nuff

Monday, August 31, 2009

ma famili

memandangkan blog aku ni asyik tayang gambar aje...
makanya untuk kali ini aku nak la taip menaip.
heheheh...

29&30 ogos adalah hari yang agak menggembirakan bagi aku.
kerana setelah sekian lama aku tak pulang ke jb
akhirnya dapat juga aku jmpe keluarga aku.
indahnya xdapat digambarkan dengan kata-kata.

pada 29hb, famly aku sampai dari jb dlm pukul 10pg.
aku dengan tak mandinya terus mendapatkan keluarga aku.
aku cium ibu&ayah
then aku naik bilik dan mandi.

dah siap semua, terus bertolak ke KL
apa lagi tempat membeli barang raya paling mak aku suke...
jalan TAR
fevret semua orang pun sebenarnya,
aku rasa la...

sibuk beli 2....
beli ni....
pilih 2...
pilih ni...
separuh jalan,
aku n mak aku berpecah dari group angah, adik &ayah.

dah puas jalan2 n survey2
lastly...
mencari bank bergerak kitorang(ayah).
ibu beli baju kurung sehelai n
aku mendapat baju kurung dengan warna kegemaran aku.

then masa nak dapatkan kebaya utk aku.
aku agak merajok ngan kata2 ayah.
boleh plak dia kata aku tak lawa pakai kebaya...
huhuhu...
macam nak bergenang gak air mata aku masa 2.
tapi ku tahan juga...
nasib baik aku pakai mask,
xde la dia nmpk muka monyok aku
yang xdapat kebaya 2.

lastly.....
aku ingatkan dah nak blik...
rupanya dari kejauhan aku dengar nama ku berkumandang.
ibu ajak masuk kedai yg 1 ni...
rupanya dia suo pilih kebaya mana yang aku nak
aduhai...
macam nak nangis lg skali pun ada.

then aku pun pilih la mana yang sesuai...
then masa 2...
ayah cakap la...
dia xske kebaya yang aku pilih tadi pasal warne xmenarik
n senang ditelan zaman.

biasa la... klu kita ikut fesyen ni...
lama2 jadi ditinggalkan...
so, lebih baik kita pilih yang xlapuk dihujan
xlekang dipanas.

so, akhirnya...aku dapat juga kebaya yang
aku rasa...
CANTIK SIOT!!!!
hahahhah....

then beli la bnda lain2
macam selendang, tudung, anak tudung, seluar,kerongsang
selendang untuk maktok
n so on

adik dengan perangai dia yang cepat letin n nak cepat balik
angah pula dengan perangai dia yang sangat fussy.

masa kembali ke kereta,
aku terfikir yang aku tak sepatutnya macam 2.
sebab stakat xdapat kebaya dah nak nangis.
padahal apa yang aku nak,
ayah dah tunaikan dah pun.
sedangkan....
ayah xbeli apa2 langsung.
sebab bagi dia,
apa yang isteri dan anak2 nak lebih penting dari diriny sendiri.
tu lah ayah aku!!!
dia xpernah pentingkan diri sendiri.
malah xakan pernah pentingkan diri sendiri.
sedih la plak tibe2.

angah, ibu, adik n aku dah hampir sempurna proses pencarian kelengkapan raya.
sedangkan ayah....
aku rasa dia beli sock je!!!
adeh....
ayah....ayah...

lama juga sebenarnya kitorang menjelajah jalan TAR 2..
dari kul 12-4 ptg.
adeh....
nak tertanggal lutut ni.

dapat masuk dalam kereta adalah kenikmatan paling indah
setelah penat dan puas bershoping raya.
dan kami terus ke rawang.

30hb pula...
kami menjalankan operasi membeli belah di shoping complex plak.
1st skali,kami ke IKEA...
beli alas meja, mangkuk la... pape la
untuk kelengkapan rumah.
xde la banyak sangat...
kang kayap pula bapak aku.

xsangka terserempak dengan Fatin,
tu pun angah yang bagi tau ada orang panggil
"kak Tasha"
dan tunjuk orangnya...
skali aku toleh...
budak fatin rupanya...
hehehee...
"hye Fatin, nice meet u here"
aku berkata dalam hati.
hahahah...

dah keluar dari IKEA,
pergi ke ONE Utama plak...
xde bli apa sangat.
juz beli seluar n baju adik n angah kat PADINI jek
jeles tol coz xdapat beli pape kat PADINI 2.
JELES!!!!!

Then operasi mencari kasut raya aku dan ibu diteruskan
ke SOGO.
aku xde mood betol nak membeli belah kat tempat sesak.
padat sangat dengan manusia.
dan aku rasa macam semua kasut kat dalam SOGO 2........
xcantik langsung!!!!

aku dah xnak pilih kasut
skali ibu panggil.
dia suruh aku try 1 kasut ni
xtau la jenama cap ayam mana ntah.
aku pun menyarungnya.
wow....sungguh selesa
walaupun rupa macam kasut untuk opah aku.
hahahaha....

so, aku dengan muka geli2
terima la kasut 2 seadanya...
bak kata orang, xkenal maka xcinta.
dah beli, nanti...
aku berkenalan la ngan kasut tu.
hahahaha....
aku harap kasut tu boleh buat aku berjalan sribu batu tanpa letih dan melecetkan kaki aku!!!
klu x...
ko tau la nasib ko nnt.

dah balik dari SOGO,
kami ke rumah kakak kepada ayah aku di damansara.
dan sekali lagi....
bapak aku xde apa2 pun yang dia beli
untuk raya melainkan seluar pendek
yang dia kata untuk tidur yang dibeli di SOGO.
aku tak faham betol bapak aku ni...
agaknya di malam raya, dia nak tido pakai seluar 2 kot.

ayah.... ayah....
hmmm....
aku betol2 xfaham konsep hidup dia.
klu orang lain....time raya ni la nak baju baru,
kasut baru, purse baru....
whatever la yang baru.
ini tidak....
anak n bini dia, dia bagi pakai barang baru.
dia???
tetap dengan diri dia.
sampaikan mak aku kata...
"klu xbeli baju raya...jangan pergi raya"
kejamnya mak aku...

what ever pun...
aku sayang ayah aku.
bagi aku, he is the best man in the world.
dan aku yakin, xakan ada lelaki lain yang macam bapak aku
klu ada pun...
hanya sebahagian perkara aja yang sama.
selainya....
ayah aku adalah dirinya sendiri....
iaitu ayah aku!

aku pulang semula ke UKM pada pukul 9.30 malam
dan aku sayang famili aku!!!!
x ada yang lebih bererti dlm hidup aku kalau xde mereka.
=)

Saturday, August 22, 2009

My 22nd Birthday Celebration
















P/S: thanx 2 everybody whom eppreciate me in your life.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...