nuff

Tuesday, December 28, 2010

Entry ke-200

intan natasha bt abu bakar memilih untuk berehat bersama KitKat. 

kembali selepas ini....

salam "rindu" untuk semua.

Monday, December 27, 2010

menyesal tak sudah~

tulah.....
mak suruh belajar sungguh-sungguh tak dengar cakap mak!
tengok!
sekarang ni siapa yang susah???

ai ni tak pandai pun macam Hanis Zalikha  yang dapat 3.92 tuh.....
tapi apa yang menjadi kerisauan ai sekarang adalah macam mana nak naikkan pointer di saat yang paling akhir ni??



adakah dengan ambil 12 unit boleh bantu ai naikkan pointer?
tapi, mestilah salah satu subjek tu ai kene confirm dapat A++ kan?
kalau setakat amik sampai 12 unit tapi result hampas kelapa hampeh pun tak guna juga. 
atau ai biarkan dengan 9 unit tu, tapi usaha gila-gila?
macam mana ek? 
kalau ada siapa-siapa terbaca, and faham penilaian UKM ni....tolong la bagi idea ea...

Wednesday, December 22, 2010

menjawab isu GAY dan seangkatan dengannya

korang dah baca dan dah dengar pasal pengakuan 
"saya GAY dan saya OK" kan????

jadi, ada macam-macam perasaan yang diberikan berdasarkan video tersebut.
ini pula adalah jawapan dari SEKSUALITI MERDEKA
tentang kenapa mereka buat video tersebut.

mari kita nilaikan bersama. klik sini 

wajah baru azam baru

sekali lagi tasha tampil dengan wajah baru. hari tu seba hitam. ini serba putih pulak. pas ni tak tau la serba serbi apa pulak kan? hehehe.....

agak2 kalau korang dah jemu dengan muka orang gila kat sebelah ni tolong la bagi tau yer...
mana la tau ada yang muntah darah and tak boleh tidur malam 
sebab terbayang2 muka orang gila ni tiap kali tutup mata.
hahahaha.....

enjoy~

Tasha jadi model?

hari ini, bangun pagi2 gosok gigi, pergi mandi, gosok baju, make up and pergi bangunan canselori UKM untukjadi model UKM.
model ker????

alahai, photo shoot untuk iklankan UKM pada orang ramai bila ada Education Exhibition la gitew~

ada la dalam 13 orang model yang mana majoriti adalah student UKM dari degree hinggalah Ph.D student.

and apa yang menariknya masa sebelum pergi photo shoot tu, ai pandang ada sorang awek ni, apasal macam familiar giler tapi confirm la dia tak knal ai and ai pun tak kenal dia.



kenal x?

rupanya ada la sorang kakak ni bagi tau yang awek ni pemenang Gadis Melayu 2. owh...patut la macam familiar..... actually ai tak follow rancangan Gadis Melayu 1, 2 @3. tapi mungkin yang buatkan ai familiar sangat muka dia pasal masa awal2 kemenangan dia dulu mest la gambar dia terpampang sana sini. betul tak????

mungkn sebab tulah ai rasa macam kenal. macam mana orangnya? dah nama pun pemenang gadis melayu kan.... so, baik lah! nampak macam lemah lembut (sebab tak pernah kenal rapat kan...)

masa photo shoot tu, mula dari pukul 10 sampai pukul 11.30pg.
banyak juga gambar di ambil, pindah sana, pindah sini.letih juga la..... dah la panas. cair make up mak nox. hahahaha....

tak tau  la kalau muka ai ni cukup photogenic tak untuk dipilih sebagai best shoot. jadi muka duduk blakang2 pun jadi la..... kalau pergi education exhibition, pergi kat booth UKM, kalau ada muka ai maka dah cukup "cun" (bak kata photographer) dah tu. haahaha....

tak kesah lah. ai tak amik gambar sekitar sesi fotografi tadi pasal ai tak bawa pape pun, berlenggang ajer. beg ai dah tinggalkan dalam kereta pasal dalam UKM aje kan..... hehehehe.... nnt kalau ai jumpa gambar ai dlm laman web UKM, mest ai syok sendiri macam haram nak tayang-tayang dalam FB and blog. (giler punyer tak malu. hahahahaha.....)

balik dari photo shoot, kitorang disuruh lunch dulu sebelum balik. and after lunch, ai terus keluar dari UKM untuk jalan-jalan. ingat nak pergi window shopping kat Mid Valley. tapi bapak penuh parking! semua tak boleh masuk. ai pun terus larikan diri ke Alamanda, Putrajaya. tenang sikit jiwa. beli magazine EH! kegemaran ai yang kat bawah ni.

