nuff

Showing posts with label kegemaran. Show all posts
Showing posts with label kegemaran. Show all posts

Tuesday, April 12, 2011

Bila Ujang Kentut

Ujang berada di sebuah restoran terkemuka di Bangsar di mana tiba-tiba sahaja Ujang rasa tidak dapat lagi menahan untuk melepaskan gasnya. Ah... memang sudah terdesak sangat, tetapi orang di dalam restoran itu ramailah pula.


Dengan orang yang begitu ramai, termasuk awek-awek comel yang sedang makan dan berbual-bual, Ujang seperti sudah mati akal. Ini mesti hasil dari telur rebus separuh masak yang dimakan petang tadi. Lima biji pulak tu dia  hentam tadi. Sah bau mesti hilang akal punya.



Sistem bunyi restoran itu pula memang sangat sangat kuat. Ini menambah lagi seksa derita Ujang. Tiba-tiba, idea baik datang. Mengapa  tidak lepaskan gas beracun itu semasa bunyi tengah kuat. Mesti tiada yang perasan nanti. Timing kena baik ni.



Semasa rentak muzik berbunyi kuat, Ujang pun tanpa segan lagi melepaskan bom super kentut gas beracunnya dengan muka selamba macam tiada apa yang berlaku. Owh lega amat. Nikmatnya. Fuh... Mesti ada yang termuntah ni, hahaha, tapi dia tergelak dalam hati je.



Selesai sahaja minum nescafe ais, Ujang  dengan pantas bangun untuk balik. Orang ramai semua tengok dia dengan muka semacam. Awek tadi pun ada, baju basah sebab muntah. Ujang  meraba telinga dan... arghhh... rupanya dia  tengah dengar walkman. Memang mampus la si Ujang dengan kentutnya yang...... 




relax la Ujang~ dah nak kawin kan.... kene chill sikit.
muka bersedia nak kene lempang laju-laju oleh Ujang.
hahahaha....

Sunday, April 3, 2011

Saya Sayang Mak Saya!!!!

aktiviti di rumah hari ini adalah melayan Melodi di TV3 sambil melayan karenah my mother yang nak kongsikan pengalaman dia menggunakan minyak kelapa dara keluarann It Works.
My mother send testimoni penggunaan minyak tu kat blog  http://kelapadaraitworks.blogspot.com/
diharap owner blog tu akan kongsikan pengalaman my mother....

apa yang my mom type?




pada thn 2009 medical chek-up saya, doktor telah  high light pada keputusan  LDL cholesterol 2.7/104.saya rasa risau sebab jika mengikut keturunan, ibu saya darah tinggi dan bapa saya  kencing manis.usaha saya hanya menjaga diet,setelah sepupu memperkenalkn minyak kelapa dara  it works sya pun mencubanya.saya mula teruja kerana  berat badan menurun,buang air besar sgt2222 lawas,bdan rasa ringan,kulit tidak kering lgi,setelah habis 1 botol saya buat medical chek-up pada 16.3.2011 dan mendapati result LDL cholesterol tidak d hight light lagi  saya rsa bersyukur kerana keputusannya 2.0/76.,anak saya mengalami keguguran rambut yang sgt teruk.kemudian setelah mencuba minyak kelap dara it works anak rambut mulai tumbuh dan tiada keguguran lagi, sekarang suami yg menghidap cancer colon masih dalam percubaan menggunakan minyak kelapa dara ini. diharap akan berlaku keajaiban terhadap tahap kesihatannya..

tak cuba tak tahu,dah cuba baru merasai kelebihanya. 



so, ini keputusan medical check up my mom.
klik gambar untuk tumbesaran melampau batas.

Monday, January 24, 2011

LOVE IS CINTA


Mencintai bukanlah bagaimana kita melupakan, melainkan bagaimana kita memaafkan. 


Bukanlah bagaimana kita mendengarkan, melainkan bagaimana kita mengerti. 


Bukanlah apa yang kita lihat, melainkan apa yang kita rasakan. 


Bukanlah bagaimana kita melepaskan, melainkan bagaimana kita bertahan.


Lebih bahaya meneteskan air mata dalam hati, dibandingkan menangis tersedu-sedu. Air mata yang keluar dapat dihapus, sementara air mata yang tersembunyi menggoreskan luka yang tidak akan pernah hilang. Dalam urusan cinta, kita sangat jarang menang. Tapi ketika cinta itu tulus, meskipun kalah, kita tetap menang hanya karena kita berbahagia dapat mencintai seseorang lebih dari diri kita sendiri. 

Friday, October 8, 2010

Karnival silang budaya 8 oct 2010

ini adalah aktiviti program Silang Budaya IZISH, UKM 2010
kalau tahun lepas blok kitorang dapat tema kaum Sabah dan Sarawak.
Kali ini, kitorang dapat tema kaum India pula.
Blok A-tema kaum Melayu,
Blok B (block ai)-tema kaum India,
Blok C-tema kaum Cina
dan Blok D-tema kaum Sabah dan Sarawak.
malas nak cerita panjang....
jom layan gambar-gambar aktiviti kami.
.
.
.
.
.

