nuff

Sunday, July 31, 2011

Minum Petang Terakhir

gambar carian Google (gambar cik lekit rupanya)

dipetang Syaaban terakhir ini...... my mom terjerit2 ajak I minum petang. sedangkan I tengah perah otak cari idea nak update blog. last2 i give up untuk update blog bila ibu cakap "meh la minum petang~ pas ni sebulan dah tak leh minum petang."

hahahaha......

SELAMAT BERPUASA SEMUA~

KFC putus tunang

hye semua...

Just nak luahkan apa yang bermain dalam fikiran. 
bila baca surat khabar hari ini, I tengok KFC mengaku yang dia dah putuskan pertunangan dengan Elia (jejariruncing). mest hari ini berjuta-juta orang masuk melawat blog Elia kan??? cemburunya rasa..... (sebab blog I ni sunyi sepi tak ada pengunjung)

Tapi hakikatnya....kesian kat diorang baru bertunang dah putus. klu kita masuk blog Elia pun.....hampir setiap entry dia sebut tentang KFC. macam mana la dia nak teruskan life blogging  dia bila dah putus tunang tu ek. agak2 dia buang tak semua entry y ada sebut pasal KFC?

Tu lah orang kata...... masa bertunang ni darah manis. senang tergugat. kene jaga elok2..... baru bertunang je aritu dah beribu duit habis untuk pelamin, pakaian tema arabian dia tu...... OMG!!!! sungguh membazir. kesian pun ada..... tak pe lah~ 

ajal maut, jodoh dan segalanya adalah ketentuan Allah. mana tau sekarang putus tunang tahun depan KFC dengan Elia bernikah ke kan2?? siapa tau~

lagi satu yang naik pelik bin hairan pasal kisah rumah tangga Jimmy dengan anak jutawan kosmetik tu. kenyataan bercanggah. naik pening pulak kpala ni (tak de benda lain nak pikir sebab sedang jadi penganggur)

Friday, July 29, 2011

Jadi Pengadil Pulak~

Hye semua~

Minggu lepas I baru join satu kursus jadi pengadil sukan bina badan di Muar, Johor. sanggup okay.... sebab I rasa macam bnda tu satu peluang untuk I. mana lah tau masa akan datang nanti benda tu akan bawa kebaikan untuk I..... (angan-angan nak sampai dapat melancong luar negara dengan jadi pengadil) hahaha..... kursus tu dari 21-22 Julai 2011. and diteruskan dengan pertandingan bina badan untuk mencari Mr. Malaysia. huhuhu.....

21hb tu, belajar je dulu semua basic untuk jadi pengadil. tapi malam tu dah kene study sebab besok ada exam theory. amik ko!!!! dah lama tak exam.... tiba-tiba ada exam pulak. tawakal je lah.
ini lah segala nota yang I kene telan untuk exam theory esoknya.
22hb, dimulakan dengan kelas belajar etika2 pengadil bina badan. then pukul 3 ptg, exam pulak.... hahahaha..... kelakar betul tengok orang tua-tua amik exam. oh yaa..... lupa nak bagi tau. I satu group dengan Sazali Samad and wife dia Hashrine Hashim. terseronok pulak rasanya dapat jumpa hero Malaysia. wahahaha....

berikut adalah gambar-gambar aktiviti kitorang selepas habis exam~

My Mentor~

sebahagian dari peserta perempuan


ini pulak adalah peserta yang layak ke peringkat final bagi kategori Heavy Weight (90 KG ke atas)





lepas habis prejudging

ini sebahagian peserta kursus dengan guru yang mengajar (3 di tengah)

masa ni baru je habis exam practical masa proses Pre-judging peserta untuk ke peringkat final. susah juga nak nilai mana yang terbaik dengan badan diorang yang berketul-ketul tu. adoi~ redha je lah dengan keputusan ujian tu. samada lulus atau gagal. HARAP-HARAP LULUS LAH!!!


gambar di atas ni pulak adalah majlis makan malam terakhir untuk peserta-peserta kursus dan semua athlet yang terlibat. yang kat belakang tu adalah peserta-pesrta untuk pertandingan Best Poser. macam-macam ragam...hahahaha...