EH! Dec 2010
dah nak habis bulan 12 baru beli. ntah pape ntah. ahai....suka hati lah. asalkan ai beli. kalau tak beli pun,ai beli la benda lain.

ai beli  Classic Chocolate and 3 keping donut kat Big Apple and terus balik. ingat nak tengok wayang. tapi cerita yang ai nak tegok belum ditayangkan lagi...... so, sambung makan donut kat bilik. hehehehe......

and that is it for today!
penat~

Tuesday, December 21, 2010

tak ada kerja


SERIUSLY BOSAN AND TAK ADA KERJA!!!

Monday, December 20, 2010

Perpisahan - Anuar Zain

Ku Mengerti Perpisahan Ini
Bukan Kerana Kau Membenci
Tapi Kasih Yang Pernah Ku Beri
Tiada Lagi Bersama

Sering Kala Aku Terlihatkan Mu
Impian Nan Indah Bersulam Bahagia

Ku Harungi Hari Demi Hari
Bersama Wajah Tak Mungkin Akan Kembali
Tapi Hati Masih Tak Terima
Ditinggalkan Sengsara

Keraguan Ini Bukanlah Padamu
Perasaan Hati Masih Rindu
Kekalutan Ini Hanyalah Untukku
Tercari-Cari Bayanganmu

Tak Sanggup Aku Kehilangan
Kehilanganmu
Oh.. oh..

Masih Tercari-Cari
Keraguan Ini Bukanlah Padamu
Masih Tercari-Cari Bayanganmu
Tak Sanggup Aku Kehilanganmu

Wanita dan Shopping

siapa yang tak suka jimat?
siapa yang tak suka potongan harga?

cakap-cakap!
siapa? angkat tangan sekarang!

kalau suka, ikuti langkah ini:

1. Pergi Watsons
2. Cakap "saya nak jadi ahli" (member)
cuma bayar RM19 dan anda akan menerima ini:
 dalam tu ada kad member and lots of voucher!!!!

ini antara apa yang ai baru beli. mmng jimat, baru 2 kali membeli belah di Watsons, ai dah kumpul 500 point. mmng best. and point itu nanti boleh ditukarkan dalam nilai wang bila kita nak beli barang Watsons.
best kan????
 contohny: lipstick ni RM 22-RM 3=RM 19  (sebab ai tak ingat the actual price.)
 dia cuma tawarkan 1 aje dalam voucher. tapi, bila pergi sana, beli 1 percuma 1.
best kan????
cepat!!! sementara stok masih ada...

ai tak dapata apa-apa komisyen pun dari Watsons.
just nak share apa yang perempuan suka jer~


ini pula antara semua voucher yang diberkan dalam buku passport tu.

untuk maklumat lanjut.... klik  (link)

Jiwa Kacau 2


kenangan berada di bahagian pengurusan sukan Paralimpiad Malaysia XV di Melaka dari 18-28 nov 2010.


 sekitar majlis pembukaan

 bersama rakan sekerja and Boss main bowling. 
Terima kasih Boss

 comel kan screen kitorang??



konon-konon kami team yang hebat la.... hahahaha
ini akan terjadi bila terlalu banyak kerja 
 isteri Boss. kira Bos juga la ni. garang tapi penyayang (heart kak norsiah)
 antara  kerja-kerja kami melayan kehendak pelanggan (pelanggan ker????)
 gila sporting dapat Boss macam ni. mana nak jumpa???
Kat dalam Majlis Paralimpik Malaysia je tau!!!
 setiausaha terhormat kita tgh buat kerja
ini terjadi bila betul-betul tak ada kerja

 kakak yang memberi kami makan sampai kenyang and jadi bulat macam bola. 
hahahaha
penat sangat kira baju sampai tertidur-tidur
ini pula masa majlis penutupan suka Paralimpiad. kamilah sukarelawannya~
ini baru sikit. total 800 orang dari semua bahagaian termasuk badan-badan NGO.

