nuff

Showing posts with label true story. Show all posts
Showing posts with label true story. Show all posts

Friday, June 17, 2011

Kisah Colour Pencil

baca entry Miss Ran pasal Kongsi-Kongsi ni.... I jadi teringat zaman I sekolah rendah dulu-dulu....

al-Kisah.... masa tu rasanya mungkin I baru darjah 2 kot. kat sekolah SK Convent, Sitiawan, Perak. as I remember.... my dad marah I sebab asik suruh belikan colour pencil sebab selalu hilang dan habis sampai tinggal 3-4 batang colour aje dalam kotak colour tu.



one day, my dad belikan kotak colour pencil yang baru untuk I. yang ada 24 colour tuuuu...... and dia pesan. "jangan bagi siapa-siapa pinjam dah! cakap Ayah tak kasi!"
dengan taatnya, I pun mengangguk-anggukkan kepala tanda faham!

masa tu I bangga sangat sebab kat dalam tu, i sorang je ada colour banyak macam tu. hahaha..... bila ada kawan nak pinjam colour I,dengan muka angkuhnya I menyampaikan pesan my dad. "tak boleh lah.... ayah kita tak kasi pinjam." 

agaknya kesian kawan tu kan... mesti dia rasa sedih sebab I sombong sangat tak kasi pinjam. tapi..... I cuma menyampaikan amanah yang diberikan oleh my dad.... macam mana? I dah janji ngan my dad tak kasi orang pinjam... huhuhu...... I tak salah pun..... my dad yang suruh macam tu....hehehe

so, dipendekkan cerita... sampai lah satu ketika, my colour pencil yang I banggakan tu dah habis, so... I pun nak pinjam ngan kawan. tetiba I terkena balik siot.... "kita nak pinjam warna merah ni.." sambil tangan I tonjol2 warna merah yang I nak tu...

lantas, dia menjawab "tak boleh la.... mak kita tak kasi pinjam" 
sedihnya hati ini...... I pun membawa diri sambil menjeling warna merah itu... dan berlalu pergi ke tempat sendiri dan menangis teresak-esak sebab memikirkan mesti dia buat macam tu sebab nak balas dendam kat I. tol tak?....

hahaha..... kesian kan? itulah zaman kanak-kanak.... nak buat macam mana kan?
jujur sangat!

BILA BLOGGER FAMOUS DESPERATE MENCARI CINTA

EH, silaplah..... bukan mencari cinta. tapi mencari calon isteri.

dan yang kat bawah ni pulak.... bila Intan Natasha terlebih berani.
OMG! entah apa yang I fikir masa tu pun I tak tau lah...
mesti Solihin fikir yang I ni ntah pape ntah. hahahaha....


Solihin siap balas nak betul2 ke main2...
so, u fikir tak apa yang I fikir?
mesti dia kata "tak tau malunya pompuan ni."


hahhahaha.... itulah kisahnya bila Intan Natasha terlebih berani.


Sunday, March 6, 2011

Kenapa Kawin lagi Best dari Single and Couple?

Last time I dah sharekan :


kali ini, I nak share perspektif I terhadap kenapa kawin lagi best dari couple and single.

  1. menunaikan tuntutan agama
  2. ada teman berbual sepanjang masa (dalam tidur pun boleh berbual)
  3. ada orang tolong buatkan air
  4. si dia boleh tolong picit-picit kalau penat
  5. ada orang yang jaga sakit pening kita
  6. tak lagi dipandang serong oleh masyarakat bila berdua-duaan atau berpegangan (sebab masa couple, orang tau yang korang belum kawin~)
  7. ada bantal peluk yang lagi best dari support pillow. wahahaha...
  8. ada orang tolong kejutkan bangun tidur
  9. makan pakai terjaga
  10. semua pun halal~ ngeh..ngeh..ngeh...
  11. ada teman setia untuk ketawa dan menangis
  12. simpan duit sama-sama and boleh share sama-sama...
  13. rancang hari tua bersama
  14. masa depan terjamin bila sama-sama merancang
  15. seronok mengingat banyak kenangan dari bercinta sampailah membesarkan anak-anak (sebab I seronok tengok my parent sangat luving~)

best kan kahwin?
so...... jangan couple lama-lama and jangan menyesali hidup bersendiri terlalu lama kerana mengelak nak kahwin. tapi yang paling penting carilah pasangan yang terbaik dalam hidup kita

