nuff

Showing posts with label dance. Show all posts
Showing posts with label dance. Show all posts

Sunday, February 20, 2011

Selamat Pagi Dunia~

Selamat Pagi Dunia~
hari ini nak melaporkan kesan kejadian malam tadi.

I Insomnia... 
so, pukul 6 baru terlelap setelah tak tidur-tidur dari pukul 10 semalam.
and then......

I bangun pagi hari ini boleh tahan awal juga~
tido pukul 6, bangun pukul 9.
cukup ke tidur tu???
and yang bertambah pelik,
 I bangun dengan sangat bertenaga + ceria (buka je mata terus nyanyi lagu hindustan) kejadahnya?!!!

curious juga ni.
dah la ada beberapa aktiviti penting dalam hari ini.
mari selak jadual~
(masalahnya ko ada ke jadual???
acah-acah mak enon jer....
amender la.....)

cukup...cukup... cukup yer!!!
hentikan monolog gila ko tu!
baiklah. perkara penting yang akan dilakukan hari ini adalah:
  1. latihan tarian pukul 2ptg bersama rakan sekelas (opkoslah berjam-jam lamanya~)
  2. latihan tarian pukul 9 malam untuk pertandingan (ni pun opkoslah menunggu semua sampai, amik masa berjam-jam lamanya. feed up betul dengan budak-budak ni! TENS!!! )
rasanya itu sahaja untuk pagi ini.
Intan Natasha melaporkan untuk  Blogger.com.

daaa~



Friday, October 8, 2010

Karnival silang budaya 8 oct 2010

ini adalah aktiviti program Silang Budaya IZISH, UKM 2010
kalau tahun lepas blok kitorang dapat tema kaum Sabah dan Sarawak.
Kali ini, kitorang dapat tema kaum India pula.
Blok A-tema kaum Melayu,
Blok B (block ai)-tema kaum India,
Blok C-tema kaum Cina
dan Blok D-tema kaum Sabah dan Sarawak.
malas nak cerita panjang....
jom layan gambar-gambar aktiviti kami.
.
.
.
.
.

(untuk saiz yang luar biasa hebatnya...klik pada gambar)
apa yang sedang kitorang buat sampai tekun semacam 2? menganyam ketupat daun kelapa

inilah bendanya yang kitorang duk tekun buat tadi...
benda ni simbolik bagi orang India adalah untuk beritahu orang ramai bahawa ada majlis kematian keraian akan diadakan. yang meriah2 je tau!

ini adalah ai yang nmpk macam patung bertopengkan manusia. huduh sungguh!
bersama encik lelaki bukan nama sebenar dan cik adik manis.

inilah Kolam Ranggoli dari tepung. asalkan ada....
1 Malaysia woooo....


ai sedang bersama roomate ai iaitu cik Lini dan encik lelaki sekali lagi

kat pix ni, encik lelaki ini masih maintan macho yer~
ai berasa sangat berbahagia gembira kerana dapat memakai baju sari juga akhirnya.
dah lama berangan-angan nak nampak jelita dengan sari.
wahahaha....
tapi tetiba jadi patung bertopengkan manusia pula.
huduh!


sampai terherot gitu mulut dia nak bagi markah

okay, berkenaan Majlis Silang Budaya ni, ada 3 kategori yang dipertandingkan
1) Pertandingan Booth tercantik (gambar di atas, juri sedang melawat booth Blok B)
2) Pertandingan Tarian
3) Pertandingan Modelling (pakaian tradisional mengikut tema)

kenape ai ni tetibe ngade-ngade nak bersari bagai??
sebab i bertanding untuk pertandingan yang no.3 tu...
ngeh2...

okay
adakah kami sudah layak jadi ister lelaki India?

(untuk saiz yang luar biasa hebatnya...klik pada gambar)
aha, ini adalah model + penari = Blok B-tema kaum India

ish gelang ni..... tau la cantik. tapi tak kene gaya bila tersepit mcm 2 kan??
huduh sekali lagi

ai tau ai cantik baju 2 cantik....
encik lelaki ni pun jadi model bagi mewakili pesen lelaki India.
baju ai di sponsor oleh Ex-MEP IZISH

eh2. main sumpit pulak
ni blok D-tema kaum Sabah dan Sarawak

ai tau ai nampak macam penjual kain sari datang dari India Utara.
ngeee~


SILA BERHENTI KETAWA SEKARANG
.
.
.
.
.

ini adalah masa dah habis menjual kain sari. berSMS
perniagaan ai sangat laku ok!
sampaikan penjual goreng pisang panas pun nak tukar profession jadi macam ai.
hahaha...

baiklah, dengan rasa duka cita suka cita, ai nak bagi tau ni....
Blok B dapat:
tempat ke-2 untuk Pertandingan Booth Tercantik
tempat ke-2 untuk Pertandingan Tarian
dan
tempat ke-1 untuk Pertandingan Modelling

SILA BERI TEPUK TANGAN SEKARANG (dengan garangnya. ngeh2....)

blok lain dapat apa?
tak yah amik tau....
malas nak cerita.

