nuff

Showing posts with label magazine. Show all posts
Showing posts with label magazine. Show all posts

Sunday, April 24, 2011

Ke KLIBF 2011 di PWTC

keluar seawal jam 9 pagi...
breakfast dulu di kedai mamak depan station Komuter UKM.
then terus ke station Putra.

jalan kaki sikit ke PWTC.
wow!!!! ramai giler manusia....
dah puas naik semua tingkat and pilih apa yang nak dipilih....
we all duduk berehat seketika sambil membelek apa yang dibeli~
thanx to 'Si Kerang Rebus' sebab hadiahkan buku ni pada we all.
so happy~

kami yang berjalan untuk meninggalkan PWTC dengan happy nya....

pergi singgah makan kat Medan Hang Tuah food court dalam The Mall.

huhuhu.....Pesta Buku 2011 membawa kenangan bila  masa tengah dalam Komuter untuk balik ke UKM,
hujan pun turun mencurah-curah ke ladang gandum.
bila dah turun dari tren, hujan lebat weiii.......

habis basah lencun kitorang sebab kene redah hujan
 untuk ke kereta yang parking agak jauh juga la daripada station. huhuhu......
dalam kasut I ni, dah bertakung air. memang boleh bela ikan lah~
Ikan pun boleh mati lemas dalam kasut I agaknya. hahahaha....

apa-apa pun, kenangan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur memang tak boleh dilupakan kot~
seronok, klakar dan derita. hahahaha......

lots of memory with adie nadiah, moon ny, faizal debot, and si kerang rebus.








Saturday, April 23, 2011

EH! Make Me Gorgeous finally happened


tentatif:
-talk bersama Datin Ira (Aura Seri)
-lunch
-hair do tutorial and practical
-nail care class and practical
-hi-tea
-make up tutorial and practical.
-talk about fashion
-lucky draw
back home with goodie bag.


jadi mangsa.

buat rambut~

hasil kuku I. sebelah lain, dan sebelah lain. hahahaha....

talk about fashion

juru make up Victoria Jackson.
they are very professional.
like them~


apa yang ada dalam tu?


ini adalah semua barang dari dalam goodie bag dan hadiah cabutan bertuah.

dengan voucher RM50 di atas, I beli baju kat baju kat bawah ni......
yeay~

Cache c Cache,G Floor, Midvalley.
RM109.90 - RM50 = Just Bayar RM59.90
".."


ini adalah hadiah cabuan bertuah yang I dapat..... seronok giler!!!!
Bertuah juga nama Intan Natasha ni ek~
more info about Victoria Jackson. http://www.vmakeup.com/

Thursday, April 14, 2011

Keluarga besar Jolie-Pitt


best kan ada family Jolie-Pitt. family besar....!!
anak-anak pun antarabangsa. memang universal habis!
Maddox, 9 (dilahrkan di Kemboja), Pax, 7 (anak yatim dari Vietnam), Zahara, 6 ( Ethiopia), Shiloh 4 (dilahirkan di Namibia), Knox and Vivienne, 2 (lahir di France). 


mesti meriah rumah tanggai diorang kan ada anak-anak yang comel dan murah rezeki diorang sebab 
melindungi anak-anak yang malang macam Maddox, Pax and Zahara tu.

I paling suka Maddox and Shiloh sebab diorang anak yang baik.
katanya Maddox ni abang yang bertanggungjawab...


dan Shiloh pulak sering mengalah dalam adik beradik.... 

comel kan??

and yang paling best adalah..... semua anak yang dilahirkan oleh Angelina Jolie ada bibir yang sama macam mak dia. hehehehe......



Thursday, March 17, 2011

Plan untuk esok.

Sekarang I sedang buat group assignment di Libraby UKM,
besok I nak:


jom join Bengkel Make Me Gorgeous yang di promote magazine EH!


Wednesday, February 2, 2011

Entry ke-307

sejak akhir-akhir ni.... ada sesuatu yang membuatkan I sedar tentang sejauh mana pentingnya sesebuah ikatan perkahwinan. perkahwinan juga bukanlah penyelesaian atas segala-galanya....

beberapa pengalaman orang lain membuatkan I terfikir yang untuk menjayakan sebuah perkahwinan tu.... seorang perempuan contohnya I ni perlu memilih pasangan yang betul-betul mampu meyakinkan kita bahawa dialah yang terbaik. 

