nuff

Showing posts with label me. Show all posts
Showing posts with label me. Show all posts

Thursday, July 7, 2011

Azam tahun baru 2011!!!

~ini sticky post~




Azam 2011 Intan Natasha...
so, ai teringin nak tau apakah azam tahun baru rakan-rakan blogger semua.
kalau ada yang dah buat entry pasal azam 2011
sila la link kan kat ai yer....

mana la tau azam kita sama.
hehehe.....

btw, apa yang ai harapkan untuk dilaksanakan pada sepanjang 2011 adalah:
  1. graduate atau = dengan konvokesyen sebagai mahasiswa UKM
  2. seriuskan diri dengan mengamalkan diet yang seimbang. tak nak makan terlalu kenyang dah!
  3. kurangkan marah-marah. lebihkan senyuman w/pun orang lain tak nak senyum kat ai. hahaha...
  4. dapatkan pekerjaan yang sesuai. tapi tak nak memilih sangat!
  5. kumpul duit untuk kawen
  6. berterima kasih setiap hari dengan apa yang ai dah lalui. sebab sebelum ni selalu terlupa nak ucap terima kasih, bukan stakat dengan Allah, dengan orang pun selalu lupa.
  7. menjadi anak yang lebih baik and dengar cakap ibu bapa.
semoga semua azam ai tercapai sepanjang 2011.

Tuesday, June 21, 2011

Menyertai Mari Menari


Mari Menari musim ke dua dah muncul..... I memang suka menari ni.... I suka tengok semua rancangan reality yang ada dalam TV tu berkaitan dengan tarian.... even, I suka tengok video-video tarian dalam youtube tu.... memang tarian ni my passion lah!

tak percaya? KLIK SINI

so, I terfikir kalau I dah kawin nanti and Mari Menari masih ada, I nak masuk lah...oleh itu, jelas lah disini bahawa kriteria pasangan I salah satu yang utamanya adalah boleh menari. hehehe...... disamping kriteria yang penting seperti  tttteeeettttt.....

so, siapa lelaki yang nak masuk Mari Menari and nak kawin dengan I....memang layak lah jadi pasangan I. hahahaha......masuk lah meminang I sekarang yer...... jom kita masuk Mari Menari jom!!!

desperado nya mak cik Intan ni..... gurau je..... itu cuma angan-angan, tapi kalau jadi realiti pun apa salahnya.

I rasa, orang yang tak gemar dengan benda-benda macam  ni mesti akan pandang rendah dengan I. tapi this is me.... I suka apa yang I minat. janganlah pandang rendah terhadap I okay.

Tuesday, February 15, 2011

Sila hentikan perbuatan itu



cukup-cukup la tu yer~
wajah anda sangat huduh. 
sila bersihkan lubang hidung anda terlebih dahulu.

tapi saya ada mata berwarna hazel.

sudah! jangan perasan.... mata kamu tu warna yang membosankan!

ini kes nak beli lens warna warni tapi tak diizinkan oleh suami.
LOL

Rahsia mendapatkan rambut hitam dan berkilat

enrty ringkas kali ni, I nak share rahsia mendapatkan rambut yang hitam dan berkilat. kalau ada yang suka rambut yang sihat dan berkilat walaupun diwarnakan pun boleh baca juga......



I suka warna hitam dan berkilat rambut I dalam gambar-gambar di atas. 
walaupun tak panjang mengurai.....senang dijaga.

so, here is the secret~
gunakan minyak kelapa.
sapukan pada rambut di malam hari sebelum tidur, dan biarkan semalaman....
dan cuci pada keesokan harinya.

tapi I tau, siapa je la yang sanggup dengan bau minyak kelapa tu,
and siapa je la sanggup buat minyak kelapa tu kan??
so, I amalkan penggunaan menyapu minyak kelapa dara dari keluaran It Works!
sekarang ni I bukan nak promote beli brand It Works ni....
tapi I nak bagitau cara mudah mendapatkan minyak kelapa.



so, dengan menggunakan minyak ini, I amalkan cara diatas untuk menghitam dan mengilatkan rambut I.

tapi ada satu lagi masalah yang I belum jumpa penyelesaiannya....
masalah keguguran rambut. ada sesiapa nak share cara hentikan keguguran yang maximum?
sila la share dengan I yer.

awat nmpk lain?


awat muka I kat sini nmpk lain sangat ek?
ni Tasha ke.... orang lain??