gambar di atas ni adalah hari terakhir pada 24 Julai 2011. masa ni I dah jadi sekretariat pertandingan. sebab tu dah tak pakai baju putih. and yang baju hitam tu I boleh terjumpa pulak kawan sekolah lama.... hahahaha..... yang pakai jaket kelabu tu adalah pengadil perempuan untuk pertandingan bina badan di Muar tu. dia dah kira pengadil peringkat kebangsaan. I cuma amik kursus perigkat negeri je..... kene cari pengalaman dulu baru boleh jadi pengadil peringkat Kebangsaan. coming soon~

btw, yuran kursus tu RM170.... cikgu cakap dulu murah.....tapi sekarang dah mahal sebab banyak bnda menyebabkan bnda tu jadi mahal. pape je lah~

apa-apa pun...... semua tu memang pengalaman yang menyeronokkan bagi I

Monday, July 25, 2011

Kenapa tak boleh buka Facebook?

hye semua,

I pelik la.... kenapa dengan laptop i ni?
I tak boleh buka Facebook la..... dia loading untuk facebook lama gila tapi masih tak masuk-masuk. 
I pakai broadband celcom. web site lain semuanya loading kejap, then terus boleh masuk. tapi kalau facebook ni..... lama gila loading pun tak masuk-masuk. ape kes?

ada sesiapa boleh bantu???

Sunday, July 17, 2011

After 7 tahun tinggalkan sekolah

hye semua...

Kenangan menggamit memori....
Memori adalah sesuatu yang susah nak dilupakan, dan walau getir macam mana pun keadaan ya kita tempuhi masa tu.... setelah lama ditinggalkan dan tiba-tiba dikenang kembali. pasti ada sesuatu y akan berlaku pada kita walaupun benda tu mungkin tak berulang lagi  (tersenyum@ menangis meninggalkan kenangan)

so, here we with my memori yang dah 7 tahun I tinggalkan  sejak tamat SPM '04 kat Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Alam, Johor.
Klik photo untuk Zoomie....
Sambutan 10 Tahun SMKBSA (dibuka pada 16 Julai 2001)
Bersama Cikgu Zaki yang mengajar kami subjek Fizik masa form 5&6.


ramai guru yang penah mengajar kami dah pindah ke sekolah-sekolah lain
and apa yang tinggal ramai giler guru-guru baru.  masa zaman I skolah dulu cuma ada 1 sesi (pagi), tapi sekarang dah ada 2 sesi.  
Klik photo untuk Zoomie....

"Cikgu-cikgu baru yang ada kat sekolah tu semuanya nampak macam budak-budak". my friend said
"bukan cikgu tu yang nampak macam budak-budak.... kita sebenarnya yang dah tua." I said.
mana tak nya..... cikgu-cikgu kat situ kebanyakkannya seawal usia  23 dan ke atas.


Klik photo untuk Zoomie....
inilah tempat kitorang selalu lepak lepas balik dari sekolah.... atau lepas habis PJ, atau sebelum dan selepas ke kelas agama,atau makmal. I pun budak nakal juga...... sempat melencong sana sini. bukannya terus masuk kelas. hahahaha.....

Klik photo untuk Zoomie....
gambar atas ni..... bersama barisan kepimpinan sekolah SMKBSA masa I masih sekolah kat situ.
Yand baju hijau tu lah Pengetua pertama sekolah SMKBSA. dah bersara dah pun..... kitorang batch2 tahun 2003-2004 panggil pengetua sebagai Ayahanda. Ayahanda Zul baik sangat2 orangnya...... dan rasanya kebanyakkan sekolah yang pernah dipimpinnya pun berjaya.

Klik photo untuk Zoomie....
ini pulak guru kelas kitorang dari form 4 sampai form 5. Cikgu Almas (bererti intan)

Klik photo untuk Zoomie....
ini pulak Cikgu Arbain Miswan. guru paling garang...... hahaha.....
kalau bukan sebab dia garang, tak mungkin I dapat A dalam SPM. hahahaha....
I rasa, sebab dia garang lah, dia sayang anak murid dia  kan???

ini tempat duduk I masa tingkatan 5. duk tepi tingkat baris ke dua dari depan. 

cantik kan pemandangan sekolah I???

ini pulak kelas kitorang masa tingkatan 4. 
Tingkatan 4 lah pertama kali I menjejakkan kaki ke sekolah ini. sebelum tu I sekolah kat ACS Methodist, Sitiawan, Perak.






