nuff

Monday, November 29, 2010

terima kasih daun keladi

untuk entry kali ini, ai nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada 
Puan Norsiah yang telah mempelawa ai untuk menjadi sukarelawan Paralimpiad Malaysia ke-XV, di Melaka baru-baru ini.

ai belajar sesuatu yang baru lagi untuk kali ini.
mmng fun!!!

nanti i share dengan u olz gambar-gambar ai kat sana ea...

lagi satu perkara, selepas dah beberapa lama tak update dunia blog ni...
sekali buka, rupanya ai menerima satu anugerah dari Encik Si Pencinta.
kerana ai menjadi 90 follower yang terpilih. 
wawawawawa....

terima kasih yer~
dengan bangganya ai membawakan banner yang ai terima.


Tuesday, November 23, 2010

apakah??


kenapa pulak Tasha ada kat Melaka? haritu macam sibuk sangat siapkan latihan ilmiah (thesis) ni jadi sukarelawan pulak....
latihan ilmiah dah siap ker?

dah ke belom???
dah ke belom?
rasanya dah ke belom?

hahahaha.....


mestilah dah siap. ai kan cekap (kononnyer....)

baiklah, yang wajib kita mesti selesaikan dulu.
then, bila kerja dah siap baru boleh mula focus kerja lain pulak kan?
sekarang ni..... ai tgh bertawakal jer la....
harap-harap latihan ilmiah ai dapat A.
kalau Pn. N nak bg ai A- maknanya dia jeles dengan ai.
wawawawawa..... 

boleh gitew?
tak kesah la kan..... boleh kan ajer....
wawawawawa....


mana tasha?



mana tasha pergi?

ada kat Melaka

jemputlah melawat laman web rasmi Paralimpiad Melaka k. so korang boleh tambah pengetahuan pasal apa yang OKU boleh lakukan dalam bidang sukan yang mungkin kita sendiri sebagai orang yang tipikal tak mampu lakukan.

c u later u olz...


Wednesday, November 17, 2010

Terkejut di hari raya korban

dah la dihari raya korban ni ai kene raya diperantauan
then tak dapat nak blk JB pasal latihan ilmiah tak siap.
tiba-tiba dikejutkan dengan sesuatu yang macam.......
ntah la..... 
tak tau nak kata apa.


boleh baca tak apa yang dikatakan oleh tasyababi tu??
ai tau dia maksudkan ai la tasha yang babi tu.
tapi bile dia dah letak nama sebagai tasyababi. 
so, nama dia tasyababi. ai tak tau kenapa tiba-tiba ada perkara macam tu boleh muncul.
seingat-ingat ai, ai tak ada jadi bohsia pun... atau ai tak ada sakitkan hati siapa2 (memang la kita tak akan sedar kalau kita pernah sakitkan hati seseorang).
then nama dia di linkkan kepada satu laman web porno yang sangat luncah yer.

hebat betul dia bagi link macam tu.
ai pun tak pernah masuk laman web porno. 

tak pe lah.....semua orang ada hak untuk menyatakan perasaan dia.
marah? ada la juga....
tapi paling besar skali ai TERKEJUT!
satu hal lagi adalah ai jadi tak boleh berhenti berfikir apakah ai ada menyakitkan hati orang lain sampai buat dia marahkan ai mcm tu?
btw,
bila u olz masuk je blog ni, u olz dah boleh baca terang-terang yang 
Tasha ni adalah HANYA MANUSIA BIASA YANG TAK SEMPURNA.

TQ.

terima kasih kepada tasyababi yang buat ai mula mengkaji salah silap ai pada orang lain.

beraya di perantauan

firstly, slaam aidiladha buat semua rakan-rakan yang beragama Islam.
raya aidiladha sama la juga dengan raya korban,
maka......segala yang dikorbankan dalam hari raya tersebut boleh dikira korban la kan?
(apa je la yang kau melalut ni Tasha?)

okay, straight to the point.
kenapa tajuk entry beraya di perantauan?
sebabnyer..... raya aidiladha ni, ai terpaksa berkorban daripada pulang ke kampung halaman di JB sana nun. sebab terpakse menyiapkan latihan ilmiah yang tinggal sikit-sikit jer lagi ni ha (dari haritu lagi kata sikit. tapi tak siap-siap gak. nak sedapkan hati sendiri la kata kan....)

so, ape yang menarik sangat nak dikongsi tuh?
ianya adalah ai, adik sasa, faizal debot dan abg ijan memasak
wahahahaha......
masing-masing tak pernah masak rendang. tetiber jek nak masak rendang.
apa menu kitorang?

