nuff

Wednesday, June 29, 2011

wordless Wednesday sangat~




P/S: rindu kegirangan bersama u olz~

Tuesday, June 28, 2011

bila jadi suri rumah sepenuh masa

hye semua...

bila jadi suri rumah sepenuh masa ni..... rasa bosan yang amat!
mana tak nya.... I baru habis my study bulan April yang lalu... then sekarang ni duduk rumah untuk tunggu convocation. result dah lama keluar..... alhamdulillah I akan grad dengan apa yang I harapkan.... tapi tak de la dapat anugerah dekan pun. I tak pandai macam Hanis Zalikha.... tapi yang penting my result bukan 3.2 okay~

then, bila duduk rumah ni.... setiap hari buat rutin yang sama... bangun tidur basuh baju, kemas rumah, bilik semua... tolong masak. rehat-rehat... and petang buat kerja lagi...lipat baju... tolong masak and so on...I terasa hidup ini sunguh membosankan.

the funniest thing just happen. my mom msg suruh tutup gate atas. padahal dia ada kat hall bawah. Masya-Allah..... mentang-mentanglah mesej free... duduk sama-sama dalam rumah pn nak mesej-mesej. hahaha...

I terasa nk cari kerja lah. apa agaknya kerja yang sesuai sementara tunggu dapat kerja ni ek? dah la borang nak jadi cikgu katanya keluar bulan 8 nanti. then proses yang lambat macam siput oleh kerajaan Malaysia ni.... mesti last-last I akan masuk kerja tahun depan. (itu pun kalau layak dapat kerja lah~) kalau tak layak.... memang kene cari kerja lain yang sesuai dengan my qualification lah~ harap-harap dapat lah kan jadi cikgu..... siapa yang tak nak! lepas dah belajar bertahun-tahun and dah nampak apa yang patut kita buat.... kita buang macam tu aje, memang teruk lah kalau macam tu!!!

that's it for today. nanti I membebel lagi pasal hidup I yang bosan ni.... mana tau pas ni I share yang I dah dapat kerja ke.... hehehe....

budak-budak zaman sekarang

hye semua....

entry kali ni I just nak share pendapat I dengan blog-blog yang baru. (sebab i dah berblog sangat lama okay. klu tak percaya. pegi tengok widget My Entry belah kanan anda.) Orang lain pun dah lama juga ada blog. I tak kata I otai..... cuma I lama juga la dalam berblog ni.

baiklah, straight to he point... I tak faham betul dengan sebahagian blog-blog budak sekolah sekarang ni. kalau nak cerita aktiviti sekolah and cikgu yang dia suka, mata pelajaran yang dia tak suka and aktivit ko-kurikulum yang dia benci tu kita tak pe la kan.....itu hak individu untuk menulis. tapi bila mengharapkan ada pembaca...

janganlah tulis besar-besar kat sebelah kiri atau kanan blog yang awak ada gf/bf and berharap nak kawin dengan dia sebab cintakan dia sungguh-sungguh. what the ... . tak kuasa mak tau! dah tu blog penuh dengan gambar dia dengan bf/gf dia tu. adoi.....

adik....awak baru tingkatan berapa? masa depan masih sangat panjang. lagipun ini Malaysia.... bukannya India yang mana kanak-kanak perempuan akan dikahwinkan lepas akil baligh... and adik yang lelaki pulak!!! awak tak tau ke yang idup ni masih panjang. kalau awak mati besok pun.....awak finally jumpa Tuhan. bukan jumpa awek awak tu..... baiklah awak tulis yang awak cintakan tuhan. bukan dengan bangganya cinta awek awak tu.

budak-budak.... baju pun mak basuh, ada hati nak cakap pasal kahwin. lagi pun....apa yang I takutkan adalah  kebanyakkan (bukan semua!)orang yang berkahwin pada usia muda ni akan menyesal kemudian harinya. 