Monday, October 4, 2010

saya 2


ok, saya frust sekarang sebab semangat yang berkobar-kobar untuk buat latihan ilmiah telah dimatikan dengan isu tak ada air di Blok B ini. tambahan pula tetiba jek malam ni sampai 2x tak ada elektrik yang lebih teruk daripada biasa. (ada kaitan ke dengan semangat nak buat latihan ilmiah???) ahhh....lantak la... nak patah semangat juga! (pemalas sebenarnya) shadap you!!

lagi satu benda yang tak ada kaitan adalah:

saya

cuma ada

3 adik beradik sahaja. iaitu:

along -Intan Natasha Bt Abu Bakar

angah- Abu Aliff Izzati B. Abu Bakar

dan

adik- Abu Izzani B. Abu Bakar

xde kaitan!!!!
ini betul-betul tak ada kaitan ok!!!!


saya buhsan~

Sunday, October 3, 2010

saya 1


saya berada di library UKM, Bangi sekarang.
saya sangat bosan lihat banyak sangat buku.

saya nak beritahu, saya ada 1 orang mak yang saya panggil

Ibu -nama penuh dia Molek Bt Mohd Yusoff

dan saya ada 1 orang bapa yang saya panggil

Ayah - nama penuh dia Abu Bakar B. Rozali


saya lah anak pertama mereka yang lahir pada 19 ogos 1987



saya sayang mereka -full stop-

sekian~

Friday, October 1, 2010

luahan rasa

memandangkan roomate kita tgh bersedih dengan laptop dia yang tak dapat direpair, kita pun nak juga luahkan perasaan sedih kita yang tengah frust menonggeng-nonggeng ni.....

ingat orang putus cinta aje ke yang boleh frust menonggeng-nonggeng? tak bercinta pun boleh tau.... huwaaa..... :(

nak tau tak, kita admire sangat kat dua manusia ni..... rasanya diorang bukan artis kot. cuma manusia biasa yang kita pun tak pernah jumpa dia. tapi ada sesuatu pada diorang ni yang kita admire and cam suka nak tau.

so, apa yang kita buat???
kita add la dia kat Facebook. and yang lg sorang ni ada blog. and kita pun follow la blog dia..... kita admire ngan entry2 dia ni. ayat dia pun sempoi jek walaupun kita tak tau pe yang dia ceritakan.
kita suka blog Dey Minachi

kenapa kita admire diorang?:
1. sebab dua-dua natural beauty
2. both ada kulit yang gebu
3. both ada rambut yang cantik (mesti natural juga)

tak pe la..... kita sedar kita tak cantik macam diorang. kita tak de rambut lawa mcm diorang..... apasal ter emosi lak ne???

kita dah lama add diorang kat facebook.tapi sampai ke hari ini, mereka tak de pun buat apa2. approve pun tak, ignore pun tak.... kita ni tertunggu2 la.... huwaa.....

tak pe la kan, mak kita kata, kalau orang dah tak suka, kita tak leh paksa.

hmmmm.... :(


nnt korang tgk la mcm mana cantiknye diorang tau~ nak curi gambar n letak kat sini tak berani pulak. takut kene report plak nnt.... :(


eh! dah lah..... baik kita g mandi.

Wednesday, September 29, 2010

Ehem..... Ehem....

sedang mencuba.... masih berjinak-jinak dengan dunia berblog ni.....
terima kasih kepada Ben Ashaari....
kalau dia tak tau saya baca blog dia pun tak pe la.
asalkan dia ada nampka kasut tumit tinggi yang follow dia (tu pun kalau dia pandang) hehehe.....
dunia menjelajah alam maya ni memang ada masanya mengkhayalkan. tapi kene pandai-pandai cari bahan la..... jangan cari yang bukan-bukan dah la kan. eheheh

Friday, November 6, 2009

Orang Berkata-kata




Sejak aku kecik lagi, sampai la aku dah tua bangka ni..... aku selalu berhadapan dengan 1st impression orang lain. macam-macam yang orang boleh sangka dan macam2 yang orang boleh tanggap. dan aku pula, apa jek yang aku boleh buat selain lantakkan je la pe yang orang nak pikir. sebab tu, cara hidup aku macam ni.


biasanya, bila orang dah kenal rapat ngan aku, diorang akan berkonfratasi dengan aku tentang:

1. "dulu ingatkan SHA ni sombong. hehehe"

2. "dulu igatkan SHA ni kerek. hehe"

3. "dulu ingatkan SHA ni belagak.hehe"

4. "dulu ingatkan SHA ni pendiam. hehe"

5. "dulu ingatkan SHA ni xsuke benda-benda cam ni."

6. "dulu ingatkan SHA anak orang kaya"

7. "dulu ingatkan awak ni garang"

8. "xsangka SHA ni ok jek ek"

dulu....
tu dulu...
dulu-dulu punye cerita.
cerita tu pun awak yang 'ingatkan' sendiri.

so, 1st impression selalu orang buat terhadap orang lain.

kat sini, aku harap orang yang kenal siapa aku boleh la bandingkan 1st impression korang dengan apa yang aku nk bagi tau ni. ok.