1) rendang ayam
2)kuah kacang
3)sup ayam
4)nasi himpettttt....

hamik ko!
ada macam kat rumah tak??
boleh la tu kan...... asalkan ada la sikit-sikit mood rayeer.... daripad xraya langsung~
wah.....sok kene gosok baju nak kene pakai baju raya ni.

nnt ai share ngan u ollz gambar raya diperantauan kitorang ea....
hahahha
sedih sikit ar.....
kim salam buat family yang dah kemane-mana tah perginye.
anakanda di sini merindui bonda dan ayahanda. ecewah~

Tuesday, November 16, 2010

mat salleh cakap melayu!!!



tengoklah ini~

kenapa Youtube?

nak tau tak kenapa entry2 sebelum ni asik2 video dari youtube?
sebab kan.....
sebab kan.....

sebab rasanya macam 1st time in my life tgk youtube laju jer tanpa
buffering yang membosankan (ye ker 1st time?)

hahahaha.... gitu la gamak nyer 
tuan-tuan dan puan-puan.

Ne-Yo - Beautiful Monster


LIKE THIS SONG!!

Monday, November 15, 2010

mak pemalas!!


apa la nak jadi! selisih~

semalam....

semalam ai tengok blog ai yang sunyi ni.
sebab ai terlalu sibuk nak update apa yang boleh ai update.
 berita gembira baru jer dapat. my dad masukkan duit.
kesian kan? dah tua bangka pun mintak duit kat ayah lagi.
teruk punya anak!


so, berbalik kepada semalm punye cerita,
ai tgk, follower i ada 49 orang. terima kasih kerana sudi follow blog ai yang tak berapa glamor ni.
and ai fikir, macam mana nak tambah follower?
tmbah lg sorang jadi 50 pun dah cantik dah.


skali, arini ai tgk blog ai...... dah cukup 50 follower. 
hati kecil yang tak berapa kecil ni rasa banggaa pulak ada juga orang yang sudi follow.
so, siapakah orang yang ke 50 itu???


inilah dia insan bertuah yang menjadi orang yang bernombor cantik iaitu 50.


dia mengenalkan dirinya sebagai MAMAT di awal kemunculannya di blog ai ni.
then bila ai menjenguk blog dia, WOW! ada lagi lelaki yang berjiwa seni macam ni zaman sekarang.
mesti MATIKA LOVE 131020  ni romantik orangnye kan??  

dah lawa dah tu~




marilah ramai-ramai kita melawat blog dia...
tak lupa pada blogger-blogger lain, sila la follow blog Tasha's ni.... jangan segan-segan yer.
TQ

Sunday, November 14, 2010

tak percaya....

saya tak percaya!!!

sangat tak percaya!!!

saya sekarang sangat sibuk...

sibuk siapkan latihan ilmiah untuk sentuhan terakhir.

dan akan terus ke Melaka untuk sukan Parilmpik Malaysia.

jumpa anda disana yer.... (tapi saya bukan atlet la. tak cukup stamina untuk jadi atlet.hehe)

bersama atlet Malaysia masa jadi volunteer International Powerlifting Game.

thanx to Majlis Paralimpik Malaysia for the opportunity. 

Saturday, November 13, 2010

marilah...... mari....


marilah kita merasakan apa yang dikatakan love this feeling~
order2 jangan tak order.
siapa yang tak suka barang free kan?
so.... just klik acuvue trial and contest yang kat bawah gambar tu
dan isi beberapa details.
so, anda sudah boleh redeem contact lens for free kat mana2 optical store yang berdekatan dengan anda. yeay!

sharing is caring everybody.....




