nuff

Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Friday, May 6, 2011

Diploma, Matriks atau Tingkatan 6?

Sekarang ni ramai student yang dah dapat result SPM tengah kusut-kusut kepala nak study kat IPTA  atau mana-mana  IPTS yang sediakan  kursus diploma. kursus diploma pun sekarang ni ada macam-macam.....mana yang dah dapat matriks tu syukurlah.... sebab dah selangkah menuju ke menara gading. manakala yang dah dapat kursus diploma kat mana-mana Universiti tu pun dah berjaya masuk Universiti dah pun. hehehe.... takhiah la yer....

kesian pulak pada yang masih di Tingkatan 6. tapi adik-adik yang kat tingkatan 6 tu jangan la bersedih.... sebab peluang untuk korang masuk Universiti lebih cerah sebenarnya..... I dulu pun dari tingkatan 6. dulu.....masa kawan-kawan sekelas seorang demi seorang meninggalkan sekolah untuk masuk IPTS, I sedih sangat.... siap mengadu dengan ibu untuk berhenti tingkatan 6. tapi ibu kata, dah alang-alang..... teruskan lah... so, I terus kan juga.... dan bila habis STPM. keluar result yang agak-agak sedang-serdang (tak de la pandai sangat) isi borang UPU untuk ke peringkat Degree pulak..... alhamdulillah dapat juga masuk menara gading (masuk Universiti Kebangsaan Malaysia).

so, nasihat I kepada adik-adik..... mana yang cerdik pandai dah dapat Matriks tu.... belajar lah sungguh-sungguh yer.... sebab matriks ni susah sikit katanya yer....

then pada yang malas nak duk tingkatan 6, boleh la amik diploma. dan mana yang bercita-cita tinggi nak masuk Universiti  anda belajar sampai dapat Ph.D boleh la amik tingkatan 6. faham tak ni??

maksud I. kalau nak sambung belajar setakat nak pegang sijil and nanti malas nak sambung lagi....amik la diploma. tapi, kalau  u tu bercita-cita nak dapatkan Ph.D jangan amik diploma sebab perjalanan masa belajar tu agak panjang..... tapi kalau u tu betul-betul otak bergeliga..... bila amik diploma and boleh skip masa belajar masa kat Universiti. jadi, kene pandai-pandai lah bahagikan masa yer....

bagi yang nak teruskan tingkatan 6 sebab tak layak dapat matriks jangan bersedih... sebab bila dah masuk tingkatan 6, anda akan ada peluang cerah untuk masuk Universiti sama macam budak-budak matriks. cuma terlewat setahun berbanding kawan-kawan yang duk dalam matriks tu...... bila dan masuk Universiti..... kamu akan habis awal berbanding kawan-kawan yang amik diploma. faham tak??

okay cuba kira ea.....

Matriks (1 tahun) + degree (3 tahun) = 4 tahun   *tapi ada juga matriks yang 2 tahun sebab second intake kan????*

SPTM (2 tahun) + degree (3 tahun) = 5 tahun

Diploma (3 tahun) + degree (3 tahun) = 6 tahun *kalau dapat pengecualian pun~ paling-paling dapat skip 1 semester aje. jadi..... fomularnya adalah seperi dibawah*

Diploma (3 tahun) + degree dapat pengecualian (2tahun setengah) =5 tahun setengah. (ini pun kalau u olz sambung kursus yang sama.... tapi kalau diploma lain and degree lain..... dah lain pulak masanya....)


Sijil (2 tahun) + Diploma (? tahun) + degree (3 tahun) = Oomaigot tahun


so, fikir-fikirlah mana yang terbaik untuk diri u olz okay.... I rasa, kalau bercita-cita nak cepat habis belajar.....amik la matriks dan tingkatan 6. tapi kalau malas nak belajar and cukuplah sekadar ada diploma and senang nak dapat kerja..... amik la diploma. zaman sekarang ni, ramai sangat orang ada diploma la.... persaingan sangat sengit. degree level pun dah ramai tau. so, fikir lah yang terbaik untuk diri sendiri. 

I sendiri pun masih berfikir ni nak sambung master. semoga kita semua berjaya~

Friday, March 11, 2011

Tasha is lecturer?

Terkesima I tau....


terkejut plak bila tiba-tiba dapat komen dari Dr. MizEd  bila dia tanya macam tu?
apa I nak jawab?

yes I'm a lecturer.... (menipu la pulak~)
I tak tau la I lecture bidang apa. hahaha......

wahai Dr. MizEd, sesungguhnya I am just a final year student of undergraduate Special Education, in UKM and my major is Blind.

tapi rasanya bila Dr. Mized dah ingat I ni lecturer, ini telah menguatkan lagi semangat I untuk dapatkan gelaran itu. insya-allah~

and I rasa kalau I jadi lecturer, mesti my mom suka. sebab dia nak sangat anak tunggal perempuan dia ni jadi guru. so, I kasi up sikit lah. supaya jadi lecturer.
hehehe....