-TAPI, JUARA KESELURUHAN ADALAH BLOK C-
FULL STOP

sila abaikan perempuan yang perasan macam model ANTM itu

terima kasih ats kerjasama yang diberikan

ai tak puas hati dengan senyuman mereka.
kenapa mereka senyum macam tu tak ajak ai????
ai di anak tirikan
huwaaa...


(untuk saiz yang luar biasa hebatnya...klik pada gambar)
meriahkan?

bila tgk pix ni, baru la ai tau betapa huduhnya sanggul ai yang tak de orang nak tolong buatkan.
terpaksa buat sendiri. make up pun kene buat sendiri. hmmmmm
sedey~

(T_T)

ai pun nak ngade2 amik gambar dengan hamper comel lotey nih
(thanx to roomate ai yang banyak amikkan gambar untuk ai)

orang nak edit, dia pun nak edit
ntah pape ntah.
huduh sekian kalinyer


ini gambar passport i.
boleh kan?
apasal ayat macam sama dalam FB???

akhirnyer.....
dapat juga kita berdua-duaan
berseri2 sungguh wajah cik Lini.
pun macam sama dalam FB

abaikan perempuan berbaju merah mak ngah ni~

kat gambar sebelum ni, ai kecewa sebab senyuman ai diabaikan.
kat sini, ai suruh dia senyum macam ai.
tgk! sampai juling mata ai tau.

mereka roomate~

mereka roomate lagi~
errr....
lagi sorang tu bukan kot.

ini gambar pertama saya dengan encik Ustaz,
apasal tertiba saya pulak?
bergambar dengan ustaz kan.... takkan nak ai yu-ai yu....

okay.
dah habis
sila la datang lagi yer
~

Friday, November 6, 2009

Orang Berkata-kata




Sejak aku kecik lagi, sampai la aku dah tua bangka ni..... aku selalu berhadapan dengan 1st impression orang lain. macam-macam yang orang boleh sangka dan macam2 yang orang boleh tanggap. dan aku pula, apa jek yang aku boleh buat selain lantakkan je la pe yang orang nak pikir. sebab tu, cara hidup aku macam ni.


biasanya, bila orang dah kenal rapat ngan aku, diorang akan berkonfratasi dengan aku tentang:

1. "dulu ingatkan SHA ni sombong. hehehe"

2. "dulu igatkan SHA ni kerek. hehe"

3. "dulu ingatkan SHA ni belagak.hehe"

4. "dulu ingatkan SHA ni pendiam. hehe"

5. "dulu ingatkan SHA ni xsuke benda-benda cam ni."

6. "dulu ingatkan SHA anak orang kaya"

7. "dulu ingatkan awak ni garang"

8. "xsangka SHA ni ok jek ek"

dulu....
tu dulu...
dulu-dulu punye cerita.
cerita tu pun awak yang 'ingatkan' sendiri.

so, 1st impression selalu orang buat terhadap orang lain.

kat sini, aku harap orang yang kenal siapa aku boleh la bandingkan 1st impression korang dengan apa yang aku nk bagi tau ni. ok.

aku ni simple jek orangnya,
orang baik dengan aku, aku pun baik la dengan dia...
klu orang tu tak banyak cakap ngan aku, aku pun xnak la banyak cakap dengan dia, kang dia ingat aku ni tak reti diam plak.
kalau orang buat onar kat aku, aku pun buat dono jek. tapi mest la sakit hati n berbadi jek rasa, and kalau aku sampai hati...aku akan buat balik apa yang dia buat kat aku.
kalau orang xnak kawan ngan aku, aku lagi la tak hingin ok!
kalau orang menyumpah aku, aku pasang perisai supaya xkene sumpahan 2. bak kata orang kerana mulut, badan binasa. so, baik kita gunakan mulut kita untuk cakap benda yang baik-baik aje.
kalau orang amik barang aku tanpa kebenaran, aku pun buat muka. memang mak aku dah ajar aku dari kecik jangan amik barang orang tanpa kebenaran.
kalau orang ganggu hidup aku, aku akan lari dari dia supaya aku tak tensi-tensi lagi
kalau orang marah aku, aku marah la balik, aku memang pemarah
orangnya.
kalau orang bagi aku hadiah, aku pun bagi terima kasih,
kalau orang buat aku macam kuli dia, aku pun hangin la...!!
kalau orang sayang aku, aku pun sayang la dia balik,
kalau orang ingat aku, aku akan sedaya upaya tak nak lupakan dia,
kalau orang bagi aku duit, aku pun amik la,
kalau orang bagi benda yang aku tak nak, aku tolak dengan baik, seeloknya, kita gunalah budi bicara...
kalau orang paksa aku, lagi la aku hangin!! memang pantang besar aku kalau orang memaksa bnda yang aku dah cakap aku tak nak.
kalau orang tak kenal aku, aku buat dono jek...perlu ke nak kenalka
n diri?
kalau orang hargai aku, aku pun sangat menghargai dia.

