nuff

Showing posts with label study. student life style. Show all posts
Showing posts with label study. student life style. Show all posts

Friday, May 6, 2011

Diploma, Matriks atau Tingkatan 6?

Sekarang ni ramai student yang dah dapat result SPM tengah kusut-kusut kepala nak study kat IPTA  atau mana-mana  IPTS yang sediakan  kursus diploma. kursus diploma pun sekarang ni ada macam-macam.....mana yang dah dapat matriks tu syukurlah.... sebab dah selangkah menuju ke menara gading. manakala yang dah dapat kursus diploma kat mana-mana Universiti tu pun dah berjaya masuk Universiti dah pun. hehehe.... takhiah la yer....

kesian pulak pada yang masih di Tingkatan 6. tapi adik-adik yang kat tingkatan 6 tu jangan la bersedih.... sebab peluang untuk korang masuk Universiti lebih cerah sebenarnya..... I dulu pun dari tingkatan 6. dulu.....masa kawan-kawan sekelas seorang demi seorang meninggalkan sekolah untuk masuk IPTS, I sedih sangat.... siap mengadu dengan ibu untuk berhenti tingkatan 6. tapi ibu kata, dah alang-alang..... teruskan lah... so, I terus kan juga.... dan bila habis STPM. keluar result yang agak-agak sedang-serdang (tak de la pandai sangat) isi borang UPU untuk ke peringkat Degree pulak..... alhamdulillah dapat juga masuk menara gading (masuk Universiti Kebangsaan Malaysia).

so, nasihat I kepada adik-adik..... mana yang cerdik pandai dah dapat Matriks tu.... belajar lah sungguh-sungguh yer.... sebab matriks ni susah sikit katanya yer....

then pada yang malas nak duk tingkatan 6, boleh la amik diploma. dan mana yang bercita-cita tinggi nak masuk Universiti  anda belajar sampai dapat Ph.D boleh la amik tingkatan 6. faham tak ni??

maksud I. kalau nak sambung belajar setakat nak pegang sijil and nanti malas nak sambung lagi....amik la diploma. tapi, kalau  u tu bercita-cita nak dapatkan Ph.D jangan amik diploma sebab perjalanan masa belajar tu agak panjang..... tapi kalau u tu betul-betul otak bergeliga..... bila amik diploma and boleh skip masa belajar masa kat Universiti. jadi, kene pandai-pandai lah bahagikan masa yer....

bagi yang nak teruskan tingkatan 6 sebab tak layak dapat matriks jangan bersedih... sebab bila dah masuk tingkatan 6, anda akan ada peluang cerah untuk masuk Universiti sama macam budak-budak matriks. cuma terlewat setahun berbanding kawan-kawan yang duk dalam matriks tu...... bila dan masuk Universiti..... kamu akan habis awal berbanding kawan-kawan yang amik diploma. faham tak??

okay cuba kira ea.....

Matriks (1 tahun) + degree (3 tahun) = 4 tahun   *tapi ada juga matriks yang 2 tahun sebab second intake kan????*

SPTM (2 tahun) + degree (3 tahun) = 5 tahun

Diploma (3 tahun) + degree (3 tahun) = 6 tahun *kalau dapat pengecualian pun~ paling-paling dapat skip 1 semester aje. jadi..... fomularnya adalah seperi dibawah*

Diploma (3 tahun) + degree dapat pengecualian (2tahun setengah) =5 tahun setengah. (ini pun kalau u olz sambung kursus yang sama.... tapi kalau diploma lain and degree lain..... dah lain pulak masanya....)


Sijil (2 tahun) + Diploma (? tahun) + degree (3 tahun) = Oomaigot tahun


so, fikir-fikirlah mana yang terbaik untuk diri u olz okay.... I rasa, kalau bercita-cita nak cepat habis belajar.....amik la matriks dan tingkatan 6. tapi kalau malas nak belajar and cukuplah sekadar ada diploma and senang nak dapat kerja..... amik la diploma. zaman sekarang ni, ramai sangat orang ada diploma la.... persaingan sangat sengit. degree level pun dah ramai tau. so, fikir lah yang terbaik untuk diri sendiri. 