Siapa setuju kalau I cakap zaman sekolah adalah zaman yang paling seronok skali???
sila angkat kaki....


~Rindu kenangan itu~

Thursday, July 14, 2011

David Letterman ask Paris Hilton about sex

Justin Bieber bercinta dengan Selena Gomez


budak-budak lagi dah sibuk bercinta sana sini. mmng I jeles sebenarnya.
tapi yang tak baiknya adalah..... inilah yang budak2 Malaysia sekarang tgh gila-gilakan.
jadi, apa yang artis tu buat, semua pun diorang nak buat. bercinta dalam sekolah.... berpegang tangan bercium-cium, ber*&^% bagai......

yang dah mengaku tak ada dara tu memang dah kes berat lah kan!!!

apa la nak jadi dengan budak2 zaman sekarang?
jangan nanti bila dah tua menyesal tak sudah pulak.....
kalau minat pun, tak paya la nak tiru macam artis barat tu.
budaya diorang berbeza. sayangilah nilai-nilai ketimuran yang sangat tinggi nilainya...

JB and SG ni pun belum tentu kekal selamanya..... dah nama pun orang barat. 
kalau diorang dah sex pun, tak de hal. tapi kalau anak melayu kita dah sex seawal usia 14 tahun...... siapa nak kawin dengan dia nanti????? macam mana dengan masa depan dia nanti? macam mana kalau dia dapat penyakit kelamin? tak ke malu.....

I pun tak tau lah nak kata apa dengan masalah budak2 zaman sekarang. diorang dah macam tak ada rasa malu untuk bagi tau yang diorang ada kekasih. kalau zaman I skolah-skolah dulu....... nak cakap "saya suka awak" pun takut. (takut mak marah) ini kan pulak nak bercinta-cinta, berpegang-pegang, bercium2. OMG!

Zaman I dulu, kalau suka pun...... suka dalam hati je lah..... makanya selamat dunia akhirat. tak berdosa (masa tu and untuk benda tu  lah kan...... bukan maknanya I sangat suci tak pernah berdosa okay~) banding dengan budak2 zaman sekarang yang TERLEBIH BERANI.

Wednesday, July 13, 2011

Tasha Reject lelaki yang...

hye semua...

I nak straight to the point.

I tak suka lelaki yang banyak sangat tanya. kenapa macam ni, kenapa tak macam tu, bila macam tu? ape itu? apa ini? and macam-macam  lah yang dia nak tanya. I memang tak suka and I reject gila-gila lelaki yang banyak soalnya. lagi2 bila dia nak loyar buruk ngan I. tanya itu, tanya ini dengan niat nak bergurau. sesungguhnya I memang tak suka. so, En. X yang dah kene reject..... sila perbaiki kesilapan anda yer. sila la cari perempuan yang boleh layan bayak sial soal U tu yer.... sebab I ada bayak lagi soalan nak kene jawab. soalan exam, soalan akhirat, soalan agama and so on...

Oopss, sebelum terlupa.... I memang reject gila-gila lelaki yang tak menepati masa! walaupun dia suka pakai jam. kalau dia kata pukul 8, I akan berada di tempat tu pukul 7. 55... and I cuma boleh bagi excuse 5 minit aje. lepas I dah tunggu sampai pukul 8.05 tak datang juga.... I blah~ (kalau 1st date sila tepati masa okay).




P/S: tiada masa nak cari kekasih. I just nak orang yang ikhlas and minang I untuk jadi *..* dia (FULL STOP)

Monday, July 11, 2011

Kematian itu pasti!

hye semua,

tadi ada seorang rakan I kongsikan satu blog. I pun buka.... adoi...pnjangnya cerita orang tu. I pun reply kat my friend tu "boleh tak malas nak baca? panjang sangat lah"

dia pun reply "kalau malas, skip2 lah baca... itu blog bakal tunang orang yang I cerita kat u, dia baru meninggal 2 hari lepas."

I pun terus bulat mata bula nampak perkataan meninggal. what??? meninggal?
so, cepat-cepat I buka semula blog yang kawan I bagi tadi. 

