nuff

Thursday, August 26, 2010

apa yang boleh buat Intan Natasha RAJIN???

Intan Natasha tak pernah rajin tau.....
sangat2 lah pemalas anak pak cik Bakar ni.
hidup dia, suka melepak2 jek. and yang paling dia suka adalah buang masa!
buang duit, lagi lah anak pak cik Bakar ni suka sangat2!

tapi sejak akhir2 ni....
pelik sangat tau.
anak pak cik bakar rajin g kelas,
rajin siapkan assignment,
rajin baca buku (yeke? mcm tipu jek. TOLONG JANGAN PERCAYA)

biasanya klu time pagi2 klas kul 8 dia akan bangun,
kelip2 mata and then tetiba dah termimpi yang indah2 and skali tgk jam dah pukul 10 pg.
kemudian barulah dia akan g klas yang selepas kul 10.
dia kan konon2 lectrr. buat masa sendiri jek.
POYO~

kalau assignment plak,
after dia dah berjaya melonggokkan semua assignment tinggi menggunung
baru lah dia akan mula kelam kabut nak siapkan
and hasilnya, assignment yang ntah pape jek (asal siap)

tapi apasal sejak akhir2 ni Intan Natasha mcm rajin sikit ea?
sikit je tau!!!
lom betol2 rajin lagi....
kalau dia betol2 rajin,... alamatnya..... anda memang dah gile.
sebab Intan Natasha yang betol2 rajin tak wujud.
LOL~

nak tau x?

sebab kan....






sebab kan....










sebab kan.......
dia nak cuti raya tiga minggu terus.
orang lain dapat cuti 1 minggu, dia 3 minggu....
dia kan kononnya lecturer~
suka buat masa sendiri.
LOL~

so, kalau anda curious sangat dengan tahap kerajinan Intan Natasha
inilah sebab dia. so, sila jangan pelik OK!

cuti perayaan+cuti pertengahan semester 1 2010/2011:
9 sept -19 sept 2010


tapi Intan Natasha start cuti :
28 ogos-22 sept 2010 (memang berbaloi-baloi~)

Tuesday, August 24, 2010

majlis berbuka puasa pendidikan Khas tahun 4 2010

ni adalah idea Cik Farhah and telah diusahakan bersama-sama oleh semua rakan-rakan yang rasa macam perlu sangat2 berbuka puasa bersama-sama buat kali terakhir sebagai pelajar UKM bila dah tahun ke-4 ni..... Bukan extend student tau!!! kitorang kursus Pendidikan Khas, so..... pendidikan memang belajar 4 tahun. hehehe...
Jom kita enjoy tgk gambar-gambar kami berbuka puasa~

ramai tak? agak ramai la..... tapi tak boleh lawan meja belakang. dua kali ganda dari kami.

perhatikan lah makanan kami..... simple jek. yang penting gathering ramai-ramai and happy2~



some of them
belum boleh makan tau~ coz belum masuk waktu berbuka lagi



ni je la cikgu lelaki yang ada, dari kiri:
Cikgu Biding
Cikgu Debot
and Cikgu Sidiq


Cik Farhah adalah cik adik berbaju purple yang tengah kaya tu~
macam biasa, perasan cantik yang tengah-tengah tu
and Cikgu Munyati yang baju biru tu



real fun with budak2 pendidikan khas tahun 4 2010/2011.
ni lah majlis berbuka puasa kitorang yang pertama and terakhir sebagai pelajar UKM.
walaupun tak semuanya hadir. tetapi memang fun~

Monday, August 23, 2010

My Family & Ramadhan

tajuk My famly and Ramadhan??
mest korang terfikir macam ada sesuatu je kaitan antara keluarga aku dengan Ramadhan kan. memang ada kaitan pun.... tiap tahun, bila Ramadhan menjelma..
my parent memang wajib ke Jalan TAR, KL. sejak dari yang aku ingat... rasanya dari aku umur 16 tahun memang famly aku WAJIB ke Jalan TAR dalam bulan Ramadhan.

