nuff

Showing posts with label cry. Show all posts
Showing posts with label cry. Show all posts

Wednesday, June 15, 2011

"Susu Terakhir"

"Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga. Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. 

Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya. Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahu bayinya disusukan olehnya. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang. Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. 

Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi. Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah... "

**Sedihny…sampai rasa sebak yg amat sangat dalam dada…betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupon ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang".


begitulah kisah yang telah dikogsikan oleh my friend melalui emailnya.

Sunday, April 17, 2011

No More Cry Baby~




Menyesalnya tak dapat join gathering kawan-kawan blogger area KL kat Alamanda yang dianjurkan oleh Abg Ben. I kene selesaikan misi pening penting.....kalau tak, sampai bila-bila pun I akan terus menangis dan air mata I tu kalau ditadah, cukup kot untuk mandi bunga.... hehehehe.....

masalah muda mudi ni memang tak ada hentinya.... so, selagi hidup kita kene la 'live your life' kalau tak..... baik bunuh diri!
I learn all this daripada subjek Tekanan dan Sokongan. thanx to Dr. Rosadah sebab banyak mengajar kami dan kenalkan kami dengan apa itu tekanan. kalau tak, mmng sampai sudah lah kita tak sedar yang kita dalam keadaan tertekan. I bersyukur sangat yang I masih mampu berfikiran waras. kalau I tak waras, ntah-ntah I dah bunuh Ex-boyfriend I agaknya.... atau pun....kalau I tak waras, ntah-ntah I dah bomohkan dia supaya tunduk dengan I.

Tapi, bak kata kawan I hidup ini hanya pinjaman..... even parent kita sendiri pun akan kembali padaNya... so,     tiba-tba pulak rasa nak nyani lagu:



Dewa- Hadapi Dengan Senyuman.


Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja


Bila ketetapan tuhan

Sudah ditetapkan

Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah



Relakanlah saja ini

Bahwa semua yang terbaik

Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

APA??? TAK PERNAH DGR LGU NI??RUGI LA KORANG....
KLIK SINI UNTUK DENGAR LAGU TU


By the way, I terima semua ni adalah kerja Tuhan.... siapa lah kita untuk mengubah takdir yang dia dah tetapkan kan~

apa-apa pun....thanx pada Syarifah (GIRLS POWER!!!!!!)

I harap I akan terus tenang selepas ini.
semoga I akan terus tabah~

Saturday, April 16, 2011

i just wanna cry


menangislah semahunya.....
semoga kegusaran itu akan jatuh bersama-sama air matamu.
tabahlah mengadapi dugaan hidup ini yer Tasha....

Monday, February 21, 2011

Terapi menghadapi tekanan

hari ini kelas yang agak bnyk komen dari kawan-kawan.
kumpulan I present terapi menghadapi tekanan dengan menggunakan tayangan video yang menyenangkan dan seterusnya menguji tahap stress dengan terapi bola.

ini tayangan video kami:
(PERINGATAN! kalau nak layan video ini, layan kat tempat yang sunyi dan selesa. ulang sekali lagi...sunyi dan selesa yer...)

feed back ada yang positif dan negatif. tapi itu semua kami terima dengan hati terbuka.

lepas kumpulan I, my friend pula present Terapi Lukisan
so, my friend pun menceritakan pengalaman dia menghadapi terapi lukisan.

bapak dia.... menangis berjurai-jurai air mata semua orang.
(kecuali yang berjiwa kental la...)

apa yang buatkan semua orang menangis?
dia ceritakan kenapa dia lukis pokok....
pokok tersebut dia ibaratkan tentang diri dia yang berdiri dengan memerlukan sumber lain untuk terus hidup contohnya air, cahaya matahari, udara dll....

so, dia memerlukan family, kawan-kawan, guru dan lain-lain untuk berdiri.
dalam bercerita tu, dia cerita la macam mana dia menghadapi saat mak  dia pergi meninggalkan dia dan seluruh keluarga. sampaikan dia rasa pemergian mak dia tu dah macam mebawa seluruh diri dia pergi bersama.

huhuhuhu....
I ni dah la sensitif pasal mak-mak ni...
dah tentulah  I menangis~
dah la hari ni birthday my mom plak tu....
ini Ibu saya


huwaaaa....
nasib baik tengah malam tadi dah wish. kalau belum wish lagilah rasa bersalah.

dia cerita macam mana dia jaga nak dia kat hospital,
macam mana dia baru balik rumah sekejap sebab  bergilir jaga mak dia dengan kakak.
and tiba-tiba dapat panggilan mak dia dah meninggal.

