai macam ni ke?"

paling keji....I akan tinggalkan orang tu dengan tiada jawapan.

pernah juga ada peristiwa I ditegur bila I melaram dan orang tu bagi tau,
"errr.... Tasha, rumah orang tu biasa je. dia bukan anak orang kaya."

bila dengar macam tu, I tetiba rasa macam nak balik sekarang! and tukar t-shirt and kain batik.
"adakah bila I melaram bermakna I nak ngorat lelaki atau I nak ngorat lelaki kaya??" I bermonolog lagi.

OMG~ I'm so confuse.

nak cantik pun tak boleh ker?

kalau I tetap dengan bedak baby and secalit Vaseline plus T-shirt and jeans sepanjang hayat I, nanti u olz muntah darah pulak~

so, I kasi la variety sikit supaya sekurang-kurangnya u olz just munah hijau aje. kan?

tak boleh ker?

cuba bagi tau kenapa tak boleh?

Tasha ada mereng sikit

ini adalah pencuci muka.



dan ini adalah berus gigi


adkah anda akan berus gigi dengan pencuci muka?

atau adakah anda akan cuci muka dengan cara memberus guna berus gigi?

perkara ini dah banyak kali juga la berlaku terhadap I tiap kali nak cuci muka and berus gigi sebelum tidur.
bila dah berkumuh and basahkan muka, dengan pantas dan tuntas I akan mencapai both benda diatas tu.

"GILA!" I menjerit
 bila tersedar yang I hampir nak buka penutup pencuci muka tu untuk diletakan atas berus gigi.

ntah apa masalah mental yang bercelaru dalam kepala otak si Tasha ni pun I tak taulah!
mungkin dia ada mereng sikit kot?

atau pun mungkin dia nak menjimatkan masa mencuci muka dan memberus gigi kot?
hahahaha.....

PERINGATAN!!! 
tolong jangan tiru aksi ini dirumah yer!

Tuesday, February 22, 2011

Persediaan Untuk Ke Pos Betau, Pahang

Gambar dibawah adakah persediaan kami dalam mengumpul baju terpakai yang telah didermakan dikalangan warga Fakulti Pendidikan UKM  untuk Orang-Orang Asli di Pos Betau, Pahang.

itu belum campur yang kat dalam kereta I masa semua kawa-kawan mendermakan baju diorang.
bukan setakat baju, kasut, beg, slipar, cadar, kain dan lain-lain turut didermakan.

masa barang-barang tu belum dikeluarkan dari kereta I, dah macam penjual baju bundle dah kereta I. hahaha.....

agak-agak kalau I buka kedai mest laku giler ek.kikikiki....


 baju yang didermakan menimbun depan mata sampai naik juling mata ni


dah lipat, bungkus cantik-cantik masuk dalam plastik pulak....
kalau tak nanti orang ingat kita bagi tak ikhlas pulak...
masa ni juga la macam-macam jenis binatang dijumpai
dan mana-mana baju yang sesuai dibuat kain buruk telah diasingkan dan 
menjalani proses transformasi oleh mak cik cleaner.
wahahaha.... 

dah bungkus satu persatu, kemudia labelkan pulak saiznya.....
dari sekecil-kecil baju (spender and bra TAK NAK okay!!!! harus diingatkan)
sampai la sebesar baju untuk HULK  pun ada.
hehehe....

  
ini baru sikit~
kalau sempat, nanti I masukkan gambar aktiviti kitorang. 
melambak-lambak baju weh!
siapa tokey baju sejati untuk program ni???

inilah orangnya...
bilik dia kalah kereta I.
huhuhuhu.....


rasa tak sabar pulak nak pergi Kampung Orang Asli Pos Betau, Pahang.
Yahooo....!!

~doakan projek kami berjaya yer~

Study Mata Si Kening Lebat

hari ni nak projek muka sorang costumer ni...
kulit dia licin. I tak ada masalah untuk itu,
tapi I menghadapi masalah dengan kening dia. 
maklumlah....I ni bukan professional.

kalau suruh caras kening dia I tak ada masalah...
tapi yang menjadi masalah adalah kalau dia tak nak ubah kening dia.
tambahan pulak dia nak make up ala-ala arabic yang mmng akan fokus lebih pada mata.
amacam???

so, I kene study dulu artis-artis malaysia yang ada kening tebal.
ina naim ni mmng terkenal dengan kening tebal dia...
tapi masa dia dah caras kening dia sikit, nmpk macam okay.
yang pemenang gadis melayu ni.....
walaupun tebal, tapi nmpk mcm under control.