inilah sebahagian dari hidup kami untuk menguruskan sukan untuk OKU ni.....
kenapa tak ada OKU? sebab kami di bahagian pengurusan, nak keluar pergi tengok game pun sampai tak sempat tau~

sedey  :'(

"Life is not about the past
 but its about the future 
and how happy you can get there"

kata-kata Kevin Lewis

untuk cerita kisah benar The Kid (link)

sangat-sangat memberikan kesan yang mendalam bagi ai

Sunday, December 19, 2010

Azwan Ismail "Saya Gay, Saya OK"

kejadahnya!!!! mengaku diri sendiri gay. agaknya dia memilih untuk jadi gay sebab dia pelat kot (kalau dengar betul-betul, lidah dia pendek)




apa la nak jadi~



janji tetap janji

pada entry "make over" yang lalu, ai dah janji nak upload gambar2
sebelum dan selepas rumah ai yang tunggang langgang kan???

klik 

so, here we go.
sila komen~

sedang dalam pembinaan

selepas pembinaan

tapi gambar selepas ni belum cat lagi.
my dad kata kene tunggu 1st layer serap simen dulu.
lagipun sekarang musim hujan.simen lambat kering 100% in and out. 
then baru boleh cat warna-warni macam tadika.

hahahaha.....

Memori

bila ada sesuatu yang dikatakan sebagai MEMORI,
barulah hidup kita ada sesuatu yang bererti untuk dijadikan kenangan
atau pengajaran.

kalau tak ada memori, kita tak akan ingat yang kita pernah melalui sesuatu yang pedih 
tapi bila dikenang kembali, 
itulah perkara yang menyedarkan kita tentang kesilapan ada dimana-mana

kadang-kadang, ada juga yang kata
kenangan pahit bila dah lama ditinggalkan,
bila dikenang kembali, menjadi sesuatu yang buat kita ketawa dan mungkin membuatkan kita sedar akan sesuatu hikmahnya.

bersyukurlah bila ada sesuatu yang buruk menimpa kita,
sesungguhnya itu cuma ujian kecil yang bertujuan untuk mematangkan kita dalam kehidupan.
semua yang berlaku dalam hidup ini telah disusun oleh Yang Maha Esa.

daripada mengeluh, baiklah kita memandang perkara yang menimpa diri kita itu sebagai pengajaran
untuk masa akan datang dan tetaplah bersyukur.
jangan marahkan Tuhan dengan ujianNya.
sebaiknya, buka minda dan pandang orang lain yang mempunyai nasib yang lebih teruk dari kita.

semua yang terjadi dalam hidup kita sebenarnya sangat indah tak kira teruk macam mana pun.
kalau tak percaya!!!

bila dah berjaya dan dah keluar dari musibah itu,
kita kenang kembali memori lama itu,
pasti akan ada sesuatu yang buat kita tersenyum atau buat kita berkata
"kalau aku tak susah dulu, aku tak akan jadi macam ni."

ai kongsikan keindahan dan keajaiban MEMORI ini sebagai pengajaran dan kenang-kenangan buat rakan-rakan pembaca, follower, juga untuk diri sendiri.

hayatilah hidup ini dengan sebaiknya dengan mengingatiNya.

Saturday, December 18, 2010

Thursday, December 16, 2010

petua nenek moyang- kunyit hidup

resepi nenek moyang- khasiat kunyit

ibu kunyit sebesar ibu jari
1/2 sudu kecil jintan hitam
1 sudu madu
1 sudu sunquick
1 biji kuning telur ayam kampung

cara-cara:
blend semuanya hingga halus 
dan ready to drink.

khasiatnya:
  • menghilangkan masalah bau haid
  • merawat luka-luka dalaman
  • keputihan 
  • haid berpanjangan
  • mengecutkan rahim
  • buang angin
  • menyegarkan badan


sebaiknya diminum selepas bersalin atau selepas habis haid.
(ditaip atas arahan Cek Mek Molek)

untuk Perempuan, Isteri dan Wanita...

