nuff

Thursday, November 22, 2012

Gila Melancong

dari zaman kanak-kanak lagi sebenarnya I ni teringin nak melancong dan lihat seluruh dunia. kenapa? sebab sia-sialah kita hidup kalau jadi katak bawah kaca yang lihat luar dari satu tempat. lebih baik kita keluar dan merasai sendiri apa yang indah dan unik dalam ciptaan Allah ni kan. bila kita jalan-jalan kita dapat mensyukuri nikmat yang kita nampak dan kita lalui. betul x? 

Tapi memandangkan I ni bukan anak orang kaya, jadi semua angan-angan tu susah sikit la nak capai. kene berusaha keras untuk cari duit supaya boleh sampai ke negara orang. dulu masa kecil, i bercita-cita nak jadi peramugari supaya dapat berjalan ke seluruh dunia. tapi, I ni rabun..... tak dapat la jadi peramugari. 

so, sekarang ni I tengah malas nak buat assignment sebab cursor asik berlari2 di skrin komputer untuk lihat keindahan Istanbul, Turki. kenapa tetiba nak tgk Turki plak ni?? sebab masa I ikut bengkel penulisan Thesis Cepat kat UTM, Skudai, Johor aritu... Dr. OT cakap pasal melancong ke Istanbul sangat berbaloi-baloi dengan melihat keindahan Islam. wowww......

pemandangan Istanbul.

jadi, hasil google, I jumpa blog mereka ni yang telah menaikkan lagi semangat I untuk ke Istanbul. kalau ada duit lebih, I taman angan-angan ni untuk sampai ke Istanbul pada 2014. Amin.......

jom melawat Istanbul:

kalau ada sesiapa yang nak share pengalaman dan nak nasihatkan I pasal trip ke Istanbul dari segi keselamatan, penginapan, makanan dan sebagainya sila la comment and tinggalkan email address k. 


0 000 kritikan hebat!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...