nuff

Sunday, August 28, 2011

Apa Khabar Iffah?

hye semua,


mendengar khabar tentang Iffah @Miss Ran Semalam rasa terkejt and risau and resah..... tak senang duduk dibuatnya. semuanya bermula masa I baca kat blog Sunah tentang berita kemalangan Iffah. katanya kereta terbakar. Masya-Allah......


tanya sana sini....semua pun tak tau perkembangan terbaru Iffah buat masa semalam. bila dah petang sikit, Cik Pulau telefon I bagi tau berita kemalangan Iffah, I ckp I dah tau...... and Cik Pulau bagi tau yang Iffah melecur di muka dan tangan. rambutnya terbakar... hurmmmm...... kesiannya....Dah la nak raya dah ni.


untuk hari ini pulak, bila baca blog Sunah, berita terbaru....kulit Iffah dah jadi putih la pulak. hehehe..... baguslah Iffah dah putih. hilang semua jerawat2... (cemburu juga ni). dia kata doktor dah buang kulit yang melecur tu. katanya kecederaan luaran hanya pada muka, tangan dan kaki... Alhamdulillah tak de kecederaan dalaman. nasib baik lah Iffah sempat keluar dari kereta sebelum kereta dia meletup. Allah Maha Besar!!!




dan paling terbaru, I telefon Iffah dan tanya perkembangan dia... doktor kata 3-4 hari lagi baru boleh keluar. Raya di Hospital je la jawabnya.... tak pe lah kan Iffah, tahun ni tukar tempat raya pulak. raya kat Seremban pulak tu. kalau tak silap I, kampung Iffah kat Kajang. harap2 Iffah cepat sembuh.... pada rakan2 yang nak menyampaikan sumbangan untuk membantu meringankan beban boleh diberikan kepada.


Puan Latifah Mohd Isa  -  14350069250524  (Bank CIMB)


kepada Iffah, kami semua doakan semoga Iffah cepat sembuh dan lepas dah putih ni.... mesti jadi makin cantik kan??


Siapa nak tgk Iffah dah jadi putih, boleh klik sini

Friday, August 26, 2011

Kenapa Facebook best?

hye semua....

hari ni terfikir nak buat entry ni sebab I baru je tergelak golek2 pas baca satu persatu status yang keluar kat Home Facebook I. klakar la manusia ni.... sebab tu Allah ciptakan kita ni dengan macam2 perangai dan sifat supaya hidup kita ni ceria dan ada pasang surut. jangan nak suka2 sangat and jangan nak sedih2 sangat. hahahaha.....

macam2 status yang keluar. marah lah, sedih lah, geram lah....laporan kaji cuaca pun ada. tak boleh blah betul. and yang paling buat i tergelak guling2 hari ni, ada pulak yang TERmencarut bulan puasa. hahahaha.....

ada ke istilah termencarut?hahaha.....

kawan2 sekalian, cam ne pun korang..... I lap u so much lah!!




eh, YUYU Zulaikha pun ada? saje je. nak gedix2 masukkan gambar Yuyu, mana tau leh up macam yuyu. hahahaha......


p/s: apasal mood excited balik kampung  kali ni  macam kureng jek ek? down la.....

Sunday, August 21, 2011

Final Destination 5

hye semua....

Final destination 5 akan keluar di pawagam seluruh Malaysia pada 25 Ogos ono. can't wait!!!
I mmng dah follow semua siri Final Destinantion ni. seriusly best!!! yang paling best adalah yang kemalangan jalan raya tu. rasanya.... kemalangan jalan raya tu Final Destination 2 kot. kalau tak silap la....


ini trailer FD5..... mcm best... makin moden.


ini pulak, entry lalu tentng final destination. klik sini

Wednesday, August 17, 2011

The Apple of my eye.

bila kerja-kerja membuli dilaksanakan oleh Auntie Tasha...
hahhahaha..... I mmng jahat. and kalau nak tau....
ada lagi yang lagi jahat dari I dalam family I. hahahaha....



