nuff

Wednesday, October 10, 2012

Kecewanya Hati....

hari ni nak meluahkan rasa kecewa sebab menerima email dari lecturer....

sebelum tu, nak flash back yang I ada daftar kelas transisi kerjaya dengan Puan Aliza, tapi pendaftaran clash dengan kelas lain. tapi memandangkan masanya tak clash, i cuba la nak daftar manual...... i pun pergilah ke kelas itu dengan gembiranya...... and cakap dengan Puan Aliza yang i akan daftar manual.

tapi mingu hadapan dan minggu lg satu I tak dapat datang sebab ikut program sekolah. huwaaaaa....... I ni dah beriya-iya sediakan surat tunjuk sebab tak dapat hadir kelas.

dan minggu yang seterusnya I pun datang ke kelas itu. MALANGNYA...... kelas ditangguhkan tanpa pengetahuan I sebab lecturer keluar katanya. huwaaaa.......(masa ni, nama I masih belum ada dalam sistem kelas Transisi Kerjaya tu)

I bersungguh ni nak buat assignment, I pun email la lecturer I and tanya tajuk I tu boleh ke x? TIBA-TIBA..... dia reply yang I tak datng kelas selama 2 minggu, and memandangkan nama masih belum daftar dalam sistem, I dianggap tak berminat dalam kelas tu. sekian.

Huwaaaa..... kecewanya Hati. apa nak buat??

I fikir nak try buat rayuan, and kalau tak boleh juga, i akan daftar kelas tu pada semester lain. so, nampaknya kalau tak boleh juga amik kelas Transisi tu.... I cuma amik 2 kelas aje la Semester ni. RUGI-RUGI.......... RUUGGGGGIIIIIII...............


Tuesday, October 9, 2012

Karimun Part 3

ini masa hari ke-3 and before berangkat ke Malaysia. so, masa yang ada sebelum check-out dari hotel pkul 2, kitorang isi masa dengan menghabiskan sisa-sisa rupiah yang ada. masa tu, 
1juta rupiah bersamaan RM329.

ini pemandangan tempat membeli belah dia. I think, nak jalan kat Karimun ni, seronok kalau beli telekung, kain batik, kain pelekat and barang yang xde di Malaysia je. kalau yang ada kat Malaysia xyah beli pun tak pe..... sebab harga dia xbest. kalau rajin nak duduk lama2 boleh la tawar menawar sampai 50% dari harga yang dia tawarkan. tapi mest orang kedai tu rasa rugi. hahahaha......




pemandangannya sama mcm kat Sandakan,Sabah masa I tinggal sana masa kecik2 dulu 
dalam tahun 1997-2000

tengok orang tu bawa nsnas. banyak giler! kuat betul tenaga dia.

speechless!

ini hotel yang kitorang duduk. dekat sangat2 dengan jeti Tanjung Balai


kat ekspo ni la yang ada jual barangan rotan tu  kat Part 2


dah nak balik.... bye2

Karimun Part 2

masa Part 1 i  cerita pasal melawat sekolah SMA Negeri 1, Karimun kat Pulau Karimun, Tanjung Balai, Indonesia. pengalaman yang menarik. lain-lain tempat, ada lebih dan kurangnya. apa-apa pun.... I tetap cintakan Malaysia.  masa hari ke-2 I dah mula rasa macam tak sabar nak balik Malaysia. 

ini gambar-gambar kitorang berjalan selepas habis lawatan sekolah.
 
ini kat Masjid Agung, Karimun. cantik masjid dia....


cantik pemandangan masjid dia. plus.... orang yang bawa kitorang jalan-jalan tu kata....masjid kat sini kebanyakkan dananya dari orang islam kat situ (untuk besarkan masjid, untuk cat masjid dll). berbeza dengan Malaysia yang dana pembinaan Masjid adalah dari Kerajaan. 



kat tempat yang belang-belang ni, adalah tempat sembayang juga sebenarnya kalau kat dalam masjid dah penuh. diorang akan bentangkan sejadah kat simen tu dan oleh sembahyang berjemaah sama dengan orang dalam masjid. terutamanya waktu Solat Jumaat.


ini bangunan kerajaan kat sana (ala-ala macam kat Nusajaya and Putrajaya la~)

ini pantai pongkar, Karimun dia. kitorang tak mandi pun

minum air kelapa kat area air terjun di Pongkar dia (kelapa besar giler~)
tapi kitorang tak naik kolam air terjun dia sebab kesuntukan masa. lagipun, orang yang bawa kitorang jalan tu cakap, air terjun dia bukan mcm air terjun yang kita biasa pergi. ini cuma kolam tadahan air mata air yang bertingkat. mcm kat bawah ni.

kalau tak bawa baju mand, boleh sewa cawatnya. hahahahahahaha......


minum air kelapa best bila cuaca panas terik!

seronok korek isi kelapa

makan masakan medan, dilayan mewah konon-kononnya.


ini kedai yang kitorang makan. restoren minang jaya, karimun

tengok la pinggan sampai bertingkat2,


muka gembira dah kenyang.

melawat pusat ekspo dia. ingatkan ekspo apa....rupanya tempat jual2 barang rotan. hahahaha.....

masa malam nak pergi jamuan yang hadooooooooo~ menyedihkan. tapi bila dikenang2, rasa nak gelak pun ada.

Karimun Part 1

28-30 september 2012 aritu I and guru-guru SMK Bandar Tenggara dan GPK2 area Johor melawat Pulau Karimun, Tanjung Balai, Indonesia. 

harini I story pasal lawatan kitorang ke Sekolah Menengah Atas Negeri 1, Karimun. 
ini bas yang kitorang naik

unik bas ni. dibuat dari kayu. tak pernah naik seumur hidup. inilah kali pertama. fun juga. angin direct~


ini anak murid sekolah sana. teringat zaman sekolah rendah. cam ni la rupa kelas I masa tu. 

ini kantin dia. sebenarnya ada kantin lagi 1 yang ala2 mcm kedai2 dalam food court kat Tesco tu.
maknanya, murid2 dia bebas untuk pilih nak makan kat gerai mana yang diorang rasa suka. best kan??

white board and chalk board. best kan?

kat belakang tu, surau sekolah dia. cikgu2 dia cakap, dalam bulan puasa, diorang sekolah cuma 2 minggu aje. and dalam 2minggu tu, diorang cuma belajar agama and tadarus Al-quran. and pas tu.... CUTI~
bagus kalau sekoah kat Malaysia buat mcm ni. boleh tingkatkan agama para pelajar. 
kadang-kadang, ada juga orang Islam yang tak pandai baca Al-Quran.

thatz us dengan guru-guru sekolah SMA Negeri 1, Karimun

and that is me.
 jumpa anda di part 2 dan part 3


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...