jelas terbukti Yuna telah mencaras keningnya. 
tapi sikit aje.....
and nampak lebih cerah mata dia.

and ini adalah my costumer....
tulus mulus aje wajah dia....
adakah wajahnya akan dinodai?


nantikan gambar seterusnya adakah I berjaya make over wajah manis si kening tebal ni???
wahaha.... agak mencabar disitu.

update
hasilnya ada disini: 



kalau nak usha hasil tangan I. KLIK SINI



Monday, February 21, 2011

Terapi menghadapi tekanan

hari ini kelas yang agak bnyk komen dari kawan-kawan.
kumpulan I present terapi menghadapi tekanan dengan menggunakan tayangan video yang menyenangkan dan seterusnya menguji tahap stress dengan terapi bola.

ini tayangan video kami:
(PERINGATAN! kalau nak layan video ini, layan kat tempat yang sunyi dan selesa. ulang sekali lagi...sunyi dan selesa yer...)

feed back ada yang positif dan negatif. tapi itu semua kami terima dengan hati terbuka.

lepas kumpulan I, my friend pula present Terapi Lukisan
so, my friend pun menceritakan pengalaman dia menghadapi terapi lukisan.

bapak dia.... menangis berjurai-jurai air mata semua orang.
(kecuali yang berjiwa kental la...)

apa yang buatkan semua orang menangis?
dia ceritakan kenapa dia lukis pokok....
pokok tersebut dia ibaratkan tentang diri dia yang berdiri dengan memerlukan sumber lain untuk terus hidup contohnya air, cahaya matahari, udara dll....

so, dia memerlukan family, kawan-kawan, guru dan lain-lain untuk berdiri.
dalam bercerita tu, dia cerita la macam mana dia menghadapi saat mak  dia pergi meninggalkan dia dan seluruh keluarga. sampaikan dia rasa pemergian mak dia tu dah macam mebawa seluruh diri dia pergi bersama.

huhuhuhu....
I ni dah la sensitif pasal mak-mak ni...
dah tentulah  I menangis~
dah la hari ni birthday my mom plak tu....
ini Ibu saya


huwaaaa....
nasib baik tengah malam tadi dah wish. kalau belum wish lagilah rasa bersalah.

dia cerita macam mana dia jaga nak dia kat hospital,
macam mana dia baru balik rumah sekejap sebab  bergilir jaga mak dia dengan kakak.
and tiba-tiba dapat panggilan mak dia dah meninggal.

OMG~
I tak dapat bayangkan kalau I menghadapi situasi itu.
serius I tak sanggup kehilangan mereka yang I sayang!
mereka yang dah membersarkan I
mereka yang pelihara I
mereka yang mengajar I erti kasih sayang.

I pun sayang my parent!
walaupun kami tak kaya...
tapi I sayang mereka lebih dari semua harta kekayaan di dunia ni.

huwaaa....
tak nak citer dah lah. kan dah nangis....

-the end-

Mari Mengundi...

salam rakan-rakan blogger...

hari ini hari yang meletihkan kot untuk I sebab terlebih tidur. wahahaha....

kenapa mari mengundi?
sebab hari ini dalam UKM adalah hari untuk mengundi 
bagi memilih barisan kepimpinan baru untuk pelajar-pelajar.
masa mengundi dari pukul 8 pagi hingga pukul 5 petang.

tapi masalahnya.... 
I lom pergi pun lagi.
hahaha..... pukul 11 dah terus pergi meeting untuk program nak pergi Pahang.
then persediaan untuk presentation pukul 2 nanti
pukul 2-4 klas pulak....
uish.....

sekarang dah pukul 4
hehehehe...

Intan Natasha... anda cuma ada masa 1 jam dari sekarang!
larik~

(apa yang I buat sepanjang pagi tadi?? ehem-ehem.... paham2 je ler~)

Sunday, February 20, 2011

GIVEAWAY PERTAMA: Jom Blogwalking Contest

ads

TARIKH MULA: 23 Februari 2011
TARIKH TUTUP: 23 Mac 2011
PENYERTAAN: Semua Yang Berminat
SEBARKAN SEKARANG UNTUK PENYERTAAN!!! 



ada hadiah tak???

