nuff

Monday, January 31, 2011

Kalau Binatang Ada FB

Kalau binatang ada laman sosial, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut kat STATUS yg mcm kowang selalu post kat laman sosial tew…….

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah... 

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh!... 

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

Ayam : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa... 

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2 

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni. 

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kaklelamajnun... 

lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn... gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee... .

itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2... .nk tiru aku le tu.. lol... .

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku.  

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ? 

Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?

Yang penting jangan jadi cam ikan arowana perasan cun hehehehehhe...

Willow Smith - Whip My Hair




seriously anak-anak Will Smith ni buat I ternganga and tak tau cam ne nak tutp balik mulut I....hahaha....
mula-mula kemunculan Jaden dalam Karate Kid, then Willow Smith pulak dalam video klip Whip My Hair.
it is so  WOW!!!!

Willow yang sangat Cute and buat I terkejut tgk video klip dia. 
cepat betul masa tu berlalu kan....

ni pun cute, and bertambah cute dalam Karate Kid. seriusly bila dah besar mesti macho macam ayah dia

masa pembikinan untuk Karate Kid

Kami JAIS!!

Ali yang bujang membawa pulang seseorang di rumahnya, jirannya curiga lalu menelefon JAIS (JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR), JAIS datang ke rumahnya.

JAIS ketuk pintu rumah Ali.

Ali: Siapa?

JAIS: Kami JAIS!

Ali membuka pintu dengan muka yang selamber dan tiada masalah.

Ali: Ya ada apa Encik2 semua boleh saya bantu?

JAIS: Kami dapat aduan ada perempuan di dalam rumah kamu ni.

Ali: Perempuan? Saya tidak ada simpan perempuan yang bukan muhhrim di rumah ini.

JAIS: Siapa lagi yang ada di dalam rumah ini selain kamu?

Ali: Kawan saya Abu.

JAIS: Panggil dia.

Ali naik ke tingkat atas memanggil Abu, lalu mereka turun bertemu dengan sekumpulan JAIS tadi.

JAIS: La ni perempuan ni! Astagafirullahalazim (Setelah melihat Abu) Berdosa menipu tahukah kamu bahawa perbuatan kamu ini munafik?

Ali: Begini jangan salah faham Encik dia ni lelaki sebenarnya dan rupanya lebih kepada hormon ibunya.

JAIS: Kamu lelakikah? (Tanya kepada Abu)

Abu diam..

JAIS: Aha kenapa diam sah2 ni perempuan ni kamu nak menipu kami lagi ya?

Ali: Oh saya lupa nak bagitau Encik yang dia ni bisu sejak kecil lagi.

JAIS: Kamu nak mengelak dari di hukum ke!?

Ali: Demi Allah Encik saya tak menipu, kan perbuatan itu di benci Allah.

JAIS: Kalau macam tu beritahu dia kami nak periksa kemaluannya agar kami berpuas hati.

Ali berbahasa isyarat dengan Abu.

Ali: Diorang nak tengok kau punya ttuut....

Abu: Diorang ni siapa?

Ali: Customer..

Perkahwinan~

seronok pulak layan Blog persediaan perkahwinan 
dan 

tiba-tiba rasa macam nak kawen juga lah. 
hahahahaha....
tapi tunggula lagi 1 atau 2 tahun kedepan.
insya-Allah....

all I know, my concept for my wedding is SIMPLE!!!

Simple is perfect.
semuanya I nak simple sahaja....
paling simple yang boleh~

Jerawat!!!

I jadi stress bila tengok banyak jerawat kat dahi I. tapi hasil pencarian google, I sedap hati bila tgk Tyra Banks pun ada jerawat kat dahi juga.....hahahaha....
so, jerawat is normal~


so, I ada tips nak share ngan u olz ni.... ni pun hasil pencarian google juga....
so, mari kita jaga muka kita bersama-sama okay....


