nuff

Showing posts with label CAR. Show all posts
Showing posts with label CAR. Show all posts

Wednesday, June 15, 2011

"Susu Terakhir"

"Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga. Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. 

Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya. Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahu bayinya disusukan olehnya. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang. Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. 

Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi. Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah... "

**Sedihny…sampai rasa sebak yg amat sangat dalam dada…betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupon ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang".


begitulah kisah yang telah dikogsikan oleh my friend melalui emailnya.

Saturday, April 30, 2011

Bila William Ju5t Wed.~

Sejak Kau pergi~
Hati ini Kosong....tiada pengganti
mungkinkah ada yang seperti mu lagi?


(cewah.....)


cute kan?



kereta yang sama parent dia bawa masa 1982.
romantik rupanya si William ni~


Thursday, April 7, 2011

Bila Tasha baru dapat lesen Kereta

bukan baru pun.....sebenarnya cerita ni dah lama dah. cuma dah agak separuh basi baru ada hati nak share dalam dunia blog ni.

al-kisah..... masa belajar bawa kereta dulu I cuma belajar kat sekolah memandu aje. memang ada kereta manual kat rumah. tapi tak pernah sentuh. takut Ibu marah...

bila dah test dengan JPJ.... tak sangka boleh lulus. mungkin berkat I lagak over confident kot.... padahal lutut tergigil-gigil and JPJ tu pun boleh tahan gatal juga.... nasib baik masa tu tak ada boyfriend. kalau ada, dah lama I report kat my bf. hahaha....

ini kisah lepas dah dapat lesen, adik mintak I hantar dia pergi kedai. nak beli pemadam katanya.... rumah kitorang ni dah lama tak ada basikal. so, terpaksa la I hantar adik naik kereta sebab motor angah tengah guna. padahal kedai tak de la jauh sangat. (Malaysia kan panas..... naik la kereta. ada gaya sikit)

masa bawa kereta ke kedai tak ada masalah..... masalahnya adalah masa nak keluar dari simpang kedai tu.
kami di dalam kereta A

oleh kerana tekan minyak tak cukup balance dengan clutch..... (dah tentulah enjim mati!) hahahaha..... hamik ko! mati pulak tu kat tengah jalan (merujuk gambar di atas, kereta A adalah kami). huhuhu.... relax.... try start  enjin... baru nak jalan sikit enjim mati lagi...kereta dah mula datang dari setiap arah macam dalam gambar di atas.

apa lagi....cuak giler la.... adik pulak dah "along......cepat la...." masa tu I rasa I ni kecik macam semut jer and akan dilanggar dari setiap arah. aduhai...... tarik nafas dalam-dalam and start enjin. pijak clutch and minyak dengan sebaik mungkin..... dan yess!!!!! kereta jalan........ Yahooo.......!!!!!!

I and adik pun ketawa terbahak-bahak macam orang gila first time naik kereta je gayanya... hahahaha......

itulah kenangan masa baru dapat lesen. budak tak reti bawa kereta. hahahahaha.....
bila dah lama bawa keret, lain pulak gayanya..... lain kali pulak I cerita kan insideng ngeri I bila terlebih pandai bawa kereta okay.

daaa.....

Friday, February 11, 2011

Pengalaman JHK 5972

excident pertama, semasa dipandu oleh my dad.
sejarah terburuk bila dihentam dari belakang dan telah menyebabkan JHK melanggar kereta di depannya.
kejadian ni rasanya tahun 2007 kot.


ini rupa dia dari depan.

kejadian lagi satu yang menyebabkan wajah depan dia remuk pada tahun 2009
dimana I telah melanggar lampu merah dan telah melanggar pembonceng motosikal.
serius shit masa tu.
nasib baik that time lesen tak kene tarik. dah la masa tu masih dalam 'P'

yang ni pulak, kes kene langgar lari. tak boleh buat apa la....
redha jer. 



di bawah adalah wajah terbaru JHK
 lepas digantikan kaki baru yang lebih berkilat dan bermutu (bottom warna silver)
sebab masa sebelum diganti, mmng habis calar balar I kerjakan.
sampai patah n pecah sana sini.
teruk betul budak Tasha ni memandu.
macam pemandu mabuk!
tapi dalam sejarah, I pernah terbabit dalam excident sekali jer okay. 
yang lain-lain tu....semua kecuaian I dalam adjust parking. sampai menyebab kan kecederaan ringan pada JoHoK.
LOL~
ayah kata, mmng macam tu la risiko bila ada kereta.
jaga and sayang macam mana pun, calar sana calar sini biasa la tu....
kalau kita tak calarkan, orang lain pulak yang calarkan kereta kita. 
mcm kes langgar lari tu lah.
so,  beringatlah yer pas ni~





amacam?
ada cantik?
kalau jual brape $$ dapat?
tahan betul nyawa dia ek....
alhamdulillah~ asalkan dia masih bernyawa dan masih mampu bawa I jalan-jalan. I rasa happy sangat.
dan I sayang dia sangat.
tak pe la walaupun dia tak mewah macam BMW
atau tak besar macam Hilux.
yang penting dia mmng tahan lasak.


