nuff

Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Thursday, May 5, 2011

Puding Roti di hari Khamis

nak tau tak kenapa I snap Puding roti I macam ni??
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
inilah sebabnya..... tak sempat amik gambar lagi dah kene potong!
 hado~ 


ini pulak dah siap untuk dimakan.... setelah disimbah dengan kuah susu cair yang dimasak.
ini gambar versi menggedix. ada edit sikit. 
ada rasa macam nak makan tak? 
hahaha...... biasa lah, orang perempaun bila dah menganggur ni.....
duk rumah kene la belajar masak. 
tapi puding roti ni senang sangat. nenek I pun pandai buat. hahahaha......


eh, u olz dah tgk Vlog kak Mas? ala.... mrs secretary tu lah~
kalau belum tengok, KLIK SINI

Sunday, April 24, 2011

Ke KLIBF 2011 di PWTC

keluar seawal jam 9 pagi...
breakfast dulu di kedai mamak depan station Komuter UKM.
then terus ke station Putra.

jalan kaki sikit ke PWTC.
wow!!!! ramai giler manusia....
dah puas naik semua tingkat and pilih apa yang nak dipilih....
we all duduk berehat seketika sambil membelek apa yang dibeli~
thanx to 'Si Kerang Rebus' sebab hadiahkan buku ni pada we all.
so happy~

kami yang berjalan untuk meninggalkan PWTC dengan happy nya....

pergi singgah makan kat Medan Hang Tuah food court dalam The Mall.

huhuhu.....Pesta Buku 2011 membawa kenangan bila  masa tengah dalam Komuter untuk balik ke UKM,
hujan pun turun mencurah-curah ke ladang gandum.
bila dah turun dari tren, hujan lebat weiii.......

habis basah lencun kitorang sebab kene redah hujan
 untuk ke kereta yang parking agak jauh juga la daripada station. huhuhu......
dalam kasut I ni, dah bertakung air. memang boleh bela ikan lah~
Ikan pun boleh mati lemas dalam kasut I agaknya. hahahaha....

apa-apa pun, kenangan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur memang tak boleh dilupakan kot~
seronok, klakar dan derita. hahahaha......

lots of memory with adie nadiah, moon ny, faizal debot, and si kerang rebus.








Sunday, April 17, 2011

Bertuah Juga ek Nama Intan Natasha ni~

seronok makan-makan tadi bersama kawan-kawan 
yang sama group masa projek Pos Betau,
mentang-mentang lecturer bagi duit RM100...
lagaknya macam dapat RM1k. hahahaha....

kenapa?
sebab jamuan kitorang makan Snack Plate, KFC! hahahaha.....
semuanya ada 28 orang. so, cukup ke RM100 tu?
sebahagian dari kami~



itu belakang kira..... yang penting happening~

then bertuah rupanya nama Intan Natasha ni ek.....
bila hari ini I telah menderma air mata berbaldi-baldi siang tadi.....
tiba-tiba, masa jamuan tadi i dapat hadiah untuk cabutan bertuah pulak.
muka tak boleh terima kenyataan.

hehehehe....
seronok~

Sunday, April 3, 2011

Saya Sayang Mak Saya!!!!

aktiviti di rumah hari ini adalah melayan Melodi di TV3 sambil melayan karenah my mother yang nak kongsikan pengalaman dia menggunakan minyak kelapa dara keluarann It Works.
My mother send testimoni penggunaan minyak tu kat blog  http://kelapadaraitworks.blogspot.com/
diharap owner blog tu akan kongsikan pengalaman my mother....

apa yang my mom type?




pada thn 2009 medical chek-up saya, doktor telah  high light pada keputusan  LDL cholesterol 2.7/104.saya rasa risau sebab jika mengikut keturunan, ibu saya darah tinggi dan bapa saya  kencing manis.usaha saya hanya menjaga diet,setelah sepupu memperkenalkn minyak kelapa dara  it works sya pun mencubanya.saya mula teruja kerana  berat badan menurun,buang air besar sgt2222 lawas,bdan rasa ringan,kulit tidak kering lgi,setelah habis 1 botol saya buat medical chek-up pada 16.3.2011 dan mendapati result LDL cholesterol tidak d hight light lagi  saya rsa bersyukur kerana keputusannya 2.0/76.,anak saya mengalami keguguran rambut yang sgt teruk.kemudian setelah mencuba minyak kelap dara it works anak rambut mulai tumbuh dan tiada keguguran lagi, sekarang suami yg menghidap cancer colon masih dalam percubaan menggunakan minyak kelapa dara ini. diharap akan berlaku keajaiban terhadap tahap kesihatannya..

tak cuba tak tahu,dah cuba baru merasai kelebihanya. 



so, ini keputusan medical check up my mom.
klik gambar untuk tumbesaran melampau batas.