Bad Habit No. 1: Washing your skin too often
Though it’s important to keep your skin clean, washing it too often will only make acne worse. Instead, wash your face in the morning when you wake and at night before bed.
Bad Habit No. 2: Vigorously scrubbing your skin
Scrubbing your skin with a washcloth, loofah, or harsh exfoliant will cause significant irritation — and may worsen your acne-prone skin. To prevent acne, always wash with only lukewarm water and a gentle cleanser.
Bad Habit No. 3: Not cleaning sweaty skin
After you’ve had a tough workout or been outside in the hot sun, your skin may be covered with sweat. Don’t let it dry on your skin — instead, always bathe or wash your skin promptly after sweating.
Bad Habit No. 4: Picking at your skin and popping your pimples
While it may be irresistible to pick or pop pimples, these behaviors can cause increased redness from squeezing the pus deeper into the skin and sometimes even scarring. Instead, keep your hands off your face and let pimples go back down to size with the help of an anti-acne lotion or cream.
Bad Habit No. 5: Skipping the shampoo
If you’ve got oily hair, that oil can seep down onto your face — and cause pimples. Make sure you wash your hair each day to keep excess oil off of your forehead, face, and back to help prevent acne.
Bad Habit No. 6: Getting hair products on your face
It’s important to keep hair spray, gel, mousse, or other hair products off your face to prevent them from clogging up your pores. Cover your face when applying these products to keep them on your hair and off your skin.
Bad Habit No. 7: Eating greasy foods
While the food that you eat doesn’t cause acne, greasy foods can make acne-prone skin worse because of the excess oil and grease that can get on the skin from the food itself. So stick to a healthy diet without greasy, fried foods to spare your skin — and your health.
Bad Habit No. 8: Using cosmetics that contain oil
If you’ve got acne-prone skin, the last thing you want to do is introduce even more oil. When you buy makeupand other skin products, look for oil-free options labeled with the terms “non-acnegenic” or “non-comedogenic” to help prevent acne.
Bad Habit No. 9: Stopping your acne treatment
If you’re using prescription acne medications for your pimples, it’s great news when your skin starts to clear up. But that doesn’t mean you’re free to stop using your medication. To keep a recurrent breakout at bay, finish all of your prescription acne medications as recommended by your doctor unless directed otherwise.
Replace your bad skin care habits and practices with good ones to help bring acne under control. With a few simple changes, your skin — not your pimples — will be glowing.
 Hailee Steinfeld in prada  and she looked sweet with her age. I love that dress!!!!
ni yang nak kene keluar cari baju warna oren with a bit mix of fuschia . hahaha....

Natalie Portman Pregnant?

kenapa la I ni out of date??? Natalie Portman dah lama mengandungkan anak tunang dia Benjamin Millepied. apasal la I ni lmbat?? hahahaha....
what ever it is.... dia nmpk cute sangat mengandug dengan baju putih tu. so sweet as becoming a mother.
cute kan??

gambar zaman langsing and i'm sure after delivered nanti pun mesti dia akan langsing mcm ni semula. 
trust me!




tak lupa juga Jane Krakowski pun mengandung juga masa red carpet Screen Actors Guild Awards cantik giler baju dia kan??

8 tanda dia soulmate kamu!

#Petanda 1#
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama- sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu! 


#Petanda 2#
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat- buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu! 


#Petanda 3#
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu... 


#Petanda 4#
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat. 


#Petanda 5#
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya... 


#Petanda 6#
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu- malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya.. 


#Petanda 7#
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama! 


#Petanda 8#
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan! Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya? 


Nota: "Manusia Hawa diciptakan dari rusuk manusia Adam,bukan dari kepalanya utk dijunjung diatasnya,bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, tetapi disisnya utk dijadikan teman hidupnya,dekat pada lengannya utk dilindungi & dekat dihatinya utk dicintai"



yang ni pulak: kalau dia bukan soulmate kamu :
klik here

Urutan Liar Biasa

Seorang mamat yg mmg gemuk masuk ke sebuah fitness center dgn niat utk menguruskan badan. Seorang lelaki di kaunter bertanya kepada mamat tadi, "Kami menawarkan 2 program di sini... RM50 utk versi 'Biasa' dan RM100 utk versi 'Cepat'. "Saya ingat nak ambil yg biasa punya sebab saya baru je nak try kuruskan badan", kata mamat tadi. 
"OK. Encik sila masuk ke bilik NO. 5 di penjuru bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter. 