so, adik-adik.... live your life!!! jangan buang masa dengan bercinta aje kat sekolah tu kalau pelajaran entah kemana. nanti akhirnya SPM kecundang dan nak cari kerja pun susah. dah tu nanti akhirnya hidup melarat lagi-lagi bila dah berkeluarga.

sila jangan sia-siakan hidup korang okay.
I know ada juga yang bercinta and sama-sama pandai..... tapi jangan bangga sangat tempek muka bf/gf korang dalam blog tu. nanti mak tengok, bapak sedara tengok, family tengok.... tak ke malu??? and jangan seronok sakan cerita pasal cinta monyet korang tu. sebab orang geli nak baca. 

and kalau pun u olz yakin yang percintaan u olz tu akan sampai ke alam perkahwinan....jangan cerita dalam blog. riak namanya tu~~ TQ

no offended okay~

Thursday, June 23, 2011

cantik?

Orang selalu cakap perempuan yang baik untuk lelaki yang baik sahaja.....??? betul ker? I tau yang I tak cukup baik sangat....tapi I nak juga lelaki yang baik dalam hidup I. tanya lah dengan orang yang dalam penjara tu, mesti dia nak pasangan yang baik walaupun dia tu tak cukup baik sampai dimasukkan dalam penjara. betul tak? tapi I tak la kata semua yang duduk dalam penjara tu tak baik  dan yang tak masuk penjara tu baik.... tapi manusia kan.....

Apa yang I nak persoalkan disini adalah kenapakah lelaki suka sangat tengok perempuan cantik? I ada terfikir, kalau seorang lelaki berkahwin dengan isteri yang menutup aurat.. adakah lelaki itu tak akan pandang perempuan yang cantik malah dalam dunia sekarang ni, kat mana-mana pun kita dapat tengok perempuan cantik. katakan lah lelaki itu telah di add oleh perempuan cantik dalam FB. mest lelaki tu suka tengok gambar-gambar perempuan tu sebab dia cantik dan sexy kan. so. macam mana?

And I ada terfikir juga yang kita perempuan ni.... sape yang tak suka tengok muka Orlando Bloom tu kan? siapa yang tak sejuk mata/hati bila tengok si Asyraf Muslim tu kan?? tapi kitorang perempuan tak suka pun tengok lelaki yang tak pakai baju. geli tau!!!! so, lelaki....tolonglah jawab kenapa kalian suka sangat tengok perempuan cantik2 and sexy2?? I cemburu tau tak!!! cemburu!!!

I tau lah.... selagi ada mata, seronok kalau tengok benda-benda yang cantik. tapi tengoklah pemandangan yang cantik2..... larikan lah pandangan u olz dari perempuan yang cantik tu..... cemburu tau jiwa ini! tapi I terfikir juga.... memanglah dekat pemandangan yang cantik tu, akan bertambah cantik kalau ada perempuan cantik....tapi tak nak la pandang perempuan tu! buat2 macam dia tak ada kat situ tak boleh ke???

Tengoklah iklan-iklan TV tu.... asik mempergunakan perempuan yang cantik dan sexy untuk lakukan barangan diorang.  tak adil tau!... dalam kehidupan realiti pun sama.... lelaki akan kahwin dengan perempuan yang baik-baik, alim, solehah dan ditinggalkan dalam rumah. sang suami pulak, keluar berfoya-foya dengan perempuan yang cantik dan sexy kat luar. sampaikan kadang-kadang I fikir 
"bini ko lagi lawa kot dari betina ni!"
So, kenapa kah lelaki suka nak ada perempuan lain sedangkan dia dah ada yang terbaik di rumah tu....setia menunggu dia. kalau bini dia kaki pukul dan kaki maki hamun tu.... memang layak lah lelaki tu  cari lain.. ini tidak!!!! bini baik duduk rumah. tak kasi tayang kat orang. betina garek juga ko usung ke sana sini. tak adil lah!!!!
tak adik betul lelaki yag macam tu! I tak suka...... 

para isteri sekalian~ jangan lah terpedaya dengan kebaikkan tingkah suami korang.... baik u olz cek apa dia buat kat belakang u olz tu! pergi cek   sekarang!!!  (ini kes terpengaruh cerita Anissa kat TV3 pukul 10.30 mlm tu)
.

