nuff

Thursday, September 30, 2010

apa ada pada Intan Natasha??

Intan- menurut Kamus Dwibahasa Oxford Fajar terbitan Fajar Bakti (ni jek kamus yang aku ada sekarang) bermaksud : diamond very hard brilliant precious stone.

maknanya ape? maknanya intan ni keras, intan ni mahal, intan ni cantik, intan ni berlian....
aku macam tu ke? ntah lah~

Natasha-menurut Wiktionary: Russian Наташа (Natáša), an informal pet form of Наталия (Natálija), cognate to Natalie. Dan menurut Wikipedia pula:Natasha is a Russian female given name, originally a pet name of Natalia, which in turn derives from the Latin Dies Natalis, meaning "Natal Day" or "Birthday," in reference to the traditional birth of Jesus. It was traditionally given to girls born around Christmas.
maknanya ape? maknanya natasha nama kristian, natasha asal dari nama binatang, abis aku ni kristian ke? binatang ke? no2..... i am muslim and i am a human.

walau apa pun erti nama aku ni..... aku bersyukur dengan pemberian nama yang bila digabungkan menjadi nama yang enak disebut. walaupun pengertiannya tidak diketahui pada asalnya.
aku tak salahkan ibu bapa aku dengan erti nama ini (zaman tu tak moden sangat mcm zaman sekarang. mana la diorang ada masa nak cari nama sampai korek asal usul nama..kan2?). tapi aku bersyukur kerana ada nama yang enak didengar dan disebut. dan tidak memalukan diri aku.
terima kasih ibu~

ntah2, kalau aku tak keluarkan entri ni pun, korang tak tau apa ertinya kan?




P/s:In Turkey "Natasha" is commonly used as slang for Russian prostitutes. It has become known as 'The Natasha Trade' (masya-allah.... tapi Natasha di Malaysia tak macam tu ok!)
sumber: Wikipedia

Wednesday, September 29, 2010

Pada Malam Itu

Julung-julung kalinya pelajar Pendidikan Khas Tahun akhir 2010/2011 mengadakan majlis sambutan hari raya sebelum semuanya membawa diri masing-masing ke alam pekerjaan....

gonna miss all this moment


membaca doa kesyukuran kerana berjaya juga mengadakan majlis yang serba ringkas ini








ini acara tupperware beracun
(ada yang takut, and ada yang berani dengan tupperware ini)

siapa yang kena?

anda dikehendaki menyanyi lagu nasyid.
(masalahnya apasal semua pun menyanyi? orang yang kene siapa????)



Yang buat extra specialnya majlis ini adalah adanya anugerah Makluk Tuhan Paling Ceria dan Anugerah Pakaian Paling Meletooopppss (terover pulak mengeja) naktau siapa yang dapat?? tengok la sendiri malas nak type panjang2.

Cik Serai Wangi memenangi anugerah Makluk Tuhan paling Ceria dan En. Palapes mendapat tempat ke dua. (berdasarkan undian SMS sepanjang pengajian 4 tahun)


Cik Natasha Abu Bakar mendapat anugerah Pakaian Paling Meletopss dan Cik Nur Natasha mendapat tempat ke-dua.






Acara bertukar-tukar hadiah, Cik Icah Filzah menerima hadia hari saya

dan saya pula menerima hadiah dari Kak Liza





selesailah majlis, and semua pulang dengan kenangan yang tak boleh dilupakan~


Ehem..... Ehem....

sedang mencuba.... masih berjinak-jinak dengan dunia berblog ni.....
terima kasih kepada Ben Ashaari....
kalau dia tak tau saya baca blog dia pun tak pe la.
asalkan dia ada nampka kasut tumit tinggi yang follow dia (tu pun kalau dia pandang) hehehe.....
dunia menjelajah alam maya ni memang ada masanya mengkhayalkan. tapi kene pandai-pandai cari bahan la..... jangan cari yang bukan-bukan dah la kan. eheheh

Tuesday, September 28, 2010

hemsem sangat dah ke?

Cara nak tackle awek ?

Wah... ada orang mencari bagaimana nak tackle awek ? Perghh... ni mesti pemalu orangnya .. Meh sini aku bagi tips.. cara aku nak tackle awek .. hehehe ..

Ada 2 kategori awek ni bagi aku ...
Yang biasa dilihat.. Yang pertama kali dilihat .. Kita mulakan dengan edisi YANG BIASA DILIHAT :

Yang biasa dilihat ni , dipecahkan banyak bahagian .. aku amik yang paling biasa .. pertama
di pejabat .. kedua , di tempat makan atauhentian pengangkutan awam ...