hari ini, ai nak share rahsia perubatan tradisinonal yang diamalkan oleh nenek-nenek kita zaman dulu-dulu.

orang dulu-dulu tak ada faminine hygiene wash. jadi, dua gunakan sireh sebagai membersihkan alat sulit mereka.
tapi bukan membersih luaran dengan gunakan sirih masa mencuci.
tapi mereka minum air sireh itu.

okay, cara nak buat air sireh adalah:
rebus sireh tersebut  
and
dah boleh minum....

tapi, sekarang zaman dah moden, kita boleh la masak air, then masukkan air panas dalam pot coffee maker and masukkan 3 helai  daun sireh yang dah dikoyakkan.
 so, air sireh kita tu sentiasa panas and ready to drink any time and  bila simpan dalam thermos, itz ready to drink any where.

apa khasiatnya??
seperti yang diterangkan pada ai, air sireh itu akan mengatasi masalah keputihan yang sering dihadapi oleh perempuan yang dah haid, mengempiskan perut, menghilangkan bau mulut, mengatasi masalah bau pada kemaluan dan mungkin ada khasiat-khasiat lain yang tersembunyi dalam sireh tu kan. kalau rajin, tanya la encik google yer. tak lupa, ia baik untuk keintiman suami isteri. ish...malunyer~

ai tau rasa air sireh tu giler-giler punyer pahit, jadi ai cadangkan tambahkan madu sikit and minum suam-suam and jangan lupa selawat yer!

p/s: kalau nak jadikan ubat sebagai merawat penyakit, daun di kira dalam helaian ganjil. (cthnya: 3,5,7..... helai)

GIVE AWAY IPOD SHUFFLE DARI MR COOL


thanx to Deqdeq yang tag ai untuk join contest ni, kalau tak.... ai pun tak tau.
hehehe....
sape yang tak nak hadiah yang macam best ni kan?
ai suka sangat-sangat kalau orang nak bagi ai hadiah. ai kan muka tak malu. tapi ni, kene berusaha pulak untuk dapatkan hadiah. pun boleh~~~~
asalkan namanya hadiah. hahaha....

actually, terus terang la ai cakap, ai tak tau pun ape kebenda la iPod shuffle ni. yang ai tau, iPod barang dari jenama iPod. naifnyer kan????
kalau Mr.Cool bagi ai hadiah ni agaknya apa la yang ai buat dgn bnda ni agaknya kan? ai rendam dalam air kot.
MEREPEK!!!!!! takkan la ai nak buat macam tu..... ai dah kaji sikit dah pasal iPod Shuffle ni kat http://www.apple.com/ipodshuffle/

macam best!!! bukan macma best lagi!!! mmng best giler kot. dah la comel. 
and boleh pulak benda comel ni keluarkan lagu. rupanya bnda ni ala-ala Mp3 la g2 ek. (ish2.... jakun betul budak Tasha ni) saje je buat-buat jakun.lalalalala~

ai memang suka lagu, ai tak boleh hidup sunyi sepi tanpa lagu untuk lebih dari 24jam. apa nak jadi???? keras aje tak ada muzik. wawawawa.....

Mr. Cool........ ai dah penuhi syarat x?
coz ai confuse sikit dengan syarat ni 6, 7 and 8 tuh.
maklum lah.... ai ni lembap sikit. pasal masa exam Bahasa Melayu dulu ai selalu kene demam panas (hahahaha....alasan!!!! jangan percaya budak gila ni)

ntah pape ntah Tasha ni. menakutkan orang aje. macam pesakit yang ada double personality ajer.


syarat-syaratnyer:


1. Jadi flower Mr Cool (dah)
2. pergi kat exchange link pastu masukkan link blogspot ( pasti nombor giliran anda )    (dah. saya bernombor 36)
3. Korang klik Share button facebook (  pasti nombor giliran anda )   (dah.saya pengeshare no 47)

4. Buat satu Entry yang menarik dan pastika ada 'GIVE AWAY IPOD SHUFFLE DARI MR COOL' pasti letakkan banner diatas..(dah. ada kat atas tu)
5. Pastikan ada tag member korang sekurangnya 5 orng atau lebih terpulang pada korang...