Pape pun..... baca lah yang kat bawah ini untuk persoalan pertama dalam entry ini.
Dakwaan ini sebenarnya berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik". [Surah al-Nur, ayat 26]
Maksud “baik” dalam ayat di atas merujukan kepada sifat secara keseluruhan yang menonjol pada diri seseorang seperti kejujuran, kesopanan, kerajinan, banyak melakukan amal soleh dan sebagainya. Namun sebagai manusia, di celah-celah kebaikan yang banyak menonjol akan tetap ada kekurangan. Maka kekurangan dan kelemahan ini tidak membatalkan kebaikan mereka yang banyak, sebaliknya menjadi cabaran untuk memperbaiki dirinya.
Merujuk kepada kehidupan sebagai pasangan suami-isteri, maka hendaklah setiap individu memilih bakal pasangannya yang baik. Akan tetapi di sebalik kebaikan itu tentu wujud satu dua kekurangan dan ini bukanlah sesuatu yang berbeza lagi menyelisihi ayat 26 surah al-Nur di atas. Sebaliknya ia menjadi cabaran kepada setiap pasangan untuk saling memohon maaf, memaafkan dan berusaha untuk memperbaiki kekurangan itu   secara bersama. Daripada http://hafizfirdaus.com.

Semua orang sebenarnya mahu yang terbaik dalam hidup mereka. dan sebaiknya kita elakkan diri dari perkara yang boleh menyusahkan diri kita!!

Myvi...... BEST! LAGI BEST!!!!

Kenderaan Myvi berwajah baru keluaran Perodua yang diberi jolokan Lagi Best! telahpun dilancarkan pada 16 June 2011 dan kini berada di setiap bilik pameran untuk tontonan awam.

Terdapat tiga variasi yang diperkenalkan. Standard, Premium dan Elegance. Dibilik pameran, terdapat ketiga-tiga variasi tersebut yang diklasifikasikan mengikut warna. Warna putih untuk Standard, Silver untuk Premium dan Hitam bagi Elegance. Juga terdapat warna Ungu yang canggih (hanya mula dipasarkan pada bulan August nanti).

Variasi Standard dijual dengan harga dari RM43,900, Premium RM50,000 dan Elegance RM57,400.

Myvi Premium

Ciri baru yang diperkenalkan kepada Myvi kali ini adalah dashboardnya yang diubah rekabentuk dan kedudukan laras gear automatiknya kini menyerupai Perodua Alza.

Kesemua variasi kini mempunyai airbag untuk pemandu dan juga penumpang. Kemasan dalamannya juga menampakkan keluasan yang bertambah daripada versi Myvi yang lama.

Wajah Myvi baru ini dicantikkan lagi dibahagian hadapan dan belakang dengan bentuk yang lebih aerodinamik. Walaupun sekali pandang seperti tiada apa yang berubah, tetapi apabila diamati dengan lebih dekat, ternyata ianya lebih menarik dan cantik.

Lampu hadapan diubah bentuknya dan digantikan dengan lampu projektor. Grill hadapan juga direka serupa dengan Alza.

Bahagian belakang pula kini berubah pada lampunya, bumper dan juga cermin yang berbentuk aerodinamik.

Ruang belakang juga dikemaskini untuk menampung keluasan tempat menyimpan barang. Tempat duduk belakang boleh laras untuk memberikan lebih ruang.

Enjin 1.3L DVVT, DOHC dan EFI yang masih sama tetapi berupaya menjimatkan lebih minyak dengan bentuk aerodinamik yang baru.

Myvi Elegance

Myvi Elegance diperkenalkan sebagai Myvi yang lengkap dengan ciri-ciri gaya terkini. Special Edition yang tersendiri. Siap skirting hadapan, tepi dan belakang. Spoiler juga tersedia.

