nuff

Thursday, January 27, 2011

Isteri berbogel depan Web Cam

SOALAN:
Saya berusia 37 tahun dan berasal dari Utara tanahair. Saya telah berkhawin enam tahun yang lalu dan mempunyai seorang anak lelaki. Perkhawinan kami bahagia sehinggalah pada awal Mac yang lalu apabila saya mendapati isteri saya selalu berbalasSMS dan bersembang di laman sosial (chatting) hingga larut malam.

Pada suatu malam setelah isteri saya tidur, saya telah memeriksa kandungan SMSnya dan amat terkejut kerana ada SMS daripada lelaki yang mengandungi ayat-ayat dan perkataan berbaur cinta. Saya memarahi isteri dan bertanyakan sejauh manakah hubungan mereka.
Isteri saya mengatakan mereka cuma berhubung melalui SMS dan telefon sahaja. Setelah saya menceritakan perkara berkenaan kepada ibunya, isteri saya tidak lagi melakukan perkara itu dan berjanji tidak akan mengulanginya. Dua minggu kemudian isteri saya telah meminta kebenaran untuk menggunakan komputer riba saya bagi membaca e-mel yang sudah lama tidak dibuka. Dia memberitahu saya bahawa kawannya ada menghantarkan sesuatu menerusi e-mel tetapi setelah memuat turun, dia tidak tahu kemana bahan itu disimpan.

Dengan kuasa ALLAH, saya telah menjumpai apa yang didakwa isteri saya bahan yang dihantar oleh 'kawannya'. Hampir pitam saya dibuatnya kerana apa yang dihantar adalah gambar seorang wanita yang menyelak bajunya dan mendedahkan buah dada. Walaupun gambar itu dari paras leher ke pinggang, (kerana gambar diambil menggunakan kamera web pada komputer riba)., saya dapat mengagak bahawa itu adalah isteri saya berdasarkan rantai tangan dan rantai leher yang dipakainya. Baju singlet yang dipakainya juga adalah kepunyaan isteri saya. Oleh kerana tidak boleh berdalih lagi, isteri saya akhirnya mengaku bahawa itu adalah gambarnya tetapi mendakwa dia tidak menyelak bajunya ketika berchatting.

Oleh kerana terlalu marah, keesokkan harinya saya telah mencari lagi di dalam komputer dan terjumpa 4 keping lagi gambar yang meng'aib'kan di mana gambar isteri saya berbogel di depan kamera web dan orang yang bersembang dengannya mengambil gambar tanpa pengetahuan darinya. Saya memarahinya dan mengugut akan meninggalkannya (cerai). Dia menangis, melutut dan meminta ampun serta berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Dia juga mengatakan bahawa perkara itu sudah lama berlaku iaitu kira-kira tujuh bulan yang lalu dan dia juga mengakui tidak pernah menemui lelaki berkenaan. Oleh kerana perasaan kurang yakin saya terhadap kata-katanya, saya telah meminta kata laluan e-melnya dan membuat pemeriksaan keesokkan harinya di tempat kerja. Seperti yang telah di duga, akhirnya saya telah menjumpai 10 keping lagi gambar isteri saya bersama dengan seorang lelaki di dalam kereta dalam keadaan berpelukkan dan bercium pipi. Luluh perasaan dan berkecai hati saya dengan apa yang telah saya ketahui mengenai perbuatan curang isteri dibelakang saya. Apabila pulang ke rumah pada petangnya, saya hilang sabar dan telah tawar hati terhadapnya. Saya telah menunjukkan kesemua gambar berkenaan kepadanya. Saya sangat kecewa dan marah apabila dipermainkan oleh isteri saya yang berlagak baik dan alim selama ini.
Saya telah menceritakan perkara tersebut kepada ipar dan dia telah menyampaikan kepada ibu mertua saya. Ibu mertua memujuk dan merayu saya agar memaafkan dan melupakan diatas segala apa yang telah terjadi serta meminta saya agar tidak memanjangkan perkara tersebut. Saya berasa sangat kecewa. Segalanya saya rasakan telah musnah dan saya juga berhasrat untuk menceraikan isteri saya tetapi apabila mengenangkan anak lelaki kami yang baru berusia 4 tahun, saya tak sampai hati. Apa yang patut saya lakukan? Saya buntu dan tertekan dengan segala yang telah berlaku... INSAN KECEWA - Utara



jawapannya di enty akan datang.

1 000 kritikan hebat!:

fatian athiea said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sumtym..
this kind of girl cannot be accepted anymore..



kalau dah byk kali buat salah..




byk kali maafkan..


tapi stil lagi buat slh..





tak salah nk maafkan..





tapi better cari yg da best utk hdup..









ssguhnye msing2 ada baik. buruknye:)








thyyunxthiya.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...