so, macam aku cakap...aku ni simple jek orangnya.
aku suka buat apa yang aku rasa aku nak buat, kalau aku dah tergerak hati nak buat sesuatu, aku akan 'just do it'. lantak la xde kawan ke, malu ke, orang tengok ke, susah ke... pape ke...

orang selalu cakap, lantakkan je la pe yang orang nak kata asalkan kita bahagia. kan2?

aku rasa, aku ni seorang yang suka sesuatu yang mencabar, tapi badan ni xde la daya sangat. contonya, masa kecik-kecik dulu... aku suka sngt nak masuk silat, akhirnya aku dapat masuk silat sampai aku main silat olahraga... masa 2 memang memalukan sebab aku kalah. tapi pape pun,aku puas sebab dapat buat apa yang aku nak buat.

bila aku dh besar sekarang ni, aku suka sangat masuk tarian, bapak aku tak suka sangat aku menari-nari ni, tapi dia tak pernah larang. bagi aku, setiap kali aku belajar setiap step baru tu adalah cabaran bagi aku dan aku akan pastikan yang aku boleh buat. ingat menari ni senang ke? menuntut kesungguhan dan kesabaran tau! dan yang penting tekun.

selain tu, aku teringin nak mengembara satu dunia, nak bungee jumping, wall climbing, menunggang kuda, sky diving, scuba diving, and macam lagi la yang extreme. memang aku teringin sangat nak buat, aku harap sangat sebelum aku mati.. aku boleh buat semua tu.

so, korang dah tau kan aku cam mana? mungkin korang terkejut sebab tak sangka aku cam ni. hehehe..... nmpk jek cam gegurl, girlie girl, gedik-gedik, poyo-poyo. hahah...

tapi aku rasa untuk yang ni.... korang mest tak sangka yang aku ni seorang yang manja sangat dengan orang-orang yang aku sayang, macam mak bapak aku, bf aku dan orang yang rapat dengan aku,
aku ni romantik orangnya... selain suka dengar lagu romantic, aku suka suasana yang romantic.
aku ni walaupun banyak nmpk cam pemarah, tapi aku rasa aku dah banyak bersabar lebih dari marah. korang tak tau.... aku jek yang pendam dalam hati. (dalam hati tak siapa pun yang tau)
aku ni pendiam sebenarnya.
aku benci orang yang tak tau nak pikir perasan aku.nyampah nak mampos.orang macam tu baik mati pun tak pe.
aku benci kalau kene menunggu.
aku benci penipu, dan susah aku nak percaya lain kali.
aku suka sangat tidur. sebab tido beeeessstttt.....hahah
aku sentiasa cuba tak nak gemok. no way!!!
aku takut tikus dan kucing.
aku sensitip kalau pasal mak ayah ni.... sangat-sangat sensitip ok!!!
aku sayang parent aku lebih dari segalanya.
tapi jauh di sudut hati aku, aku sentiasa cuba untuk memaafkan setiap kesalahan yang orang dah buat pada aku. sebab kita pun tak tau pe jek kesalahan yang mungkin kita dah buat pada orang lain yang kita tak sedar. kan2?
dan yang paling penting, aku suka warna PINK


dalam dunia blogging ni.....aku suka nak bagi tau yang~

  • Nama blog aku Tasha's
  • Nama aku Intan Natasha Bt Abu Bakar
  • aku tak kerja sebab aku student UKM di fakulti pendidikan.
  • and kalau nak tau lebih bayak, sila la klik HOME yang kat atas tu...

rasanya tu jek kot yang aku ingat untuk bagi tau kat korng, kalau ada lagi nnt aku tambah ok.



and finally.... that is me...



kalau berminat nak baca lagi, klik sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...