Kerusinya berlapik kulit. Dilengkapi dengan sistem multimedia 6" sesentuh untuk USB, SD memory kad, DVD, Bluetooth, MP3/WMA, GPS dan radio.

Memang bergaya, berkualiti dan ada kelas tersendiri.

Singgahlah dimana-mana pusat jualan Perodua untuk menatap sendiri kehebatan Myvi baru yang dikatakan Lagi Best! ini.

copy and paste daripada Ajijoi
I buat review kereta ni sebab hari-hari I nyanyi lagu tu.... 

lagi best wo o wo....
lagi best WOW!!

Tuesday, June 21, 2011

Mimpi Ben Ashaari lagi~

mula-mula kita kene la letak gambar Abg Ben sebab kita mimpi dia kan....kan.....kan....

inilah orang yang I mimpi

eh!!!!!
silap-silap..... nama pun gmbar hasil carian google kan..kan....kan....



haaa...... yang bawah ni baru betul.

I mimpi Abg Ben lagi, kepada isteri Abg Ben.... tolong jangan marah I tau, I bukannya sengaja nak mimpi Abg Ben. Tiba-tiba aje dia muncul dalam mimpi I. al-kisahnya.....

I pergi bercuti ke sebuah pulau yang I teringin sangat nak pergi....Maldive!!!! I teringin sangat nak pergi sana.... jadi, dalam mimpi tu, I pun pergi lah ke pulau itu bersama rakan-rakan..... sedang leka tengok keindahan pantai dan manusia-manusia yang sexy sedang mandi-manda dan berjemur di tengah panas.

I nampak ada satu lelaki yang sangat sasa badannya sedang berlari anak mengejar girlfriend dia (kot) menuju ke arah pantai.

 "WOW!!!!! sasa sungguh badan dia..... kalah Ben Ashaari!!!" I separuh menjerit ke arah kawan I.

tiba-tiba ekor mata I terpandang satu manusia yang rupa dia sebijik macam Abg Ben.... alamak! memang betul Abg Ben lah!

"Hye, Tasha ....lama tak jumpa" dia menegur aku.

'alamak, Abg  Ben ingat aku lah!!!' dan hati kecil ku berkata.  
(ish.... kejap I, kejap aku... dah melalut lah tu!)

dipendekkan cerita, Abg Ben duduk sebelah I. I segan.... I duk jauh sikit.... lepas tu kan..... Abg Ben duduk dekat sikit ngan I. I pun segan lagi.... tapi I tak move.... I suka..... hahahahaha...... gatal!!!

then, duk la berbual and melihat  karenah manusia yang pelbagai ragam di tepi pantai dengan pemandangan yang sangat indah ciptaan Tuhan. OMG!OMG!OMG!  indahnya mimpi itu...... dapat tengok pantai yang cantik, laut yang biru, Abg Ben yang sasa..... indah sungguuuuuhhh~

tapi yang peliknya macam mana I boleh termimpikan Abg  Ben sedangkan I tak ada pun memikirkan dia???
PELIK!!!!



dulu pun I pernah mimpi Abg Ben Ashaari ni. KLIK SINI

Menyertai Mari Menari


Mari Menari musim ke dua dah muncul..... I memang suka menari ni.... I suka tengok semua rancangan reality yang ada dalam TV tu berkaitan dengan tarian.... even, I suka tengok video-video tarian dalam youtube tu.... memang tarian ni my passion lah!

tak percaya? KLIK SINI

so, I terfikir kalau I dah kawin nanti and Mari Menari masih ada, I nak masuk lah...oleh itu, jelas lah disini bahawa kriteria pasangan I salah satu yang utamanya adalah boleh menari. hehehe...... disamping kriteria yang penting seperti  tttteeeettttt.....

so, siapa lelaki yang nak masuk Mari Menari and nak kawin dengan I....memang layak lah jadi pasangan I. hahahaha......masuk lah meminang I sekarang yer...... jom kita masuk Mari Menari jom!!!

desperado nya mak cik Intan ni..... gurau je..... itu cuma angan-angan, tapi kalau jadi realiti pun apa salahnya.

