nuff

Wednesday, February 2, 2011

Entry ke-307

sejak akhir-akhir ni.... ada sesuatu yang membuatkan I sedar tentang sejauh mana pentingnya sesebuah ikatan perkahwinan. perkahwinan juga bukanlah penyelesaian atas segala-galanya....

beberapa pengalaman orang lain membuatkan I terfikir yang untuk menjayakan sebuah perkahwinan tu.... seorang perempuan contohnya I ni perlu memilih pasangan yang betul-betul mampu meyakinkan kita bahawa dialah yang terbaik. 

Pertamanya,tak semestinya pelajarannya sekadar SPM dia tidak baik. tapi, kalau pelajarannya setakat SPM dan dia ada daya usaha yang tinggi dan mempunyai perniagaan yang berjaya....tak mustahil dia akan berjaya. betul tak? lagi pun.... pelajaran di zaman sekarang ni, bila-bila pun boleh capai. dalam bekerja pun boleh ambil degree kat mana-mana university yang menawarkan kursus jarak jauh dan sebagainya.

yang penting nak atau tidak aja.

yang kedua, andai kata I keluar dari UKM ni nanti dapat la gaji paling sikit pun RM2k dan pasangan I pula dapat gaji RM2k. total up jadi RM4k. dengar macam besar sangat je...... tapi RM4k di zaman 2011 ni sangat kecil sebenarnya. bak kata my parent jangan jadi "habis bulan, habis gaji" my parent selalu ingatkan I untuk menyimpan. diorang kata.... tak salah kalau nak berbelanja dan nak bergaya. tapi kena la ikut kemampuan...my mom kata, kalau ikutkan cara my dad... bila ada bonus barulah boleh beli TV baru ker, buat rumah ker, upgrade kereta ker, selagi tak ada... kene la bersabar dan simpan-simpan duit. and I rasa saving memang sangat penting!

seterusnya, dalam membina sebuah rumah tangga yang bahagia... kena ada toleransi. katakan lah I ni seorang yang bekerja. tapi dapat pasangan yang pemalas dan suka tuka-tukar kerja. apa akan jadi dengan hubungan kami? i rasa leih baik hubungan itu diputuskan sebab nampaknya kalau  I terus bersama dia, hubungan kami TAK ADA MASA DEPAN!

jadi, pasangan tu mestilah seorang yang faham diri kita macam mana, dan diri dia sendiri macam mana.... kalau I teruskan juga perkahwinan tu. kemudian hari bila dia dah malas nak bekerja.... tak kan I pulak yang nak tanggung dia? kalau dia rajin dan boleh jaga rumah tangga boleh la juga dia jadi suri rumah dan I pun boleh bekerja dengan senang hati. andai kata I kerja, kerja rumah pun I yang kene buat,, jaga anak pun I yang kene buat. dia????? tidur ajer..... matilah I!!!

so, lebih baik elakkan diri dari lelaki yang pemalas dan suka menumpang kesenangan orang lain ni. memang TAK ADA MASA DEPAN. I bercakap berdasarkan pengalaman di sekeliling I. I dah nampak dan I dah sedar bahawa sebuah majlis perkahwinan yang gah dan mewah tidak membawa erti apa-apa andai perjalanan yang seterusnya tidak dipelihara. betul tak? contoh paling simple.... tgk je la artis-artis tu~

cukup la I membebel untuk kali ini..... sesungguhnya perkahwinan itu bukan penyelesaian kepada segalanya. kalau kita kawin dengan lelaki yang merogol kita? adakah perkahwinan itu akan bahagia? perkahwinan itu sebenarnya hanya untuk menutup malu dan lama-kelamaan rahsia tetap akan terbongkar. 

so, I rasa I harus fikirkan semua itu untuk masa depan I.
sebab.....even dah kawin pun....tak semestinya bahagia. sebab tetap ada halangan dan cabaran yang harus ditempuhi. kalau dulu seorang diri, kini bersama-sama menempuh hidup....

semoga hidup kita semua akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T   
amin~



1 000 kritikan hebat!:

DiriKu said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

betul tu..tapi benda baik...tak elok tunda lamalama... :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...