HADIAH:
Seorang pemenang yang telah dinilai akan memenangi Jersi Negara atau Kelab pilihan sendiri ( gred super ). Hadiah akan dipos kepada pemenang. Kalau pemenang di Kuala Lumpur atau Puchong atau Perlis sahaja yang akan dihantar sendiri oleh abgteror. Bagi peserta dari Indonesia, beri masa sikit ok. Hadiah buat pemenang ke-dua dan ke-tiga akan dipertimbangkan.


amacam??? ada bran??
klik gambar-gambar tu bnyk kali!!!!
wahahaha.....
kalau korang tak klik gambar, I kejar korang dengan parang dalam mimpi korang!!!
wahahaha.... (gilak sudah~)

Selamat Pagi Dunia~

Selamat Pagi Dunia~
hari ini nak melaporkan kesan kejadian malam tadi.

I Insomnia... 
so, pukul 6 baru terlelap setelah tak tidur-tidur dari pukul 10 semalam.
and then......

I bangun pagi hari ini boleh tahan awal juga~
tido pukul 6, bangun pukul 9.
cukup ke tidur tu???
and yang bertambah pelik,
 I bangun dengan sangat bertenaga + ceria (buka je mata terus nyanyi lagu hindustan) kejadahnya?!!!

curious juga ni.
dah la ada beberapa aktiviti penting dalam hari ini.
mari selak jadual~
(masalahnya ko ada ke jadual???
acah-acah mak enon jer....
amender la.....)

cukup...cukup... cukup yer!!!
hentikan monolog gila ko tu!
baiklah. perkara penting yang akan dilakukan hari ini adalah:
  1. latihan tarian pukul 2ptg bersama rakan sekelas (opkoslah berjam-jam lamanya~)
  2. latihan tarian pukul 9 malam untuk pertandingan (ni pun opkoslah menunggu semua sampai, amik masa berjam-jam lamanya. feed up betul dengan budak-budak ni! TENS!!! )
rasanya itu sahaja untuk pagi ini.
Intan Natasha melaporkan untuk  Blogger.com.

daaa~



I am So Nia 2

kejadian kedua apabila mata ini gagal melelapkan mata.
cemburu melihat roomate tidur diulit mayang mimpi.
apakah ini dimanakan cinta??

OMG!

monolog: Tasha, U nak I lempang U laju2 ker..... plahan2?
Tasha: mana-mana pun boleh, I rela

apakah yang berlaku sebenarnya? 
berat dah kpala ni.
wahai mata ku yang bersinar-sinar....
tolong jangan perasan!!!!

tutuplah mata mu~
ku belai-belai rambut mu agar kau terlena 
dalam hatiku.

wallawey....

shattap!


ini insomnia ke dua selepas KLIK SINI


Saturday, February 19, 2011

GIMP killing ME!!!!!


nampak tak  gambar di atas?
I nak jadikan dia transparent. so, how????
I gunakan softwear GIMP versi BM.
tutorialnya I ikut arahan dari Hashira

tengok arahan dia punya la senang....
I try buat kali pertama tak menjadi...
kali kedua pun tak menjadi....
kali ke-3 pun tak menjadi....

OMG!!!!

I give up!

berehat 5 saat.
then try cari gambar lain yang ada background warna putih.
I try buat..... 
kali ni masa save tu, ada pop out and I klik 'ignore' sebab sebelum ni I klik 'export'
then, save.
tup.. tup...(dengan jantung yang berdebar.... terhasillah~)
YESSSS!!!!!!!

I dah dapat jawapan kenapa percubaan yang berkali-kali tadi gagal.

and lastly I cuba lagi.
dan akhirnya.....



rasa macam menang RM berjuta-juta je bila dah berjaya....
I rasa roomate I tengokkan aje keje gila I.
siap sakit hati nak hempuk-hempuk laptop masa give up tu!
(tapi harap-harap dia tak prasan sebab dia tengah leka tengok cerita dalam netbook dia)
wahahahahaha.....

mood bahagia~
ni yang nak kene nyanyi lagi L.O.V.E nih!
hahahaha....




-sENYUm tAK nAmPAK gIGi-

yang dianjurkan oleh Muazatul Adawiyyah.
(wah..... nama lebih kurang macam cousin I lah)


I sebenarnya tak biasa senyum tak nampak gigi...
selalunya mesti nak tunjuk gigi. 
walau pun yer.....
walaupun gigi tak cantik.

oleh itu, dengan rasa tak bersalahnya,
kali ini I beranikan diri menempek gambar senyum tak nampak gigi untuk entry ini.
wah..... ala-ala perempuan muslimah gitew....

macam baru keluar dari mahkamah untuk kes penceraian pun ada gak. wahahaha....
please la Tasha.....

duh~

I tag:
Gadis Pulau
Cik Nin
Adie Nadiah
Popolita
Faizal

This is the true story!