Mamat tadi pun masuk laa ke bilik yg di suruh lalu menutup pintunya. Selang 2 minit kemudian, datang laa seorang perempuan yg mmg lawa, cantik, body best, mantap dan segalanya. Dia kemudian menanggalkan kesemua pakaian sehinggakan mamat tadi dah xsenang duduk dan berpeluh2. Perempuan tadi berkata, "Kalau tuan dapat kejar saya, tuan bole buat aaaaapa saja dgn saya... hik hik hik" dan dia terus berlari di dalam bilik itu. Mamat tadi pun kejar punya kejar, sampai 10 minit, pun xdapat2 jugak. Dia try lagi sampai akhirnya, dia jatuh terjelepuk ke lantai... pengsan. Apabila dia sedar, dia terus ke penimbang dan mendapati beran badannya telah turun 3kg. "Wow! Mmg berbaloi aku bayar RM50... mmg senang rupanya nak kuruskan badan", 

katanya sendirian. Esoknya, dia datang lagi ke situ dan terus ditegur oleh lelaki di kaunter. 

Setelah diberitahu program2 seperti semalam jugak, dia bersetuju untuk try versi 'Cepat'. "OK. Encik sila masuk ke bilik NO. 6 dipenjuru bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter. Setelah beberapa minit didalam bilik itu, datanglaa seorang body-builder yang taff dan terus melondehkan pakaiannya. Body-builder itu berkata,

"Saya akan kejar kamu dlm bilik ini dan kalau saya dapat... . hehehe"


kalau body builder yang ni dia nak tak??
hahahahaha.....

Craving for this skin



tunggulah bila I mampu pakai SK-II nnt yer.....

sabar-sabar!

Happy Belated Birthday Afzarul Dzarif

betul ke ejaan tu? nama ko mengalahkan si Arnold SusahNakEja tu lah!
lantak lah......yang penting......

ini entry special untuk ko!
hamik ni..... and g main jauh-jauh (ceh.. macam tak ikhlas je bunyiknya... hahaha...)

Happy Belated Birthday My dear cousin...
sorry lambat wish. kenapa haritu tak wish?
sebab busy dengan dunia blogging and busy dengan hal-hal sebagai pelajar yang poyo dalam UKM ni.
so, sekarang tgh cuti....
jadi ada free la sikit nak wish orang-orang punyer birthday.

xmo jeles-jeles yer...
no.... no...... xmo yer... (buat dengan gaya gedix kalau berani)
buat rakan-rakan blogger kalau nak kenal ngan my cousin yang manje sangat ni, 
jom kita sepahkan blog dia....

blogger boy konon.... kasi update selalu  la....
baru namanya blogger boy.
hehehehe...
pape hal pun,, sorry lambat wish.
and sekali lagi...
Happy Belated Birthday Afzarul Dzarif (tol ke ejaan ni??)



gambar hasil penyeludupan haram melalui FB dia

ni gambar manje kitorang. I tau dia tak suka gambar ni....
 Tapi I suka. wawawawawa....



Prosperity

Prosperity is the state of flourishing, thriving, success, or good fortune. Prosperity often encompasses wealth but also includes others factors which are independent of wealth to varying degrees, such as happiness and health. so, as i barely watch coca cola advertisement, they use 'prosperity coca cola' for this chinese new year.
and here I bring some advertisement which is they wanna bring the prosperity to everybody.




Sunday, January 30, 2011

Tips menghilangkan darah pada pakaian


tips ni I dapat dari my mom....
perempuan bila 'datang bulan', macam biasa la kan....
ada kebocoran berlaku. (ceh, macam iklan Sofy Bodyfit plak)
hehehe....

so, tips ni mmng berkesan.
bukan stakat darah haid sahaja.... darah luka pun boleh hilang juga.
so, caranya senang aje.....
rendamkan la pakaian kita tu dengan shampoo rambut.
what??? hair shampoo???
yup.....

biarkan untuk beberapa jam. jangan lama sangat.
nanti reput plak. hahahaha.....
then bila berus, darah tu dah hilang....
tak percaya??
cuba la.....


nak lagi banyak tip?
klik here

Tennis Australian Open


inilah keje my dad setiap hari, setiap kali balik dari kerja.
dia tak support sape2 pun. tapi dia kata dia suka tgk game tennis.
heheheh....
game berlangsung di Melbourne Park 
dari 17-30 January 2011

lepas ni tunggu keputusan Final Men single plak. 
antara Andy Murray dari UK bertemu Novak Djokovicdari Serbia