Pertamanya,tak semestinya pelajarannya sekadar SPM dia tidak baik. tapi, kalau pelajarannya setakat SPM dan dia ada daya usaha yang tinggi dan mempunyai perniagaan yang berjaya....tak mustahil dia akan berjaya. betul tak? lagi pun.... pelajaran di zaman sekarang ni, bila-bila pun boleh capai. dalam bekerja pun boleh ambil degree kat mana-mana university yang menawarkan kursus jarak jauh dan sebagainya.

yang penting nak atau tidak aja.

yang kedua, andai kata I keluar dari UKM ni nanti dapat la gaji paling sikit pun RM2k dan pasangan I pula dapat gaji RM2k. total up jadi RM4k. dengar macam besar sangat je...... tapi RM4k di zaman 2011 ni sangat kecil sebenarnya. bak kata my parent jangan jadi "habis bulan, habis gaji" my parent selalu ingatkan I untuk menyimpan. diorang kata.... tak salah kalau nak berbelanja dan nak bergaya. tapi kena la ikut kemampuan...my mom kata, kalau ikutkan cara my dad... bila ada bonus barulah boleh beli TV baru ker, buat rumah ker, upgrade kereta ker, selagi tak ada... kene la bersabar dan simpan-simpan duit. and I rasa saving memang sangat penting!

seterusnya, dalam membina sebuah rumah tangga yang bahagia... kena ada toleransi. katakan lah I ni seorang yang bekerja. tapi dapat pasangan yang pemalas dan suka tuka-tukar kerja. apa akan jadi dengan hubungan kami? i rasa leih baik hubungan itu diputuskan sebab nampaknya kalau  I terus bersama dia, hubungan kami TAK ADA MASA DEPAN!

jadi, pasangan tu mestilah seorang yang faham diri kita macam mana, dan diri dia sendiri macam mana.... kalau I teruskan juga perkahwinan tu. kemudian hari bila dia dah malas nak bekerja.... tak kan I pulak yang nak tanggung dia? kalau dia rajin dan boleh jaga rumah tangga boleh la juga dia jadi suri rumah dan I pun boleh bekerja dengan senang hati. andai kata I kerja, kerja rumah pun I yang kene buat,, jaga anak pun I yang kene buat. dia????? tidur ajer..... matilah I!!!

so, lebih baik elakkan diri dari lelaki yang pemalas dan suka menumpang kesenangan orang lain ni. memang TAK ADA MASA DEPAN. I bercakap berdasarkan pengalaman di sekeliling I. I dah nampak dan I dah sedar bahawa sebuah majlis perkahwinan yang gah dan mewah tidak membawa erti apa-apa andai perjalanan yang seterusnya tidak dipelihara. betul tak? contoh paling simple.... tgk je la artis-artis tu~

cukup la I membebel untuk kali ini..... sesungguhnya perkahwinan itu bukan penyelesaian kepada segalanya. kalau kita kawin dengan lelaki yang merogol kita? adakah perkahwinan itu akan bahagia? perkahwinan itu sebenarnya hanya untuk menutup malu dan lama-kelamaan rahsia tetap akan terbongkar. 

so, I rasa I harus fikirkan semua itu untuk masa depan I.
sebab.....even dah kawin pun....tak semestinya bahagia. sebab tetap ada halangan dan cabaran yang harus ditempuhi. kalau dulu seorang diri, kini bersama-sama menempuh hidup....

semoga hidup kita semua akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T   
amin~



Thursday, January 20, 2011

Kenapa Rozita Che Wan suka make up tebal???

itulah yang menjadi persoalan paling besar dalam hidup I tiap kali tengok perempuan cantik ni.
muka lawa, badan lawa.... tapi semuanya nmpk macam fake. curious giler....
so, I pun tergerak hati mencari gambar dia tanpa make up. 
kalau badan dia tu....semua pun tau dia pakai corset kan.....

so, kalau curious nak tau dia ni macam mana orang nya...
I berjaya menjumpai gambar-gambar ini hasil carian bersama en. Google


muka dia biasa jer masa muda-muda dulu ek, tapi dalam kategori cantik juga la~

kalau dia tak make up pun cantik juga....tapi kenapa la dia suka sngt make up tebal-tebal? 
touchup natural look je dah la kan?? bukan ke itu lebih sedap mata memandang. I rasa kalau dia make up simple-simple mesti nmpk lebih sweet berbanding dengan yang bawah ni...

sexy sangat la tayang-tayang pusat pulak. tapi nak main sorok2 di sebalik rantai panjang tu. ntah pape ntah.


ni pulak gambar dia kawen katanya.....tapi macam ya, macam tidak. ntah la....I tempek kan ajer. lalala~

kalau tak percaya yang Rozita Che Wan tu asik suka make up tebal memanjang, u olz klik je nama dia kat bawah ni.and u olz will see what i'm talking about. serius!!!


what ever it s, she very inspired me to be beautiful like that even umur I ah tua macam mana pun.
tapi I prefer to tradisional way la... tak nak cucuk-cucuk sana sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...