OMG~
I tak dapat bayangkan kalau I menghadapi situasi itu.
serius I tak sanggup kehilangan mereka yang I sayang!
mereka yang dah membersarkan I
mereka yang pelihara I
mereka yang mengajar I erti kasih sayang.

I pun sayang my parent!
walaupun kami tak kaya...
tapi I sayang mereka lebih dari semua harta kekayaan di dunia ni.

huwaaa....
tak nak citer dah lah. kan dah nangis....

-the end-

Saturday, February 19, 2011

GIMP killing ME!!!!!


nampak tak  gambar di atas?
I nak jadikan dia transparent. so, how????
I gunakan softwear GIMP versi BM.
tutorialnya I ikut arahan dari Hashira

tengok arahan dia punya la senang....
I try buat kali pertama tak menjadi...
kali kedua pun tak menjadi....
kali ke-3 pun tak menjadi....

OMG!!!!

I give up!

berehat 5 saat.
then try cari gambar lain yang ada background warna putih.
I try buat..... 
kali ni masa save tu, ada pop out and I klik 'ignore' sebab sebelum ni I klik 'export'
then, save.
tup.. tup...(dengan jantung yang berdebar.... terhasillah~)
YESSSS!!!!!!!

I dah dapat jawapan kenapa percubaan yang berkali-kali tadi gagal.

and lastly I cuba lagi.
dan akhirnya.....



rasa macam menang RM berjuta-juta je bila dah berjaya....
I rasa roomate I tengokkan aje keje gila I.
siap sakit hati nak hempuk-hempuk laptop masa give up tu!
(tapi harap-harap dia tak prasan sebab dia tengah leka tengok cerita dalam netbook dia)
wahahahahaha.....

mood bahagia~
ni yang nak kene nyanyi lagi L.O.V.E nih!
hahahaha....




Thursday, December 2, 2010

Luahan Perasaan

kali ini, ai nak luahkan perasaan tak puas hati ai.
benda ni dah lama dah.... tapi kenapa baru sekarang nak cerita?

benda ni ada kaitan dengan perkara yang baru timbul dalam hidup ai.
okay, kita cerita yg baru dulu, baru yang lama ea....

ke u olz nak yang lama baru yang baru??

baru ke lama?

hurm..... confuse dah ni...

Friday, October 1, 2010

luahan rasa

memandangkan roomate kita tgh bersedih dengan laptop dia yang tak dapat direpair, kita pun nak juga luahkan perasaan sedih kita yang tengah frust menonggeng-nonggeng ni.....

ingat orang putus cinta aje ke yang boleh frust menonggeng-nonggeng? tak bercinta pun boleh tau.... huwaaa..... :(

nak tau tak, kita admire sangat kat dua manusia ni..... rasanya diorang bukan artis kot. cuma manusia biasa yang kita pun tak pernah jumpa dia. tapi ada sesuatu pada diorang ni yang kita admire and cam suka nak tau.

so, apa yang kita buat???
kita add la dia kat Facebook. and yang lg sorang ni ada blog. and kita pun follow la blog dia..... kita admire ngan entry2 dia ni. ayat dia pun sempoi jek walaupun kita tak tau pe yang dia ceritakan.
kita suka blog Dey Minachi

kenapa kita admire diorang?:
1. sebab dua-dua natural beauty
2. both ada kulit yang gebu
3. both ada rambut yang cantik (mesti natural juga)

tak pe la..... kita sedar kita tak cantik macam diorang. kita tak de rambut lawa mcm diorang..... apasal ter emosi lak ne???

kita dah lama add diorang kat facebook.tapi sampai ke hari ini, mereka tak de pun buat apa2. approve pun tak, ignore pun tak.... kita ni tertunggu2 la.... huwaa.....

tak pe la kan, mak kita kata, kalau orang dah tak suka, kita tak leh paksa.

hmmmm.... :(


nnt korang tgk la mcm mana cantiknye diorang tau~ nak curi gambar n letak kat sini tak berani pulak. takut kene report plak nnt.... :(


eh! dah lah..... baik kita g mandi.

Tuesday, January 26, 2010

OMG!!

arini aku tak nak cerita banyak2.... bnda ni dah cukup buat aku bercerita.


sambil baca bnda ni, aku dah menangis sepuas-puasnya. aku tak mampu lagi nak bendung air mata aku dari terus mengalir. sesungguhnya aku pun tak sedar pada ayat yang mana air mata aku mula mengalir.

GOD!!!
aku mmng sensitip bab2 ni.

apa bnda yang aku cakap kan ni??
kalau nak tau. tekan link bawah ni.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...