Ucapan Selamat Tahun Baru Cina dari Perdana Menteri


yang buatkan I terfikir.....bila masa la pulak I ni orang cina. masa Hari Raya Aidilfitri and Aidilahda I tak dapat E-mail pun~

pape pun, Selamat Tahun Baru Cina Kepada semua rakan-rakan yang berbangsa Cina di Malaysia dan seluruh dunia~

Tahun Baru Cina =Tahun Arnab

wah....tak lam lagi Tahun Baru Cina. cuba u olz tgk kat atas blog I ni.... nmpk tak ada 2 ekor rabbit tgh nak makan carrot? nampak tak? comel kan??? I suker.....
I nak share dengan U olz ni..... siapa yang lahir tahun arnab?? letak jari kat keyboard cepat! hahaha....
tgk....orang tahun arnab macam I ni ceria je kan??? Johor mali, talak (tak de) sombong. hehehe...
so, jom kita tgk apa description untuk tahun arnab ni.....jom-jom~





Tahun Arnab 

ARNAB adalah haiwan keempat dalam kitaran 12 haiwan zodiak Cina. Mereka yang dilahirkan pada tahun arnab dikatakan seorang yang gembira, berbakat, senang didampingi, rendah diri, tidak sombong, tidak mudah ditipu, bercita-cita tinggi dan sentiasa beruntung dalam perkara yang dilakukan. 

Tiada sesiapa pun yang mengabaikan arnab kerana mereka adalah teman yang baik dan tahu cara untuk menghargai diri sendiri. Arnab juga bersifat sosial, sifat marah yang terkawal, berbudi bahasa, licik, tenang dan sensitif kepada yang lain. 
Masyarakat Cina percaya tahun ini adalah tahun yang bertenaga bagi mereka yang dilahirkan pada tahun arnab. Segala yang dirancang, jika direncana dengan baik akan memberi hasil yang menakjubkan. Jika anda menceburi bidang perniagaan, pengeluaran, ia adalah tahun yang amat baik untuk mengembangkan perniagaan dan mengaut keuntungan. 

Namun, masyarakat Cina juga percaya. mereka ini perlu berhati-hati dan tidak terlalu menurut kehendak serta berlengah. 


see..... kan I dah kata orang yang lahir tahun arnab ni ceria dan tak sombong punyer.... and I berharap pernigaan I tahun ni akan membuahkan hasil macam yang dijelaskan. hehehe..... siapa yang tak nak bisnes maju kan???? kalau nak tau Tasha bisnes apa.....sila la klik sini   
and jangan tak tau......yang I highlight  itu mmng betol! hahahaha....
I ni mudah ubah fikiran, contohnya... I aim nak beli beg warna merah. bila orang cakap oren lagi cantik, I akan ubah fikiran tiba-tiba untuk nak ambil warna oren. so, itu mmng kelemahan I. 
lagi satu hal....suka berlengah. tepat sangat-sangat. tapi, sekarang ni I belajar supaya tak berlengah dalam siapkan assignment.

Jawapan Girlfren, pada Boyfriend paling tak guna tu!

Untuk abang yang sangat ayang sayangi..


ini feedback dari ayang untuk tatapan abang... ... ... ..
ayang mana ada merajuk dgn abang ..
jauh sekali nak jeles dgn abang kalau2 ada minah indon yg kenyit mata kat abang.. ayang tau... taste2 minah indon mmg sesuai dgn personaliti abang. Ayang couple dgn abang pun sbb kesian dgn abang yg x abis2 merayu siang malam... . ayang kan seorang yang berhati lembut.. kalau ayang x terima abang... .ayang takut abang terjun bangunan bunuh diri...
tapi kalau abang dah ada pengganti lain... ayang x kisah... ayang lagi suka..sbb xde lah abang membebankan ayang dah..
cincin emas yg ayang beli guna duit sendiri tu... abang x perlu bayar balik.. apalah sgt kalau setakat RM seratus dua... sbb paling koman pun..cincin tunang ayang..mestilah berharga RM2,000.00 ke atas. so..ayang x amik hati pun... yg ayang tgk...
abang yg terketar2 bila tokey kedai kedai emas tu kata harga cincin tu RM199.00... 
Ttg abang lompat longkang x tunggu ayang tu... lagilah ayang x kisah...
sbb bila ayang ikut jambatan... ada sorang mamat hensem nak jalan sebelah ayang..
ayang tau..abang yg tunggu kat depan... dah berasap telinga... tu lah..sapa suruh abang tinggalkan ayang sorang walaupun sekejap.