6. Pastikan anda letakkan link referrer anda dalam setiap entry anda siapa yang Tag anda.

deqdeq yang tag ai
7. Setelah selesai korang comment dan tinggalkan link blog yang dh buat pasal entry GA ipod shuffle ni.. (kalau ada masalah nak comment e-mail kat (mrcoolismeor[@]gmail.com
8. emailkan no giliran exchange link dan nombor korng yang dh share ( arahan 2 & 3) emailkan kat mrcoolismeor[@]gmail.com (syarat ni tak wajib buat tapi yang ada gift special pada yang bertuah)
9.Pemenang dipilih berdasarkan entry terbaik.. dan referrer terbanyak
10.siapa folower yang ke 1010 akan mendapat hadiah misteri dari Mr Cool
11.Warga negara malaysia yang menetap di malaysia sahaja..
  



pada rakan2 yang nak tau pasal hadiah yang hebat ni, sila klik sini

TV addicted

satu sebab x suker biler cuti da habis ialah, aku da der jadual citer yg aku da buat,n terpaksa tinggalkan...aper,ingt senang ker nak susun jadual tgk tv! susah oooo!mau 2 minggu gak tuh baru betol2 tersusun!dan sekarang,terpaksa dihapuskan..


kata-kata dipetik oleh: Yaa Mastura Amirah


oleh sebab itu, ai terpaksa bersetuju dengan ulasannya, sedih tau terpaksa tinggalkan semua rancangan yang ai follow setiap hari, setiap minggu. huwaaaaa.....


tak suker taw macam ni!!!


ai nak tengok:





  • America's Next Top Model 15
  • Amazing Race 17
  • Kimora: Life in The Fab Lane
  • nak kutuk-kutuk Australia's Next Top Model
  • Project Runaway yang campur-campur semua season.
  • Tim Gunn's Guide to Style
  • cerita hindustan setiap hari sabtu and kat ZEE
  • The Bachelor (nasib baik sempat tengok Shayne menang malam ni)




OMG!!!!! banyak lagi rancangan ai nak tengok!!!!!

Wednesday, December 15, 2010

Jom Berkenalan

maybe ada yang dah kenal, kenal sikit-sikit, tak berapa kenal atau tak kenal langsung. so, ai nak ambil kesempatan ni nak kenalkan diri ai  yang tak tau malu ni   kat rakan-rakan blogger di alam maya ni.

so, untuk menjawab persoalan (ceh! persoalan ker????) berikut, sila la baca kalau korang rasa tak jemu. kalau rasa macam menyapah dengan muka Tasha yang tak tau malu  ni, tutup laptop and lari sekuat hati and benam muka dalm bantal dalam2 then lepaskan untuk mendapat udara supaya tak lemas. ai tak paksa u olz okey. hahahaha..... just kidding~
lalalalal~

header blog Ben Ashaari


  • Letak header blog BEN ASHAARI  (okay, dah letak dah)




  • Bila mula buat blog ?




  • setelah di kaji-kaji.... ai mula buat blog ni dari seawal hujung tahun 2007. maybe dalam bulan November atau Disember kot. tapi mula berblog dengan Blogger.com ni pada  Feb 2008. (wah, lma juga ek.... tapi tetap lembap macam siput.) coz mula-mula berblog hanya sekadar suka-suka and tak tau pulak ada ramai lagi blogger di alam maya ni. bila mula tau ada ramai orang berblog dengan tujuan yang pelbagai, ai jadi addict plak. hahaha...





  • Jumlah follower sekarang ini ..



  • sila lihat sebelah kanan anda. segan nak bagi tau.... terima kasih la pada yang sudi follow blog yang ntah pape ni~




  • Berapa trafik harian ?



  • Pageviews today
    124
    Pageviews yesterday
    134
    Pageviews last month
    1,351
    Pageviews all time history
    3,321


  •           copy and paste dari stats blogger


  • Sehari brapa entri ?



  • benda ni ikut musim la..... bila rajin, puratanya ada la dalam 5 entry satu hari. bila malas, seminggu dua kali la secara pukul rata. hahahaha....