Thursday, March 24, 2011

Craving like crazy


gatal pergi cuci mata katanya tengok dapur Mat Gebu. kan dah susah~
sedapnya tengok burger tu.....
I pun terus teringin nak makan Whopper burger kat Burger King!!!
huwaaaa.....
I'm craving~

menyesalnya tengok Dapur Tanpa Sempadan!!!
menyesal!!!!
semuanya Mat Gebu punyer pasal la ni.....

padahal semalam baru jer sental Meatball Marinara kat  Subway, Mines dengan Roomate.
adeh!!!





Saturday, March 5, 2011

Ais Krim di Hari Panas

dihari sabtu yang panas ini....tertiba I teringat kenangan makan ais krim yang akan cair dalam mulut dan menyejukkan tekak buat seketika. aduhai...... tedapnyer~

masa I kecik-kecik dulu....I suka sangat makan aiskrim strawberry 

i pun tak tau kenapa I suka snagat perisa strawberry tu. mungkin sebab warna dia pink kot.
tapi masa I kecik2 dulu I xde la peminat warna pink pun.
sebab masa kecik-kecik dulu, I agak boyish sikit.
rambut pendek, tak suka pakai skirt, tak suka pakai baju kurung.
tapi suka ais krim warna pink. mungkin sebab warna dia yang mengancam tu kot~

dah besar sikit, bila I dapat rasa buah straberry tu masam,
I pun terfikir kenapa ais krim strawberry tu tak masam??

so, I pun tukar minat I pada aiskrim vanilla.
(tak de kaitan pun masam dengan nak tukar rasa kan???)
ntah lah.... mungkin sebab dah bosan kot.


waktu yang paling puas makan ais krim straberry adalah masa I pernah kerja McD dulu.
lagi pulak, I keje bahagian ais krim, puas la makan aiskrim perisa vanilla.

dah lama-lama asik makan perisa vanilla aje...
kepala pun jadi pening sebab vanilla kan wangi.
so, I decide untuk bertukar arah pada perisa coklat pulak


setakat ini, nampaknya....I macam setia dengan perisa coklat. 
sebab I suka juga coklat. tapi tak de la gemarkan coklat sampai boleh habiskan 1 bar coklat.
sebab coklat tu manis sngt.

at least ais krim ni okay sikit la....
so, I mmng suka coklat.
tiap kali makan ais krim I akan pilih perisa coklat. atau yang ada coklat dalamnya.
ais krim coklat tedap~

kalau kat rumah pulak, 
my dad suka beli ais krim yang ada 3 perisa tu...

sebab dia tau anak dia ada 3 orang ni macam2 karenah termasuk isteri dia.
hehehe.....
biasanya I tengok bahagian coklat akan habis dulu. sebab I akan sental sebaik mungkin, 
hahaha.....

tapi ada kalanya bila datang mood tak nak fussy2 (memilih), I akan kaut ketiga-tiga perisa terus
and jadilah macam ni~

baiklah.... nak keluar pergi cari ais krim sekarang.
lalalalala~








Thursday, February 10, 2011

Gulai Tempoyak Ikan Patin Sungai.

gulai tempoyak ikan patin sungai.

kemarin merasa makan ikan patin sungai masak tempoyak kat kedai makan area Kuala Lipis.
I tak pernah tau pun makan gulai tempoyak ikan patin kat Pahang ni mmng wajib kalau datang Pahang.
I tak pernah tau pun untuk itu.

so, semalam.... memandangkan i ni memang manusia yang pantang jumpa makanan yang sedap.
I pun kaut la seketul patin sungai daripada antara lauk2 yang ada.

manisnya ikan itu...
sedapnya.... awalnya cakap ngan kawan-kawan yang I tak ada selera
tapi bila rasa ikan tu, I pun makan dengan berselera sekali.
sedap wei~

tapi nak bayar pun sedap gak la...
I cuma makan nasi and gulai tempoyak ikan patin,
RM14.
hahahaha.... boleh tahan tergigil gak la tangan nak bayar.
rasa macam makan double prosperity McD pulak.
so, itulah pengalaman pertama makan lauk ikan and bayar mahal.
padahal makan kat kedai biasa jer pun~

what ever it is, puas hati la juga. sebab sedap.
kalau tak sedap mmng terasa rugi la.
and nasib baik juga ada duit nak bayar. kalau tidak?????
hahahaha....

