nuff

Thursday, December 13, 2012

Celine Dion - It's All Coming Back To Me Now



There were nights when the wind was so cold
That my body froze in bed
If I just listened to it
Right outside the window

There were days when the sun was so cruel
That all the tears turned to dust
And I just knew my eyes were
Drying up forever

I finished crying in the instant that you left
And I can't remember where or when or how
And I banished every memory you and I had ever made

But when you touch me like this
And you hold me like that
I just have to admit
That it's all coming back to me
When I touch you like this
And I hold you like that
It's so hard to believe but
It's all coming back to me
(It's all coming back, it's all coming back to me now)

There were moments of gold
And there were flashes of light
There were things I'd never do again
But then they'd always seemed right
There were nights of endless pleasure
It was more than any laws allow
Baby Baby

If I kiss you like this
And if you whisper like that
It was lost long ago
But it's all coming back to me
If you want me like this
And if you need me like that
It was dead long ago
But it's all coming back to me
It's so hard to resist
And it's all coming back to me
I can barely recall
But it's all coming back to me now
But it's all coming back

There were those empty threats and hollow lies
And whenever you tried to hurt me
I just hurt you even worse
And so much deeper

There were hours that just went on for days
When alone at last we'd count up all the chances
That were lost to us forever

But you were history with the slamming of the door
And I made myself so strong again somehow
And I never wasted any of my time on you since then

But if I touch you like this
And if you kiss me like that
It was so long ago
But it's all coming back to me
If you touch me like this
And if I kiss you like that
It was gone with the wind
But it's all coming back to me
(It's all coming back, it's all coming back to me now)

There were moments of gold
And there were flashes of light
There were things we'd never do again
But then they'd always seemed right
There were nights of endless pleasure
It was more than all your laws allow
Baby, Baby, Baby

When you touch me like this
And when you hold me like that
It was gone with the wind
But it's all coming back to me
When you see me like this
And when I see you like that
Then we see what we want to see
All coming back to me
The flesh and the fantasies
All coming back to me
I can barely recall
But it's all coming back to me now

If you forgive me all this
If I forgive you all that
We forgive and forget
And it's all coming back to me
When you see me like this
And when I see you like that
We see just what we want to see
All coming back to me
The flesh and the fantasies
All coming back to me
I can barely recall but it's all coming back to me now

(It's all coming back to me now)
And when you kiss me like this
(It's all coming back to me now)
And when I touch you like that
(It's all coming back to me now)
If you do it like this
(It's all coming back to me now)
And if we, , ,

Friday, December 7, 2012

tentang cinta

akan tiba saatnye dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu behenti mencintai kita atau tidak mencintai kita, melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.

Wahai P E R E M P U A N!!!

Wahai P E R E M P U A N!!!!!!

janganlah kau nak memenangi hati lelaki yang sudah jadi milik orang dengan cara kotor!

janganlah ko kepit lurah dendam ko bila ko nak menggoda milik orang!

jangan lah ko tayang pusat ko tu bila nak rampas kebahagiaan orang lain!

jangan lah ko tayang betis dan peha ko tu bila ko geram tak dapat lelaki tu!!

ko tak tau ke kalau semua orang akan anggap ko perempuan murahan kalau ko nak menangi hati lelaki dengan cara macam tu????

aku cakap je~ kalau ko tak boleh terimaa...... terpulang lah. 

aku cuma mengharapkan kalau ko akan insaf dan menjadi lebih baik dari diri aku yang menegur ko ni!
Semoga Allah ampunkan dosa kita semua. aminnnn....... 

sesunguhnya tiada dendam di hati aku. dan amarah ini hanya bisikan syaitan yang terhibur bila aku marah. tapi aku yakin amarah ini tidak membawa erti apa-apa kerana semakin lama, semakin reda~

Thursday, November 29, 2012

Bersalah

semua orang mesti pernah rasa bersalah dan pernah buat kesalahan.