Look what i've found!

OMG! tak tau la kalau ai ni terlambat atau tak up to date.
 tengah sembang2 pagi, ai ternampak gambar kawen Raja Farah kat laptop roomate ai
so, ai pun menjelajah dunia internet untuk cari isu pasal pernikahan Raja Farah tu.
skali..... ai terkejut dgn apa yang ai jumpa. 

giler HOT!!!!
...











...














...


























...


































...
































..























.






























.




























.
























.
sila la scroll lagi
 .





















.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.













ada lagi...
































sikit lagi






































.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
...






nah!
 sumber dari JOMSS

wahahahahahahahahahaha
guling2.... wahahahahahaha....hukhukhukhuk (tersedak)....hurmmmmmmmmm ketawa balik....hahahhahahahahahahhahhahahahahhahahahahhahahah
hahahhahahahahahahahahahhahahahahhaha
hahhahahahahahahhahahahahhahahh
hahhahahahahhahahahahahhahaha
hahhahahahahahahahahahahhahahaha
hahahahahhahahahhaha......
 sakit perut la ketawa!

syukur!

Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini
Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini


Altimet - Syukur


okay. 
cukup utk itu.....sajeer nak u olz bayangkan macam mana bersyukurnya ai rasa sekarang.
setelah bersengkang mata di kedai pak cik ai yang meriah macam disko ni....
ai berjaya juga selesaikan Bab 4 dalam 1 malam (eleh....orang lain 1 jam jer dah boleh siap.poyos! alah.....suker la. nak 1 jam ker, 1 bulan ker, 1 malam ker, 1 tahun ker. ada mak kesah? hurmmmm..... cukup2! ni suara hati yang terlampau namanya ok)


sekarang ni, my plan adalah untuk sarapan pagi percuma yang berbaloi dan pulang untuk dapatkan rehat yang sempurna. kononnyer~
then dengan azam yang tinggi setinggi langit ke tujuh, ai bercita-cita untuk menjejakkan kaki ke perpustakaan UKM pukul 2pm bersama Serai Wangie. sape nak join?? jom~
kita ke library secara berjemaah.
wawawawawa......
gilo!


sudah yer Tasha.... bawa bersabar. sekarang kan waktu rehat (ala-ala macam iklan Aduan Rakyat.tetiber teringat malam berkaroke dengan ex-roomate


sekian~





Friday, November 12, 2010

The Kid: A True Story - 2010

"Life is not about the past
 but its about the future 
and how happy you can get there"

attention everybody!

i just finish watch this movie base on the real true story.

secara ringkas, movie ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Kevin yang dibesarkan dalam sebuah keluarga miskin yang mempunyai bapa pemabuk, ibu yang mendera dan Kevin membesar dengan estim kendiri yang superb LOW!
 kesian....
dia pernah diselamatkan dari keluarga dia yang kejam tu. tapi keluarga dia menuntut dia semula untuk kembali bersama keluarga atas pengawasan pihak kerajaan UK. 
dipendekkan cerita, apabila dia kembali dalam keluarga itu, dia membesar sebagai diri dia semula dan jadi manusia paling bodoh, paling lurus, paling GOD! tak tau la nak terangkan macam mana. 

U REALLY HAVE TO WATCH THIS MOVIE!

and ada cikgu yang cuba bantu dia semula tapi gagal hinggalah satu hari ibu dia cederakan dia sampai dia dimasukkan ke hospital dan kerajaan terpaksa ambil dia semula dari keluarga dia.
dia duduk dengan satu keluarga yang betul-betul sayangkan dia can care terhadap dia.
bapa angkat dia seorang ex-boxer dan dia belajar boxing dengan ayah dia sampai dia jadi boxer paling power!
dan dia hidup bahagia selamanya.....

happily ever after??????

not yet!