Wednesday, January 26, 2011

nasi goreng hitam makan sambil....

giler punyer pengotor....
makan nasi goreng hitam+telur dadar+sos cili....
makan sampai berpeluh-peluh and peluh masuk dalam nasi. (extra garam)

then makan sambil terkentut-kentut.
hellow~
giler ea???? sopan sikit boleh tak?
putus selera I tau!

dah kentut pas tu wat muka tak berdosa! keji sangat okay!!!!
geram siot!


Monday, January 24, 2011

Apa Yang Kau Belajar Hari Ini Anakku?

seorang ibu yang penyayang pasti setiap kali anak dia balik sekolah akan tanya macam tu pada anaknya dan akan rasa teruja nak tahu apa yang anak dia buat dan alami untuk hari ini.

and that is my mom~

tapi dah tentu la my mom tak akan tanya "apa yang kau belajar hari ini anakku?" dah tentu lah TIDAK kan~
paling tak pun dia akan tanya "belajar apa hari ni?" atau "ape citer hari ni?"

and sejak dari I kecil sampai la I dah besar, dah habis skolah.....tapi sampai masuk U pun dia tetap tanya soalan yang sama. tapi bukan la hari2.... klu hari2, jenuh juga dia nak tanya and I nak jawab kan....

apa yang buat I teringat, sebab I balik rumah last week dari selasa sampai ahad. adik I yang bongsu masih sekolah, bila adik blk, my mom suka usik2 dia and tanya "ape citer hari ni?"

and adik I pun dengan excited bercerita pasal pengalaman dia kat sekolah untuk hari itu. best kan jadi budak kecil?? dimanjakan......I suka manje-manji ni. hahaha....

yang my dad pulak, since kesemua ahli keluarga ad kat rumah, dia nak la my mom masak yang special. tapi my mom pulak, mood malas masak bagi cadangan yang tak memberangsangkan 'sardin'. LOL.... my dad bangkang sekeras-kerasnya and my mom pun keluar la mencari makanan yang sedap untuk dijamukan pada semua ahli keluarga....

so, apa yang special? ikan goreng cecah sambal kicap and  masak lemak paku-pakis.....so, kampung okay~ (sebab tu makanan kegemaran my dad....) and guess wat??? semua lauk licin siot..... (walaupun sekadar lauk kampung) serius sedap!!!
besok pagi pulak,sarapan makan pasembor. u olz tau tak? klu tak tau...... ni contohnya...
dieja dengan pasembur. lalalala~ cara sebut "pa-sem-bo"


seriously i love my family~

Sunday, December 5, 2010

Cendawan ajaib????


apa tu???

itu adalah cendawan ajaib.
nak tau banyak pasal cendawan tu.... sila google "cendawan ajaib" atau "kombucha tea"

orang kata air dari cendawan ajaib ini boleh mengubati penyakit kencing manis.
hurmmm.....
sejauh mana betul tentang benda ni.
ai tak sure.

tapi macam ada logik sikit la.... pasal, 
my family got this unique 'thing' from my father's  cousin.

suami dia kata, cara nak buat air cendawan ajaib ni, 
sediakan air teh yang dah dibiarkan semalaman (buat teh macam biasa, masak air, letak teh dan gula).
then rendam cendawan tu.....
after a few days, rasa teh itu akan hilang dan rasa air itu bertukar macam minum air Zapple yang masam.
hilang manis, jadi masam. 
ada kaitan tak dengan boleh ubati penyakit kencing manis???

okay, menurut teori ai, 

cendawan + air teh = masam (rasa macam zapple versi masam)

sebelum itu, apa yang ajaibnya adalah cendawan itu akan terus membiak dan membesar mengikut saiz bekas yang digunakan setelah sekian lama direndan. kalau bekas tu besar macam tong, cendawan tu akan membesar macam saiz tong juga. unik kan????

okay, kembali pada mengubati penyakit kencing manis, 
ai rasa..... air teh yang manis tu bertukar jadi masam sebab cendawan tadi dah serap glukosa dalam air teh tersebut untuk cendawan tersebut membesar. dalam masa yang sama, bila cendawan tu semakin membesar, dia melepaskan enzim 'something' yang menjadikan air itu masam (cewah! macam ahli saintis pulak dah).

sejauh mana teori ai ni boleh diterima pakai.... entah lah. 
hahhahaha....

sesiapa yang pernah cuba air teh dari cendawan ajaib itu boleh la share.
mana la tau kalau betul-betul ada yang pernah sembuh dari kencing manis kerana cendawan ajaib itu. kan2???

