nuff

Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Wednesday, May 4, 2011

Akhirnya dapat juga masukkan gambar kenduri Ujang&Yana

I sebenarnya dari semalam lagi pening kepala sebab baru sampai JB
barang2 dalam kereta tak keluarkan lagi.
then dah tentu lah barang2 dalam tu ntah ke mana-mana perginya.
I punya card reader pun ntah mana-mana perginya.

ni barulah berpeluang nak masukkan gambar-gambar kat sana

gambar bawah ni, akhirnya datang juga pengantin setelah agak lama juga menunggu.
I, deqdeq and Miss Ran datang dalam pukl 12.30 tgh hari (sempat sesat pulak tu~)

 sementara Yana & Ujang nak pergi makan beradab, I sumpit sempat juga la bergambar dengan RM
bangga pulak tetiba. 
(artis tew~)

inilah kami bertiga~ 
kali kedua jumpa Deqdeq and kali kedua juga jumpa MR

OMG!!!! budak ni comel giler.....
anak I nnt I nak kasi makan sampai bulat mcm ni~
love this cute boy!!!

ini pun artis gak ni~
bangga seh~

I and Miss Ran balik awal.... sebab nak kene terus bergerak ke JB.

oh yer.... Vlog I and MissRan dah siap rupanya

malu lah tgk muka sendiri...... tgk gambar dengan tgk video lain la perasaan dia. 
nak tgk, KLIK SINI

Tuesday, May 3, 2011

baru je sampai JB

laporan untuk hari ini:
 penat setelah baru je sampai rumah.
malam tadi tidur rumah nenek sedara selepas bertolak dari UKM.
sebelum tu pergi kenduri kahwin Ujang kat Bangi.
ramai giler blogger-blogger yang datang. seronok jumpa diorang.

tak sangka sangat dunia blogging ni meriah kan...???

do u think what I think?

Saturday, April 30, 2011

Mr. Bean Pun Dijemput Ke Royal Wedding okay~

ini entry auto publish:

jangan main-main~



Victoria Bechkam mengandung rupanya......patutlah baju dia macam tu~
lebih kurang 6 bulan katanya~
dalam pada itu....... tengok la kasut dia:
Ooh mai Christian Louboutin!!!!!


Bila William Ju5t Wed.~

Sejak Kau pergi~
Hati ini Kosong....tiada pengganti
mungkinkah ada yang seperti mu lagi?


(cewah.....)


cute kan?



kereta yang sama parent dia bawa masa 1982.
romantik rupanya si William ni~


The Wave and The Kiss on Palace Balcony

Mari kita belajar Sejarah sikit yer hari ini~

William & Catherine 2011


Diana & Charles 1981


Andrew The Duke of York and Sarah Ferguson 1986


Princess Elizabeth & Prince Phillip 1947


EH!!! silap gambar pulak~



King George VI and Queen Elizabeth (ibu Q Elizabert sekarang) 1923

Friday, February 4, 2011

Tips menaikkan seri pengantin

Adalah menjadi keutamaan mana-mana pengantin perempuan untuk kelihatan menarik dan jelita di hari perkahwinan mereka. Samada melalui teknik andaman dan solekan yang betul mahu pun dengan berpakaian pengantin yang indah dan menawan, semuanya akan diambil-kira oleh mana-mana raja sehari bagi memastikan dirinya menjadi tarikan utama di hari berbahagia tersebut. 

Masih terdapat amalan petua orang-orang lama bagi menaikkan seri wajah pengantin di hari bersejarah tersebut. Caranya cukup mudah dan ringkas. 
Caranya :-
44 hari sebelum tarikh perkahwinan, amalkan diri dengan memakan sekuntum bunga mawar , kelopak demi kelopak setiap hari. Di mulakan dengan segelas air putih dan kalimah bismillah serta selawat ke atas Nabi, anda boleh memakan sekuntum bunga mawar itu bagi setiap hari sehinggalah menjelang hari bersejarah anda. Walaupun bunga mawar agak mahal, tetapi hasilnya adalah berbaloi. Cubalah !

30 hari sebelum hari perkahwinan - Daun sirih mempunyai pelbagai khasiat yang tersendiri. Ambil segenggam daun sirih yang agak besar saiznya dan rebuskan ia di dalam air putih buat beberapa minit sehingga warna air agak berubah kehijauan. Gunakan air rebusan tersebut untuk mencuci wajah anda setiap hari. Biarkan di muka seketika, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Ia mampu mengelakkan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka sekaligus menaikkan seri wajah. Air rebusan ini juga berfungsi sebagai "Feminine Hygiene Cleanser" yang sangat baik. Cubalah.