untuk cerita tahun ni...
pada hari jumaat lalu, my famly sampai di Bangi untuk sambut b'day aku. then, mlmnya dengan aku skali tidur rumah sepupua ayah di Keramat dekat Ampang. esoknya selepas pukul 12, keluar lah keluarga ini memulakan penjelajahan ke Jalan Tar. Kitorang sampai kat Jalan TAR pukul 1.30ptg. (jalan sesak tak hengat!!!!)
macam2 ragam kat sana, semakin menuju ke petang, semakin sesak and padat. aduhai....
beli itu lah, beli ini lah.... masing2 dah dapat apa yang diorang nak. punyelah berjalan..... dari hujung depan Sogo hingga ke Masjid India perginya.... ko bayangkan je lah. Gila penat!! tapi bagi aku, yang penting aku bersama ngan famly aku..... seronok wooo...

akhirnya, kitorang meninggalkan Jalan TAR dengan barang masing2 pada pukul 5 ptg. giler x?

aku punye hal pula.... nak beli seluar jeans ni.... pikir punye pikir nak beli saiz 27 ke 26? pasal yang saiz 28 longgar. adoi.... amik la saiz 26. coz ukur kat leher ngam2. sekali balik rumah my auntie, try seluar yang aku beli 2..... Bapak ketat nak mampos. boleh pakai. tapi memang dah macam sarung nangka. orang kata perempuan xbaik pakai seluar yang terlalu ketat kan.... menyesalnya beli.... esoknya ke Jalan TAR blk untuk nak tukar seluar, kedai tu plak dah xdek. coz orang tu kata.... hari sabtu orang lain yang meniaga. klu hari biasa, orang lain plak meniaga. klu nak tukar... datang hari sabtu. klu korang???? nak tukar ke?? semata-mata bersesak2 nak ke Jalan Tar untuk tukar seluar..

hmmm..... ntah lah. xleh berfikir dah ni.

ada tak sesiapa yang pinggang dia bersaiz 26 nak beli seluar ni dari aku?? lom pernah pakai lagi, baru try jek. nak tak? rm50 jek.... murah babe. mana nak dapat!!!!

ok, enough pasal seluar yang salah saiz 2!

sekarang aku nak cerita pasal lokasi ke dua yang wajib mak aku mest pergi klu dtg KL. klu tak.... memang dia akan salahkan bapak aku sampai bila2 sebab tak bawa dia ke IKEA, Ikano Power Centre yang kat Damansara 2.(mana lagi kan???? situ jek pun yang
ada)

pagi2 buta kul 7 lebih kitorng dah keluar dari rumah mak long aku yang kat Bukit Indah. and terus menuju ke Damansara. tapi awal giler kot. jam baru kul 8pg. IKEA buka kul 9.30.... giler tak giler juga la famly aku ni.... semuanya kerana mak aku.... bapak aku siap bagi dialog masa on the way ke IKEA tu...

"kalau tak bawa kang... abis dia cakap tak cukup tu lah, x cukup ni la. tu lah sape suruh aritu tak bawa g IKEA!" hahaha.....
pape jek si suami dan si isteri ni.

dah sampai, tgk IKEA tak buka lagi, bapak aku pun keluar dari area Mutiara Damansara tu.....
angah pula tanya.... "aik, kata nak g IKEA?"
aku pun menyampuk "dah g la ni..... dah tgk, and dah nampak IKEA kan? dah la. nak balik dah"
mak aku pun senyum2 kambing.... dalam hati dia....tuhan aje la yang tau kan2??
hahahaha...
angah yang dah dapat tangkap maksud aku pun cakap
"ada juga yang terjun dari kereta ni kang kjap lagi"
hahahaha.....

sementara tunggu IKEA buka, my dad ke One Utama kat sebelah TV3 tu...untuk tgk konsep raya tahun ni. tahun lepas ala2 kampung. rupanya, tahun ni konsep ala2 di sawah bendang gitew~

this is my angah dengan gaya yang ntah pape jek

ni untuk korang yang mungkin tak pernah tgk padi pada pokoknya. (aku pun!)

memikirkan kegila an yang telah kami lakukan
"apasal la shopping complex tak buka pukul 8?" giler kau!

nampak x?

nampak x? nampak tak kedai masih belum buka and kitorang pulang dengan gambar2 jek.
giler tak giler juga la family aku ni. pergi masuk One Utama pepagi semata-mata nak amik gambar. padahal semua kedai pun belum buka. nasib baik tak kene halau.
hahahaha....

after IKEA buka, kitorang membeli la pape yang mak aku suka.
itu pun bapak aku dah jalan laju2 (paham2 je la kan)
then terus ke Jalan TAR semula. konon2 nak g tukar seluar... tapi tak dapat...
hmmmm..... =(

itulah kisah My Family & Ramadhan....
Hanya Jalan TAR & IKEA jadi saksi.
LOL!!!