dia bercita-cita tinggi sampai tak nak habiskan sekolah. cita-cita tinggi ke?
dia nak jadi success katanya. tapi selepas bapa angkat dia meninggal dunia, dia  jadi hilang arah dan kawan ayah dia ambil dia bekerja dengan dia. ingatkan baik sangat kawan ayah dia. rupanya otai UK tu.....
tokey kongsi gelap ternama la kononnyer.... gerun ai tau!
then, dia pergunakan kekuatan Kelvin dalam boxing untuk bertarung laga ayam secara haram. yang si Kelvin bengap ni tak tau apa-apa ikut aje cakap tokey buncit ni.

setelah dia sedar dia mula kehilangan segalanya, 
dia plan untuk bunuh diri. makan ubat banyak-banyak dan minum Jack Daniels. 
giler!

tapi malangnya..... tak mati pulak....
dan seterusnya apa yang jadi????



u olz patut dapatkan cerita tu and find the bright colour behind the black door (pepatah ai sendiri)
dan ini, adalah bingkisan khas untuk kalian yang mungkin nak tau banyak pasal.


sure tak akan menyesal dengan usaha korang mendapatkan cerita ini. i'm surely sure. (adada ker? english sampah!and kalau u olz nak tau,kalau nak tau la..... kalau tak nak tau pun tak per. ai tak marah.
 masa ai tgk cerita tu, file CD 1 tgh tgk, tiba-tiba file CD2 ai dah terbuang. nasib baik belom clear recycle bin. kalau tak..... ai pun tak tau betapa hebatnya penangan cerita ni sampaikan ai rajin cari dalam tenet tentang penulis and what ever pukul 5.26am sekarang. ai tgk cerita tu pukul 2.30 am tadi and abiz jer tgk cerita terus bersengkang mata cari pasal movie ni (kalau study pun macam ni kan bagus! ini tidak....untuk movie sanggup. untuk future sendiri malas pulak. tak senonoh wahai Tasha oii).


 and look what i found???

the real kevin with the actors that playing him.

best info from the movie:
'The Kid' was on the UK Bestselling List for 18 weeks and was number 1 for 6 weeks. Kevin now lives in Surrey with his falimy and become one of the most successful crime writers.


OMG! thanks god he still alive!
- Allah Maha besar -

Histeria: Kolej Ibu Zain, UKM

ai tak tau la ni dah kali ke berapa ai dengar cerita pasal histeria dalam kolej yang ai dah diami selama hampir 4 tahun ni. tapi thanx god, setakat ni... semua kes2 tersebut berjaya diselesaikan. kene masuk rancangan Kes yang kat TV3 ni.

tak pernah lagi kot histeria sampai bunuh diri. ada ke?
ai ni baru jer balik dari ber karoke dengan ex-roomate and kawan2 dia. actually petang tadi lagi ai and LINI dengar bunyi bising2 macam orang bergaduh. tapi kitorang tak sure la datang dari mana suara tu...

so, dengan perasaan tak puas hati dengan bising yang orang tu buat, kitorang pun sesama sendiri bercakap la kenapa agaknya orang tu. tak tau hormat ke privacy orang lain yang nak exam ker... nak tidur ke.... dia bergaduh ker?marah ker?duk la asik berteka-teki sesama sendiri.

bising2 tu dari petang bawa ke malam. sampai pukul 9mlm masa ai nak keluar dgn ex-roomate pun masih bising. kesian roomate ai (Lini) tak boleh nak focus study pasal sok dia exam.

bila ai turun bawah.... WOW! mesmerize  dengan kedatangan ramai orang ke blok ai malam2 ni. hasil survey yang ai jalankan bertanya, diorang kata ada budak tengah meracau. mak seram sejuk nox.....! terus mak blah dari situ.

bila balik bilik pukul 1.30am, barulah mendengar kisah lanjut dari Lini.... dia kata budak tu mmng dah penah histeria sebelum ni. tapi kali ni berat sikit nak ubat. 
so..... for me..... entah lah.

ai hope dia cepat sembuh. isu histeria ni masalah personaliti atau mistik??? i have no idea.... redha je lah.... ni semua Allah dah tentukan dari sebelum kita lahir lagi kan~

cartoon by Warner Bros tahun 1998-2001 kat chanel WB Kids

tengah duk google gambar Histeria yang sesuai, takkan nak letak pix ai post ala2 histeria pulak kan??
terjumpa pulak cartoon series dengan tajuk yang sangat gagah perkasa berani ini.
hehehe....
nak tau lebih lanjut, 
macam biasa:

Histeria: Gangguan Jin Atau Masalah Psikologi?