I baca satu persatu ayatnya.... sambil baca, sambil itu lah air mata ini bergenang dan tak tertahan-tahan lagi akhirnya jatuh juga membasahi pipi..... Ya Allah..... memang benar lah bahawa Kau yang maha berkuasa atas segalanya.... nak tau lebih lanjut, baca lah blog ini  http://luahanhatiorked.blogspot.com/

bila habis baca satu entry, I baca entry-entry seterusnya hingga tak tertangguh lagi rasa hati ini.... dah la luahan hati dia sangat sedih. disertakan pulak dengan lagu yang sengat sedih..... Masya-Allah.....

I jadi teringat orang-orang yang I sayang dan I pernah cinta. macam mana lah I nanti kalau mereka pergi meninggalkan I. memang lah cakap macam tu tak baik. tapi demi Allah..... 'Kematian itu pasti' so, kita kene redha dengan ketentuanNya.  I jadi bertambah sedih dan terus menangis bile membayangkang kalau I kehilangan my parent, atau my grandma atau my brother atau sesiapa sahaja yang paling rapat dengan hati ini....

I jadi sedar, bahawa selagi kita hidup ini...... jadikan lah hari ini sebagai hari terakhir dalam hidup mu. supaya jika aku tidak bangun hari esok, aku akan pergi dengan damainya.... buat kalian semua..... kematian itu pasti. dan kalau hari ini Intan Natasha (pemilik blog ini) mati..... ampunkan lah salah silap I yang pernah I lakukan pada kalian ya.....

Thursday, July 7, 2011

Azam tahun baru 2011!!!

~ini sticky post~




Azam 2011 Intan Natasha...
so, ai teringin nak tau apakah azam tahun baru rakan-rakan blogger semua.
kalau ada yang dah buat entry pasal azam 2011
sila la link kan kat ai yer....

mana la tau azam kita sama.
hehehe.....

btw, apa yang ai harapkan untuk dilaksanakan pada sepanjang 2011 adalah:
  1. graduate atau = dengan konvokesyen sebagai mahasiswa UKM
  2. seriuskan diri dengan mengamalkan diet yang seimbang. tak nak makan terlalu kenyang dah!
  3. kurangkan marah-marah. lebihkan senyuman w/pun orang lain tak nak senyum kat ai. hahaha...
  4. dapatkan pekerjaan yang sesuai. tapi tak nak memilih sangat!
  5. kumpul duit untuk kawen
  6. berterima kasih setiap hari dengan apa yang ai dah lalui. sebab sebelum ni selalu terlupa nak ucap terima kasih, bukan stakat dengan Allah, dengan orang pun selalu lupa.
  7. menjadi anak yang lebih baik and dengar cakap ibu bapa.
semoga semua azam ai tercapai sepanjang 2011.

Friday, July 1, 2011

cinta yang dipelihara



Hye semua~

tadi jalan-jalan tengok gambar kawan-kawan..... ada la sorang kawan ni, I tgk gambar dia ngan awek dia yang diorang couple sejak zaman sekolah. seronoknya tengok diorang... bercinta bertahun-tahun lamanya and masih bertahan. rasanya mesti ada pasang surut  dalam hubungan tu kan. tapi kenapa la korang tak kawin-kawin lagi? sampai bila nak bercinta? klu dah dekat nak kawin bagus lah~

I jadi terfikir yang sebenarnya macam rugi la pulak kalau bercinta lama-lama ni..... sebab tak ada peluang nak kenal dengan orang lain. mana tak nya.... kang kalau fall in love dengan orang lain. dituduh curang pulak. betul tak? 

bila nak putus tanpa sebab macam pelik la pulak.... hahahaha.... pape pun, semoga kita semua mendapat yang terbaik untuk diri sendiri. amin~

tapi bila dah kawin pun.... kita kene pertahankan juga cinta tu supaya kekal hingga ke tua. kan2??? so, I rasa sebab tu lah masa zaman sebelum kahwin ni.... kita kene cari yang terbaik. supaya perkahwinan akan kekal bahagia selamanya. pada mereka yang dah bertemu cinta yang dicari, congratulation I ucapkan.

me??? sedang mencari~
wish me luck okay...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...