nuff

Thursday, April 7, 2011

Bila Tasha baru dapat lesen Kereta

bukan baru pun.....sebenarnya cerita ni dah lama dah. cuma dah agak separuh basi baru ada hati nak share dalam dunia blog ni.

al-kisah..... masa belajar bawa kereta dulu I cuma belajar kat sekolah memandu aje. memang ada kereta manual kat rumah. tapi tak pernah sentuh. takut Ibu marah...

bila dah test dengan JPJ.... tak sangka boleh lulus. mungkin berkat I lagak over confident kot.... padahal lutut tergigil-gigil and JPJ tu pun boleh tahan gatal juga.... nasib baik masa tu tak ada boyfriend. kalau ada, dah lama I report kat my bf. hahaha....

ini kisah lepas dah dapat lesen, adik mintak I hantar dia pergi kedai. nak beli pemadam katanya.... rumah kitorang ni dah lama tak ada basikal. so, terpaksa la I hantar adik naik kereta sebab motor angah tengah guna. padahal kedai tak de la jauh sangat. (Malaysia kan panas..... naik la kereta. ada gaya sikit)

masa bawa kereta ke kedai tak ada masalah..... masalahnya adalah masa nak keluar dari simpang kedai tu.
kami di dalam kereta A

oleh kerana tekan minyak tak cukup balance dengan clutch..... (dah tentulah enjim mati!) hahahaha..... hamik ko! mati pulak tu kat tengah jalan (merujuk gambar di atas, kereta A adalah kami). huhuhu.... relax.... try start  enjin... baru nak jalan sikit enjim mati lagi...kereta dah mula datang dari setiap arah macam dalam gambar di atas.

apa lagi....cuak giler la.... adik pulak dah "along......cepat la...." masa tu I rasa I ni kecik macam semut jer and akan dilanggar dari setiap arah. aduhai...... tarik nafas dalam-dalam and start enjin. pijak clutch and minyak dengan sebaik mungkin..... dan yess!!!!! kereta jalan........ Yahooo.......!!!!!!

I and adik pun ketawa terbahak-bahak macam orang gila first time naik kereta je gayanya... hahahaha......

itulah kenangan masa baru dapat lesen. budak tak reti bawa kereta. hahahahaha.....
bila dah lama bawa keret, lain pulak gayanya..... lain kali pulak I cerita kan insideng ngeri I bila terlebih pandai bawa kereta okay.

daaa.....

6 000 kritikan hebat!:

gaung said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ish mcmner boley mati ditengah jln..ambik lesen bawak unta ke ?hehe

kami xdak lesen lagi,kami tak tahu la kat mana clucth

Miss Ran said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

slmt tak gne mnual da..
lme tak pakai mnual..tk reti da kot

THE LEKAT LEKIT STORY said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

pernah juga belajar bawak kereta kakak.. masa tu dia pakai kancil.. takat tu je la tahap keyakinan diri utk memandu.. Tetap tak boleh nak atasi fobia kat jalan raya walau tak pernah accident pun.. jgn kan nak drive nak lintas jalan pun terkemut2

Atia Qistina said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

follower ke 500 melapor diri..moga trus sukses...hehe...*(>_<)*

Azroy Kassim said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

baa~ CAK!!

Roy rempit je.. jimat.. haha

jgn gtau ujang i ngumpat die.. haha

coffee said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

pergh.. memang ada style ganti Lotus race team nih.. heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...