I sendiri pun masih berfikir ni nak sambung master. semoga kita semua berjaya~

Sunday, March 27, 2011

Life as Student IPT

kebiasaannya life sebagai pelajar IPT ni, banyak juga cabarannya.
terutama bila belajar sepenuh masa. sebab bila belajar sepenuh masa kene libatkan diri dalam banyak aktiviti dalam Universiti/kolej. then kebanyakkannya juga melibatkan aktiviti yang berkumpulan.

jadi, berdasarkan pengalaman, I nmpak aktiviti berkumpulan memerlukan usaha yang lebih berbanding kerja secara individu. tak kirala samada kerja untuk tugasan kurusus atau kerja untuk mengadakan satu-satu projek.
oleh itu, I nak sharekan sikap-sikap yang akan membuatkan rakan-rakan jengkel dan rasa nak campak je orang tu masuk gaung.


1. selalu tak menepati masa
2. berbual hanjing (cakap ye..yer.... tapi habuk pun tak der)
3. syok sendiri
4. bermegah-megah
5. panas baran tak tentu pasal (kalau boleh kawal la sikit marah tu. kalau marah awek tak pe la. jangan la marah kawan. marah tak bawa apa-apa makna pun)
6. perasan lawa (sebab tak ak berpanas, tak nak busuk2 tak nak macam-macam.....)
7. cakap besar macam dia paling the best
8. suka sangat mengasingkan diri (buat kerja sama-sama pun asik mengelak)
9. suka bagi banyak alasan (sedangkan tak berusaha untuk itu)
10. asyik berfacebook and kerja tak jalan 

itu antaranya lah...... banyak lagi sikap-sikap yang harus diperbetulkan kalau nak bekerja secara berkumpulan.kene pandai bawa diri la bila dah berada di tempat orang.... orang kata, masuk kandang lembu menguak.... masuk kandang harimau, mati!

hahahaha.....
nasihat ini I tujukan untuk semua termasuk diri I sendiri. semoga kita semua jadi orang yang berguna untuk kumpulan, IPT, bangsa dan negara!

Thursday, March 17, 2011

Hari yang menyedihkan

kesian Tasha...
Ting tong sangat kepala otak dia agaknya.

orang kata buat assignmnet pukul 8 di Library hari khamis,
dia pergi library pukul 8 hari rabu.
memang la tak ada orang.

ngok ngek sangat agaknya!
kan dah malu~~

nasib baik tak mengamuk tak tentu pasal.
adeh~


Friday, March 11, 2011

Masalah Rumah Tangga

masalah kes problem betul lah!

ingatkan balik rumah sekejap untuk berehat and tenangkan jiwa dari kesibukan di UKM
tetiba dapat kerja-kerja tambahan pulak

1. dapat email instrument soal selidik untuk cari budak Learning Disorder. 
soal selidik ni untuk subjek tekanan dan sokongan.
2. menerima email dari budak-budak klas morfologi untuk siapkan power point presentation  and report.

yang tak seronoknya ialah......
masa I ada kat UKM kenapakah soal selidik tu tak dijalankan dulu. orang jabatan ni pun satu!
then budak2 ni pulak....time I suruh siapkan diorang tak siap2. time I dah balik JB and tinggal beberapa hari je lagi nak present baru terhegeh2 nak hantar pada I . sakitnya hati......

kalau diorang dah bagi semua ni sebelum I balik JB, mest I dapat balik rumah dengan jiwa yang tenang tanpa perlu fikir tentang UKM. selalunya, sebelum balik rumah, I akan siapkan semua kerja I yang sepatutnya disiapkan and I balik dengan relax.

ini tidak~ adoi.......
tu je la yang membuatkan I tak suka kerja kumpulan.
kita sorang je nak benda ni siap awal, yang lain.... sambil lewa.



