nuff

Thursday, September 22, 2011

Isteri 'makan luar' bila suami tiada

hye semua,

I jadi teringat kes-kes isteri makan luar bila I tgk surat khabar Metro. lately bnyk isu isteri curang la kan..... I rasa benda ni sebenarnya dah lama.... cuma baru-baru ni je benda ni terdedah dengan sangat meluas tambahan pulak bila ada pengakuan berani  pada wartawan yang menyamar. OMG! 

apa nak jadi ni?? kalau zaman dulu, isteri setia menanti dirumah walaupun si suami kerja kapal. balik pun sebulan sekali aje (tu dah paling kerap la tu). Isteri tak de pun cari 'makan luar'. setia la duk umah jaga anak, jaga rumah. aleh2 si suami pulak yang bawa penyakit (sebab suami makan luar) [apsal cerita ni mcm ala-ala cerita Maya Karin dalam Pisau Cukur jek. hahahaha...]

tapi zaman sekarang ni dah terbalik. bila suami keluar, kejap lagi......bini pun keluar hantar anak ke rumah pengasuh sebab nak berasmara dana. GOD!! seramnya...... diorang kata, bukannya ada pasangan lagi sorang tu sebab cinta. tapi untuk suka-suka je. asalkan dapat sex. sebab diorang kata kadang-kadanga orang lain treat lagi best dari suami sendiri. I jadi terfikir, agaknya anak tu..... anak suami dia ke bukan?

manusia zaman sekarang memang buat kita yang memerhati ni jadi pening la. itu belum kes, isteri pukul suami, isteri bomohkan suami..... GOD!!! macam-macam....Lelaki ni pun satu juga....Isteri yang cantik tu tak pernah dia nak hargai. dia lagi suka perempuan murahan kat luar  tu. mana la bini tak marah. mana lah rumah tangga nak aman. dah sah2 la asik bertekak aje.....bila isteri mula 'makan luar' baru rasa gelabah, and marah sana sini. sape suruh tak nak jaga bini elok2!!

untuk para wanita: sejauh mana kita nak percayakan kasih sayang pasangan kita, sejauh itu juga la kita kene jaga juga diri kita. jangan lah suami tak de..... awak sangap sangat sampai cari 'makan luar' dosa tau tak!

p/s: sekali-sekala kalau ayah ajak 1 family makan kat luar, seronok juga~

Bergambar Pre-Konvo

hye semua....

Malam tadi sempat la my family masing-masing ambil masa untuk bergambar demi Along (I la tu~) nak pakai jubah. ngeee.....

seronoknya dah nak konvo..... sebenarnya masa zaman sekolah-sekolah dulu....I tak pernah pun bercita-cita akan belajar sampai ke menara gading. serius!! sebab dulu masa zaman sekolah I bukan budak pandai and bukan juga budak skema yang rajin baca buku. kalau main-main.... jalan sana, jalan sini, tolong cikgu angkat barang memang la I suka.....tapi kalau suruh belajar. malas nak mampos. sebab tu keputusan tak pernah pun dapat 4A. (serius tak pernah!!!!) even UPSR ke, PMR ke, SPM ke....atau STPM. tapi mungkin Allah dah tentukan jalan hidup I akan masuk Universiti juga. so.....itulah jalan hidup I. memang betul lah, apa pun yang kita buat, kita hanya mampu merancang. tapi Allah yang tentukan segalanya.

Sebab apa tau..... I jadi teringat dengan kawan I yang memang pandai masa sekolah dulu, tapi malangnya dia tak de rezeki masuk Universiti. result dia dah tentu lah jauh lebih baik dari I.... kesian dia..... tapi sekarang dia tetap berjaya walaupun tak masuk Universiti. I tumpang bangga untuk dia. dah Allah tentukan jalan hidup dia macam tu kan~

okay, malas nak cerita panjang-panjang. I harap, jalan hidup I ni.....I akan hargai sebaik-baiknya. sebab I bukannya anak orang kaya atau budak yang pandai. tapi apa yang I dah kecapi hingga hari ini....I tak pernah impikan pun masa I kecik-kecik dulu. Masuk UKM tu!!!! bangga siot.....(dah habis belajar baru nak bangga! terlambat sungguh!!!)


here, some photo untuk aktiviti bergambar malam tadi.

jubah untuk fakulti Pendidikan, UKM 
(amik ko!!! jubah horen!)



dah amik mesti la nak tgk hasilnya kan...
tapi rambut I sungguh tak lawa mlm tadi. sebab tak sempat nak g curl. 
mengejar masa..... serius tak sempat!
benci pulak I tgk rambut I untuk gambar yang dah siap tu nanti. sungguh tak HOT!!!
menci2!!

Wednesday, September 21, 2011

Yeay! nak Konvo...

hye semua....
sekarang ni gh musim konvo. beberapa university pun dah start konvo.
UKM akan start konvo ke-39 akan berlangsung pada 24-27 september 2011

I akan konvo pada 27 september 2011 sidang terakhir. sesi petang. 
yahoooo!!!!

jumpa di sana~

oh ya, sebelum terlupa.... nk tanya ni.... mana lagi better? pix blah kanan atau kiri?? pls vote~

Tuesday, September 20, 2011

Raya rumah cikgu

hye semua...

seronok beraya masih belum reda lagi. kalau kat belah-belaj Johor ni..... selagi Syawal tak habis, selagi tu lah masih musim raya. tiap-tiap hujung minggu mesti sibuk dengan jemputan rumah terbuka sana sini. sampai nak melawat rumah yang tak de rumah terbuka pun tak dapat sebab diorang sibuk pergi open house.

Sementara I masih menganggur ni, lebih baik I amik kesempatan ni untuk jalan-jalan. kalau tak, lepas dah kerja nanti.... ntah bila la I ada masa nak jalan-jalan lagi. betul x? I pun dengan kawan-kawan plan la nak beraya rumah cikgu-cikgu yang pernah berjasa mendidik kami yang nakal ni.  jom tengok kitorang pergi mana...
pergi ke rumah Cikgu Zaki.
mengajar kitorang subjek Fizik
masa kitorang belajar dengan dia (form 4) dia masih bujang, naik form 5, dia dah kahwin.
sekarang.... selepas 7 tahun meninggalkan alam persekolahan dah 3 orang anak dah.
Cikgu Zaki paling best sebab dia ingat kitorang semua. memang ingatan dia masih kuat.
Cikgu Zaki best~

Raya rumah Cikgu Noriyatimah Mat Elah.
mengajar kitorang subjek Matematik Tambahan.
cikgu yang paling gigih mengajar kitorang subjek paling susah dalam dunia ni. hahahah.....
kalau tak faham, jumpa je dia any time. mest dia akan ajar sampai kitorang faham and boleh buat. I tak boleh lupa semua tu. Cikgu paling best dalam mengajar kitorang.


masa sebelum sampai rumah cikgu Noriyatimah pada malam hari....
siangnya tu, kitorang pergi ke majlis kahwin kawan sekolah...


ini adalah kawan sekolah I kat SMK Bandar Seri Alam, JB
(form 4-5)
majlis Bad & Rozana



ini pulak kawan sekolah masa tingkatan 6 kat SMK Dato' Penggawa Timur.
Ridwan & Wawa


kebetulan pada majlis yang sama jumpa kawan-kawan lama..... seronok~

sebenarnya ada juga la beberapa rumah cikgu yang kitorang g. tapi lupa pulak nak amik gambar. 
zaman sekolah akan dirindui sampai bila-bila~




Monday, September 19, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...