Tidak kurang lima kes histeria membabitkan ratusan pelajar yang dilaporkan berlaku hampir serentak di beberapa sekolah berasrama di Pahang, Selangor, Perak dan Sarawak sepanjang bulan lalu hingga kelmarin mencetuskan persoalan di kalangan masyarakat — apa sebenarnya berlaku?

Sekolah Menengah Sains Selangor adalah salah sebuah sekolah tersebut dan cerita tentangnya boleh dibaca di Pengalaman Semasa SMSS Diganggu.

Dua pakar dalam dua bidang berlainan yang ditemui Metro Ahad memberi jawapan berbeza terhadap persoalan itu berdasarkan kepakaran masing-masing.

“Histeria berlaku kerana makhluk halus atau jin marah atau berdendam terhadap manusia selepas ia diganggu. Jin memang boleh meresapi manusia dan ada hadis menyokong kenyataan ini,” kata bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga pengkaji kebudayaan Islam, Datuk Dr Amran Kasimin.

Ketua Jabatan Perubatan Psikologi Pusat Pakar Universiti Malaya, Profesor Mohamad Hussain Habil, pula berkata masalah histeria berkait rapat dengan kepercayaan seseorang terhadap perkara mistik dan karut marut, namun ia sebenarnya disebabkan masalah psikologi serta tekanan perasaan.

“Kepercayaan karut mempengaruhi jiwa seseorang sehingga mereka mengalami histeria. Namun apabila diselidik, kebanyakan kes disebabkan tekanan psikologi, sama ada membabitkan masalah kewangan, rumah tangga, sosial atau kerja,” katanya.

Ikuti ulasan lanjut mereka berhubung fenomena ini yang kini mencemaskan masyarakat, terutama ibu bapa pelajar yang menjadi mangsa, kerana proses pembelajaran anak mereka terjejas berikutan sekolah terbabit terpaksa ditutup sementara waktu untuk menenangkan keadaan.

DATUK DR AMRAN KASIMIN

Soalan (S): Bagaimana histeria berlaku dan mengapa?

Jawapan (J): Histeria boleh berlaku atas dua faktor iaitu disebabkan tekanan dan gangguan. Apabila tertekan sama ada di sekolah, tempat kerja, cinta atau pergaduhan, diri hilang pertimbangan dan kerana itu makhluk halus atau jin mudah menguasai diri.

Manakala gangguan pula membabitkan kes seperti salah menuntut ilmu persilatan, tarian tradisional, menurun atau orang biasa. Ini gangguan syaitan dan iblis kerana mereka pernah berjanji untuk menyesatkan manusia walau apa cara sekalipun.

S: Kebelakangan ini banyak kes histeria berlaku di sekolah, apa puncanya?

J: Satu sebab jin mengganggu manusia ialah kerana marah atau berdendam selepas ‘kediamannya’ dirampas manusia, contohnya kawasan itu dijadikan sekolah atau bangunan. Sebab itu sekolah baru buka kerap berlaku histeria.

Selain itu, mungkin ada pelajar ‘mengganggu’ tempat jin itu seperti membuang air kecil di tempat tidur atau tempat tinggalnya. Ia mungkin dilakukan di kawasan hutan berhampiran sekolah atau belukar yang menjadi kediaman jin. Itu juga boleh menyebabkan kemarahan jin.

Boleh jadi juga sebab mereka (jin) diganggu bunyi bising disebabkan ‘kenakalan’ pelajar terbabit sehingga menimbulkan kemarahan. Jika lama terpendam, ia bertukar menjadi dendam dan tiba masanya, jin itu ‘menyerang’ (berlakunya histeria).

Namun histeria sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa saja dan tidak kira di mana. Jika jin diganggu, mereka membalas semula. Kes yang banyak berlaku di sekolah sekarang mungkin hanya kebetulan.