so, kalau seseorang pernah buat salah... mesti dia akan rasa bersalah dan rasa tak menentu sebab asyik terkenangkan kesalahan yang dia dah buat.

seorang perempuan yang telah mengganggu rumah tangga seorang lelaki kerana berusaha untuk mendapatkan perhatian dan cinta dari lelaki yang dah berumah tangga itu. bila dia dah berjaya mendapatkan lelaki tu, dia akan gembira dengan kejayaannya. dia akan rasa bersalah dengan perempuan yang dia kecewakan dulu (kalau dia ada rasa macam tu la kan~) dan dia akan berada dalam ketakutan sebab dia mendapatkan lelaki tu dengan cara yang salah, oleh itu..... dia risau kalau ada perempuan lain yang akan rampas lelaki tu dari dia. betul x???

so, kesimpulannya di sini..... seseorang akan rasa bersalah kalau dia pernah buat salah. 

dalam kehidupan ni ada turun naiknya. 

WHAT GOES AROUND, COMES AROUND.

Thursday, November 22, 2012

Gila Melancong

dari zaman kanak-kanak lagi sebenarnya I ni teringin nak melancong dan lihat seluruh dunia. kenapa? sebab sia-sialah kita hidup kalau jadi katak bawah kaca yang lihat luar dari satu tempat. lebih baik kita keluar dan merasai sendiri apa yang indah dan unik dalam ciptaan Allah ni kan. bila kita jalan-jalan kita dapat mensyukuri nikmat yang kita nampak dan kita lalui. betul x? 

Tapi memandangkan I ni bukan anak orang kaya, jadi semua angan-angan tu susah sikit la nak capai. kene berusaha keras untuk cari duit supaya boleh sampai ke negara orang. dulu masa kecil, i bercita-cita nak jadi peramugari supaya dapat berjalan ke seluruh dunia. tapi, I ni rabun..... tak dapat la jadi peramugari. 

so, sekarang ni I tengah malas nak buat assignment sebab cursor asik berlari2 di skrin komputer untuk lihat keindahan Istanbul, Turki. kenapa tetiba nak tgk Turki plak ni?? sebab masa I ikut bengkel penulisan Thesis Cepat kat UTM, Skudai, Johor aritu... Dr. OT cakap pasal melancong ke Istanbul sangat berbaloi-baloi dengan melihat keindahan Islam. wowww......

pemandangan Istanbul.

jadi, hasil google, I jumpa blog mereka ni yang telah menaikkan lagi semangat I untuk ke Istanbul. kalau ada duit lebih, I taman angan-angan ni untuk sampai ke Istanbul pada 2014. Amin.......

jom melawat Istanbul:

kalau ada sesiapa yang nak share pengalaman dan nak nasihatkan I pasal trip ke Istanbul dari segi keselamatan, penginapan, makanan dan sebagainya sila la comment and tinggalkan email address k. 


Tuesday, November 20, 2012

Apa yang terbaru??

okay, apa yang terbaru tentang life tasha?

-sambung Master dalam bidang pendidikan khas di UKM
-pindah rumah sewa baru di Taman Anggerik, Bandar Tenggara, Johor
-buat persiapan perkahwinan 

untuk Master, so far masih terkawal.... cuma tengah fikir macam mana nak g kelas nanti time tengah sibuk dengan sekolah and dalam masa yang sama tengah sibuk nak buat persediaan kahwin??

hal pindah rumah, baru je angkut semua barang ke rumah sewa baru sebab rumah lama "tak best". hehehe..... rumah baru, rumah tepi plak tu.....kene tambah duit maintenance untuk rumput tiap-tiap bulan nampaknya... 