aku ni simple jek orangnya,
orang baik dengan aku, aku pun baik la dengan dia...
klu orang tu tak banyak cakap ngan aku, aku pun xnak la banyak cakap dengan dia, kang dia ingat aku ni tak reti diam plak.
kalau orang buat onar kat aku, aku pun buat dono jek. tapi mest la sakit hati n berbadi jek rasa, and kalau aku sampai hati...aku akan buat balik apa yang dia buat kat aku.
kalau orang xnak kawan ngan aku, aku lagi la tak hingin ok!
kalau orang menyumpah aku, aku pasang perisai supaya xkene sumpahan 2. bak kata orang kerana mulut, badan binasa. so, baik kita gunakan mulut kita untuk cakap benda yang baik-baik aje.
kalau orang amik barang aku tanpa kebenaran, aku pun buat muka. memang mak aku dah ajar aku dari kecik jangan amik barang orang tanpa kebenaran.
kalau orang ganggu hidup aku, aku akan lari dari dia supaya aku tak tensi-tensi lagi
kalau orang marah aku, aku marah la balik, aku memang pemarah
orangnya.
kalau orang bagi aku hadiah, aku pun bagi terima kasih,
kalau orang buat aku macam kuli dia, aku pun hangin la...!!
kalau orang sayang aku, aku pun sayang la dia balik,
kalau orang ingat aku, aku akan sedaya upaya tak nak lupakan dia,
kalau orang bagi aku duit, aku pun amik la,
kalau orang bagi benda yang aku tak nak, aku tolak dengan baik, seeloknya, kita gunalah budi bicara...
kalau orang paksa aku, lagi la aku hangin!! memang pantang besar aku kalau orang memaksa bnda yang aku dah cakap aku tak nak.
kalau orang tak kenal aku, aku buat dono jek...perlu ke nak kenalka
n diri?
kalau orang hargai aku, aku pun sangat menghargai dia.

so, macam aku cakap...aku ni simple jek orangnya.
aku suka buat apa yang aku rasa aku nak buat, kalau aku dah tergerak hati nak buat sesuatu, aku akan 'just do it'. lantak la xde kawan ke, malu ke, orang tengok ke, susah ke... pape ke...

orang selalu cakap, lantakkan je la pe yang orang nak kata asalkan kita bahagia. kan2?

aku rasa, aku ni seorang yang suka sesuatu yang mencabar, tapi badan ni xde la daya sangat. contonya, masa kecik-kecik dulu... aku suka sngt nak masuk silat, akhirnya aku dapat masuk silat sampai aku main silat olahraga... masa 2 memang memalukan sebab aku kalah. tapi pape pun,aku puas sebab dapat buat apa yang aku nak buat.

bila aku dh besar sekarang ni, aku suka sangat masuk tarian, bapak aku tak suka sangat aku menari-nari ni, tapi dia tak pernah larang. bagi aku, setiap kali aku belajar setiap step baru tu adalah cabaran bagi aku dan aku akan pastikan yang aku boleh buat. ingat menari ni senang ke? menuntut kesungguhan dan kesabaran tau! dan yang penting tekun.

selain tu, aku teringin nak mengembara satu dunia, nak bungee jumping, wall climbing, menunggang kuda, sky diving, scuba diving, and macam lagi la yang extreme. memang aku teringin sangat nak buat, aku harap sangat sebelum aku mati.. aku boleh buat semua tu.

so, korang dah tau kan aku cam mana? mungkin korang terkejut sebab tak sangka aku cam ni. hehehe..... nmpk jek cam gegurl, girlie girl, gedik-gedik, poyo-poyo. hahah...

tapi aku rasa untuk yang ni.... korang mest tak sangka yang aku ni seorang yang manja sangat dengan orang-orang yang aku sayang, macam mak bapak aku, bf aku dan orang yang rapat dengan aku,
aku ni romantik orangnya... selain suka dengar lagu romantic, aku suka suasana yang romantic.
aku ni walaupun banyak nmpk cam pemarah, tapi aku rasa aku dah banyak bersabar lebih dari marah. korang tak tau.... aku jek yang pendam dalam hati. (dalam hati tak siapa pun yang tau)
aku ni pendiam sebenarnya.
aku benci orang yang tak tau nak pikir perasan aku.nyampah nak mampos.orang macam tu baik mati pun tak pe.
aku benci kalau kene menunggu.
aku benci penipu, dan susah aku nak percaya lain kali.
aku suka sangat tidur. sebab tido beeeessstttt.....hahah
aku sentiasa cuba tak nak gemok. no way!!!
aku takut tikus dan kucing.
aku sensitip kalau pasal mak ayah ni.... sangat-sangat sensitip ok!!!
aku sayang parent aku lebih dari segalanya.
tapi jauh di sudut hati aku, aku sentiasa cuba untuk memaafkan setiap kesalahan yang orang dah buat pada aku. sebab kita pun tak tau pe jek kesalahan yang mungkin kita dah buat pada orang lain yang kita tak sedar. kan2?
dan yang paling penting, aku suka warna PINK


dalam dunia blogging ni.....aku suka nak bagi tau yang~

  • Nama blog aku Tasha's
  • Nama aku Intan Natasha Bt Abu Bakar
  • aku tak kerja sebab aku student UKM di fakulti pendidikan.
  • and kalau nak tau lebih bayak, sila la klik HOME yang kat atas tu...

rasanya tu jek kot yang aku ingat untuk bagi tau kat korng, kalau ada lagi nnt aku tambah ok.



and finally.... that is me...



kalau berminat nak baca lagi, klik sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...