S: Bagaimana jin memasuki tubuh manusia dan ke mana tujunya?

J: Jin boleh masuk ke tubuh melalui pelbagai cara, sama ada hidung, mulut, telinga, ibu jari kaki dan tangan. Ia makhluk halus, tidak berjasad dan mudah berbuat demikian.

Selepas masuk, ia terus menyerang dan mengawal otak manusia, sekali gus menyebabkan perilaku tidak normal, mengubah personaliti seseorang mengikut jenis jin yang memasuki tubuhnya.

Ada yang dirasuk boleh bercakap dalam bahasa Thailand atau Indonesia kerana ia pelbagai jenis dan bangsa, sama seperti manusia.

Misalnya, jika jin tua masuk ke badan, mangsa berkelakuan seperti orang tua, bongkok. Perlu diingat, jin ini tidak mati sehingga hari kiamat.

S: Mengikut fahaman Datuk, bagaimana serangan jin boleh menyebabkan histeria ini?

J: Jin menyerang manusia dalam keadaan tak sedar dan sukar dikawal. Serangan memang dahsyat kerana dia memperalatkan tubuh manusia. Ada berlaku, pelajar menggigit jari sampai berdarah kemudian menghirup darah sendiri. Sebenarnya yang menghirup darah itu jin, bukan pelajar. Jin cuma mempergunakan tubuh pelajar tadi.

Ada juga mangsa yang boleh berkelakuan luar biasa seperti menumbuk dengan kuat, sedangkan yang dirasuk jin itu adalah wanita.

S: Mengapa apabila berlaku serangan histeria, ia mudah berjangkit kepada orang lain?

J: Memang jin boleh berjangkit selepas menyerang manusia. Ia pantas, malah boleh diibaratkan sama seperti cahaya. Dalam sekelip mata, ia boleh menyerang ramai orang.

S: Bolehkah histeria mendatangkan kemudaratan atau bahaya kepada mangsa, terutama pelajar?

J: Ya... kerana histeria ini menyerang otak dan fikiran manusia. Ia sama dengan simptom dialami orang gila iaitu hilang ingatan.

Bezanya, histeria akan pulih jika jin dapat dikeluarkan dari tubuh badan. Tidak seperti penyakit gila yang mungkin berlanjutan jika kerosakan sel otak yang dialami pesakit tidak dapat dirawat.

Namun jika histeria itu kerap menyerang seseorang, ia membahayakan diri mangsa, fikiran mungkin ‘dirosakkan’ makhluk berkenaan sehingga menyebabkan gila.

S: Apakah tanda seseorang itu diserang histeria?

J: Tangan menggeletar dan sejuk. Dia juga seperti dalam fantasi, mungkin terdengar bunyi air, desiran angin atau loceng yang sayup kedengaran.

Ia boleh dirasai. Selepas jin ada pada tubuh, mangsanya melihat dunia ini gelap, kepalanya bergoyang dan tubuh menggeletar.

S: Adakah benar mangsa yang dirasuk boleh melihat makhluk halus?

J: Ya... tetapi ia berlaku sekali imbas saja dan ia tampil dalam pelbagai rupa dan bentuk menakutkan. Ada juga yang menyerupai objek seperti ular. Jika ada pengakuan menyatakan ia melihat makhluk aneh, ia bukan ilusi tapi memang benar kerana Allah SWT membuka sedikit ruang untuk melihatnya.

S: Mengapa wanita sering jadi sasaran atau mangsa histeria?

J: Wanita lebih sensitif dan dianggap lemah berbanding lelaki. Apatah lagi dalam keadaan tertentu, wanita memang lemah seperti ketika haid, mengandung atau berpantang. Begitupun lelaki juga tidak terkecuali, ada yang kena jika tidak kuat semangat.

S: Bagaimana cara atau kaedah untuk mengelak menjadi mangsa?

J: Berpegang teguh dengan ajaran Allah SWT adalah langkah terbaik. Jin sebenarnya boleh mengetahui kekuatan roh seseorang, sama ada memiliki cahaya (iman) atau tidak. Jika kuat dengan amal ibadat, dia tidak suka mendekati.