Pejabat : Paling penting , kena tau status dia ... milik orang atau tidak .. kalau milik orang , jgn cari pasal .. sehensem mana pon anda , tolong jauhkan bisikan syaitan itu .. Jika masih single , silalah mencuba .. caranya ... hehe.. Tarik perhatiannya ...Rajin rajin la buat catwalk depan dia time keje.. buat buat bz .. jgn buat buat free .. mau dia pk , anda ni pemalas !

Antara ke
bzan yang boleh anda buat ialah , g fotostat .. walaupun takde apa nak fotostat , anda g gak.. bawak je segala kertas yang ada .. kalau takde , fotostat je muka atau tapak tangan anda itu .. Kalau berkaitan dengan dia , sesekali g la berbincang dengan dia .. Bila berbincang tu , jgn la buat berlagak pandai ... atau berlagak bodoh .. Bertanya kemudian tanya pendapat dia .. seolah anda seorang yang bersikap terbuka .. tu diaaa ...

Jgn mengatal lak semasa berbincang tu .. mata tu jaga yer .. kang tak pasal pasal , kena sound kat situ .. malu weh... walaupun bukan niat tapi mmg mata lelaki ni automatik... sbb dek syaitan dok bergayut kat situ ..

Kalau anda rasa berjaya menarik perhatian dia , sila ke langkah ke dua .. Langkah ke dua ialah , saja saja ajak dia lunch bersama .. kata nak belanja sbb gaji bulan lepas tak abis lagi ... Kalau dia kata nape tak nak ajak kawan yang lain , kata je budget cukup untuk dia je lagi pon dia makan tak banyak ... hahaha.. ok ?

Bila langkah ke dua tu berjalan dengan lancar .. barulah ke langkah seterusnya .. Pentingnya langkah ke dua berjaya adalah untuk mengenali dia dengan lebih mendalam... minat , hobi , asal usul dsbnya .. Jangan berlagak macho dan jgn berlagak macam Mr. Beans lak ... Be cool kata Brad Pitt ..

Langkah ke tiga , ajak dia keluar .. bukan dating .. tapi saja saja habiskan masa hujung minggu .. Kalau berjaya ... ehem ... bermakna dia senang dengan anda .. Langkah seterusnya , aku pasti anda dah tau kan ... Tak payah la bagi bunga .. buang masa jer ... tu masa hangat bercinta , boleh bagi .. hehe...

sumber: Ben Ashaari bukan dari Bernama. LOL

Bloggers!!!!

Attention!!!

all bloggers..... you have to watch this!!!

Project Alpha now in season 2.

cinta lagi~


  • akan tiba saatnye dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu behenti mencintai kita atau tidak mencintai kita, melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.

  • Apabila kita benar-benar mencintai seseorang, jangan lepaskanya. jangan percaya bahawa melepaskannya selalu bererti kita benar-benar mencintainya. melainkan berjuanglah demi cinta. itulah cinta sejati.

  • Lebih baik menunggu orang yang kita inginkan daripada berjalan bersama-sama orang 'yang tersedia'.

  • Kadang kala orang yang kita cintai adalah yang paling menyakitkan hati dan kadang kala, teman menangis bersama kita, adalah cinta yang tidak kita sedari.


P/S: cinta itu bukan kerana dia cantik, tapi..... dia cantik kerana cinta yang kita beri

Monday, September 6, 2010

meng-ge-la-bah

haaaa!!!!
mula la nak menggelabah!
awal-awal dulu tak nak pikir. ni bnda dah suntuk baru nak kalut.
padan dengan muka ko Tasha....
aku tau bnda ni akan berlaku juga akhirnya...
exam dah nak mula end of October.
sekarnag dah bulan 9. ko ada masa ngam2 jek 1 bulan.
wahahaha....


huwaaaa....
nak nagis!!!!
dah la dengan latihan ilmiah ko baru start. bab 1 pun tak abis2 lg.
ornag lain siap dah dapatkan data questionare dah. ko????
adushhhh...

mula buntu.
mula risau
mula menanam azam
mula berfikir tanpa henti
mula tak boleh berhenti berfikir...
mula gila
SAH!!! dah gila...

kene makin serius sekarng ok!!!
dah bnyak sangat main2.
cukup ye Natasha~
cukup dah main-main 2!!!!!!!!!!

enough!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...