persiapan perkahwinan pulak.....sepanjang minggu lepas I and my parent berjalan ke sana kemari mencari dewan, mencari bridal, mencari katering, mencari photographer.... turun tangga, naik tangga, turun kereta, naik kereta. letih dibuatnya~  

ini adalah hasil survey yang dibuat:
ini dewan Sangkar Kristal, di Johor Bahru. dekat2 kediaman rasmi TMJ and dalam kawasan Pelangi la kot (korang google la sendiri "Sangkar Kristal, Johor Bahru") boleh muat 450 orang di tingkat atas, and orang yang duk kat tingkat bawah boleh tengok pengantin melalui TV. kalau ambil pakej kat Sangkar Kristal ni, pengantin and family pengantin tak yah penat2 sebab ini automatik adalah pakej Wedding Planner (semuanya dah disediakan kecuali Photographer, kad jemputan dan favors). pengantin dtg, makan2 and enjoy~ seronok kan?

ini pulak, dewan Gallery Glulam, dekat dengan Kampung Melayu Majidie. kat JB lah of coz kan~
unique  kan??? I suka sangat dewan ni....tapi jujur la kan~ mahal wei!! kalau family I amik, memang merangkak la I nak cari duit tambahan nak topup duit yang ada. kalau buat wedding waktu mlm kat sini memang marvelous and meletop vavavoom lah!!!!


ada beberapa individu yang I jumpa dengan my parent untuk hal perkahwinan ni. semuanya untuk sevey quotation untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. ada yang sediakan pakej wedding planner, ada juga yang tak. and my family tiap2 malam sepanjang minggu lepas asik tekan calculator aje. I sampai rasa macam nak muntah tengok nombor yang beribu-ribu tu (duit kawin ni kalau buat duit muka kereta pun bagus! hahahaha....). 

Nasib baik la juga En. Tunang ni okay aje... and tak de marah-marah. mungkin sebab dia dah faham situasi gila macam ni. 

antara yang kitorang jumpa masa survey2 is:
Andaman Liza di Pasir Gudang
Pondok Pesona di Pasir Putih (xde website)
LC Catering di Johor Bahru
Onion and Garlic Catering di Permas Jaya (xde website)
Nizam Zary Wedding Artistic di Setia Tropika
Pohon Minda Photography di Pasir Gudang.

semua di atas kitorang jumpa, duduk berjam-jam and tanya macam-macam. huhuhu...... agak-agak, ada tak yang terpilih untuk menjayakan wedding I nnt? hehehe....

kalau ikutkan hati sebenarnya.... I nak simple aje... tak yah pelamin and tak yah bersanding, nikah and kenduri doa selamat aje dah cukup.

tapi, memandangkan  I ni satu-satunya anak perempuan yang ada, my mom akan terkilan kalau tak buat majlis. so, kene la buat jugaaaaaaa......

I mendoakan majlis yang akan diadakan nanti akan berjalan lancar dan diiringi doa yang baik dari setiap tetamu. aminnnn......

Wednesday, October 10, 2012

Kecewanya Hati....

hari ni nak meluahkan rasa kecewa sebab menerima email dari lecturer....

sebelum tu, nak flash back yang I ada daftar kelas transisi kerjaya dengan Puan Aliza, tapi pendaftaran clash dengan kelas lain. tapi memandangkan masanya tak clash, i cuba la nak daftar manual...... i pun pergilah ke kelas itu dengan gembiranya...... and cakap dengan Puan Aliza yang i akan daftar manual.

tapi mingu hadapan dan minggu lg satu I tak dapat datang sebab ikut program sekolah. huwaaaaa....... I ni dah beriya-iya sediakan surat tunjuk sebab tak dapat hadir kelas.

dan minggu yang seterusnya I pun datang ke kelas itu. MALANGNYA...... kelas ditangguhkan tanpa pengetahuan I sebab lecturer keluar katanya. huwaaaa.......(masa ni, nama I masih belum ada dalam sistem kelas Transisi Kerjaya tu)

I bersungguh ni nak buat assignment, I pun email la lecturer I and tanya tajuk I tu boleh ke x? TIBA-TIBA..... dia reply yang I tak datng kelas selama 2 minggu, and memandangkan nama masih belum daftar dalam sistem, I dianggap tak berminat dalam kelas tu. sekian.

