nuff

Wednesday, June 15, 2011

"Susu Terakhir"

"Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga. Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. 

Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya. Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahu bayinya disusukan olehnya. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang. Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. 

Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi. Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah... "

**Sedihny…sampai rasa sebak yg amat sangat dalam dada…betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupon ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang".


begitulah kisah yang telah dikogsikan oleh my friend melalui emailnya.

5 000 kritikan hebat!:

THE LEKAT LEKIT STORY said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kasih seorang ibu.. tersentuh baca kisah ni tasha. sy pun bakal ibu.. naluri tu dah semakin wujud dalam diri saya. kdg2 ada hari yg rasa takde selera nak makan, tp bila fikirkan ada satu nyawa yg berkongsi badan dgn saya.. saya makan juga. Mungkin itulah naluri seorang ibu yg sebelum ni tak pernah saya rasa.

Princess Nur said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

subhanallah..kesian dan sangat sedih dengan cerita ini.. bila berlaku ni sha? akak takde baca pun :((

coffee said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

speechless..... super sad.....

Tasha said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

NTAH LAH KAK.... KAWAN SAYA YANG EMAIL, SAYA PUN TAK TAU. SEDIH KAN...??

cik pulau said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sedihnya....
agungnya kasih seorang ibu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...