The Black Forest


rupanya umur aku dah 23 tahun. kadang2 bila orang tanya umur brapa, ada juga terfikir.
dah brape ek?time tulah baru bg tau kat orang tu yang aku lahir tahun 1987. "HUH! korang kira lah sendiri ye..." kata ku.
sampaikan umur sendiri pun boleh lupa. inikan pula umur orang lain. apa tah lagi klu nak ingt birthday semua orang....giler banyak nombor nak kene ingat. adeh~

tapi untung ada facebook dan lama2 sosial yang lain kerana kita telah diingatkan oleh Facebook yang birthday kawan kita hampir tiba atau pun dah tiba. ah! mana-mana lah.... asalkan kita kira ingat la 2 kan.

berikut aku nak la share kegembiraan aku menyambut hari tua yang ke-23 pada tahun ini. bila lagi aku nak umur 23 tahun kan???? pas ni dah xdek dah.





the gurls. .

the guys. . .

inilah kawan2 aku yang telah meng'surprise'kan aku tahun ini dengan
lakonan si serai wangi yang sangat la wajah2 (kata faizal debot).
dalam pukul 11 lebih, sedang aku ber'facebook', si serai wangi telah menghubungi aku
dengan suara mengada2 nya.... katanya jatuh tangga kat Pusanika, UKM.
konn2 merengek sakit kaki xboleh nak balik kolej dia yang kene mendaki bukit 2. (tak berapa nak bukit sangat la..)
aku sebagai kawan yang perihatin kononnya, sudilah kiranya menghulurkan tangan, meringankan beban dia

dipendekkan cerita, sesampai aje aku kat Pusanika 2,
dia pun berpura-pura suruh aku parking kereta and mintak aku tolong angkat barang dia masuk dalam kereta.
skali bila aku turun, rupanya.... diorang dah tunggu aku dengan lilin and kek2 yang comel.
aku pula dah la datang dengan seluar tidur... hampeh tol korang ni.
yelah.... mana tak nye, aku ingatkan juz nak tolong hantar wani jek, rupanya diorang g surprise kan aku....
pape pun, terima kasih korang semua the gurls and the guys~



ni adalah kek Black Forest katanya,..



yang ni pula, konon2 terkejut dengan pemberian kek peribadi daripada "model antarabangsa"


ni pula adalah cerita lain...
dimana, my famly datang jalan2 ke KL, so sambutlah b'day anak dia sekali....
happy sangat celebrate b'day ngan my famly....
"dah besar dah anak ayah" katanya ...


berbuka puasa and celebrate birthday di Puri Pujangga, UKM
buffet Ramadhan yang sangat berbaloi sampai nak makan kek pun tak larat dah.
sebelum 2, tempat makan dan kek Black Forest tu talah di booking pada 19/8
akhirnya, kek telah dimakan di rumah sepupu ayah bersama keluarganya...
seronok kerana semua orang pun seronok~

Buffet Ramadhan di Puri Pujangga 2010
RM30nett untuk dewasa
RM15nett untuk kanak-kanak (bawah 12 thun)

Sunday, August 15, 2010

kenapa ek?

kenapa ek?
selalu macam tu....
bila dah buat baru nak menyesal.
bila dah berlalu baru nak menyesal
kata "alamak....rugi tak buat cam tu"
"kenapa la aku buat macam tu"
"menyesalnya tak mintak kat dia"
dll.

kenapa ek?
rugi giler masa ada dengan dia aku tak mintak nak amik gambar dengan dia.
padahal camera ada jek dalam hand bag ni.
adush.... mungkin pasal aku tak rasa macam beriya-iya nak amik gambar dengan dia kot.
segan pun iya juga (tapi for what??)
tapi kenapa bila dah balik rasa regret giler babeng???
why....why...why????
aduh...

ok, sekarang ni apa yang ko patut buat adalah
bawa bertendang
dan
lupakan apa yang ko sesalkan sangat tu
setakat gambar je pun....
mana la tau jodoh korang boleh jumpa lagi.
that time, amik la gambar banyak2 sampai muntah.
hopefully~

Saturday, August 14, 2010

lelaki idaman ku...