Huwaaaa..... kecewanya Hati. apa nak buat??

I fikir nak try buat rayuan, and kalau tak boleh juga, i akan daftar kelas tu pada semester lain. so, nampaknya kalau tak boleh juga amik kelas Transisi tu.... I cuma amik 2 kelas aje la Semester ni. RUGI-RUGI.......... RUUGGGGGIIIIIII...............


Tuesday, October 9, 2012

Karimun Part 3

ini masa hari ke-3 and before berangkat ke Malaysia. so, masa yang ada sebelum check-out dari hotel pkul 2, kitorang isi masa dengan menghabiskan sisa-sisa rupiah yang ada. masa tu, 
1juta rupiah bersamaan RM329.

ini pemandangan tempat membeli belah dia. I think, nak jalan kat Karimun ni, seronok kalau beli telekung, kain batik, kain pelekat and barang yang xde di Malaysia je. kalau yang ada kat Malaysia xyah beli pun tak pe..... sebab harga dia xbest. kalau rajin nak duduk lama2 boleh la tawar menawar sampai 50% dari harga yang dia tawarkan. tapi mest orang kedai tu rasa rugi. hahahaha......




pemandangannya sama mcm kat Sandakan,Sabah masa I tinggal sana masa kecik2 dulu 
dalam tahun 1997-2000

tengok orang tu bawa nsnas. banyak giler! kuat betul tenaga dia.

speechless!

ini hotel yang kitorang duduk. dekat sangat2 dengan jeti Tanjung Balai


kat ekspo ni la yang ada jual barangan rotan tu  kat Part 2


dah nak balik.... bye2

Karimun Part 2

masa Part 1 i  cerita pasal melawat sekolah SMA Negeri 1, Karimun kat Pulau Karimun, Tanjung Balai, Indonesia. pengalaman yang menarik. lain-lain tempat, ada lebih dan kurangnya. apa-apa pun.... I tetap cintakan Malaysia.  masa hari ke-2 I dah mula rasa macam tak sabar nak balik Malaysia. 

ini gambar-gambar kitorang berjalan selepas habis lawatan sekolah.
 
ini kat Masjid Agung, Karimun. cantik masjid dia....


cantik pemandangan masjid dia. plus.... orang yang bawa kitorang jalan-jalan tu kata....masjid kat sini kebanyakkan dananya dari orang islam kat situ (untuk besarkan masjid, untuk cat masjid dll). berbeza dengan Malaysia yang dana pembinaan Masjid adalah dari Kerajaan. 



kat tempat yang belang-belang ni, adalah tempat sembayang juga sebenarnya kalau kat dalam masjid dah penuh. diorang akan bentangkan sejadah kat simen tu dan oleh sembahyang berjemaah sama dengan orang dalam masjid. terutamanya waktu Solat Jumaat.


ini bangunan kerajaan kat sana (ala-ala macam kat Nusajaya and Putrajaya la~)

ini pantai pongkar, Karimun dia. kitorang tak mandi pun

minum air kelapa kat area air terjun di Pongkar dia (kelapa besar giler~)
tapi kitorang tak naik kolam air terjun dia sebab kesuntukan masa. lagipun, orang yang bawa kitorang jalan tu cakap, air terjun dia bukan mcm air terjun yang kita biasa pergi. ini cuma kolam tadahan air mata air yang bertingkat. mcm kat bawah ni.

kalau tak bawa baju mand, boleh sewa cawatnya. hahahahahahaha......


minum air kelapa best bila cuaca panas terik!

seronok korek isi kelapa

makan masakan medan, dilayan mewah konon-kononnya.


ini kedai yang kitorang makan. restoren minang jaya, karimun

tengok la pinggan sampai bertingkat2,


muka gembira dah kenyang.

melawat pusat ekspo dia. ingatkan ekspo apa....rupanya tempat jual2 barang rotan. hahahaha.....

masa malam nak pergi jamuan yang hadooooooooo~ menyedihkan. tapi bila dikenang2, rasa nak gelak pun ada.