Roti canai yang abang kasi tu sedap gak la... ayang dah biasa dgn alasan abang tu..
sbb tu bila kuar makan dgn abang..ayang order mee goreng je..kalo ayang kuar dgn kawan2 ayang.. paling tidak pun ayang order tom yam ke... .nasi paprik ke..kuew teow kungfu ke... .
ayang tau..kalau ayang makan dgn abang... .mmg abang yg akan sebat makanan ayang... .hehehe
henset ayang yg abang pinjam tu... abang ambiklah buat reta... sbb ayang dah tengok design baru Nokia..
semua function ada... .ada mms..gprs..video... kamera... .suma adalah.. henset abang ni..mmg berguna terutama bila ada anjing kejar..
mmg banyak la anjing yg penah kena baling dgn henset ayang nih.
Citer Salon tuh..xpe la kalo cashier tu lupa nak key in dalam komputer dia.. ayang dah beli dvd dah citer tu..
la ni ayang nak tengok wayang citer x-men the last stand lak..kalo abang nak tengok sekali..abang kasi duit dulu..sbb kalau ayang bayar dgn duit ayang..takut cashier tu lupa lagi nak masukkan nama kita... terutama nama abang...

motor abang tu..ayang dah jual...
duitnya tu lah yang ayang tambah buat beli henset baru..abang jgn marah pulak ye... .
keta Gen-2 tu..abang leh guna sampai minggu ni je..sbb ayang x bayar lagi installment tuk bulan ni..bukan apa..kalo ada yg tarik keta tu..takut dgn abang2 sekali kena pukul..
so..untuk langkah keselamatan... abang bagi keta tu ahad ni..confirm ayang bayar installment hari isnin..
abang kan sanggup berkorban utk ayang.. 

so apakata lepas ni abang pulak yg g keja naik lrt..ye abang

abang jgn risau..ayang dah masukkan RM300.00 dalam akaun abang... hujung bulan ni..ayang akan kasi statement dah berapa byk yang abang pinjam beserta dgn interest sekali..
ayang kasi interest rendah je kat abang... .
ok lah abang..ayang pun ada dating dgn bf baru ni... .
kalau abang nak suruh ayang call abang je tiap kali nak sembang..ayang mintak maaflah... ayang xkan call or top-up credit ayang..
sbb ayang nampak..baru couple..ayang dah kena sara hidup abang..baik ayang cari lelaki yang pandai menghargai ayang..
babai abang ku sayang


P/S: padan muka bf dia. wawaawawa


Just read it!

Saturday, January 29, 2011

Boyfriend paling tak guna!

Hello sayang... 

kenapa sayang tak nak angkat tepon bila abg call handset sayang tadi... janganlah sayang merajuk lelama sangat, betui... abg tersangatlah rindu kat sayang... .. walaupun muka abg ni agak macho dan comel... . janganlah sayang jeles kat abg kalau-kalau ada awek lain yang asyik pandang-pandang dan senyum-senyum kat abg masa kita gi dating... . biasa la tuh... 

Apa... tak muat... kan sayang dah test cincin tu masa kat kedai emas apek tu tadi... apsal la tak muat pulaks... . janganlah sayang risau... . duit cincin yang sayang bayarkan tadi..esok-esok abg bayarla balik kat sayang... .. sayang pun sedia maklum... .abg bukannya takde duit.. tapi duit tu abg dah belikan graphic card baru kat pc abg... . RAM pun abg dah beli yg baru... tambah lagi sekeping... kasi power sikit... . tu belum masuk nak tukar hardd! isk baru lagi tuh... . 

Abg tau sayang marah sebab abg yang selamba katak jer... melompat longkang depan kedai apek tu tadi... tanpa menunggu sayang melintas titi... . bukan abg tak gentleman.. tapi abg cuma memeriksa kalau-kalau ada bahaya di seberang sana... . maafkan abg... tobat.. lain kali abg tak buat lagi... ... . 

Kes masa makan kat kedai mamak tu tadi... sorry la... abg ingatkan nak test jer mee goreng sayang tuh... .. soksek..soksek... masa sayang gi toilet.. tak perasan pulak..dah abih... sedaaaaaaappppp... .!! tapi kan abg dah ganti ngan roti canai kosong abg?? tak sedap ker roti canai kosong tuhh udah ler tu... .janganla merajuk lama lama... 