  • Berikan satu blog yang best korang suka baca ..



  • ai suka sangat dengan blog Borak Kosong, korang pun patut suka juga. (cewah promote lain macam jer..... ada dapat komisyen ker???)



  • Malaysia VS Vietnam

    sedihnya tak dapat tengok ANTM 15 pukul 9 tadi.
    semuanya kerana perlu beralah dengan ayah yang nak tengok 
    Vietnam VS Malaysia
    nasib baik Malaysia menang 2-0.

    klu tak....
    ada TV lain, tetap juga my dad nak tgk TV kat hall bawah. apakah....
    ish Tasha ni.... tak baik tau mengeluh!!!

    esok kan ada ulangan ANTM 15 yang malam ni punyer.
    apa punya anak la budak ni!
    Berdosa tau tak!!!!

    (ntah pape ntah Tasha ni!)

    Giler Mamat nih!!!

    nak tau apa yang ai rasa?
    mamat ni memang tergila-gila sangat kat Hanis.
    semua orang dalam dunia blog di Malaysia ni kenal Hanis kan?so, tak perlulah diperkenalkan lagi.
    enjoy this video...


    mesti korang pun rasa apa yang ai rasa kan????

    kawan baru kita

    ai nak kenalkan kawan baru kita.....


    say hye to Notakaki~

    Tuesday, December 14, 2010

    ada hikmahnya

    mungkin ada hikmahnya kita tidak bersama



    Sunday, December 12, 2010

    Rindu

    the birthday boy

    my best girlfriend ever!


    ibu mereka

    family mereka

    p/s: rindu mereka....sejuk hati tengok gambar ni beberapa kali....

    perlukan pendapat!!!!

    sudah jatuh ditimpa tangga!

    dah la result menyedihkan. ingatkan di hujung2 pengajian ni result makin baik.
    rupanya makin corot. sedih betul.

    dah tu, time ni la juga budak tu nak ai bayar lekuk kereta dia yang ai hentam tak berapa lama dahulu.
    ai jadi buntu la.....

    ai rasa mcam ai tak ada ong la malam ni.
    sudah jatuh ditimpa tangga pulak.

    flash back sikit yer....

    ai ni pagi2 kelam kabut nak pergi kelas, panaskan enjin kereta ala kadar kejap. then ai pun nak keluarkan kereta ai dari tempat parking yang memang rasanya dah jadi tempat ai kot (perasan sendiri). baik-baik under pelan2 konon2 takut ada kereta kat belakang. tiba-tiba......
    ehem2....
    memang ada kereta kat belakang. ai pun memang la tak perasan bila masa la ada anak kelisa duduk kat belakang parking ai ni. memang muka nak kene cium agaknya anak kelisa ni. dia duduk baik-baik je buat muka comel kat belakang bontot ai. tak ada tempat lain dah ker nak duduk!!!????
     ai turun dari kereta, tengok-tengok tak ada apa-apa pun...... ai pun jalan dengan yakin.
    balik dari kelas, dapat msg dalam FB, mak kelisa hantar msg cakap yang ai langgar anak  dia.
    aik....rasanya tadi mcm tak ada pape. ai pun g la melawat anak dia.

    lekuk yang ai langgar

    cuba anda perhatikan lekuk tu terhadap saiz sebuah Kelisa.
    adakah kemalangan itu terlalu besar sampai ai kene bayar RM350 kat dia?

    ai tau yang masa mula-mula dulu ai punyer la belagak macam ai mampu sangat je nak bayar.
    then, bila ai dah runding2 dengan my dad.
    dia kata, stakat kemalangan kecil macam tu dalam KL. tak payah diperbesarkan.
    itu cuma hal kecil and memang dah jadi risiko bagi orang yang ada kereta untuk selesaikan masalah
     lekak-lekuk ni.
    ai ni......naif + bodoh+ bangang=biol!!!!

    mula-mula punyer la lagak macam mampu bayar. coz ai ingatkan setakat lekuk macam tu, 
    ketuk2 sikit. RM50 dah boleh selesai.
    skali, bila bincang ngan my dad. dia kata RM50 tu tukar plate kereta cukup la......
    adoi.....

    buntu la. 
    boleh tak korang bagi pendapat ai patut bayar atau tidak???????
    logiknya, memang la ai patut bayar.
    tapi secara lumrahnya pulak.... tak boleh ke redha and jadikan kemalangan kecil tu sebagai pengajaran bagi ai and budak tu supaya pas ni parking kereta jangan duduk kat tempat yang memang muka nak kene cium. boleh tak macam tu????