David Beckham
kenapa? sebab semua perempuan akan bagi jawapan yang macam2 kenapa dia suka David Becham.
aku pula, yang paling utama kenapa aku suka dia sebab dia sangat penyayang.
tengok la macam mana dia pegang tangan Posh.
haihhh~




Pierce Brosnan
Dia memang menggetarkan jiwa setiap wanita dengan gaya dia yang perfect tu.
tapi dia tetap sayang isteri dia seadanya walau handsome macam mana pun dia.
macam mana la aku tak fall in love~



Joseph Gordon Levitt
aku start fall in love dengan dia dalam cerita Inception.
dia smart giler. macam nak menjerit aku terpesona dengan ke'smart'an dia.
aduhhhh~




Hayden Christensen
mungkin ada dikalangan korang yang tak biasa dengan dia ni.
dalam cerita Star Wars pun dia ada. tapi aku paling terpanah dengan dia
masa dalam filem Jumper.
dia sangat comel bagi aku...




Dan Wagner
dia ni pula, bukan artis. cuma manusia biasa jek.
tapi aku suka dia pasal dia sangat menghormati wanita.
aduh2.... terpesona dengan gaya gentleman dia yang aku nmpk dengan mata kepala aku ni.
OMG~




Anuar Zain
tak perlu diperkenalkan lagi. Lelaki Idaman Malaya (w/pun mungkin ada yg tak suka)
tapi aku tak peduli pasal aku tak pernah berhenti cintakan dia dari dulu lagi.
sejak dari aku sekolah rendah lagi.
anuar zain... kahwin la dengan aku~




Abu Bakar
yang ni pula, aku tak boleh kahwin dengan dia.
pasal dia ayah aku....
tengok la macam mana dia sayang sangat kat isteri dia....
macam tu lah aku nak suami aku nanti sayang kat aku....
Ayah, you are The Best Father in the whole wide world!!!

Kepana aku senaraikan mereka ni?? sebab mereka2 ini sangat ggggrrrrrrhhhhh.....
menggetarkan jiwa aku!

Thursday, August 12, 2010

untitled

merujuk post aku yang lalu......

aku sngt bersedih coz di REJECT.
tapi sekarang aku dah tak sedih lagi dah.
WHY? Why? whyyy??????
sebab tindakan aku yang berani and agak tak tau malu
telah merubah kejadian.

okay.setelah aku meyedari aku telah di reject.
aku sngt bersedih and kept thinking why..why..and why..?
so, aku nekad untuk add Danny semula dan hantar msg kat dia. (agak xmalu gak la kat sini)

tapi aku tak de la desperado hantar msg tnye nape dia reject aku.
ni msg yang aku send kat dia:

"hi danny, kindly i beg u...... can u please send me all the photo of me from your camera to natashaintan@live.com ? :)
Thank you"


2 pasal la aku ni punye la bersungguh2 nak add dia pasal aku nak pix2 aku dari camera dia.
bukannya aku ni desperado sngt nak kwn ngan mat salleh.
choiii....
ada aku kesah dia mat salleh ke.... mat top ke pe ke???

then dia reply msg aku and bg tau yang dia akan hantar pix2 aku melalui e-mail.
aduh....
lega.....
and beberapa ketika lepas dia reply msg aku, dia pun approve aku to be friend.
wah..... mcm 2 jek ek?
apa yang aku mengarang selama ni ntah la betol ke tak.
aku pun tak tau....
tapi finally dia sudi juga approve aku.


