nuff

Showing posts with label majlis. Show all posts
Showing posts with label majlis. Show all posts

Saturday, April 30, 2011

The Wave and The Kiss on Palace Balcony

Mari kita belajar Sejarah sikit yer hari ini~

William & Catherine 2011


Diana & Charles 1981


Andrew The Duke of York and Sarah Ferguson 1986


Princess Elizabeth & Prince Phillip 1947


EH!!! silap gambar pulak~



King George VI and Queen Elizabeth (ibu Q Elizabert sekarang) 1923

Sunday, April 17, 2011

Bertuah Juga ek Nama Intan Natasha ni~

seronok makan-makan tadi bersama kawan-kawan 
yang sama group masa projek Pos Betau,
mentang-mentang lecturer bagi duit RM100...
lagaknya macam dapat RM1k. hahahaha....

kenapa?
sebab jamuan kitorang makan Snack Plate, KFC! hahahaha.....
semuanya ada 28 orang. so, cukup ke RM100 tu?
sebahagian dari kami~



itu belakang kira..... yang penting happening~

then bertuah rupanya nama Intan Natasha ni ek.....
bila hari ini I telah menderma air mata berbaldi-baldi siang tadi.....
tiba-tiba, masa jamuan tadi i dapat hadiah untuk cabutan bertuah pulak.
muka tak boleh terima kenyataan.

hehehehe....
seronok~

Wednesday, March 9, 2011

(gambar)-Pengalaman Hari keTIGA di Kampung Orang Asli

SUASANA DAN CUACA WAKTU PAGI DI ATAS BUKIT SEKOLAH KEBANGSAAN BETAU GILER-GILER PUNYER SEJUK. 


SO, KITORANG BERJEMUR MENDAPATKAN SEDIKIT HABA. HUHUHUHU...
TETIBA RASA MACAM KAT ENGLAND.
WAHAHAHA...


COMEL~ 
SEMPAT LAGI TU 


PUN COMEL~


SAMA-SAMA SAYANG~


TERHARU BACA INI~


BERGAMBAR SEBELUM PULANG KE UKM.

Jejari Menjadi Juri katanya....

pukul 2 petang membantu rakan-rakan junior I (degree Pendidikan Khas, UKM)
menjadi juri untuk pertandingan pakaian beragam dalam program Hari Terbuka Pendidikan Khas   yang I pun pernah lalui perkara yang sama tahun lepas.


good luck pada adik-adik. semoga mendapat A.
sedangkan kitorang pun tak dapat A.
 choy sangat~


bosan + pening dengan bentuk persembahan. ni pertandingan tarian ker.....
pertandingan pakaian beragam??
adoi yai....

balik dari menjadi juri dalam pukul 5.
rehat dalam bilik sampai pukul 6. then buat persiapan untuk  kat bawah ni....


dah jadi nenek kebayan dah I ni nak mencantikkan orang.
masalahnya..... cantik kah??
hahaha....

nak tau apa jadi dengan perempuan berbaju putih itu???


balik bilik, berehat sebentar bersama Kit Kat (dalam angan-angan jer)
mana ada coklat Kit Kat dalam bilik I ni~

then pukul 11, pergi latihan tarian sekejap.
then balik, mandi and pensan hingga tak menyedar dunia~
badan ini terasa sangat sengal.
sengal otot yer..... bukan sengal otak.
wahahaha.....

Friday, February 4, 2011

Tan Sri Rabun

Suatu hari Tan Sri mendapat jemputan melawat pameran lukisan. Kerana ketika itu beliau mengalami sakit mata dan penglihatannya kabur, maka beliau mengajak Jenet iaitu pembantu peribadinya untuk menemani.

Tan Sri : "Wow, cantiknya lukisan ni. Gambar ikannya benar-benar hidup." 
Jenet : "Shttt... jangan cakap kuat-kuat Tan Sri. Itu gambar buaya." 
Kemudian mereka melihat ke lukisan lain.

Tan Sri : "Lukisan Gajah ini nampak gagah sekali." 
Jenet : "Shttt... itu bukan gajah tan sri, itu gambar badak sumbu."