Tuesday, March 8, 2011

OPKIM Pos Betau Masuk Akhbar

KLIK HERE to read more.


ini adalah gambar yang dalam Sinar Online tu....

boleh la.....asalkan dapat liputan daripada tak de.
nak markah A punyer pasal.

sebenarnya projek Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) Pos Betau ni 
adalah salah satu assignment kami untuk dapatkan markah dalam subjek Sains Kehidupan 
yang diselia oleh Dr. Abdul Razak Bin Ahmad.
Pensyarah Fakulti Pendidikan, UKM.

Memanjat Dinding 2

sekali lagi menjalankan aktiviti memanjat dinding.
huhuhu.....

kali ni memang gila-gila lah.
mana taknya...
semalam latihan tarian sampai tegang otot betis.
then tidur tak sedar dunia. bagun, bersiap and pergi kelas.
terus makan and pergi ke Taman Cabaran, P5, Putrajaya.
wall climbing. sampai UKM pukul 7 lebih.
Rehat jap. then tarian pulak pukul 9. and now pukul 2 pagi.
baru je sampai bilik~

tak nak macam stress pulak kaki ni. huwaaa......
tapi rasa puas sebab banyak giler berpeluh dalam minggu ni.
boleh turunkan berat badan nampaknya.

tapi agak kecewa sebab kurang giler job. huwaaaa.....
tak de sape2 ker nak make up ngan I??
jeles ngan my fren yang make up tu ramai giler orang amik make up ngan dia.
I make up tak cantik ea?
ce komen... ce komen....

down~

baiklah, positive thinking please!!! 
now I nak share ngan u olz pasal apa yang u olz patut tahu kalau nak pergi wall climbing kat Taman Cabaran, Putrajaya tu okay~


Rate price
sila klik pada gambar untuk tumbesaran luar biasa.





ini la kitorang yang pergi. last time pergi berdua. kali ni pergi berlima pulak.
pas ni tak tau pulak pergi berberapa puluh pulak. hahahaha...

last time punyer post panjat dinding. KLIK SINI


Sunday, March 6, 2011

WOW.....GILER WOW~

huhuhuhu.....
wow... wow... wow.....
giler wow....

banyak kerja wow...
esok presentation wow
rabu ni nak balik kampung wow
naik UKM terus present wow

banyak kerja wow
tak tido wow
buat video presentation wow
latihan menari wow
siapkan laporan presentation wow

dah nak habis blajar wow
sronok yeah....
tapi penat wey~

huwaaa......




P/s: entry mintak penampar!



Friday, March 4, 2011

This Is STudent Life Style


beginilah nasib diriku yang malang oh TUhan~
tak boleh bersenang lenang 
(tak de maknanya bersenang lenang. selama ni, ko dah terlebih senang)
baru kene buat assignment sikit, dah mengeluh~

baiklah!
saya sedang rajin.
Jangan Ganggu Saya

Friday, February 25, 2011

Macam Mana nak tegur orang untuk senyap sikit







Gambar di atas adalah urutan peristiwa yang berlaku hingga menyebabkan kami ditegur dengan "Hoi!!!" oleh orang dalam bilik tu.

"Hoi" jer?
sentap kejap.....
mmng la kami salah sebab buat bising.
tapi cakap la "SShhhhhh" ker, "Tolong senyap sikit" ker atau lain-lain teguran.

ini...... "Hoi" jer?
teguran tu datang dari tingkat atas kalau refer pada gambar yang last.
sentap siot~

alangkah remuk redamnya hati kami.....
maafkan kami orang dalam bilik. sebab buat bising hingga mengganggu ketenteraman kamu yang mungkin tengah study atau tengah online atau tengah pape lah. sebab kitorang tak nampak. 

lokasi kejadia: Kolej Aminudin Baki
waktu: 2 pagi

I link kan pulak macam mana bila ditegur then kene reject. KLIK SINI

Thursday, February 24, 2011

Etika Ber Roommate

malam tadi, tengah mengemas kain baju yang menimbun-nimbun untuk dibawa ke Pahang,
sambil tu kami berbual la macam-macam cerita.
tiba-tiba bercerita kisah-kisah hitam bersama unknown 
yang hidup dalam bilik yang sama dengan kita (roomate lah! itu pun tak faham~)

so, kat sini... berdasarkan pengalaman,
I nak kongsikan apa yang patut kita lakukan supaya hubungan sesama roomate ni tak terjejas sebab perkara yang kecil.

