nuff

Friday, April 1, 2011

Lawak April Fool~

Hasan lelaki bujang duduk di rumah sewa berseorangan, malam itu dia di datangi oleh sekumpulan JAIS ke rumah.
Salah seorang ahli JAIS mengetuk pintu rumahnya.

Hasan: Siapa?
JAIS: Kami Jais!

Hasan membuka pintu.

JAIS: Assalamualaikum.
Hasan: Waalaikummussalam, ada apa encik?
JAIS: Kami dapati ada perempuan di dalam rumah ini.
Hasan: Perempuan? Tak adalah Encik. (Muka Cuak)
JAIS: Kalau macam kami nak periksa rumah ini.
Hasan: Silakan.

Hasan berasa hairan siapa yang membuat aduan palsu sebegitu terhadapnya, ahli JAIS periksa semua termasuk syiling rumah tapi tiada perempuan di dalam rumah itu.

JAIS: Alhamdulillah tiada perempuan di dalam rumah kamu, kalau begitu kami mungkin mendapat aduan palsu, maaf mengangu saudara.

Hasan: Tidak mengapa, saya faham agama kita tegah maksiat saya tak buat perkara yang sedemikian.
JAIS: Kalau begitu kami beransur dulu, Assalamualaikum.
Hasan:Waalaikummussalam.

Selepas JAIS beredar telefon Hasan berbunyi.

Hasan: Hello, Ha Man ada apa?
Man: JAIS datang rumah kau kan? (gelak terkekeh-kekeh)
Hasan: Mana kau tau?!
Dari belakang Man beramai-ramai sebut: ApRIL FOOL!
Hasan: *(&(*^!!! DAH LA BUAT AKU CUAK, AKU TAK KIRA MALAM NI AKU BAKAR RUMAH KORANGGG!!!

0 000 kritikan hebat!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...