nuff

Thursday, November 29, 2012

Bersalah

semua orang mesti pernah rasa bersalah dan pernah buat kesalahan.

so, kalau seseorang pernah buat salah... mesti dia akan rasa bersalah dan rasa tak menentu sebab asyik terkenangkan kesalahan yang dia dah buat.

seorang perempuan yang telah mengganggu rumah tangga seorang lelaki kerana berusaha untuk mendapatkan perhatian dan cinta dari lelaki yang dah berumah tangga itu. bila dia dah berjaya mendapatkan lelaki tu, dia akan gembira dengan kejayaannya. dia akan rasa bersalah dengan perempuan yang dia kecewakan dulu (kalau dia ada rasa macam tu la kan~) dan dia akan berada dalam ketakutan sebab dia mendapatkan lelaki tu dengan cara yang salah, oleh itu..... dia risau kalau ada perempuan lain yang akan rampas lelaki tu dari dia. betul x???

so, kesimpulannya di sini..... seseorang akan rasa bersalah kalau dia pernah buat salah. 

dalam kehidupan ni ada turun naiknya. 

WHAT GOES AROUND, COMES AROUND.

Thursday, November 22, 2012

Gila Melancong

dari zaman kanak-kanak lagi sebenarnya I ni teringin nak melancong dan lihat seluruh dunia. kenapa? sebab sia-sialah kita hidup kalau jadi katak bawah kaca yang lihat luar dari satu tempat. lebih baik kita keluar dan merasai sendiri apa yang indah dan unik dalam ciptaan Allah ni kan. bila kita jalan-jalan kita dapat mensyukuri nikmat yang kita nampak dan kita lalui. betul x? 

Tapi memandangkan I ni bukan anak orang kaya, jadi semua angan-angan tu susah sikit la nak capai. kene berusaha keras untuk cari duit supaya boleh sampai ke negara orang. dulu masa kecil, i bercita-cita nak jadi peramugari supaya dapat berjalan ke seluruh dunia. tapi, I ni rabun..... tak dapat la jadi peramugari. 

so, sekarang ni I tengah malas nak buat assignment sebab cursor asik berlari2 di skrin komputer untuk lihat keindahan Istanbul, Turki. kenapa tetiba nak tgk Turki plak ni?? sebab masa I ikut bengkel penulisan Thesis Cepat kat UTM, Skudai, Johor aritu... Dr. OT cakap pasal melancong ke Istanbul sangat berbaloi-baloi dengan melihat keindahan Islam. wowww......

pemandangan Istanbul.

jadi, hasil google, I jumpa blog mereka ni yang telah menaikkan lagi semangat I untuk ke Istanbul. kalau ada duit lebih, I taman angan-angan ni untuk sampai ke Istanbul pada 2014. Amin.......

jom melawat Istanbul:

kalau ada sesiapa yang nak share pengalaman dan nak nasihatkan I pasal trip ke Istanbul dari segi keselamatan, penginapan, makanan dan sebagainya sila la comment and tinggalkan email address k. 


Tuesday, November 20, 2012

Apa yang terbaru??

okay, apa yang terbaru tentang life tasha?

-sambung Master dalam bidang pendidikan khas di UKM
-pindah rumah sewa baru di Taman Anggerik, Bandar Tenggara, Johor
-buat persiapan perkahwinan 

untuk Master, so far masih terkawal.... cuma tengah fikir macam mana nak g kelas nanti time tengah sibuk dengan sekolah and dalam masa yang sama tengah sibuk nak buat persediaan kahwin??

hal pindah rumah, baru je angkut semua barang ke rumah sewa baru sebab rumah lama "tak best". hehehe..... rumah baru, rumah tepi plak tu.....kene tambah duit maintenance untuk rumput tiap-tiap bulan nampaknya... 

persiapan perkahwinan pulak.....sepanjang minggu lepas I and my parent berjalan ke sana kemari mencari dewan, mencari bridal, mencari katering, mencari photographer.... turun tangga, naik tangga, turun kereta, naik kereta. letih dibuatnya~  

ini adalah hasil survey yang dibuat:
ini dewan Sangkar Kristal, di Johor Bahru. dekat2 kediaman rasmi TMJ and dalam kawasan Pelangi la kot (korang google la sendiri "Sangkar Kristal, Johor Bahru") boleh muat 450 orang di tingkat atas, and orang yang duk kat tingkat bawah boleh tengok pengantin melalui TV. kalau ambil pakej kat Sangkar Kristal ni, pengantin and family pengantin tak yah penat2 sebab ini automatik adalah pakej Wedding Planner (semuanya dah disediakan kecuali Photographer, kad jemputan dan favors). pengantin dtg, makan2 and enjoy~ seronok kan?

ini pulak, dewan Gallery Glulam, dekat dengan Kampung Melayu Majidie. kat JB lah of coz kan~
unique  kan??? I suka sangat dewan ni....tapi jujur la kan~ mahal wei!! kalau family I amik, memang merangkak la I nak cari duit tambahan nak topup duit yang ada. kalau buat wedding waktu mlm kat sini memang marvelous and meletop vavavoom lah!!!!


ada beberapa individu yang I jumpa dengan my parent untuk hal perkahwinan ni. semuanya untuk sevey quotation untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. ada yang sediakan pakej wedding planner, ada juga yang tak. and my family tiap2 malam sepanjang minggu lepas asik tekan calculator aje. I sampai rasa macam nak muntah tengok nombor yang beribu-ribu tu (duit kawin ni kalau buat duit muka kereta pun bagus! hahahaha....). 

Nasib baik la juga En. Tunang ni okay aje... and tak de marah-marah. mungkin sebab dia dah faham situasi gila macam ni. 

antara yang kitorang jumpa masa survey2 is:
Andaman Liza di Pasir Gudang
Pondok Pesona di Pasir Putih (xde website)
LC Catering di Johor Bahru
Onion and Garlic Catering di Permas Jaya (xde website)
Nizam Zary Wedding Artistic di Setia Tropika
Pohon Minda Photography di Pasir Gudang.

semua di atas kitorang jumpa, duduk berjam-jam and tanya macam-macam. huhuhu...... agak-agak, ada tak yang terpilih untuk menjayakan wedding I nnt? hehehe....

kalau ikutkan hati sebenarnya.... I nak simple aje... tak yah pelamin and tak yah bersanding, nikah and kenduri doa selamat aje dah cukup.

tapi, memandangkan  I ni satu-satunya anak perempuan yang ada, my mom akan terkilan kalau tak buat majlis. so, kene la buat jugaaaaaaa......

I mendoakan majlis yang akan diadakan nanti akan berjalan lancar dan diiringi doa yang baik dari setiap tetamu. aminnnn......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...