1. berbaik-baiklah dengan roomate anda. walaupun anda pendiam... jangan tunjuk muka emo. nanti roomate ingat korang ni budak Black Metal pulak.

2. TOLONGLAH JANGAN  jadikan barang roomate sebagai harta sendiri. (sebab pernah dalam pengalaman kawan I, dia kata roomate dia siap mandi terus bukak almari roomate lain and pilih baju roomte macam baju sendiri and terus je pakai. seriously dia buat harta roomate sebagai harta sendiri!)

3. sama-sama la mengemas bilik bila tengok bilik bersepah.

4. jangan penuhkan tong sampah roomate dengan sampah kita padahal tong sampah kita bersih tiada noda. JANGAN MACAM TU!!!! teruk tau!

5. jangan usha barang roomate untuk nak di ambil/ dipinjam/ disental suatu hari nanti.

6. walaupun roomate kita nampak macam tak kisah. tapi TOLONG jangan ingat dia memang tak kisah!

7. jangan melenjan katil roomate sesuka hati pada ketiadaan dia. sebab boleh kantoi okay!

8. kalau nak pinjam barang dia, sila beritahu sebelum ambil. jangan dah ambil baru nak bagi tau.

9. berkongsi la kegemaran yang sama....jangan buat roomate tu asing sangat. walaupun anda seorang yang tak suka cakap banyak.

10. jaga lah hati roomate. kalau agak dia buat muka.... jangan la buat bnda yang dia tak suka.

11. jangan lakukan hobi kita sampai menjejaskan mental roomate. contohnya minat berkebun, abis bilik penuh tanah.

12. kalau dah tau roomate tak suka sepah/kotor jangan la kotorkan bilik.

13. kalau dapat roomate yang sememangnya pengotor, jangan pulak sama-sama jadi pengotor! (nanti orang lain nak masuk bilik u olz pun terpaksa fikir 10x and last2 orang tu berdiri depan pintu je. itupun sambil tutup hidung. OMG!!!!)

14. sila jangan biarkan sampah basah yang boleh berbau dalam tong sampah dalam bilik. nanti bilik berbau. contohnya sampah makanan, pad, hingus, kahak dan lain-lain.

hiasan semata-mata.


cukup la untuk itu dulu....kalau ada mana-mana yang I teringat, nanti I tambah.

PERINGATAN! semua di atas bukan pengalaman Tasha semata-mata
 tapi ada juga pengalaman orang lain yang I kongsikan bersama untuk kita semua.

Wednesday, February 9, 2011

busy ker?

Rasanya ada beberapa perkara yang akan menyebabkan Intan Natasha sibuk untuk beberapa bulan ni
1. pertandingan tarian antara kolej 30 Mac 2011
2. program khidmat masyarakat bersama Orang Asli di Pos Betau, Pahang. 17-20 Mac 2011

dua perkara di atas memerlukan persediaan dan masa yang cukup sebelum 
tiba hari kejadian.

harap-harap dalam sibukkan benda ni, I tak akan abaikan kerja-kerja untuk buat assignment
kalau tidak, naya lah I!!!

mcm hari ini, I dikejutkan dengan arahan untuk bagi tau penari lain untuk mulakan latihan tarian.
then, tgh sibuk sebarkan dadah maklumat. didatangi panggilan oleh penganjur pulak.
hahaha....
tapi lom sibuk lagi.... masih under control~
kalau Tasha dah mula menaip pakai jari kaki tu...
maknanya dah out of control.
hahahaha.....


relax bai~

Monday, January 17, 2011

Nak Minta Tolong Boleh tak???

hye semua,
salam sejahtera, mari kita mulakan entry kali ini dengan senyuman yang paling ikhlas dan ceria....


comel kan senyuman I masa kecil-kecil dulu??

baiklah, terima kasih kerana sudi senyum pada Intan Natasha.
sekarang, pertolongan yang sangat diharapkan adalah.....