Namun antara amalan yang boleh dilakukan ialah baca ayat Kursi selain doa. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Barang siapa membaca ayat Kursi ketika di tempat pembaringan (tidur), Allah SWT menghantar dua malaikat untuk menjaganya hingga waktu subuh.”

S: Adakah wajar kita membuat perjanjian dengan jin untuk menghindarkan gangguan histeria ini sehingga perlu mematuhi syarat tertentu?

J: Itu tidak boleh. Jika letak syarat, ia menampakkan kita lemah, malah syirik. Memang ada ‘tawar-menawar’, tetapi jangan letak syarat. Dalam satu kes, jin pernah minta tempoh seminggu untuk berpindah dari situ tempat dan tidak salah membenarkan. Barangkali mungkin jin itu hendak berkemas sebelum beredar tetapi selepas seminggu, pastikan mereka tiada.

Dalam tempoh itu jin tidak mengganggu lagi, jika adapun sekadar gangguan kecil seperti terdengar orang mandi, suara ganjil atau kelibat seseorang.

S: Benarkah makhluk halus ini boleh dipindahkan beramai-ramai menggunakan kenderaan?

J: Jin boleh diibaratkan pergerakannya sama seperti cahaya, pantas dan laju. Jika kita menggunakan kenderaan untuk memindahkan mereka ke tempat lain yang mengambil masa beberapa jam perjalanan, selepas tiba, mereka kembali semula ke tempat asal hanya dalam beberapa minit atau saat saja, jadi bagaimana? Bagi saya, ini tidak logik dan menyukarkan.

S: Ada pihak ‘memagar’ tempat tertentu seperti sekolah atau bangunan untuk menghalau gangguan makhluk halus, apa pandangan Datuk?

J: Pada saya tidak salah, namun wujud kebimbangan. Malah ada yang memagar dengan bantuan jin juga dan ini bahaya, tidak mustahil jin ini boleh mengganggu tempat itu. Sebaik-baiknya kembali kepada ajaran Islam, gunakan ayat al-Quran.

S: Bagaimana pula kes mereka yang diserang histeria dan selepas dirawat, diserang kembali?

J: Apabila seseorang itu diserang histeria, ‘laluannya’ sudah ada. Sebagai contoh, apabila masuk ke hutan, kita membuat lorong dan jika hendak masuk kali kedua, kita guna lorong sama. Begitu juga dengan jin, namun lorong itu perlu ditutup dengan cara memperbanyakkan amalan.

S: Apakah jenis-jenis jin?

J: Seperti manusia, jin ada pelbagai jenis dan taraf. Ada jantan dan betina; Islam atau kafir. Makanannya nasi, darah, malah ada yang tidak makan. Ada juga terbang di udara dan melata di bumi. Tempat kotor seperti kawasan penyembelihan paling disukai. Makhluk ini tidak mati sehingga hari kiamat dan mereka sudah berjanji untuk menyesatkan manusia walau dengan apa cara sekalipun.

PROFESOR DR MOHAMAD HUSSAIN HABIL

Histeria adalah masalah biasa dalam proses pembangunan sesebuah negara, terutama apabila berlaku perpindahan penduduk dari luar bandar ke bandar besar.

Ketua Jabatan Perubatan Psikologi Pusat Pakar Universiti Malaya, Profesor Dr Mohamad Hussain Habil, berkata perkara ini berlaku di semua negara di seluruh dunia, termasuk di Barat.

Menurutnya, masalah histeria berkait rapat dengan kepercayaan seseorang individu terhadap perkara mistik dan karut marut. Walaupun faktor kejutan budaya turut memainkan peranan, kebanyakan kes histeria disebabkan masalah psikologi dan tekanan perasaan.

“Kepercayaan karut mempengaruhi jiwa seseorang sehingga mereka mengalami histeria. Namun apabila diselidik, kebanyakan kes disebabkan tekanan psikologi sama ada membabitkan masalah kewangan, rumah tangga, sosial atau kerja.