Masalah Rumah Tangga

masalah kes problem betul lah!

ingatkan balik rumah sekejap untuk berehat and tenangkan jiwa dari kesibukan di UKM
tetiba dapat kerja-kerja tambahan pulak

1. dapat email instrument soal selidik untuk cari budak Learning Disorder. 
soal selidik ni untuk subjek tekanan dan sokongan.
2. menerima email dari budak-budak klas morfologi untuk siapkan power point presentation  and report.

yang tak seronoknya ialah......
masa I ada kat UKM kenapakah soal selidik tu tak dijalankan dulu. orang jabatan ni pun satu!
then budak2 ni pulak....time I suruh siapkan diorang tak siap2. time I dah balik JB and tinggal beberapa hari je lagi nak present baru terhegeh2 nak hantar pada I . sakitnya hati......

kalau diorang dah bagi semua ni sebelum I balik JB, mest I dapat balik rumah dengan jiwa yang tenang tanpa perlu fikir tentang UKM. selalunya, sebelum balik rumah, I akan siapkan semua kerja I yang sepatutnya disiapkan and I balik dengan relax.

ini tidak~ adoi.......
tu je la yang membuatkan I tak suka kerja kumpulan.
kita sorang je nak benda ni siap awal, yang lain.... sambil lewa.



Friday, February 25, 2011

Macam Mana nak tegur orang untuk senyap sikit







Gambar di atas adalah urutan peristiwa yang berlaku hingga menyebabkan kami ditegur dengan "Hoi!!!" oleh orang dalam bilik tu.

"Hoi" jer?
sentap kejap.....
mmng la kami salah sebab buat bising.
tapi cakap la "SShhhhhh" ker, "Tolong senyap sikit" ker atau lain-lain teguran.

ini...... "Hoi" jer?
teguran tu datang dari tingkat atas kalau refer pada gambar yang last.
sentap siot~

alangkah remuk redamnya hati kami.....
maafkan kami orang dalam bilik. sebab buat bising hingga mengganggu ketenteraman kamu yang mungkin tengah study atau tengah online atau tengah pape lah. sebab kitorang tak nampak. 

lokasi kejadia: Kolej Aminudin Baki
waktu: 2 pagi

I link kan pulak macam mana bila ditegur then kene reject. KLIK SINI

Sunday, January 30, 2011

Tahun Baru Cina =Tahun Arnab

wah....tak lam lagi Tahun Baru Cina. cuba u olz tgk kat atas blog I ni.... nmpk tak ada 2 ekor rabbit tgh nak makan carrot? nampak tak? comel kan??? I suker.....
I nak share dengan U olz ni..... siapa yang lahir tahun arnab?? letak jari kat keyboard cepat! hahaha....
tgk....orang tahun arnab macam I ni ceria je kan??? Johor mali, talak (tak de) sombong. hehehe...
so, jom kita tgk apa description untuk tahun arnab ni.....jom-jom~





Tahun Arnab 

ARNAB adalah haiwan keempat dalam kitaran 12 haiwan zodiak Cina. Mereka yang dilahirkan pada tahun arnab dikatakan seorang yang gembira, berbakat, senang didampingi, rendah diri, tidak sombong, tidak mudah ditipu, bercita-cita tinggi dan sentiasa beruntung dalam perkara yang dilakukan. 

Tiada sesiapa pun yang mengabaikan arnab kerana mereka adalah teman yang baik dan tahu cara untuk menghargai diri sendiri. Arnab juga bersifat sosial, sifat marah yang terkawal, berbudi bahasa, licik, tenang dan sensitif kepada yang lain. 
Masyarakat Cina percaya tahun ini adalah tahun yang bertenaga bagi mereka yang dilahirkan pada tahun arnab. Segala yang dirancang, jika direncana dengan baik akan memberi hasil yang menakjubkan. Jika anda menceburi bidang perniagaan, pengeluaran, ia adalah tahun yang amat baik untuk mengembangkan perniagaan dan mengaut keuntungan. 

Namun, masyarakat Cina juga percaya. mereka ini perlu berhati-hati dan tidak terlalu menurut kehendak serta berlengah. 


see..... kan I dah kata orang yang lahir tahun arnab ni ceria dan tak sombong punyer.... and I berharap pernigaan I tahun ni akan membuahkan hasil macam yang dijelaskan. hehehe..... siapa yang tak nak bisnes maju kan???? kalau nak tau Tasha bisnes apa.....sila la klik sini   
and jangan tak tau......yang I highlight  itu mmng betol! hahahaha....
I ni mudah ubah fikiran, contohnya... I aim nak beli beg warna merah. bila orang cakap oren lagi cantik, I akan ubah fikiran tiba-tiba untuk nak ambil warna oren. so, itu mmng kelemahan I. 
lagi satu hal....suka berlengah. tepat sangat-sangat. tapi, sekarang ni I belajar supaya tak berlengah dalam siapkan assignment.