Apakah lagu/muzik instumental yang paling mendamaikan untuk menjalankan modul menangani stress???


boleh tak tolong cadangkan?
please~

Sunday, December 12, 2010

perlukan pendapat!!!!

sudah jatuh ditimpa tangga!

dah la result menyedihkan. ingatkan di hujung2 pengajian ni result makin baik.
rupanya makin corot. sedih betul.

dah tu, time ni la juga budak tu nak ai bayar lekuk kereta dia yang ai hentam tak berapa lama dahulu.
ai jadi buntu la.....

ai rasa mcam ai tak ada ong la malam ni.
sudah jatuh ditimpa tangga pulak.

flash back sikit yer....

ai ni pagi2 kelam kabut nak pergi kelas, panaskan enjin kereta ala kadar kejap. then ai pun nak keluarkan kereta ai dari tempat parking yang memang rasanya dah jadi tempat ai kot (perasan sendiri). baik-baik under pelan2 konon2 takut ada kereta kat belakang. tiba-tiba......
ehem2....
memang ada kereta kat belakang. ai pun memang la tak perasan bila masa la ada anak kelisa duduk kat belakang parking ai ni. memang muka nak kene cium agaknya anak kelisa ni. dia duduk baik-baik je buat muka comel kat belakang bontot ai. tak ada tempat lain dah ker nak duduk!!!????
 ai turun dari kereta, tengok-tengok tak ada apa-apa pun...... ai pun jalan dengan yakin.
balik dari kelas, dapat msg dalam FB, mak kelisa hantar msg cakap yang ai langgar anak  dia.
aik....rasanya tadi mcm tak ada pape. ai pun g la melawat anak dia.

lekuk yang ai langgar

cuba anda perhatikan lekuk tu terhadap saiz sebuah Kelisa.
adakah kemalangan itu terlalu besar sampai ai kene bayar RM350 kat dia?

ai tau yang masa mula-mula dulu ai punyer la belagak macam ai mampu sangat je nak bayar.
then, bila ai dah runding2 dengan my dad.
dia kata, stakat kemalangan kecil macam tu dalam KL. tak payah diperbesarkan.
itu cuma hal kecil and memang dah jadi risiko bagi orang yang ada kereta untuk selesaikan masalah
 lekak-lekuk ni.
ai ni......naif + bodoh+ bangang=biol!!!!

mula-mula punyer la lagak macam mampu bayar. coz ai ingatkan setakat lekuk macam tu, 
ketuk2 sikit. RM50 dah boleh selesai.
skali, bila bincang ngan my dad. dia kata RM50 tu tukar plate kereta cukup la......
adoi.....

buntu la. 
boleh tak korang bagi pendapat ai patut bayar atau tidak???????
logiknya, memang la ai patut bayar.
tapi secara lumrahnya pulak.... tak boleh ke redha and jadikan kemalangan kecil tu sebagai pengajaran bagi ai and budak tu supaya pas ni parking kereta jangan duduk kat tempat yang memang muka nak kene cium. boleh tak macam tu????

UPDATE 26/12/2010
SANGAT BERTERIMA KASIH PADA BUDAK TU SEBAB DIA KATA AI TAK PAYAH BAYAR PUN TAK APA.... TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK. HANYA TUHAN SAHAJA YANG DAPAT MEMBALAS BUDI BAIK DIA. AMIN~


Friday, December 3, 2010

apa kita buat?

okaylah..... memandangkan sekarang ai dalam cuti semester untuk naik ke semester II 2010/2011 pada 20 dec ni nanti.....
ai nak la cerita sikit pe yang ai buat duk kat kampung ai yang tak berapa nak kampung and tak berapa nak bandar ni la kan....