(untuk saiz yang luar biasa hebatnya...klik pada gambar)
apa yang sedang kitorang buat sampai tekun semacam 2? menganyam ketupat daun kelapa

inilah bendanya yang kitorang duk tekun buat tadi...
benda ni simbolik bagi orang India adalah untuk beritahu orang ramai bahawa ada majlis kematian keraian akan diadakan. yang meriah2 je tau!

ini adalah ai yang nmpk macam patung bertopengkan manusia. huduh sungguh!
bersama encik lelaki bukan nama sebenar dan cik adik manis.

inilah Kolam Ranggoli dari tepung. asalkan ada....
1 Malaysia woooo....


ai sedang bersama roomate ai iaitu cik Lini dan encik lelaki sekali lagi

kat pix ni, encik lelaki ini masih maintan macho yer~
ai berasa sangat berbahagia gembira kerana dapat memakai baju sari juga akhirnya.
dah lama berangan-angan nak nampak jelita dengan sari.
wahahaha....
tapi tetiba jadi patung bertopengkan manusia pula.
huduh!


sampai terherot gitu mulut dia nak bagi markah

okay, berkenaan Majlis Silang Budaya ni, ada 3 kategori yang dipertandingkan
1) Pertandingan Booth tercantik (gambar di atas, juri sedang melawat booth Blok B)
2) Pertandingan Tarian
3) Pertandingan Modelling (pakaian tradisional mengikut tema)

kenape ai ni tetibe ngade-ngade nak bersari bagai??
sebab i bertanding untuk pertandingan yang no.3 tu...
ngeh2...

okay
adakah kami sudah layak jadi ister lelaki India?

(untuk saiz yang luar biasa hebatnya...klik pada gambar)
aha, ini adalah model + penari = Blok B-tema kaum India

ish gelang ni..... tau la cantik. tapi tak kene gaya bila tersepit mcm 2 kan??
huduh sekali lagi

ai tau ai cantik baju 2 cantik....
encik lelaki ni pun jadi model bagi mewakili pesen lelaki India.
baju ai di sponsor oleh Ex-MEP IZISH

eh2. main sumpit pulak
ni blok D-tema kaum Sabah dan Sarawak

ai tau ai nampak macam penjual kain sari datang dari India Utara.
ngeee~


SILA BERHENTI KETAWA SEKARANG
.
.
.
.
.

ini adalah masa dah habis menjual kain sari. berSMS
perniagaan ai sangat laku ok!
sampaikan penjual goreng pisang panas pun nak tukar profession jadi macam ai.
hahaha...

baiklah, dengan rasa duka cita suka cita, ai nak bagi tau ni....
Blok B dapat:
tempat ke-2 untuk Pertandingan Booth Tercantik
tempat ke-2 untuk Pertandingan Tarian
dan
tempat ke-1 untuk Pertandingan Modelling

SILA BERI TEPUK TANGAN SEKARANG (dengan garangnya. ngeh2....)

blok lain dapat apa?
tak yah amik tau....
malas nak cerita.

-TAPI, JUARA KESELURUHAN ADALAH BLOK C-
FULL STOP

sila abaikan perempuan yang perasan macam model ANTM itu

terima kasih ats kerjasama yang diberikan

ai tak puas hati dengan senyuman mereka.
kenapa mereka senyum macam tu tak ajak ai????
ai di anak tirikan
huwaaa...


(untuk saiz yang luar biasa hebatnya...klik pada gambar)
meriahkan?

bila tgk pix ni, baru la ai tau betapa huduhnya sanggul ai yang tak de orang nak tolong buatkan.
terpaksa buat sendiri. make up pun kene buat sendiri. hmmmmm
sedey~

(T_T)

ai pun nak ngade2 amik gambar dengan hamper comel lotey nih
(thanx to roomate ai yang banyak amikkan gambar untuk ai)

orang nak edit, dia pun nak edit
ntah pape ntah.
huduh sekian kalinyer


ini gambar passport i.
boleh kan?
apasal ayat macam sama dalam FB???

akhirnyer.....
dapat juga kita berdua-duaan
berseri2 sungguh wajah cik Lini.
pun macam sama dalam FB

abaikan perempuan berbaju merah mak ngah ni~

kat gambar sebelum ni, ai kecewa sebab senyuman ai diabaikan.
kat sini, ai suruh dia senyum macam ai.
tgk! sampai juling mata ai tau.

mereka roomate~

mereka roomate lagi~
errr....
lagi sorang tu bukan kot.

ini gambar pertama saya dengan encik Ustaz,
apasal tertiba saya pulak?
bergambar dengan ustaz kan.... takkan nak ai yu-ai yu....

okay.
dah habis
sila la datang lagi yer
~

Tuesday, October 5, 2010

Jiwa Kacau

eh?
hehehe... :)
grrrr.....

aku tampo gak budak ni kang

Tuesday, September 1, 2009

final destination 4




Directed by: David R. Ellis

Produced by: Craig Perry,Warren Zide

Written by: Screenplay: Eric Bress

Characters: Jeffrey Reddick

Starring: Bobby Campo, Shantel VanSanten, Haley Webb, Nick Zano, Krista Allen, Andrew, Fiscella, Jessica Ritchie

Music by: Brian Tyler

Theme: Shirley Walker

Cinematography: Glen MacPherson

Editing by: Mark Stevens

Studio: Zide/Perry Productions, LivePlanet

Distributed by: New Line Cinema (Warner Bros.

Release date(s): August 28, 2009 (US/UK), October 15, 2009 (Aus/NZ)

Running time: 82 min.

Country: United States

Language: English

Budget: $43 million

Gross revenue: $28,300,000 (domestic)

Preceded by: Final Destination 3 (2006)


**kepada yang nak tau apa yang ada sebelum2 final destination 4, ini ada poster yang berkaitan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...