I suka katakan bahawa pasangan terbaik kita adalah pasangan yang ada tulang rusuk yang sepadan dengan kita (tapi tak bermakna sama bentuk fizikal. ada maksud tersirat yang dalam). betol tak??

fikir-fikirkanlah~


ngeh2~





Cinta dalam Bas

rasa terharu pulak Miss Ran letakkan nama I dalam watak dalam cerpen dia

semalam lagi Miss Ran dah bagi tau yang I jadi pelakon.
tapi tak berkesempatan nak baca karya kreatif dia. cuma pandang sekali lalu and rupanya dia linkkan blog I pada setiap nama Tasha dan Sha dalam ceita tu. 

terharu seh~

btw, setelah memperuntukan masa untuk membaca cerita yang sangat indah itu,
I jadi teringat cerita tentang kawan kepada kawan I.

situasinya adalah masa tu kawan I si Zie dan kawannya si Len dalam perjalanan nak balik rumah selepas penat berjalan-jalan di bandar. naik lah bas awam.... tapi malangnya diorang tak dapat duduk bersama sebab bas penuh dan ada 2 sit kosong yang berasingan. maka terpisahlah mereka seketika. 

Si Len pun duduk, penat sangat berjalan di bandar sampai tertidur-tidur si Len. dalam sedap sangat tidur tu, si Len terlentok kepala kat orang sebelah dia. lelaki plak tu...... si Zie yang memerhatikan keadaan nak tegur atau kejutkan kawan dia tapi segan la plak katanya.....

si Zie kata lelaki tu dah tolak2 kepala si Len. tapi, si Len sedap sangat dapat tidur berbantalkan bahu lelaki. sedap sangat la tu kononnya....... yang buatkan cerita tu macam agak funny adalah si Len bukan stakat berbantal bahu percuma..... siap bagi peta asia kat baju lelaki tu (tidur sampai meleleh air liur). bengang la member.... dah ditolak-tolak tak nak blah juga. lelaki tu pun kejut si Len.

bila si Len terjaga, dia terkejut sebab dia bersandar pada lelaki tu. kecoh jugalah kejap sebab si Len sangka lelaki tu ada buat benda yang tak baik pada dia. padahal dia yang tidur tak menyedar dunia. hahahaha......
dia pukul-pukulnya bahu lelaki tu. dia kata lelaki tu buat benda yang tak baik pada dia. lelaki tu tabahkan hati untuk bersabar dan menerangkan keadaan yang sebenar.  then, bila keadaan tak terkawal, si Zie pun datang untuk selamatkan keadaan dengan menerangkan situasi sebenar pada si Len. 

si Len pun malu la nak mampos sampai merah padam muka dia..... dia bagi la sapu tangan dia pada lelaki tu (sebab si Len ni memang minah sapu tangan. owez bawa sapu tangan) si Len lap-lap la air liur basi dia yang dah melimpah kat baju lelaki tu. lelaki tu amik sapu tangan and lap sendiri, dengan sabar dia kata "tak pe.. tak pe...".

lelaki tu tekan loceng and terus blah. masa lelaki tu nak turun, si Len siap mintak pulangkan semula sapu tangan dia semula. tapi tak sempat sebab lelaki tu dah turun and bas dah gerak.... hurmmmm...... sampai situ je keer??


rasanya tak kot~

cerita ini diceritakan oleh si Zie pada I masa tengah borak-borak kosong. si Zie kata, lepas hari kejadian.... rupanya lelaki tu cari si Len! dengan harapan untuk pulangkan semula sapu tangan si Len. macam mana diorang jumpa semula untuk pulangkan sapu tangan tak diceritakan pulak. tapi..... menurut si Zie.... oleh kerana kenangan dalam bas tu, mereka menjadi pasangan paling bahagia hingga kini. 

sweet kan??

hahahaha...... macam tu punya kisah cinta pun ada...... tapi boleh tahan klakar gak la. boleh buat filem!!
I rasa mesti sampai diorang tua pun, diorang takkan lupa macam mana cara jodoh mereka ditentukan oleh yang Maha Kuasa.

semoga mereka terus bahagia hingga akhirnya. amin~
kisah cinta I ?? 
tak menarik langsung!!      






Wednesday, March 2, 2011

kisah lama berulang kembali.