sebelum tu, untuk pengetahuan semua..... (ada ke yang nak tau??) naik sem akan datang ni adalah sem terakhir ai sebagai mahasiswa ijazah sarjana muda Pendidikan Khas. INSYA-ALLAH......

harap2 tak ada repeat mana2 paper. AMIN...
and yup, INSYA-ALLAH ai bakal menjadi guru bagi kanak-kanak khas di mana-mana sekolah yang akan ditetapkan oleh Kerajaan. (boleh ke ai jadi guru?? masalahnya....layak ke?) well, belum cuba belum tahu. :) 
what ever it is.... ai akan kejar impian ai untuk dapatkan kerjaya yang akan membawa ai mengembara ke seluruh dunia. 
ai tau u olz membayangkan peramugari...

No...No....No....
there are the Big No for me to become a flight attendant. 
why?
sebab, disebalik mata ai yang tak berapa nak coklat and tak berapa nak hitam ni...
ai merupakan orang yang cacat penglihatan. tapi tak layak dapatkan kad OKU pasal power cermin mata ai kiri kanan adalah over than 5.00.
TQ
so, totally tak layak jadi peramugari. melainkan kalau berani buat pembedahan LASIK.

jadi, ai kene cari kerja lain yang boleh bawa ai mengelilingi dunia.
kerja apa agaknya ye...????
u olz ada idea tak?

okay, cukup pasal benda yang akan datang.
sekarang..... ai nak share perkara rutin yang ai buat setiap hari bila ai berada di rumah semenjak ai jadi student UKM. jadi student UKM, Bangi. so, ai balik rumah pun jarang sekali la kan...

kaya la pulak kalau nak balik tiap-tiap minggu. MELAMPAU LA TU...
KERING AND BOTAK PULAK KEPALA MY DAD NANTI.
HAHAHAHA

please la...... cukup la merapu u tu Tasha!(marah diri sendiri)

baiklah....
setiap hari, bangun paling awal pukul 8am atau paling lewat pukul 11am. bangun-bangun tanpa  mandi ai akan terus basuh baju yang mana mesin basuhnya terletak di belakang bilik ai. cuba la bayangkan....hahahaha....

sambil basuh baju....ai akan buat kerja sambilan. contohnya Vakum rumah, tengok TV, sarapan (giler selekeh!) kemas katil n bilik sebab mesin basuh rumah ai bukan automatik. it's semi-auto.... tau x macam mana? kalau tau bagus...... kalau tak tau. semi-auto tu yang sebelah tempat basuh, and sebelah lagi tempat perah. macam tu la berulang-ulang sampai habis semua baju dibasuh. itu adalah mesin basuh kegemaran my parent sejak azali. ai redha dan bersyukur aje la.....

setelah selesai basuh baju and sidai. maka siap la semua kerja ai.... sebab kerja-kerja lain semua ai dah buat secara sambilan. hebat tak? (mintak puji la tu....giler punyer tak malu!) kalau ada kerja tambahan lepas tu pun..... bergantung atas arahan Mak Cik Intan. contohnya mop rumah, sediakan bahan masakan and so on....

so, kesimpulannya..... kalau siapa-siapa nak ai kemas rumah dia and bash baju dia, sila jangan segan-segan hubungilah ai yer. hahahahahaha.....

tapi, jangan suruh ai masak! coz ai tak pandai masak langsung. tapi ai suka makan!

Friday, November 12, 2010

Histeria: Kolej Ibu Zain, UKM

ai tak tau la ni dah kali ke berapa ai dengar cerita pasal histeria dalam kolej yang ai dah diami selama hampir 4 tahun ni. tapi thanx god, setakat ni... semua kes2 tersebut berjaya diselesaikan. kene masuk rancangan Kes yang kat TV3 ni.

tak pernah lagi kot histeria sampai bunuh diri. ada ke?
ai ni baru jer balik dari ber karoke dengan ex-roomate and kawan2 dia. actually petang tadi lagi ai and LINI dengar bunyi bising2 macam orang bergaduh. tapi kitorang tak sure la datang dari mana suara tu...

