nuff

Friday, January 7, 2011

Yeay...Yeay! Esok Raya...!!!

Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah


KUALA LUMPUR: Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66, dilantik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru berkuatkuasa 10 Januari ini. 

Beliau menggantikan Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, yang bersara hari ini selepas berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun.
Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Sabtu Awab, berkata Syed Danial yang berkelulusan ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya dan Sarjana dari Universiti of Wisconsin, Madison di Amerika Syarikat, pernah menyandang jawatan Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja di Istana Negara.
"Syed Danial telah dilantik dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-222 yang berlangsung tahun lalu," katanya pada majlis tertutup meraikan Engku Ngah Ibrahim di pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di sini, hari ini. 

Sabtu berkata, Syed Danial dilantik secara kontrak selama tiga tahun. 

Syed Danial, yang berasal dari Pulau Pinang, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di beberapa kementerian seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Dalam Negeri. 

Engku Ibrahim, 79, juga adalah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang paling lama menyandang jawatan itu. -
BERNAMA 


memandangkan dia dah berkhidmat selama 22 tahun, ai merasakan macam ai ni dibesarkan dengan dia setiap tahun. sebab setiap hujung Ramadhan aje, satu family akan duduk depan TV sambil menganyam ketupat atau isi beras pulut dalam buluh untuk nak tau esok raya ke tak. hehehehe..... 

dia tak pernah kecewakan Rakyat Malaysia. hehehe....

semoga Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah menjalani hari-hari yang seterusnya dengan gembira bersama keluarga tercinta

2 000 kritikan hebat!:

Nurdiyana Yaccob said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nnt DeQDeq nak buat entry pasal bdk yang copy entry DeQdEq tu...DeQDEq pun pelik sebenarnya...

pastu DeqdEq akan tanya tuan blog tu juga....nape dia copy sebijik mcm tu...pelik bin ajaib

Cik Nin said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tan sri ibrahim tu berkhidmat sama dgn usia nina rupanya... maknanya dari lahir la dok ngadap muka dia. tu yang rasa rindu klau x tgk die isytihar raya ke puasa ke... hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...