I rasa macam dah lama tak ketemu dia
tak berbual dengannya
tak mendengar suaranya
tak mendengar khabar darinya.

sudah terlalu lama~

tiba-tiba dia like my status.
dup dap dup dap dada I bila nampak notification dia like my status.

kenapa perlu dup dap dup dap???

ntah lah~

sudah!
sila abaikan perasaan itu yer...
please back to reality.





Friday, February 25, 2011

Macam Mana nak tegur orang untuk senyap sikit







Gambar di atas adalah urutan peristiwa yang berlaku hingga menyebabkan kami ditegur dengan "Hoi!!!" oleh orang dalam bilik tu.

"Hoi" jer?
sentap kejap.....
mmng la kami salah sebab buat bising.
tapi cakap la "SShhhhhh" ker, "Tolong senyap sikit" ker atau lain-lain teguran.

ini...... "Hoi" jer?
teguran tu datang dari tingkat atas kalau refer pada gambar yang last.
sentap siot~

alangkah remuk redamnya hati kami.....
maafkan kami orang dalam bilik. sebab buat bising hingga mengganggu ketenteraman kamu yang mungkin tengah study atau tengah online atau tengah pape lah. sebab kitorang tak nampak. 

lokasi kejadia: Kolej Aminudin Baki
waktu: 2 pagi

I link kan pulak macam mana bila ditegur then kene reject. KLIK SINI

Saturday, February 19, 2011

This is the true story!

Nampaknya dah beberapa kali juga la I menonton cerita base on true story. 
mmng best, very inspiring very.... huh! don't know how to explain.
 last time I tengok The Kid : a true story tentang Kevin Lewis.
and kemudian tonton Temple Grandin 
and paling laters I baru je habis tonton 172 Hours

kalau ada yang nak tengok cerita tu.... just klik link biru tu yer~

so, sekarang I nak share sikit pasal cerita 172 Hours ni....
awal-awal tengok cerita ni I tak terfikir pun ini true story...
tapi dah habis cerita, masa baca kredit di hujung cerita baru I terfikir 'this must be a true story'
bila I google nama Aron Ralston, hasilnya mmng mengejutkan!

ini gambar masa dia baru diselamatkan sebab tangan dia tersepit batu di celah rekahan bumi.
di tengah2 Grand Canyon yang ala-ala macam padang pasir tu!
OMG! dia tersepit selama 7 hari dengan kehabisan bekalan air selama 5 hari sampai terpaksa minum air kencing sendiri untuk terus hidup. 

mmng dalam cerita tu menceritakan keadaan dia yang tersepit aje! 
so, ini adalah pelakon yang melakonkan watak dia dalam cerita 127 Hours tu.


ini pula keratan gambar macam mana dia terpaksa patahkan tulang dia dan terpaksa potong tangan dia untuk lepaskan diri dari terus tersepit kat situ selama-lamanya.

GOD!!!
kalau kita macam mana? 
apa kita nak buat?
apa kita nak fikir?
selama berhari-hari kita tersepit dalam celah batu dengan tangan yang tersepit and tak boleh bergerak lagi.
macam mana?????


fikirkanlah~



Wednesday, February 9, 2011

busy ker?

Rasanya ada beberapa perkara yang akan menyebabkan Intan Natasha sibuk untuk beberapa bulan ni
1. pertandingan tarian antara kolej 30 Mac 2011
2. program khidmat masyarakat bersama Orang Asli di Pos Betau, Pahang. 17-20 Mac 2011

dua perkara di atas memerlukan persediaan dan masa yang cukup sebelum 
tiba hari kejadian.

harap-harap dalam sibukkan benda ni, I tak akan abaikan kerja-kerja untuk buat assignment
kalau tidak, naya lah I!!!

mcm hari ini, I dikejutkan dengan arahan untuk bagi tau penari lain untuk mulakan latihan tarian.
then, tgh sibuk sebarkan dadah maklumat. didatangi panggilan oleh penganjur pulak.
hahaha....
tapi lom sibuk lagi.... masih under control~
kalau Tasha dah mula menaip pakai jari kaki tu...
maknanya dah out of control.
hahahaha.....


relax bai~

Monday, December 20, 2010

"Life is not about the past
 but its about the future 
and how happy you can get there"

kata-kata Kevin Lewis

untuk cerita kisah benar The Kid (link)

sangat-sangat memberikan kesan yang mendalam bagi ai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...