Karimun Part 1

28-30 september 2012 aritu I and guru-guru SMK Bandar Tenggara dan GPK2 area Johor melawat Pulau Karimun, Tanjung Balai, Indonesia. 

harini I story pasal lawatan kitorang ke Sekolah Menengah Atas Negeri 1, Karimun. 
ini bas yang kitorang naik

unik bas ni. dibuat dari kayu. tak pernah naik seumur hidup. inilah kali pertama. fun juga. angin direct~


ini anak murid sekolah sana. teringat zaman sekolah rendah. cam ni la rupa kelas I masa tu. 

ini kantin dia. sebenarnya ada kantin lagi 1 yang ala2 mcm kedai2 dalam food court kat Tesco tu.
maknanya, murid2 dia bebas untuk pilih nak makan kat gerai mana yang diorang rasa suka. best kan??

white board and chalk board. best kan?

kat belakang tu, surau sekolah dia. cikgu2 dia cakap, dalam bulan puasa, diorang sekolah cuma 2 minggu aje. and dalam 2minggu tu, diorang cuma belajar agama and tadarus Al-quran. and pas tu.... CUTI~
bagus kalau sekoah kat Malaysia buat mcm ni. boleh tingkatkan agama para pelajar. 
kadang-kadang, ada juga orang Islam yang tak pandai baca Al-Quran.

thatz us dengan guru-guru sekolah SMA Negeri 1, Karimun

and that is me.
 jumpa anda di part 2 dan part 3


Friday, September 21, 2012

Diam-diam jatuh cinta....

tajuk tak ada kene mengena dengan isi entry kali ini yer.....

sekarang ni, diam tak diam, dah 5 bulan I dengan En. Nick bertunang. maknanya kalau ikutkan perjanjian (ikat setahun hidup) persediaan perkahwinan mest dah kene ada. at least tarikhnya!! tapi malangnya tarikh pun belum tetap lagi. OMG~

risau pulak dibuatnya. buat sementara waktu ni ada beberapa pilihan tarikh yang dah pilih dalam tahun 2013 nanti. so, bergantung pada lokasinya juga..... kalau tarikh tu available boleh la buat kat situ. kalau tarikh tu dah fully booked. kene la tunda pada tarikh lain. masalahnya..... bukan setakat dewan aje, banyak lagi benda lain kene fikir. duit hantaran biasanya orang lelaki bagi masa bila ek?

okay, lupakan hal itu kejap.....sebab sekarang tengah fikir nak amik pelamin, baju and so on kat butik andaman mana yang agak berpatutan dan puas hati kat area JB ni ek? ada tak yang boleh kongsikan butik andaman yang bagus??

I tengah berangan nak pakai melayu tradisional..... kalau tak dapat pun xpe la.....asalkan simple. itu yang paling penting. SIMPLE!!!

I nak En. Nick nampak mcm kat atas ni (walaupun dia pendek. hahahahahaa)

I nak pakai sanggul lintang atas kepala mcm kt gambar atas 
atau gambar bawah ni.


ada sesiapa yang boleh kongsikan butik yang menarik??

Saturday, September 8, 2012

Melepas lah....

Nak citer cerita sedih ni.... Ahad sampai isnin nak g KL ngan family... Dalam masa y sama pulak, nama i naik untuk dapat ke promosi Legoland untuk guru2 (masuk percuma) pada hari isnin nanti. Aduhai.... Rezeki dah depan mata, tapi terpaksa dilepaskan mcm tu aje.

Nak pujuk hati.... "tak pe lah.... Rezeki ada di mana-mana"

P/s:Jeles pulak tengok kawan2 yang baru balik dari London. Bila la I nak sampai sana??

Jom Marhaban

Lamanya tak update blog.

Just nk share dgn semua y sekarang ni cikgu2 pendidikan khas SMB Bandar Tenggara tgh bawa anak murid marhaban ke semua rumah anak murid pendidikan khas. Dah 2 minggu marbahan nih!