I rasa, orang yang tak gemar dengan benda-benda macam  ni mesti akan pandang rendah dengan I. tapi this is me.... I suka apa yang I minat. janganlah pandang rendah terhadap I okay.

Monday, June 20, 2011

Johan As'ari a.k.a Botak

Sebelum ni dalam Facebook, I sibuk suka tengok cerita Nora Elena.... sebenarnya dalam masa yang sama I layan juga Juvana. oleh sebab Nora Elena akan habis dulu, sebab tu lah I kemaruk dengan Nora Elena tu..... padahan bukannya cerita Nora Elena tu bagus sangat pun..... cerita suka-suka nak buat orang perempuan melayang berangan kan si Aaron Aziz aje semata-mata....

kalau cerita Juvana ni pulak, terus terang I cakap I fall in love dengan si Botak ni sejak episod pertama lagi.... kenapa? sebab muka dia.... muka dia yang serius dan macho tu sungguh memukau pandangan wa.... 


tengok lah tu... serius kan? I suka lelaki yang berwajah serius ni.... bukan apa, nanti kalau dia jadi suami.... anak-anak takut sikit dengan muka ayah dia yang garang tu.  plus.... lelaki yang berwajah serius ni akan buatkan I rasa ingin mengorek rahsia dia dan rasa macam teringin nak buat dia senyum. macam mana agaknya muka dia bila senyum kan?

actually...lelaki berwjah serius ni, dalam hati ada taman tau. tengok si Botak tu..... walaupun dia ganas, tapi dia sayang kucing tau..... so, terserlah lah keayuan di sebalik wajah ganas tu kan???

sebab tu lah I suka lelaki berwajah serius macm si Botak tu..... hehehehe...

tapi, hakikatnya..... setelah I stalker si Johan Arrif Asari ni, dia seorang yang baik dan bertentangan dengan dirinya yang dilakonkan dalam Juvana tu. pape pun.... u olz pun layan la Juvana kay.... I suka Botak...

Botak... I luv u~



itulah dia bila Intan Natasha berangan lagi....

pape pun, I nak mintak maaf pada peminat Solihin Zubir. sesungguhnya I tak pernah pun terniat nak rampas Solihin dari kalian..... maafkan kami penunggu gua.. pada yang tak faham kisah sebenar, boleh klik sini



P/S: anak dato' rupanya dia ni~

Friday, June 17, 2011

Kisah Colour Pencil

baca entry Miss Ran pasal Kongsi-Kongsi ni.... I jadi teringat zaman I sekolah rendah dulu-dulu....

al-Kisah.... masa tu rasanya mungkin I baru darjah 2 kot. kat sekolah SK Convent, Sitiawan, Perak. as I remember.... my dad marah I sebab asik suruh belikan colour pencil sebab selalu hilang dan habis sampai tinggal 3-4 batang colour aje dalam kotak colour tu.



one day, my dad belikan kotak colour pencil yang baru untuk I. yang ada 24 colour tuuuu...... and dia pesan. "jangan bagi siapa-siapa pinjam dah! cakap Ayah tak kasi!"
dengan taatnya, I pun mengangguk-anggukkan kepala tanda faham!

masa tu I bangga sangat sebab kat dalam tu, i sorang je ada colour banyak macam tu. hahaha..... bila ada kawan nak pinjam colour I,dengan muka angkuhnya I menyampaikan pesan my dad. "tak boleh lah.... ayah kita tak kasi pinjam." 

agaknya kesian kawan tu kan... mesti dia rasa sedih sebab I sombong sangat tak kasi pinjam. tapi..... I cuma menyampaikan amanah yang diberikan oleh my dad.... macam mana? I dah janji ngan my dad tak kasi orang pinjam... huhuhu...... I tak salah pun..... my dad yang suruh macam tu....hehehe

so, dipendekkan cerita... sampai lah satu ketika, my colour pencil yang I banggakan tu dah habis, so... I pun nak pinjam ngan kawan. tetiba I terkena balik siot.... "kita nak pinjam warna merah ni.." sambil tangan I tonjol2 warna merah yang I nak tu...