so, dengan perasaan tak puas hati dengan bising yang orang tu buat, kitorang pun sesama sendiri bercakap la kenapa agaknya orang tu. tak tau hormat ke privacy orang lain yang nak exam ker... nak tidur ke.... dia bergaduh ker?marah ker?duk la asik berteka-teki sesama sendiri.

bising2 tu dari petang bawa ke malam. sampai pukul 9mlm masa ai nak keluar dgn ex-roomate pun masih bising. kesian roomate ai (Lini) tak boleh nak focus study pasal sok dia exam.

bila ai turun bawah.... WOW! mesmerize  dengan kedatangan ramai orang ke blok ai malam2 ni. hasil survey yang ai jalankan bertanya, diorang kata ada budak tengah meracau. mak seram sejuk nox.....! terus mak blah dari situ.

bila balik bilik pukul 1.30am, barulah mendengar kisah lanjut dari Lini.... dia kata budak tu mmng dah penah histeria sebelum ni. tapi kali ni berat sikit nak ubat. 
so..... for me..... entah lah.

ai hope dia cepat sembuh. isu histeria ni masalah personaliti atau mistik??? i have no idea.... redha je lah.... ni semua Allah dah tentukan dari sebelum kita lahir lagi kan~

cartoon by Warner Bros tahun 1998-2001 kat chanel WB Kids

tengah duk google gambar Histeria yang sesuai, takkan nak letak pix ai post ala2 histeria pulak kan??
terjumpa pulak cartoon series dengan tajuk yang sangat gagah perkasa berani ini.
hehehe....
nak tau lebih lanjut, 
macam biasa:

Thursday, November 11, 2010

in progress

bersabar lah wahai Intan Natasha...
sesungguhnya dugaan yang kau terima hanya sekecil kuman.
Sedangkan Nabi Allah pun diuji..

inikan pula manusia biasa yang hina macam kau, Intan Natasha.
dugaan ni untuk kebaikan kau dan pengalaman berguna 
katanya.....

stakat kene berak dengan monyet,
and kene kencing dengan kucing.
kecik punyer hal jer tu.....

orang lain kene serpihan BOOMMMM!!!!
tapi tak mati.
lagi merana tau.
trauma seumur hidup plak tu.

sabar la yer wahai Intan Natasha.

sudah la tu....
(memujuk hati sendiri)

pergi buat latihan ilmiah ko sana.

gambar zaman study masa 2nd year. dulu2...


Good Luck yer!!!



Saturday, October 23, 2010

orang tua-tua kata...

anak-anak zaman sekarang, makin ditegur...
makin menjadi-jadi. (selalu juga dengar orang tua-tua kata macam tu)

masa orang tua-tua cakap macam tu...
aku selalu tak amik port coz aku rasa aku tak menjadi paper kot.
aku jadi perempuan n manusia macam mana aku sejak azali lagi.
hehehe....

tapi bila dah masuk Unibesiti ni,
macam-macam orang yang aku jumpa.

contoh paling ringkas,
gelagat manusia dalam Library.

kalau diorang berbincang di tempat yang salah,
kita haruslah menegur kan??
contohnye:
"excuse me....Tolong senyap boleh?"

kadang-kadang ada la juga yang bagi kerjasama....

and kadang-kadang ada juga yang kata "tak boleh" dalam hati dia.
so, dia pun buat bising lagi...

situasi ni korang akan dapat lihat kalau pergi ke library masa musim nak dekat exam.
adoi....

and then, yang nak dijadikan cerita....
diorang akan kata kita ni poyo (tapi aku tak kesah....sebab POYO ITU COOL)
 kalau kita pergi mengadu kat pustakawan
tentang kegiatan haram yang diorang lakukan dalam library ni.

nak aje aku jerit kat diorang
"kalau nak bincang, g la amik bilik perbincangan!!!"

paling tak boleh blah diorang kata
"nak suruh aku senyap, cikgu aku cakap pun aku tak dengar"
hurm.... masalahnya macam mana kalau
semua orang dibenarkan buat bising dalam library??

nampaknya memang betul apa yang orang tua kata....
lagi-lagi bila aku rasa aku dah tahun 4 and budak yang menjadi-jadi tu baru tahun 1.