Setelah dua kali ditegur, Tan Sri cuba untuk tidak memberi komen pada lukisan lainnya sehinggalah beliau sampai kesatu sudut.

Tan Sri : "Wow, menakjubkan sekali. Lukisan Orang Utan ini begitu halus sekali garisannya. Ianya seperti hidup dan bergerak-gerak." 
Jenet terus ketawa dan berkata: "Tan Sri... Itu kan cermin. Wajah itukan wajah Tan sri!"

Wednesday, February 2, 2011

Entry ke-307

sejak akhir-akhir ni.... ada sesuatu yang membuatkan I sedar tentang sejauh mana pentingnya sesebuah ikatan perkahwinan. perkahwinan juga bukanlah penyelesaian atas segala-galanya....

beberapa pengalaman orang lain membuatkan I terfikir yang untuk menjayakan sebuah perkahwinan tu.... seorang perempuan contohnya I ni perlu memilih pasangan yang betul-betul mampu meyakinkan kita bahawa dialah yang terbaik. 

Pertamanya,tak semestinya pelajarannya sekadar SPM dia tidak baik. tapi, kalau pelajarannya setakat SPM dan dia ada daya usaha yang tinggi dan mempunyai perniagaan yang berjaya....tak mustahil dia akan berjaya. betul tak? lagi pun.... pelajaran di zaman sekarang ni, bila-bila pun boleh capai. dalam bekerja pun boleh ambil degree kat mana-mana university yang menawarkan kursus jarak jauh dan sebagainya.

yang penting nak atau tidak aja.

yang kedua, andai kata I keluar dari UKM ni nanti dapat la gaji paling sikit pun RM2k dan pasangan I pula dapat gaji RM2k. total up jadi RM4k. dengar macam besar sangat je...... tapi RM4k di zaman 2011 ni sangat kecil sebenarnya. bak kata my parent jangan jadi "habis bulan, habis gaji" my parent selalu ingatkan I untuk menyimpan. diorang kata.... tak salah kalau nak berbelanja dan nak bergaya. tapi kena la ikut kemampuan...my mom kata, kalau ikutkan cara my dad... bila ada bonus barulah boleh beli TV baru ker, buat rumah ker, upgrade kereta ker, selagi tak ada... kene la bersabar dan simpan-simpan duit. and I rasa saving memang sangat penting!

seterusnya, dalam membina sebuah rumah tangga yang bahagia... kena ada toleransi. katakan lah I ni seorang yang bekerja. tapi dapat pasangan yang pemalas dan suka tuka-tukar kerja. apa akan jadi dengan hubungan kami? i rasa leih baik hubungan itu diputuskan sebab nampaknya kalau  I terus bersama dia, hubungan kami TAK ADA MASA DEPAN!

jadi, pasangan tu mestilah seorang yang faham diri kita macam mana, dan diri dia sendiri macam mana.... kalau I teruskan juga perkahwinan tu. kemudian hari bila dia dah malas nak bekerja.... tak kan I pulak yang nak tanggung dia? kalau dia rajin dan boleh jaga rumah tangga boleh la juga dia jadi suri rumah dan I pun boleh bekerja dengan senang hati. andai kata I kerja, kerja rumah pun I yang kene buat,, jaga anak pun I yang kene buat. dia????? tidur ajer..... matilah I!!!

so, lebih baik elakkan diri dari lelaki yang pemalas dan suka menumpang kesenangan orang lain ni. memang TAK ADA MASA DEPAN. I bercakap berdasarkan pengalaman di sekeliling I. I dah nampak dan I dah sedar bahawa sebuah majlis perkahwinan yang gah dan mewah tidak membawa erti apa-apa andai perjalanan yang seterusnya tidak dipelihara. betul tak? contoh paling simple.... tgk je la artis-artis tu~

cukup la I membebel untuk kali ini..... sesungguhnya perkahwinan itu bukan penyelesaian kepada segalanya. kalau kita kawin dengan lelaki yang merogol kita? adakah perkahwinan itu akan bahagia? perkahwinan itu sebenarnya hanya untuk menutup malu dan lama-kelamaan rahsia tetap akan terbongkar. 