    UPDATE 26/12/2010
    SANGAT BERTERIMA KASIH PADA BUDAK TU SEBAB DIA KATA AI TAK PAYAH BAYAR PUN TAK APA.... TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK. HANYA TUHAN SAHAJA YANG DAPAT MEMBALAS BUDI BAIK DIA. AMIN~


    kecewa!

    ada satu berita gembira dan ada satu berita sedih....

    Latihan Ilmiah yang selama ni ai kepoh2 cerita tak henti-henti macam ayam nak bertelur akhirnya dapat A.
    alhamdulillah.......

    tapi yang sedihnya adalah keputusan Linguistik ai sangat mengecewakan.

    so, ai nekad nak amik injection HPV - untuk cegah kanser servik.
    (ada kaitan ker???? lantak lah!!!!)

    tengah stress sangat-sangat ni!

    Wednesday, December 8, 2010

    nak mula saving

    sekali lagi aku sebut pasal saving.
    last time kat post ini klik sini
    sekarang ai nak berangan kalau ai ada banyak duit pulak.
    hahahahaha.....





    smart???
    kereta Proton Lekir (panas dari kilang)
    Proton nak letak harga below RM 150 K

    wahahahaha.......
    dah mula berangan dah ni.....
    nak kerja apa ek supaya dapat beli kereta ni???
    *wondering.....*

    hati wa mest terbakar giler kalau tgok ada yang bawa Proton Lekir ni lalu depan wa!
    bila agaknya ek?
    tengok fairlady jer pun dah menggelabah sampai rasa cam nak ikut dia balik. 
    ini kan pulak Lotus Eropa.
    adush!!!!

    buat aku tersenyum

    tengah blogwalking....
    ada pula something yang buat aku tersenyum di tengah malam yang buta ni.
    hehehehe..

    Buka Google, tulis Google Gravity dan klik I’m Feeling Lucky. Cuba pula Google Sphere , Rainbow Google , Google Easter Eggs atau Google Hacker.
    Buka Google, tulis who’s the cutest dan klik I’m Feeling Lucky.  Mesti terkejut dengan jawapan Google! icon lol Google   Im Feeling Lucky
    Try lagi dengan 133t, Google Epic , Google Heart Page

    letih la...

    bangun pagi2....
    gotong royong kemas rumah after selesai renovation depan rumah.
    tapi satu rumah berhabuk. GOD!!!

    penat macam nak pensan.
    selesai gotong royong, bantai tidur sampai petang.

    dan bangun dengan perasaan tak ada mood.

    hurmmmm...

    :( 

    Monday, December 6, 2010

    jadi macam kura-kura pun tak pe.

    ann, the winner of ANTM 15

    inagt tak kat entry yang lalu ai cerita pasal ANTM circle 15 yang baru tayang kat StarWorld?
    si Ann ni, masa baru baru stat dia sangat lemah, sangat low  self-esteem, sngat keding, and macam tak yakin dnegan diri sendiri. 

    yang lain-lain semua ada gaya tersendiri, yakin, berakat, over confident..... n bla bla bla.... tapi kalah dengan Ann ni. siapa sangka kan??? 
    dunia ni adalah sesuatu yang unexpected. 
    betul tak??
    tak sabar nak terus tengok ANTM 15. tapi rasanya tak dapat tgk sampai habis coz lagi 2 minggu dah tak dapat layan astro (kene balik UKM). huwaaaaa..........
    : (


    yang bawah ni adalah salah satu gambar kenangan masa join sukarelawan 
    sukan Paralimpiad kat Melaka 18-28 Nov 2010

    gambar ni di ambil masa majlis penutupan sukan. 
    we had so much fun together!!!!




    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...