Sunday, August 5, 2012

Pavlova versi Natasha

benda dah lama..... tapi baru nak update. xpe la kan......asalkan ada la juga sesuatu yang boleh dikongsikan.
ahad 29 Julai yang lalu, I buat Pavlova..... tgh2 malam buta I memukul telur  and bakar and so on..... pukul 1.30 baru tidur.  GIGIH!!

Resepi, I ambil dari sini

ini gambar telur yang dipukul tu.....susah betul nak bentukkan dia. 
so, inilah hasilnya bila tangan tak ada seni

masa ni.....tak sabar2 nak tunggu 1 jam 15 minit.... ngantuk sangat masa menunggu.

inilah hasilnya setelah dipakaikan baju....
hahahaha......

alhamdulillah siap juga, lain kali boleh la buat lagi~
sedap!

Friday, July 20, 2012

Guru Pengiring

Last week bawa budak pertandingan permainan tradisional.

Minggu ni pulak bawa budak ke Smpk Vokasional Indahpura,Kulai untuk perasmian spa diorang



Thursday, July 19, 2012

Yang Buruk, Jangan Dikenang

Hidup ni kita akan lalui banyak pengalaman kan??

Memandangkan kita dah nak berpuasa ni.....apa salahnya kalau kita belajar untuk memaafkan seseorang dengan seikhlas hati dan melupakan semua keburukan yang orang lain pernah lakukan pada kita. ye tak??
sebab, mana lah tau kalau-kalau ini Ramadhan terakhir kita kan??

I nak cerita yang I tak berapa suka sikap orang yang suka memburukkan pasangan atau orang yang pernah dia sayang pada sesiapa aje yang bertanya. Bagi I, sebaik-baiknya hal masalah rumah tangga and masalah yang pernah kita lalui dengan pasangan mestilah dirahsiakan dengan rapi....bukan senang-senang pegi cerita kat semua bila ada aje yang bertanya. 

orang yang bertanya tu pun kita tak tau niat dia kan? samada dia memang betul-betul ambil berat pada kita atau dia sebenarnya seronok dengan masalah yang kita hadapi. (seronok melihat kita jatuh@sengaja nak jatuhkan pasangan kita) 

bagi I, bila kita ada masalah memang la kita perlu luahkan pada seseorang. tapi sebaik-baiknya bukan dengan semua orang yang bertanya. "eh, apasal ko ngan si Anon tu?", "apasal status ko ni marah sangat?", "ko ngan si Meon tu dah cerai ke?" bila ada yang bertanya, terus je cerita dari A-Z. benda yang orang tu tak pernah tau pun boleh tau. bila orang dengar cerita kita, orang boleh pikir luar dari apa yang kita cerita. kita kata A, orang tu cerita kat si Peah dah jadi A+B+C. ish..... malu lah!!!!

kalau nak luahkan perasaan, pilihlah kawan atau ahli keluarga yang betul-betul boleh dipercayai. kalau xde juga yang boleh dipercayai....carilah kaunselor. 

jangan senang-senang cerita buruk orang lain pada sesiapa sahaja. malu!!!! malu orang lain pun kita kene jaga juga, walaupun kita ni dah tak suka kat dia. betul x? semua orang ada maruah. kalau dah benci sangat pun, menceritakan buruk orang lain tu BUKAN CARANYA! 

cara yang paling baik adalah pikirkan yang indah-indah dan buang yang keruh, ambil yang jernih.   :)