Nampaknya dah beberapa kali juga la I menonton cerita base on true story. 
mmng best, very inspiring very.... huh! don't know how to explain.
 last time I tengok The Kid : a true story tentang Kevin Lewis.
and kemudian tonton Temple Grandin 
and paling laters I baru je habis tonton 172 Hours

kalau ada yang nak tengok cerita tu.... just klik link biru tu yer~

so, sekarang I nak share sikit pasal cerita 172 Hours ni....
awal-awal tengok cerita ni I tak terfikir pun ini true story...
tapi dah habis cerita, masa baca kredit di hujung cerita baru I terfikir 'this must be a true story'
bila I google nama Aron Ralston, hasilnya mmng mengejutkan!

ini gambar masa dia baru diselamatkan sebab tangan dia tersepit batu di celah rekahan bumi.
di tengah2 Grand Canyon yang ala-ala macam padang pasir tu!
OMG! dia tersepit selama 7 hari dengan kehabisan bekalan air selama 5 hari sampai terpaksa minum air kencing sendiri untuk terus hidup. 

mmng dalam cerita tu menceritakan keadaan dia yang tersepit aje! 
so, ini adalah pelakon yang melakonkan watak dia dalam cerita 127 Hours tu.


ini pula keratan gambar macam mana dia terpaksa patahkan tulang dia dan terpaksa potong tangan dia untuk lepaskan diri dari terus tersepit kat situ selama-lamanya.

GOD!!!
kalau kita macam mana? 
apa kita nak buat?
apa kita nak fikir?
selama berhari-hari kita tersepit dalam celah batu dengan tangan yang tersepit and tak boleh bergerak lagi.
macam mana?????


fikirkanlah~



Friday, February 18, 2011

Facebook makin tak best!


hish....tak suka la design FB sejak akhir-akhir ni.....
dah la profile berubah.
then ni, nak tgk gmbar pun tak cantek....
macam mana boleh jadi macam ni?

apakah masalah Facebook?
dia nak suruh semua pengguna ramai-ramai band Facebook ker?
ish...
serius tak suka!

Tasha cemburu~

Cemburunya tengok diorang ni cun melecun~
amik gambar macam mana pun tetap cantik...
make up ker.... tak make up ker....
tetap lawa....
OMG!!!
cemburunya..... 
tetiba rasa nak buat idung (HARAM OKAY!!!)


gambar hasil penyeludupan haram...



betapa diorang beruntung sebab Allah jadikan mereka sebagai insan yang cantik jelita dan digilai lelaki. (tapi I bukan nak lelaki gilakan I. nnt I pulak yang jadi gila. tak mo la~)
me?  tertunduk malu kerana mengkagumi kecantikan mereka.
asalkan ada orang sayang dan gembira dengan I ada disisi mereka pun dah cukup baik
daripada dipulaukan dan dihina seumur hidup kan??

monolog: boleh la tu Tasha...
semua yang ada pada ko tak ada yang kurang pun.
cukup tangan, cukup jari, cukup muka....
bandingkan la dengan orang yang kekurangan..... 
sesungguhnya ko lebih beruntung!

Tasha:Syukur Alhamdulillah.

Nuffnang beranak luar nikah.

baiklah.....
dihari yang mulia ini, I nak sharekan apa yang I telah share semalam....
kalau u olz tak tau kisah semalam, KLIK SINI

dah ready nak tau siapakah pasangan $$$ untuk bersenyawa dalam Nuffnang sampai dia boleh beranak luar nikah?

ish2...ish2....
berani betul dia membelakangkan parent dia untuk bagi duit pada orang ramai kan??

okay, cukup merepek and merapu tu.

inilah dia pasangan $$$ untuk bersenyawa~

hehehehehe...... tiba-tiba rasa macam nak nyanyi lagu  Money! Money! Money!

Money, money, money
Must be funny
In the rich man's world
Money, money, money
Always sunny
In the rich man's world
Aha-ahaaa
All the things I could do
If I had a little money
It's a rich man's world

lagi 1, I would like to thank nuffnag sebab menyedari kewujudan blog Tasha's make up
thank you so  much~
sudi-sudi lah buat anak ramai-ramai lagi yer....

I janji I boleh jaga anak u  tu....
hahahahahaha.....

Thursday, February 17, 2011

Menjawab soalan Abg Eqbal

Abg Eqbal komen macam tu pada entry yang ini. KLIK SINI

so, I rasa terpanggil untuk clear the water.
cewah~
ntah mana datang air pun I tak tau lah.
hahaha....

entry tu bukan bertujuan nak tunjuk diut I.
malah I tak layak pun nak tayang duit RM6 dalam blog ni.
ape ade hal dengan RM6 tu kan?
kalau korek tabung syiling pun dah dapat RM6.

