nuff

Thursday, January 27, 2011

Jawapan Isteri berbogel depan Web Cam

JAWAPAN:

Isteri saudara tidak memenuhi kriteria mengikut landasan atau acuan Islam dan perkara yang dilakukannya membuatkan saudara menjadi lelaki dayus. Perkara yang telah isteri saudara lakukan adalah keterlaluan dan saudara sebagai suaminya perlu bertegas dalam menangani hal ini. Maruah saudara sebagai suami sudah tercalar dengan tindakkan isteri dan seharusnya tidak mudah tunduk dengan deraian airmata.
Rumahtangga akan hancur jika pasangan suami isteri mengabaikan tanggungjawabnya. Dengan mengamalkan prinsip agama dengan betul akan wujud satu keluarga yang bahagia yang juga tahap pertama dalam pembetukkan masyarakat Islam.

Berdasarkan pada penceritaan, isteri saudara jelas melanggar kewajipan dan hukum yang telah digariskan dalam Islam bagi seorang isteri. Bagi Dang Setia., saudara mempunyai 2 pilihan samaada meneruskan perkhawinan itu demi anak atau melepaskan yakni menceraikannya. Jika saudara berhasrat untuk meneruskan ikatan perhubungan saudara bersama isteri maka beri tempoh tertentu kepada isteri untuk memperbaiki dirinya dan pada masa yang sama bimbimg dia ke arah kebenaran seperti yang dituntut dalam Islam. InsyaALLAH sekiranya dia benar-benar insaf di atas kesilapan dan kesalahannya., dia pasti akan berusaha untuk berubah kerana seolah-olah diberi 'nyawa' atau peluang kedua oleh saudara.
Kesalahan memang jelas telah dilakukan oleh isteri saudara tetapi saudara sebagai suami yang bertanggungjawab mungkin boleh mencari sebab dan punca isteri saudara berbuat sedemikian. Mungkin dia berbuat begitu akibat dari rasa kebosanan kerana saudara kurang memperuntukkan masa dan perhatian kepada keluarga lantaran kesibukkan saudara dengan bekerja. Dalam Islam., suami juga ada kewajipannya bagi memastikan kebahagian rumahtangga. Selain mendoakan kebahagiaan buat saudara sekeluarga., Dang Setia berharap saudara boleh mencuba dan mempratikkan beberapa amalan berikut:

+ Suami adalah ketua keluarga serta pelindung kepada isteri dan anak. Sebagai pelindung keluarga dan ketua unit masyarakat kecil ini, suami berkewajipan mengawal, membimbing, menentukan tugas, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor keselamatan keluarganya.

+ Suami wajib menyediakan keperluan asas seperti kediaman, pakaian dan makan minum keluarga. Dia wajib mengajar anak isterinya tentang hukum hakam agama. Sekiranya tidak mampu mengajar sendiri., suami wajib menanggung biayanya. Dalam hal ini suami yang bijak awal-awal lagi akan memilih isteri yang beragama dan patuh dengan ajaran Islam. Dengan sifat yang sedemikian akan meringankan beban dan kewajipannya mengajar dan memberikan didikkan agama kepada isterinya. Isteri yang mempunyai asas agama yang kukuh juga pasti dapat berkerjasama dalam mendidik anak-anak kearah kehidupan yang beragama dan harmoni.

+ Pentadbiran suami di dalam rumahtangga hendaklah berdasarkan rahmah (belas kasihan), berakhlak dan mempunyai sifat dan contoh peribadi baik dan terpuji. Ia bertanggungjawab di hadapan ALLAH SWT kelak terhadap keluarganya. Bersikap baik dan adil di dalam mengendalikan rumahtangga adalah penting. Rasullullah SAW menasihatkan orang yang baik ialah orang baik kepada ahli rumahnya.

+ Suami hendaklah mengasuh isteri dan anak-anaknya dengan baik. Rasullullah SAW menyifatkan wanita sebagai amanah ALLAH SWT. Amanah itu hendaklah dijaga dengan baik dan cermat. Misalnya jika kita diamanahkan untuk menjaga sesuatu barang dan barang itu rosak ditangan kita tentu akan membabitkan nama baik kita sekali. Sebab itu Rasullullah berpesan supaya bersikap baik terhadap wanita dan selalu berpesan kepada mereka supaya berkelakuan baik. Wanita itu diciptakan dari tulang rusuk lelaki. Ia tidak dijadikan dari tulang kaki kerana bukan untuk ditendang... dan tidak pula dijadikan dari atas kepala kerana bukan untuk disanjung dan dipuja... tetapi dari tulang rusuk itu sendiri yakni disisi lelaki itu agar ia sentiasa dipelihara dan dijaga dengan penuh kasih-sayang..

+ Berdasarkan kepada kewajipan suami isteri yang telah ditetapkan oleh Islam, kita dapat melihat bahawa sesebuah perkhawinan itu hanya digalakkan bagi mereka yang sanggup menunaikan atau memikul tanggungjawab. Setelah berkhawin menunaikan tanggungjawab kepada keluarga adalah wajib samaada bagi pihak suami atau isteri.

Dang Setia bukannya ahli nujum yang boleh meramal pilihan terbaik untuk masa depan saudara tetapi dengan mencuba pendekatan diatas.,insyaALLAH rumahtangga saudara boleh diselamatkan demi anak tercinta.





sumber dipetik dari Metro

3 000 kritikan hebat!:

PutraRocker said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

annoyin doh nuffnang kiri ko tu..hahaha

niesz said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ha..kan xpsl2 jd laki dayus..ermm..tp mmg x ptut la kan, isteri tu wat mcm tu..xsenonoh tul prangai..

updated entry : orang parit order pizza

Tasha said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@putraRocker, tindakan telah diambil. hahaha.... mungkin anda tak cua untuk tekan Ctrl bersama-sama - untuk kecilkan ruang tulisan yang telah tertutup itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...