lantas, dia menjawab "tak boleh la.... mak kita tak kasi pinjam" 
sedihnya hati ini...... I pun membawa diri sambil menjeling warna merah itu... dan berlalu pergi ke tempat sendiri dan menangis teresak-esak sebab memikirkan mesti dia buat macam tu sebab nak balas dendam kat I. tol tak?....

hahaha..... kesian kan? itulah zaman kanak-kanak.... nak buat macam mana kan?
jujur sangat!

BILA BLOGGER FAMOUS DESPERATE MENCARI CINTA

EH, silaplah..... bukan mencari cinta. tapi mencari calon isteri.

dan yang kat bawah ni pulak.... bila Intan Natasha terlebih berani.
OMG! entah apa yang I fikir masa tu pun I tak tau lah...
mesti Solihin fikir yang I ni ntah pape ntah. hahahaha....


Solihin siap balas nak betul2 ke main2...
so, u fikir tak apa yang I fikir?
mesti dia kata "tak tau malunya pompuan ni."


hahhahaha.... itulah kisahnya bila Intan Natasha terlebih berani.


Psst.... ada benda nak bagi tau ni.... baca lah. PLEASE!!!

‎1- erm,nk cakap sikit dekat awak.. baca NO 5

2- Mmmm..cmnar na cakap? baca je la NO 8


3- na tahu ekh? ermm , baca NO 9


4- huh, drpd pening baek baca jap NO 15...............


5- cmna ek na cakap.. NO 17 je k.....


6- kite nk ckp skrang tapi lebeh baek baca NO 16


7- kite akan ckp tp baca dulu NO 2


8- yg kite nk ckp neh simple ja..tp baca dlu NO 4 k?


9- tak payah la b’debar2 cm2..cume baca jap NO 18


10- Blom lg la..baca NO 19 ye..


11- da pnt ke? Baca jap NO 13


12- sbnrnye kite nk ckp kalau...(ah baca no 3 la)


13- tggal sikit ja lg bce NO 20


14- argh,pnt nih..bce NO 1


15- adush,dah pning dh ni.. baca la NO 6


16- laa, masih tak phm lg ka? Baca NO 12


17- ades, nk ckp nih..baca NO 7


18- kite ta tahu klu awk paham..tlg baca NO 10


19. Baca NO 11 dgn tenang ye..nanty awk akan tahu..


20- okex okex,skg kite ckp..bce NO 14, tp slow2 ja




DIKONGSIKAN DARIPADA FACEBOOK.

Wednesday, June 15, 2011

"Susu Terakhir"

"Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga. Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. 

Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya. Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahu bayinya disusukan olehnya. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang. Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. 

Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi. Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah... "

**Sedihny…sampai rasa sebak yg amat sangat dalam dada…betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupon ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang".


begitulah kisah yang telah dikogsikan oleh my friend melalui emailnya.

Kenapa Bertatoo dengan Khalimah???


I got this from my friend through email. 
so, u ols nilaikan lah sendiri tahap kesahihannya yer...

kalau betul, memang sedih + marah lah jiwa ini..

Tuesday, June 14, 2011

(Gambar) Adlin dan Emilda menunaikan Umrah




Alhamdulillah.....
hopefully one day I pun akan ke sana..... tgh kumpul duit dalam Tabung Haji nih!

Digi Smart Plan

Actually, entry kali ni just tak tau pasal Digi Smart Plan yang bayar internet unlimited RM68 tu.

Siapa guna digi smart plan? I nak tau adakah penggunaan internet nya sangat laju sehebat halilintar? Atau....adakah internetnya lebih lmbat dari siput?

Kalau u olz ada guna sila la jawab soaln i ea? I tgh nak survey network yang sediakan internet yang baik dalam masa yang sama penggunaan telefon pun baik la.... Supaya nk bayar bil pun baik2 aje. Hehehe...