Thursday, October 14, 2010

latihan Ilmiah vs thesis

hari ini, dah pergi sekolah untuk buat ujian yang pertama.
 sebelum baseline dan intervensi....
ape tu baseline??
ape tu intervensi??
baseline macam ..... ikan baru nmpk makann
intervensi pula.... macam ikan tengah makan....
so..... kita perlukan hasil bagi intervensi tersebut.
jadi, hasil adalah =ikan dah makan...... jadi????
ikan tu kenyang ke.... tak??

so, ini lah yang dikatakan latihan ilmiah kajian kes.
baru 1st dah... 
harap2 semua berjalan lancar sampailah dapat keputusan ujian.
huhuhuhuhu..
nebes nih!!!



ni adalah ikan bila dah terlebih kenyang 


penat sngt drive ulang alik dari UKM-Setapak-UKM
nak rehat~

Saturday, October 2, 2010

Jangan Kacau Saya

dah 5 minggu (agaknya kot) aku dah tak jmpe Pn. Norsyidah untuk tunjuk progress Latihan Ilmiah aku. sampai kan semalam En Askar (sama-sama bawah penyeliaan Pn Norsyidah) berkata:

"Sha, Puan kirim salam rindu kat kau..." (dengan berwajah cam nak senyum tapi segan2)

aku memang dah lama sebenarnya menunggu kata-kata itu. and macam yang aku dah biasa bagi tau kat kawan-kawan aku bila diorang tanya pasal Latihan Ilmiah (LI), aku akan jawab:

"aku tak buat apa-apa pun lagi. tengah tungu nak kene marah dengan Puan jek ni" (dengan muka cam xkesah) sambil sebenarnya dalam hati risau tahap dewa.

agaknye kenapa aku masih tak de progress untuk tunjuk LI aku pada puan??
aku rasa aku perlu senaraikan perkara yang mengganggu aku baut LI.

1. Orang buat bangunan kat sebelah kolej aku ni telah mengganggu konsentrasi aku
2. bila nak buat LI jek, aku akan terleka layan Facebook sampai ngantuk and terus tak buat.
3. Sejak Lini (roomate) aku yang gila berblog and baca blog ni kenalkan aku dengan Nuffnang, aku jadi minat membaca blog2 orang lain yang popular walaupun belom tentu aku pun sama-sama update blog aku.
4. bila nak buat jek, ada je perkara-perkara lain yang mengganggu fikiran aku contohnya;
-nak makan
-buat assignment lain yang tetiba nak kene hantar
-nak berak
-nak mandi
-nak sapu sampah (ntah pape ntah. time tengah free tak nak buat plak)

jadi, persoalannya disini.....

aku ni nak GRADUATE ke tak??????
ish.... mestilah!!!

ok2. sekarang juga aku buat Latihan Ilmiah aku

Monday, September 6, 2010

meng-ge-la-bah

haaaa!!!!
mula la nak menggelabah!
awal-awal dulu tak nak pikir. ni bnda dah suntuk baru nak kalut.
padan dengan muka ko Tasha....
aku tau bnda ni akan berlaku juga akhirnya...
exam dah nak mula end of October.
sekarnag dah bulan 9. ko ada masa ngam2 jek 1 bulan.
wahahaha....


huwaaaa....
nak nagis!!!!
dah la dengan latihan ilmiah ko baru start. bab 1 pun tak abis2 lg.
ornag lain siap dah dapatkan data questionare dah. ko????
adushhhh...

mula buntu.
mula risau
mula menanam azam
mula berfikir tanpa henti
mula tak boleh berhenti berfikir...
mula gila
SAH!!! dah gila...

kene makin serius sekarng ok!!!
dah bnyak sangat main2.
cukup ye Natasha~
cukup dah main-main 2!!!!!!!!!!

enough!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...