nuff

Friday, July 20, 2012

Guru Pengiring

Last week bawa budak pertandingan permainan tradisional.

Minggu ni pulak bawa budak ke Smpk Vokasional Indahpura,Kulai untuk perasmian spa diorang



Thursday, July 19, 2012

Yang Buruk, Jangan Dikenang

Hidup ni kita akan lalui banyak pengalaman kan??

Memandangkan kita dah nak berpuasa ni.....apa salahnya kalau kita belajar untuk memaafkan seseorang dengan seikhlas hati dan melupakan semua keburukan yang orang lain pernah lakukan pada kita. ye tak??
sebab, mana lah tau kalau-kalau ini Ramadhan terakhir kita kan??

I nak cerita yang I tak berapa suka sikap orang yang suka memburukkan pasangan atau orang yang pernah dia sayang pada sesiapa aje yang bertanya. Bagi I, sebaik-baiknya hal masalah rumah tangga and masalah yang pernah kita lalui dengan pasangan mestilah dirahsiakan dengan rapi....bukan senang-senang pegi cerita kat semua bila ada aje yang bertanya. 

orang yang bertanya tu pun kita tak tau niat dia kan? samada dia memang betul-betul ambil berat pada kita atau dia sebenarnya seronok dengan masalah yang kita hadapi. (seronok melihat kita jatuh@sengaja nak jatuhkan pasangan kita) 

bagi I, bila kita ada masalah memang la kita perlu luahkan pada seseorang. tapi sebaik-baiknya bukan dengan semua orang yang bertanya. "eh, apasal ko ngan si Anon tu?", "apasal status ko ni marah sangat?", "ko ngan si Meon tu dah cerai ke?" bila ada yang bertanya, terus je cerita dari A-Z. benda yang orang tu tak pernah tau pun boleh tau. bila orang dengar cerita kita, orang boleh pikir luar dari apa yang kita cerita. kita kata A, orang tu cerita kat si Peah dah jadi A+B+C. ish..... malu lah!!!!

kalau nak luahkan perasaan, pilihlah kawan atau ahli keluarga yang betul-betul boleh dipercayai. kalau xde juga yang boleh dipercayai....carilah kaunselor. 

jangan senang-senang cerita buruk orang lain pada sesiapa sahaja. malu!!!! malu orang lain pun kita kene jaga juga, walaupun kita ni dah tak suka kat dia. betul x? semua orang ada maruah. kalau dah benci sangat pun, menceritakan buruk orang lain tu BUKAN CARANYA! 

cara yang paling baik adalah pikirkan yang indah-indah dan buang yang keruh, ambil yang jernih.   :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...