Wednesday, June 20, 2012

Overprotective Parent



The negative side of over-protectiveness, including:
(a) Undermining children’s confidence in their own abilities to take care of themselves and get things done;
(b) Instilling fear of failure such that they are denied the chance to learn how to persevere while standing on their own 2 feet;
(c) Stunting growth and development—in fact, studies have shown that these children lack some of the knowledge to negotiate what they need, solve their own problems, stay safe, and interact in close quarters with others;
(d) Inability to launch because they’re unsure of their passion, their own direction, and what to do next, if it means doing it on their own;
(e) Taking more staff, teacher, and administrator resources that would be directed towards their children but instead, must be used to tend to parental needs and wants; and, ironically,
(f) Raising parental anxiety levelsresearch has shown that parents who consistently judge their own self worth by their children’s success report feeling more sad and having a more negative self image than parents who did not engage in this behavior.

dalam situasi di atas, I rasa sebagai parent, tak salah rasanya untuk lepaskan anak kita bermain di padang dan mereka bebas memilih permainan apa yang mereka nak, dan tak salah rasanya biarkan mereka terjatuh asalkan tak cedera teruk. sebab bila mereka jatuh, mereka belajar yang dia dah buat kesilapan dan mereka akan belajar untuk elak daripada jatuh lagi. betul tak?
I rasa, untuk jadi parent yang nak anak kita berdikari...biarkan mereka pilih apa yang mereka mahukan. dan kalau pilihan mereka itu tak sesuai, jelaskan pada mereka kenapa pilihan tu tak sesuai. contohnya kenapa tak boleh main di tepi jalan, sebab nanti kene langgar. 
budak kecik perlukan penjelasan. kita tak boleh kata "Tidak" tanpa jelaskan akibatnya. dan sepatutnya untuk tarik perhatian mereka supaya tak buat apa yang diorang nak, kita kene bagi pilihan "nak kene langgar kereta atau nak main kat dalam rumah?" atau kita berikan ganjaran yang sesuai lepas dia buat apa yang dia tak suka. contohnya "Kalau makan sayur, lepas ni kita pergi Zoo".
seingat-ingat I, masa I kecil-kecil dulu, my parent akan lepaskan dan biarkan I main apa pun, dan kalau I jatuh sampai berdarah lutut pun xpe.... nangis pun sekejap aje sebab ibu akan cakap "sikit jee..balik nanti sapu ubat. Along kan kuat" so, bila darah dah di sapu. I dah lupa tentang sakit itu dan bermain semula. janganlah bila dia jatuh sikit aje kita pun cakap "haaaa....kan dah ckp jangan main kat situ. kan dah jatuh!sudah, jom balik!!" sepatutnya cakap laaa... "xper, sikit jer. jangan main kat situ lagi yer. pergi main tempat lain".
I rasa, kalau nak anak kita belajar banyak benda, biarkan mereka rasa apa yang mereka mahu, biar dia tahu kalau berlari atas lumpur, lumpur itu licin, biar mereka tahu bunga mawar ada duri. biar mereka belajar banyak benda tentang dunia ni. sebab selagi kita ada, mereka akan rasa selamat. jangan sekat kemahuan mereka. kecuali la kalau mereka nak merokok pada usia 6 tahun!!! ITU WAJIB DI LARANG!
sebab bagi pendapat I, selagi kita perhatikan pergerakan mereka, mereka masih dalam kawalan, kalau jatuh berdarah pun, kita masih nampak macam mana dia jatuh. kalau terseliuh pun, kita nampak macam mana dia terseliuh. kalau patah pun, kita boleh bawa dia cepat-cepat ke hospital. so, dalam apa pun yang anak kita nak buat, I rasa paling penting adalah HARUS SENTIASA ADA UNTUK PERHATIKAN MEREKA. tak kira la walau dia bertanding untuk Negeri dalam sukan sekalipun. bila dia nampak parent dia ada, dia akan rasa selamat. itu yang paling penting. 
pengalaman kanak-kanak I, I rasa seronok bila my parent and family support I dalam apa pun pertandingan yang I sertai. dan kalau anak kita kalah, cakap la "tak per, Ibu nampak kakak dah buat yang terbaik. For me, u are the winner." jangan sekali-kali burukkan keadaan dengan cakap "Mummy dah cakap, kakak tak boleh!" itu sangat kejam okay!!!!! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...