I saje suka-suka buat entry tu.....

I berblog memang lah bukan nak kejar trafik dan duit.
malah, 2 tahun pertama I dalam dunia blog ni. I berdiri dengan tiada nuffnang atau sebarang syarikat pengiklanan  pun dalam blog I.
I buat blog untuk update pengalaman hidup I.
apa yang I tau, apa yang I nampak, dan apa yang I baru jumpa I akan sharekan.
so, bukan untuk $$

tapi kan~~
bila ada $$ dari nuffnang bukan ke kita tambah bermotivasi dalam berblog?
tambah bermotivasi tu I BOLD kan sebab bukan bermakna tak ada motivasi.
cuma makin bertambah dan makin rancak berblog la maknanya.....

macam tu ler~
hahahaha.....

so, berblog adalah minat, tapi bila minat kita disusuli dengan peluang
bukan kah itu menjadi sesuatu yang lebih menambah minat kita dalam bidang yang kita minati tu??
tak gitu?

no offended ya.
daaa~

Masalah Duit tak masuk- Maybank

baru je kejap tadi I pergi Maybank.
I transfer duit untuk masukkan dalam akaun Maybank I.

ada masalah sikit dengan mesin deposit cash tu....
setelah cuba beberapa kali, and keluar resit!
I pun macam pelik kenapa done macam tu jer???

okaylah..... try tengok kat mesin ATM.
aik....tak masuk pun RM$$ I??
macam mana ni??
mungkin tunggu kejap lagi kot~

okay lah. balik dulu~
bila sampai bilik, I pun buka la Maybank2u.
tengok akaun....
EH! apasal tak masuk pun RM$$  ni??

so, I decide untuk call costumer service. 
1-300-88-6688
ada la suara gadia manis melayan setelah dalam 3 minit tekan sana-tekan sini
untuk dapat cakap dengan suara manis itu.
dem sangat!!!
melayang kredit telefon macam tu aje....

so, I pun adukan masalah I pada suara manis itu.
dan setelah ditanya beberapa soalan pengesahan....
dia pun bagi tau masalah kenapa duit tu tak masuk.


nampak tak dalam kotak merah tu???
Suara Manis tu kata duit tersangkut~
so, pihak bank akan selesaikan masalah ni  dan duit akan dimasukkan dalam akaun dalam masa 3-7 hari bekerja.

dem!!!
tapi nasib baik masalah boleh diselesaikan.
terima kasih Suara Manis.

sudah boleh senyum semula~


Nuffnang Tasha VS RedMummy

wah...tajuk nak gempak aje....
saje je.....
nak kasi u olz senyum-senyum and murah rezeki hari ini~
sila la yer.....jangan segan-segan pulak....
nak gelak pun boleh~
I izinkan....

VS

wahahaha...... RM 6 pun nak tayang~
kihkihkihkih~



......hahahahahahahahahahahahahahahahaha....

pape pun, I sayang RM 6 tu.  : P
harap2 nanti dia beranak lagi macam duit dalam ASB tu.
wahahahaha......

btw, adakah dia perlukan pasangan untuk mengawan?
I rasa perlu.....
kalau tau perlu, macam mana dia nak menjalankan proses persenyawaan kan?
sampai boleh beranak kan?

I dah tau dah apa pasangan dia. 
u olz nak tau????

nanti I tunjuk yer....sebab pagi ni tenet agak laju and I rasa macam banyak benda pulak nak buat tengah On9 ni....

BTW, time to timang-timang nuffnang....
sayang-sayang nuffnang....
anje-anje nuffnang....
mucuk-mucuk dia....
ayang dia manyak-manyak....
muaxx.... muaxx.....
terima kasih daun keladi~





Wednesday, February 16, 2011

Hadiah dari Rakan Blogger


sila perhatikan perbezaan antara 2 gambar diatas.

ini adalah header yang dibuat khas oleh Farhah Zaidah untuk blog Tasha's.

bagi I, I suka sangat2 sebab simple pimple.
kene dengan selera I.

sebab I ni suka simple.
kenapa ada dua gmbar yang sama tapi tak serupa? 
sila KLIK SINI untuk mendapatkan jawapan

so, terima kasih sekali lagi untuk Farhah.
I terharu sebab dia sangat baik hati dan ikhlas sampai I nak belanja makan pun dia tak nak.
kalau korang nak dapatkan khidmat Farhah 
sila la melawat blog dia yer....


P/S: ini lah untungnya ada rakan-rakan dalam dunia blog ni, saling bantu membantu sama lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...