Friday, November 5, 2010

makan-makan


senang jer, cuma perlu klik dan jawab 15 soalan mudah dan akan dapat pilihan mana satukah anda.
mari cuba, so anda boleh tahu anda kategori mengamalkan kesihatan yang mana satu.
THE ADVOCATE
THE INVESTOR
THE MANAGER
atau 
THE HOPEFUL 

siap ada nasihat untuk mengamalkan kesihatan lagi..... bagus untuk semua. yeay!!

ai yang mana? yang warna merah tu









Wednesday, October 6, 2010

Dunia Magika. Ada ke?


Masa aku tgh sibuk2 tak de elektrik and tak de air hari tu.... aku rasa stress sangat dengan hidup yang serba kekurangan tu. tetiba lepas balik dari mandi kat kolej lain, aku pun terus mencadangkan kat roomate aku "Jom tgk Magika" sebab aku tau dia memang nak sangat tengok Magika. aku tak de excited sangat.... tapi aku tau cerita tu cerita dongeng untuk hiburan kanak-kanak, jadi aku pun suka juga la sikit-sikit. hehehe...


ini poster menarik untuk Filem Magika.
KRU memang mantop untuk sediakan benda-benda yang berilusi tinggi ni
memang magik lah!


tapi ada lah beberapa perkara yang aku rasa kureng sikit tengok cerita Magika ni.
1. masih ada sedikit unreal (pegi tegok sendiri)
2. serabut sikit dengan kelam kabut yang tak teratur yang membuatkan jantung aku berdegup secara abnormal dalam cerita tu... tapi ada juga part2 yang tenang sekejap and jantung aku kembali normal.
3. macam ada peniruan sikit dari filem luar

Diana Daniel nampak macam snow white...
kadang-kadang aku tgk, dia ni cantik, kadang-kadang macam tak cantik



Tapi, sebelum masuk panggung pukul 5ptg, kitorang tgk jam baru pukul 3.30ptg. apa nak buat? marilah kita buang masa (kalau buat latihan ilmiah, dah lama siap Bab 1) hahaha... dah puas pusing satu Alamanda, kitorang pun tak nak menjadi manusia tak berilmu, maka kitorang masuk la ke MPH Bookstore. lagipun memang hobi aku masuk kedai buku. kalau tak beli pun.... aku suka hirup udara dalam kedai buku.... bau-bau buku ni sedap tau.... lagi2 kalau buku yang dari kertas yang cam coklat2 sikit tu.. hehe.... pelik kan???

Bila tgk jam, eh! dah pukul 5ptg. cepat-cepat aku capai buku yang aku belek-belek tadi.

ini la bukunya....
and aku rasa berbaloi beli buku ni.
hehehe....


dah habis tengok wayang, sementara kitorang berpatah balik ke area Sinma kat tingkat atas tu, sebab roomate aku nak beli gelang ala-ala india, aku pun singgah la kat kedai buku sebelah food court tu untuk beli magazine kegemaran aku. woho....
sexy mama!!!
hahaha

ok.
enough!

Wednesday, September 29, 2010

Pada Malam Itu

Julung-julung kalinya pelajar Pendidikan Khas Tahun akhir 2010/2011 mengadakan majlis sambutan hari raya sebelum semuanya membawa diri masing-masing ke alam pekerjaan....

gonna miss all this moment


membaca doa kesyukuran kerana berjaya juga mengadakan majlis yang serba ringkas ini








ini acara tupperware beracun
(ada yang takut, and ada yang berani dengan tupperware ini)

siapa yang kena?

anda dikehendaki menyanyi lagu nasyid.
(masalahnya apasal semua pun menyanyi? orang yang kene siapa????)



Yang buat extra specialnya majlis ini adalah adanya anugerah Makluk Tuhan Paling Ceria dan Anugerah Pakaian Paling Meletooopppss (terover pulak mengeja) naktau siapa yang dapat?? tengok la sendiri malas nak type panjang2.

Cik Serai Wangi memenangi anugerah Makluk Tuhan paling Ceria dan En. Palapes mendapat tempat ke dua. (berdasarkan undian SMS sepanjang pengajian 4 tahun)


Cik Natasha Abu Bakar mendapat anugerah Pakaian Paling Meletopss dan Cik Nur Natasha mendapat tempat ke-dua.






Acara bertukar-tukar hadiah, Cik Icah Filzah menerima hadia hari saya

dan saya pula menerima hadiah dari Kak Liza





selesailah majlis, and semua pulang dengan kenangan yang tak boleh dilupakan~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...