:)

P/s: kenapa untitled?
-sebab aku tak tau nak letak tajuk apa atas kegembiraan ini. gembira ke??? biasa2 jek.
:P




u are REJECTED!

tak tau macam mana nak mula.
tapi aku perlu luahkan juga perasaan ni.
sedih....
walaupun mcm bodoh jek kesedihan aku ni.
tapi aku sedih giler.

rasanya baru pertama kali kot aku merasakan macam mana perasaan di reject mentah2.
huwaaaa.....
apa yang aku kene reject?
lelaki reject couple ngan aku ke?
proposal aku di reject ke?

ada sorang kawan ni..... aku kenal masa jadi sukarelawan IPC Powerlifting.
nama dia Dan. masa kat sana juga dia kenalkan la aku ngan kwn dia mana Danny
so, aku ngan Dan and Danny ni macam close juga la masa kat IPC tu
then bila benda ni dah berakir, aku pun nak la still keep in touch.
so, after aku dah add Dan kat FB. aku pun cari la Danny dari FB Dan.
aku pun add la Danny.

mula2 aku pelik la nape dia x approve2 aku ni?
padahal privacy setting FB dia aku nmpk ada perubahan.
klu nak kata dia tak buka FB, mcm mana privacy setting dia bleh berubah kan?
so, aku pun assume yang mungkin dia lupa nak respon.
aku pun padam la dulu request aku tu.
selepas 1 masa yang lama, aku add dia blk.
tiba2 pagi tadi aku tgk FB dia. aku kene request smula to be friend.
maknanya apa??
maknanya dia dah klik 'ignore' la kat friend request atas mana aku tu....

sadisnye....
dia xske aku la maknanya...
dia xnak kwn ngan aku ke???? kenape?
aku ada salah ckp ngan dia ke?
aku ada kecik kan hati dia ke?
WHY? Why? whyyyyy.....????
huwa....
mcm aku ckp tadi,
mmng kesedihan aku ni nmpk bodo.
tapi aku tetap sedey coz dia REJECT aku.....
dia reject aku...
bukan aku mintak couple ngan dia pun....
huwa....



Sunday, August 8, 2010

MIZZ NINA - What You Waiting For lyrics

Baby, I never seen someone with your body
You make me want get this party started
Hey baby, come in tell me what this all, baby, baby
Tell me what you what you waiting for

Baby, I never seen someone with your body
You make me wanna get a little naughty
Hey baby come in get it it's all yours, baby, baby
Tell me what you what you waiting for

Its your birthday
So tell me what you want to
Its my birthday
I really wanna get with you
Drop the beat now and may be we can get it started
Well go insane and take you to the after party

So what's your name
Hey baby what's your name (oh yeah)
Sexys my name
Yeah sexys my name
OK and whats your game
Hey baby what's your game
OK I like to play
I I like to play

Baby, I never seen someone with your body
You make me want get this party started
Hey baby, come in tell me what this all, baby, baby
Tell me what you what you waiting for

Baby, I never seen someone with your body
You make me wanna get a little naughty
Hey baby come in get it it's all yours, baby, baby
Tell me what you what you waiting for

Hey sexy girl from Kuala Lumpur
Hey baby that's me I'll be on the dance floor
I got you with surprise we pop in up in VIP
and if I ask nice can I take you home with me

[2X]
So what's your name
Hey baby what's your name (oh yeah)
Sexys my name
Yeah sexys my name
OK and whats your game
Hey baby what's your game
OK I like to play
I I like to play

Baby, I never seen someone with your body
You make me want get this party started
Hey baby, come in tell me what this all, baby, baby
Tell me what you what you waiting for

Baby, I never seen someone with your body
You make me wanna get a little naughty
Hey baby come in get it it's all yours, baby, baby
Tell me what you what you waiting for

Baby let's get crazy
Come and loose control
You want to tear up the after party
I know you want some more
I wanna see you with that body
Working down real low
Baby yeah Come and get it
What you what you waiting for

Baby, I never seen someone with your body
You make me want get this party started
Hey baby, come in tell me what this all, baby, baby
Tell me what you what you waiting for

Baby, I never seen someone with your body
You make me wanna get a little naughty
Hey baby come in get it it's all yours, baby, baby
Tell me what you what you waiting for

Saturday, August 7, 2010

:)

all I know is.....

I'm crazy about him.

OMG.!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...