so, I rasa I harus fikirkan semua itu untuk masa depan I.
sebab.....even dah kawin pun....tak semestinya bahagia. sebab tetap ada halangan dan cabaran yang harus ditempuhi. kalau dulu seorang diri, kini bersama-sama menempuh hidup....

semoga hidup kita semua akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T   
amin~



Saturday, November 6, 2010

kejam tak?

agak-agak, bila hari pertunangan ai nanti.
kejam tak, 
kalau ai tak kasi dia(yang menjadi tunangan) datang?

sebab ai fikir, biarlah dia duduk aja di rumah
pasal family dia pun bukan tak tau rumah ai. 
hehehe....
kejam tak?

lagi satu, pasal ai segan la baru bertunang nak kene bergambar sakan...
nanti semua orang sibuk nak kena-kenakan kitorang.
segan seh!!!
so, bila dia duk rumah, tak de la yang nak kenakan kitorang panjang.
kejam tak?

lagi satu, boleh la surprise sikit 
untuk family member yang belom kenal dia.
hehehe....

boleh tak macam tu?

bukan apa....
sebab ai tengok, zaman sekarang ni.
bukan stakat datang. tapi siap pakai baju sedondon
and ada pre-bersanding pulak.

sangat pelik bagi ai....
hurmmm.....
segan pun yer juga sebenarnya.

my broken english!

on my  engagement days later,
 izit  cruel,If  I not allow him (who became fiance) come along?
I think, just let him stay home.

thus,his  family already know where is my house.
hehehe ....
izit cruel?

another, one more thing i feel shy to have so many photo with him on that day ...

everyone will be busy bully us.
 so, if he stay home,
 nobody gonna fool around me
izit cruel?


thus, can be a little surprise la
to my  family members who dont know him yet.
hehehe ....
would it be  like that?


because today,

 I see almost all engagement ceremony
 the man not just came by,
  but ready to wear sedondon and do pre-bersanding pulak.

very awkward for me ....

hurmmm .....
yet!  really shy as well.


people said, the engagement ring should have the diamond on it. 
izit??

Tuesday, August 24, 2010

majlis berbuka puasa pendidikan Khas tahun 4 2010

ni adalah idea Cik Farhah and telah diusahakan bersama-sama oleh semua rakan-rakan yang rasa macam perlu sangat2 berbuka puasa bersama-sama buat kali terakhir sebagai pelajar UKM bila dah tahun ke-4 ni..... Bukan extend student tau!!! kitorang kursus Pendidikan Khas, so..... pendidikan memang belajar 4 tahun. hehehe...
Jom kita enjoy tgk gambar-gambar kami berbuka puasa~

ramai tak? agak ramai la..... tapi tak boleh lawan meja belakang. dua kali ganda dari kami.

perhatikan lah makanan kami..... simple jek. yang penting gathering ramai-ramai and happy2~



some of them
belum boleh makan tau~ coz belum masuk waktu berbuka lagi



ni je la cikgu lelaki yang ada, dari kiri:
Cikgu Biding
Cikgu Debot
and Cikgu Sidiq


Cik Farhah adalah cik adik berbaju purple yang tengah kaya tu~
macam biasa, perasan cantik yang tengah-tengah tu
and Cikgu Munyati yang baju biru tu



real fun with budak2 pendidikan khas tahun 4 2010/2011.
ni lah majlis berbuka puasa kitorang yang pertama and terakhir sebagai pelajar UKM.
walaupun tak semuanya hadir. tetapi memang fun~

Monday, March 15, 2010

Hari Terbuka Pendidikan Khas Part III

acara awal pagi.... senaman memanaskan otak...




antara gerai juga booth pameran yang ada




program membaca al-fatihah bersama ustaz




persembahan nyanyian oleh Fitri, UNIC




persediaan 'pahlawan celup' untuk gimik perasmian




sekitar majlis penutupan yang dirasmikan oleh Controller PKNS, Bangi




persembahan penutup oleh Amylea AF3




pulang gembira dengan goodie bag masing2.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...