“Dulu saya selalu menerima pesakit histeria dari kalangan pekerja kilang dalam kuantiti ramai, terutama ketika Lembah Klang baru mula membangun. Kini kes histeria boleh dikatakan hilang sama sekali sehinggalah kes yang berlaku baru-baru ini membabitkan pelajar sekolah.

“Masalahnya ialah masih ramai percaya histeria disebabkan gangguan makhluk halus seperti jin atau penunggu sehingga pesakit lambat dibawa mendapatkan rawatan.

“Jika dibiarkan, lebih ramai akan mengalami gangguan ini kerana jeritan atau gejala histeria boleh mempengaruhi orang lain terutama bagi yang lemah semangat,” katanya.

Dr Hussain berkata, gejala histeria di kalangan pelajar sekolah berlaku kerana wujudnya unsur perpindahan dari kampung ke bandar dan setiap orang pasti ada kepercayaan terhadap perkara mistik tersendiri, walaupun punca sebenarnya mungkin disebabkan tekanan perasaan akibat masalah keluarga, teman lelaki atau terlalu bimbang untuk menghadapi peperiksaan.

“Usah bawa pelajar yang terkena histeria berjumpa bomoh kerana ia gangguan psikologi. Lebih cepat pelajar diberi rawatan, lebih mudah masalah histeria dikawal dan ia dapat mengelaknya mempengaruhi pelajar lain,” katanya.

Cara rawatan histeria juga mudah. Langkah pertama ialah mengasingkan individu yang mula-mula mengalami histeria dan pengasingan ini boleh dilakukan dengan memberi cuti atau dibawa segera ke hospital untuk diberi rawatan di klinik psikiatri. Biasanya pelopor kes histeria berkenaan dimasukkan ke wad dan dirawat hingga pulih.

Dr Hussain berkata, cara lain yang boleh dilakukan ialah berpindah sekolah atau menghantar pelajar berkenaan balik ke sekolah di kampungnya di mana dia berasa lebih selesa, tenteram dan selamat.

Jika histeria berlaku di kalangan guru, langkah penting yang perlu diambil selain memberi rawatan ialah memindahkannya ke sekolah lain.

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN, FUAD HADINATA YAACOB dan SHAMRAN SARAHAN dari Harian Metro.

sumber dari:Bambang

Thursday, November 11, 2010

New In Town - 2009


baru jer selesai menonton New In Town. 
 Renee Zellweger looked so HOT!!
with her perfectionist style.
end up, dia yang sesuai dengan kehidupan yang awalnya dia kata tak bertamadun.
hahahaha.....

tapi masa mula-mula tgk cerita ni, ingatkan ni cerita lama tahun awal 2000. 
search kat Internet Movie Database, cerita ni tahun 2009.
seriously she looked different!!!
berbanding masa dalam cerita Case 39
yang nmpk chubby but still HOT!

what ever it is.....
dia tetap bawa diri dia yang lemah lembut tu 
dalam watak apa pun. pandai dia mainkan watak.

ni yang tiba-tiba berangan nak jadi pelakon lak ni. 
hahahaha...

Salah Siapa?



Jangan ingat ini kisah benar tentang diri aku pulak. ini adalah video ringkas untuk assignment kumpulan subjek Pembangunan Insan dan Kewarganegaraan.

kami jadikan isu remaja mengandung di bawah umur sebagai kes untuk melihat tanggungjawab siapa yang harus dipersoalkan untuk menangani masalah yang dah berleluasa sekarang ni.

pelakon-pelakon:


Pengacara Kisah Benar - Nadia


Cikgu Tak Kahwin Lagi/Responden Perempuan - Farhah

Pelajar Mengandung: Tasha


Responden Lelaki/Cikgu - Faizal


Pengurus di Sebalik Tabir - Sidiq.


Apa komen lecturer, nantikan post akan datang~

huwaaa.....

terlalu terkejut mendapat kunjungan dari blogger lain sampai terpadam semua komen2 adoi.....
ntah pape ntah Tasha ni lah!!!!

boleh ker tertekan :

select all 
and 
klik delete.

GILER MORON TASHA NI!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...