Akhir sekali, amalkan petua-petua tersebut berserta amalan-amalan moden yang lain. Pastikan anda memulakan perawatan wajah di salun-salun kecantikan selewat-lewatnya 3 bulan sebelum tarikh perkahwinan anda. Ia akan menunjukkan hasil yang sangat memuaskan. Pastikan juga anda memilih warna baju persandingan yang bersesuaian dengan wajah anda bagi menaikkan seri wajah anda. Contohnya, Wardina mungkin cantik berbaju ungu di hari perkahwinannya, tetapi anda mungkin sebaliknya ! Jadi, buat pilihan yang bijak.

Wednesday, February 2, 2011

Entry ke-307

sejak akhir-akhir ni.... ada sesuatu yang membuatkan I sedar tentang sejauh mana pentingnya sesebuah ikatan perkahwinan. perkahwinan juga bukanlah penyelesaian atas segala-galanya....

beberapa pengalaman orang lain membuatkan I terfikir yang untuk menjayakan sebuah perkahwinan tu.... seorang perempuan contohnya I ni perlu memilih pasangan yang betul-betul mampu meyakinkan kita bahawa dialah yang terbaik. 

Pertamanya,tak semestinya pelajarannya sekadar SPM dia tidak baik. tapi, kalau pelajarannya setakat SPM dan dia ada daya usaha yang tinggi dan mempunyai perniagaan yang berjaya....tak mustahil dia akan berjaya. betul tak? lagi pun.... pelajaran di zaman sekarang ni, bila-bila pun boleh capai. dalam bekerja pun boleh ambil degree kat mana-mana university yang menawarkan kursus jarak jauh dan sebagainya.

yang penting nak atau tidak aja.

yang kedua, andai kata I keluar dari UKM ni nanti dapat la gaji paling sikit pun RM2k dan pasangan I pula dapat gaji RM2k. total up jadi RM4k. dengar macam besar sangat je...... tapi RM4k di zaman 2011 ni sangat kecil sebenarnya. bak kata my parent jangan jadi "habis bulan, habis gaji" my parent selalu ingatkan I untuk menyimpan. diorang kata.... tak salah kalau nak berbelanja dan nak bergaya. tapi kena la ikut kemampuan...my mom kata, kalau ikutkan cara my dad... bila ada bonus barulah boleh beli TV baru ker, buat rumah ker, upgrade kereta ker, selagi tak ada... kene la bersabar dan simpan-simpan duit. and I rasa saving memang sangat penting!

seterusnya, dalam membina sebuah rumah tangga yang bahagia... kena ada toleransi. katakan lah I ni seorang yang bekerja. tapi dapat pasangan yang pemalas dan suka tuka-tukar kerja. apa akan jadi dengan hubungan kami? i rasa leih baik hubungan itu diputuskan sebab nampaknya kalau  I terus bersama dia, hubungan kami TAK ADA MASA DEPAN!

jadi, pasangan tu mestilah seorang yang faham diri kita macam mana, dan diri dia sendiri macam mana.... kalau I teruskan juga perkahwinan tu. kemudian hari bila dia dah malas nak bekerja.... tak kan I pulak yang nak tanggung dia? kalau dia rajin dan boleh jaga rumah tangga boleh la juga dia jadi suri rumah dan I pun boleh bekerja dengan senang hati. andai kata I kerja, kerja rumah pun I yang kene buat,, jaga anak pun I yang kene buat. dia????? tidur ajer..... matilah I!!!

so, lebih baik elakkan diri dari lelaki yang pemalas dan suka menumpang kesenangan orang lain ni. memang TAK ADA MASA DEPAN. I bercakap berdasarkan pengalaman di sekeliling I. I dah nampak dan I dah sedar bahawa sebuah majlis perkahwinan yang gah dan mewah tidak membawa erti apa-apa andai perjalanan yang seterusnya tidak dipelihara. betul tak? contoh paling simple.... tgk je la artis-artis tu~

cukup la I membebel untuk kali ini..... sesungguhnya perkahwinan itu bukan penyelesaian kepada segalanya. kalau kita kawin dengan lelaki yang merogol kita? adakah perkahwinan itu akan bahagia? perkahwinan itu sebenarnya hanya untuk menutup malu dan lama-kelamaan rahsia tetap akan terbongkar. 

so, I rasa I harus fikirkan semua itu untuk masa depan I.
sebab.....even dah kawin pun....tak semestinya bahagia. sebab tetap ada halangan dan cabaran yang harus ditempuhi. kalau dulu seorang diri, kini bersama-sama menempuh hidup....

semoga hidup kita semua akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T   
amin~



Monday, January 31, 2011

Perkahwinan~

seronok pulak layan Blog persediaan perkahwinan 
dan 

tiba-tiba rasa macam nak kawen juga lah. 
hahahahaha....
tapi tunggula lagi 1 atau 2 tahun kedepan.
insya-Allah....

all I know, my concept for my wedding is SIMPLE!!!

Simple is perfect.
semuanya I nak simple sahaja....
paling simple yang boleh~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...