and I rasa, dalam UKM ni, ramai dah kenal dengan JoHoK ni,
kalau diorang nmpk kereta ni kat mana-mana diorang akan tegur "ada nmpk JoHoK kat ......(blablabla)"
so, kalau ada orang curi....senang nak kenal kot.
hahahah
I heart JHK 5972


Sunday, February 6, 2011

Selamat Sampai di UKM

setelah bercuti selama 10 hari di JB
semperna menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga (kau cina ker??)
macam-macam perkara dilalui dan telah dikongsikan dengan rakan-rakan blogger dalam masa 10 hari.

sekarang I dah sampai di UKM dengan selamat.
alhamdullilah~
lega..... tapi boleh tahan lenguh juga kaki ni.

mana tak nya...grak dari rumah pukul 8.15am.
ibu ikut skali naik kereta and I pun ambik faizal n kawan ia kat taman sebelah.(tolong menolong orang kampung.alang-alang sama-sama blajar kat UKM)
then gerak hantar ibu ke rumah my grandma.

terus ke Larkin ambil jiran sama Blok ngan I kat Kolej Ibu Zain ni.
then terus gerak ke UKM.
langsung tak de berhenti kat mana-mana perhentian.
keret bnyk sangat atas jalan raya.

and perjalanan agak lancar pada awalnya walaupun banyak kereta.
tapi bila lepas je Senawang, perjalnan jadi lembab macam siput.
tapi nasib baik tak terhenti.
kira, masih boleh berjalan walaupun mengesot-ngesot.
hehehehe.....

then after Seremban perjalnan menjadi lancar semula.
Masuk je Tol Bangi....hati I rasa lega.

"Sha, Jom makan." kata Faizal
"woraite" kataku.

abis makan terus balik UKM. 
hantar orang kampung I ke Kolej Za'ba.
I and Farah pulak, terus ke Ibu Zain.
selamat menurunkan semua barang-barang, I pun ready nak masuk bilik.
cari-cari kunci bilik..... dah panic!
TAK ADA!!!!

macam mana nak masuk bilik ni??
I pakai kad aje. (boleh tahan...ala-ala hotel gitew.... masuk bilik pakai kad)
tapi ni versi yang nmpk cam keji sikit la.
and patut dikasihani.
LOL

then I call my dad. tanya dia.... "ayah ada keluarkan kunci yang ada tali hijau dari kerea tak?"
"ada je tu kat tmpt letak kunci."
hurmmm.....
SAH! mmng tertinggal.
and ayah janji nak pos laju kunci tu esok...
problem solve!
then hantar report pada individu-individu penting bahawa I dah selamat sampai.
masing-masing jawab "alhamdulillah~"

habis cerita untuk separuh hari I.
sekarang kaki sangat letih.perlukan rehat sambil layan 
The Tourist

bye semua~

kepada semua...selamat kembali ke IPTA & IPTS masing2.
Selamat Memulakan hari baru esok.
Selamat Bekerja pada yang dah bekerja.
dan selamat stress dengan assignment.
Selamat lah~


Wednesday, January 12, 2011

Boleh Tolong I Tak?

hai tawan-tawan...(sebut macam Yus Raja Lawak 1)
sekarang, Tasha ada masalah nakpilih mana satu....boleh tolong tak?

yang mana satu  perkara yang Tasha harus pergi?

1. menonton wayang di hujung minggu dengan kawan-kawan masa 1st year. (RM50)
2. Beli contact lens colour-colour yang boleh tahan satu tahun kat budak kolej. (RM40)
3. Reunion kat Pulau Pangkor dengan kawan-kawan sekolah. (RM300)

okay, kenapa ai letakkan harga aktiviti itu? sebab ai cuma ada peruntukan RM400 sahaja. tak boleh over budget. so, macam mana? (kene belajar berjimat cermat, sebab nak beli Nissan Fairlady~ hahahahaha.....)


tambahan pula, awal bulan Mac ini nak kene pergi ke Pahang atas tugas pengajian (assignment la tu maknanya~)

so,boleh tolong tak??? tolong la yer~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...