Oh yaa..!! henset kita ni kita tukar dulu la yee... abg pinjam jaap henset sayang... nanti abg tukaq la balik... . sayangkan ader handbag besar..senang nak simpan henset abg yg besar tu... Hehehehe .! . henset sayang kecik... buleh abg simpan dalam kocek abg... 

Betuuuul... ... ... ..! semalam abg dah booked tiket citer Salon tuh... abg ingat la kan... cashier cineplex tu lupa nak key in dalam komputer dia la... pasal tu la tiket dah abis... .. lagi satu... .sampin dan songkok ayah sayang yang abg pinjam utk hariraya aritu... kira pinjam terus la yee... . boleh gaks guna masa ari nikah kita esok-esok... bukan abg taknak beli baru... tapi sayang la... benda elok lagi... buat apa nak beli baru kannn... tapi sayang jgn bagitau kat ayah sayang plaks... ayah sayang sure tak pasan punya sebab nanti abg dye la sampin tu ngan kaler lain... . 

Buat masa ni motor abg masih dlm wokshop.. ntah apa ntah pomen tu buat tak siap-siap lagi... jadi Gen2 sayang ni... kira abg pakai dulu la yee utk pergi keje... sayang bukan tak tau... tempat keje abg kan jauh... sayang pergi keje naik LRT pun bolehh... ... ..! ... 

Lagi satuu... . besok sampai kat opis sayang nanti... ..sayang tlg bank-in kan RM300 kat akaun abg ye... bukan apa... Gen2 sayang ni kuat mentekedarah minyakk betuii... motor kapcai abg pun tak camni... 

Okeyla sayang... dah cakap lama ni... jgn lupa top up kan prepaid abg nii... esok2 senang abg nak call sayang lagi... 







P/S: post akan datang, I bagi japawan dari Girlfrend yang menjadi mangsa segala-galanya.... kesian awek dia kan~







Waktu yang sesuai untuk Publish Entry

ini tips untuk blogger-blogger Malaysia yang mengejar trafik macam I. hehehe..... (mak kata, sebelum nak cakap orang, tgk diri sendiri dulu)so, I dah tgk diri I juga ni kan??? hehehe..... baiklah I mengaku I mengejar trafik. sebabnya bila I tgk blog kat luar negara macam kat USA atau Britain, diorang tak gila blogging macam kita. sebab kita nak dapatkan $$ dari nuffnang. hahaha.....

okay lah, ini komen I terhadap waktu-waktu yang sesuai untuk publish entry u olz.

1. 6 A.M-9 A.M
waktu ini, orang baru bangun tidur. tak payah bagi contoh orang lain.... I sendiri bangun dari tidur, terus buka laptop. sambil tu makan la.... mandi la..... kadang-kadang sampai tak sempat mandi sebab suka baca blog. hahaha.... (busuk punyer orang!) I rasa, bagi orang bekerja pulak, ini masa untuk menghirup secawan kopi dan makan epok-epok (karipap) sambil baca cerita terbaru tentang DUNIA. (politik, gossip, artis, sukan, news, dll)

2. 12 P.M-3 P.M
waktu macam ni pulak, bagi dunia mahasiswa/i macam I adalah waktu untuk balik bilik lepas dah kenyang makan tgh hari. hehehhe....so, sambil menghadamkan makanan, baiklah kitorang baca blog kan~ and of cos la blogwalking.


3. 5 P.M-8 P.M
waktu macma ni pulak.... I rasa sebab ramai orang dah blk kerja.... sambil tgh dalam trafic jam tu, diorang akan buka ipad untuk baca cerita terbaru dari rakan-rakan blog atau  dato-dato akan buka blog gosip untuk nak tau artis mana yang baru bercerai supaya dia boleh ngorat artis tu. hahahaha......



4. 11 P.M-1 A.M
waktu macm ni paling I suka sebab I tersangat lah free yang amat. baiklah I blogwalking daripada g dating tak tentu pasal. sebab dating tgh malam tak baik untuk kesihatan..... selain sebab kita berembun di tgh malam, ada pontianak tgh skodeng kita berdating. LOL~

idea ni I dapat dari Anies cakap-cakap. tapi I ubah suai ikut masa yang I selalu suka nak blogwalking.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...