Thursday, November 11, 2010

in progress

bersabar lah wahai Intan Natasha...
sesungguhnya dugaan yang kau terima hanya sekecil kuman.
Sedangkan Nabi Allah pun diuji..

inikan pula manusia biasa yang hina macam kau, Intan Natasha.
dugaan ni untuk kebaikan kau dan pengalaman berguna 
katanya.....

stakat kene berak dengan monyet,
and kene kencing dengan kucing.
kecik punyer hal jer tu.....

orang lain kene serpihan BOOMMMM!!!!
tapi tak mati.
lagi merana tau.
trauma seumur hidup plak tu.

sabar la yer wahai Intan Natasha.

sudah la tu....
(memujuk hati sendiri)

pergi buat latihan ilmiah ko sana.

gambar zaman study masa 2nd year. dulu2...


Good Luck yer!!!



Saturday, October 23, 2010

orang tua-tua kata...

anak-anak zaman sekarang, makin ditegur...
makin menjadi-jadi. (selalu juga dengar orang tua-tua kata macam tu)

masa orang tua-tua cakap macam tu...
aku selalu tak amik port coz aku rasa aku tak menjadi paper kot.
aku jadi perempuan n manusia macam mana aku sejak azali lagi.
hehehe....

tapi bila dah masuk Unibesiti ni,
macam-macam orang yang aku jumpa.

contoh paling ringkas,
gelagat manusia dalam Library.

kalau diorang berbincang di tempat yang salah,
kita haruslah menegur kan??
contohnye:
"excuse me....Tolong senyap boleh?"

kadang-kadang ada la juga yang bagi kerjasama....

and kadang-kadang ada juga yang kata "tak boleh" dalam hati dia.
so, dia pun buat bising lagi...

situasi ni korang akan dapat lihat kalau pergi ke library masa musim nak dekat exam.
adoi....

and then, yang nak dijadikan cerita....
diorang akan kata kita ni poyo (tapi aku tak kesah....sebab POYO ITU COOL)
 kalau kita pergi mengadu kat pustakawan
tentang kegiatan haram yang diorang lakukan dalam library ni.

nak aje aku jerit kat diorang
"kalau nak bincang, g la amik bilik perbincangan!!!"

paling tak boleh blah diorang kata
"nak suruh aku senyap, cikgu aku cakap pun aku tak dengar"
hurm.... masalahnya macam mana kalau
semua orang dibenarkan buat bising dalam library??

nampaknya memang betul apa yang orang tua kata....
lagi-lagi bila aku rasa aku dah tahun 4 and budak yang menjadi-jadi tu baru tahun 1.

Thursday, October 14, 2010

latihan Ilmiah vs thesis

hari ini, dah pergi sekolah untuk buat ujian yang pertama.
 sebelum baseline dan intervensi....
ape tu baseline??
ape tu intervensi??
baseline macam ..... ikan baru nmpk makann
intervensi pula.... macam ikan tengah makan....
so..... kita perlukan hasil bagi intervensi tersebut.
jadi, hasil adalah =ikan dah makan...... jadi????
ikan tu kenyang ke.... tak??

so, ini lah yang dikatakan latihan ilmiah kajian kes.
baru 1st dah... 
harap2 semua berjalan lancar sampailah dapat keputusan ujian.
huhuhuhuhu..
nebes nih!!!



ni adalah ikan bila dah terlebih kenyang 


penat sngt drive ulang alik dari UKM-Setapak-UKM
nak rehat~

Saturday, October 2, 2010

Jangan Kacau Saya

dah 5 minggu (agaknya kot) aku dah tak jmpe Pn. Norsyidah untuk tunjuk progress Latihan Ilmiah aku. sampai kan semalam En Askar (sama-sama bawah penyeliaan Pn Norsyidah) berkata:

"Sha, Puan kirim salam rindu kat kau..." (dengan berwajah cam nak senyum tapi segan2)

aku memang dah lama sebenarnya menunggu kata-kata itu. and macam yang aku dah biasa bagi tau kat kawan-kawan aku bila diorang tanya pasal Latihan Ilmiah (LI), aku akan jawab:

"aku tak buat apa-apa pun lagi. tengah tungu nak kene marah dengan Puan jek ni" (dengan muka cam xkesah) sambil sebenarnya dalam hati risau tahap dewa.

agaknye kenapa aku masih tak de progress untuk tunjuk LI aku pada puan??
aku rasa aku perlu senaraikan perkara yang mengganggu aku baut LI.

1. Orang buat bangunan kat sebelah kolej aku ni telah mengganggu konsentrasi aku
2. bila nak buat LI jek, aku akan terleka layan Facebook sampai ngantuk and terus tak buat.
3. Sejak Lini (roomate) aku yang gila berblog and baca blog ni kenalkan aku dengan Nuffnang, aku jadi minat membaca blog2 orang lain yang popular walaupun belom tentu aku pun sama-sama update blog aku.
4. bila nak buat jek, ada je perkara-perkara lain yang mengganggu fikiran aku contohnya;
-nak makan
-buat assignment lain yang tetiba nak kene hantar
-nak berak
-nak mandi
-nak sapu sampah (ntah pape ntah. time tengah free tak nak buat plak)

jadi, persoalannya disini.....

aku ni nak GRADUATE ke tak??????
ish.... mestilah!!!

ok2. sekarang juga aku buat Latihan Ilmiah aku
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...