Atau u ols ada suggestion pkai plan internet telefon yang bgus ke?
Published with Blogger-droid v1.7.1

Jalan2 Kuala Lumpur

Hari jumaat lepas, i jalan2 pergi ke KL dengan my mom. Kitorang sampai KL pukul 2pg.after bertolak dr JB pukul 8mlm.

My dad pulak terus ke Perak.pergi kenduri kahwin my cousin. Kenapa i and my mom tak ikut g perak? Sebab kitorang g KL tu untuk melawat anak buah ibu (my cousin) yang baru balik excident kat Kedah baru2 ni. Ibu mertua cousin i meninggal. :-(

Keadaan my cousin tak de pape pun..cuma luka2 kecil yang hampir sembuh.

2 hari duduk rumah cousin.... Sempat lagi tu g jalan2 ke Jalan Tar. itu my mom....kalau pergi KL memang tak sah kalau tak pergi Jln TAR tu. Masuk MUAZ textile..pilih2 tudung sebab melambak2 kan....tapi last2 1 pun tak beli sebab murah tapi tak berkualiti. Kalau stakat nak pakai skali dua je.... Boleh lah.

Itu sahaja laporan untuk kali ini. Maaf kepada semua sebb dah lama tam update blog....
Published with Blogger-droid v1.6.9

Saturday, June 4, 2011

Alhamdulillah...

Rasany untuk kali ini. i rasa lega sangt2 sebb finally dapat juga i luahkan ap yg terbuku dihati selama ini. Setelah berminggu2 lmny i tk dengr suara my ex. Finally arini dapt juga i dengar suara dia... I ada ego sikit masa berbual dengan dia. Tapi after letk telefon. I rasa regret sangat2 sebb tk cakap apa yng selama ni I teringin nk bg tau dia.

After I call blik, tak diangkat pulak....hurmmm mungkin tak ada rezeki untuk ckp. Mmng beban untuk ckap "i miss u" tu berat sangat dalam dada ni...sampaikan bila I baring terlentang pun....rasa macam dada ni dihempap sampai I jadi sesak nafas.

Tiba2 di call. I told my self Tasha, this is the time..

And u know what....sebaik je I cakap those 3 words...i rasa lega sangat2... Rasa ringan je badn ni. Macam nak melayang~ thatz it!

Then I wish good night and end call dengan rasa lega. I tk nak tau pun samada dia miss me too or not. Yg penting hati I tenang setenang tenangnya sebb apa yang terbuku di hati selama ini sudh pun ku lepskan....

Alhamdulillh....
Published with Blogger-droid v1.6.9

Friday, June 3, 2011

Insomniac again...

Bleh thn juga mata ni...langsung tak tido mlm td....i rasa I tak de minum kopi pun. Ntah lah...tak tau lh apa yg tak kene dgn diri ini....

selepas dipaksa mata ni.... Dapat la tdo kjap dari pukul 7pg-12 tgh ari. Dah la I puasa 1 Rejab.... Ni dh bgun tgh ari ni.... Apa yg I dpt?? Rasa marah dgn diri sendiri aje!

Kenapalh I sering mengalami insomnia ni? Kdang2 tu, bila nk sangat tdo.... Mcm2 I dah buat supaya tdo. Tapi tetap gagal...sampai jd tension sebb tak leh tdo. Tapi nasib baiklah selalunya bila I insomnia I dapat ganti waktu tidur tu bila dah siang. Sebb my uncle klu insomnia.... Dia boleh tak tido sampai 3-4 hari.tu lagi teruk!

Nasib baik I punya insomnia tak kritikal. Tapi masalh I ni kerap sngt berlaku.....ada sape2 nk bantu I?
Published with Blogger-droid v1.6.9

L.o.v.e

I will accept u as u are. Will u do the same?



By the way,thanx for ur miss call because i miss u too. So much!
Published with Blogger-droid v1.6.9
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...