Budak sombong. dah besar dah sekarang, and banyak perangai.
bikin hati rasa nak kunyah-kunyah aje budak ni!!!

link tentang budak sombong klik sini dan sini

Tuesday, August 16, 2011

Bahaya! Penyakit Berjangkit...

hye semua....

nak share something yang bahaya ni.
so, mintak semua sila ambil perhatian okay....

cuba tengok ada tak orang kat sebelah anda?

kalau ada, cuba senyum kat dia.....


senyum macam pak cik ni kat kawan sebelah anda.
tengok, dia senyum balik tak kat anda.....
senyum ni penyakit berjangkit. bahaya!!!

kalau orang tu tak senyum balik, itu lagi bahaya!!!

ada rasa mcm nak senyum tak?




ada lagi satu penyakit berjangkit yang tak kurang tinggi risiko tahap bahaya dia~
kalau tak percaya, pergi la kat klinik kerajaan atau hospital kerajaan. kalau nak senang pergi station bas je...

perhatikan orang yang tengah menunggu tu.
kalau dia menguap macam ni:

mest tak lama lagi anda akan realise yang orang di sekeliling orang tu pun akan menguap juga
jadi la lebih kurang macam ni:


kalau nak try buat experiment, sila cakap menguap.... menguap.... menguap.....
beberapa kali dalam hati anda. mesti kejap lagi anda akan rasa macam nak menguap.
see!!!! I dah menguap dah pun. 




p/s: omputeh kata menguap tu yawning. 



Monday, August 15, 2011

Duit-duit.....dimana kau duit??


sejak beberapa jam yang lalu, I macam tertarik dengan buat duit melalui FB ni (melalui Infinity Downline). betul ke tak ek?
bnda ni yang I tau dia tak sama macam nuffnang atau mana-mana badan iklan untuk orang yang ada website.
dengan bermodalkan RM100. duit jadi berganda-ganda. betul ke ek?
adakah benda ni akan berakhir macam skim cepat kaya?
 tapi, PM sendiri pernah sarankan untuk rakyat Malaysia jana pendapatan dengan laman sosial.
hmmm..... 

Siapa yang pernah ada pengalaman sila la share...

Tuesday, August 9, 2011

Berbuka Puasa

hye semua....

Semalam, 7 Ogos 2011. I berbuka puasa dengan kawan2 sekolah kat Restoran Warung Kampungku, Tesco Seri Alam, JB, Johor. makanan dia boleh la...... boleh ditelan. yang penting!!!! happy....

so, let see apa yang I ada untuk share ngan u olz

makanan Melayu kita~

my friends


thats me

kami the gurls

and the boys

apa yang penting?? seronok sangat sebab masih dapat jumpa kawan2 sekolah walaupun dah lama meninggalkan zaman persekolahan. insya-Allah tradisi ini akan diteruskan.... semoga kita semua berjaya dalam hidup dan kerjaya masing-masing. aminn....

Friday, August 5, 2011

Kucing Hitam Yang Buruk

hye semua...

nak citer sikit ni (sebenarya masukkan dalam blog supaya I tak lupakan kejadian ini), aritu, beberapa hari sebelum menjelang Ramadhan... I and my paent duduk bersila panggung depan rumah makan durian. mak ai~ sedapnya durian itu.....


masa I masuk dalam untuk ambil pisau, tiba-tiba datang seekor kucing hitam nak mendekatkan diri dengan my mom... my mom menjerit halau kucing tu.... I keluar and tgk kucing tersebut. OMG!! ciannya.... muka dia buruk sangat sebab tu my mom menjerit tgk kucing tu.  anak kucing hitam tu, mata dia penuh dengan taik mata and berkerak-kerak hampir seluruh muka dia.  dia nmpk kesian sangat2..... sedih je tgk dia lapar nak makan. bila dia dekat je dengan kitorang my mom halau dia. 

after dah abis makan, I mintak my dad tolong cuci muka dia. and my dad kata memang kulit muka dia dah berkurap. kesiannya dia....... I pun masuk dalam and cari ikan yang boleh dibagi pada anak kucing itam yang malang tu. bila I keluar, I tengok dia tengah berjemur mengeringkan bulu-bulu dia yang basah.... nampak comel je.... tapi I memang tak mampu la nak pegang dia. I takut kucing. then I bagi dia makan. 

anak kucing itam yang buruk tu pun makan dengan lahapnya. mesti dia lapar gila.... I pun masuk dalam amik ikan lagi untuk bagi dia.... dia makan lagi. sah!! dia mmng lapar gila..... I tengok je dia makan, dengan harapan dia kenyang.

after dah abis makan, anak kucing itam tu pun berjemur semula..... comel!!!! bila I miow2 dia pun dtg. tp I hadkan jarak antara dia dengan I sebab I takut dia gesel2 kat I. I takut sentuh kucing. hahahaha..... klakar kan?? takut kucing, tapi ada hati nak miow2 kat kucing tu. I pun tinggalkan dia...

lepas beberapa jam, I keluar semula untuk tengok anak kucing hitam yang buruk tu.
dia dah tak de.......  hmmmm....(sedih)

I hope kucing tu terus hidup. kesian sangat kat kucing tu.

that's all folks.
hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...