nuff

Thursday, June 23, 2011

cantik?

Orang selalu cakap perempuan yang baik untuk lelaki yang baik sahaja.....??? betul ker? I tau yang I tak cukup baik sangat....tapi I nak juga lelaki yang baik dalam hidup I. tanya lah dengan orang yang dalam penjara tu, mesti dia nak pasangan yang baik walaupun dia tu tak cukup baik sampai dimasukkan dalam penjara. betul tak? tapi I tak la kata semua yang duduk dalam penjara tu tak baik  dan yang tak masuk penjara tu baik.... tapi manusia kan.....

Apa yang I nak persoalkan disini adalah kenapakah lelaki suka sangat tengok perempuan cantik? I ada terfikir, kalau seorang lelaki berkahwin dengan isteri yang menutup aurat.. adakah lelaki itu tak akan pandang perempuan yang cantik malah dalam dunia sekarang ni, kat mana-mana pun kita dapat tengok perempuan cantik. katakan lah lelaki itu telah di add oleh perempuan cantik dalam FB. mest lelaki tu suka tengok gambar-gambar perempuan tu sebab dia cantik dan sexy kan. so. macam mana?

And I ada terfikir juga yang kita perempuan ni.... sape yang tak suka tengok muka Orlando Bloom tu kan? siapa yang tak sejuk mata/hati bila tengok si Asyraf Muslim tu kan?? tapi kitorang perempuan tak suka pun tengok lelaki yang tak pakai baju. geli tau!!!! so, lelaki....tolonglah jawab kenapa kalian suka sangat tengok perempuan cantik2 and sexy2?? I cemburu tau tak!!! cemburu!!!

I tau lah.... selagi ada mata, seronok kalau tengok benda-benda yang cantik. tapi tengoklah pemandangan yang cantik2..... larikan lah pandangan u olz dari perempuan yang cantik tu..... cemburu tau jiwa ini! tapi I terfikir juga.... memanglah dekat pemandangan yang cantik tu, akan bertambah cantik kalau ada perempuan cantik....tapi tak nak la pandang perempuan tu! buat2 macam dia tak ada kat situ tak boleh ke???

Tengoklah iklan-iklan TV tu.... asik mempergunakan perempuan yang cantik dan sexy untuk lakukan barangan diorang.  tak adil tau!... dalam kehidupan realiti pun sama.... lelaki akan kahwin dengan perempuan yang baik-baik, alim, solehah dan ditinggalkan dalam rumah. sang suami pulak, keluar berfoya-foya dengan perempuan yang cantik dan sexy kat luar. sampaikan kadang-kadang I fikir 
"bini ko lagi lawa kot dari betina ni!"
So, kenapa kah lelaki suka nak ada perempuan lain sedangkan dia dah ada yang terbaik di rumah tu....setia menunggu dia. kalau bini dia kaki pukul dan kaki maki hamun tu.... memang layak lah lelaki tu  cari lain.. ini tidak!!!! bini baik duduk rumah. tak kasi tayang kat orang. betina garek juga ko usung ke sana sini. tak adil lah!!!!
tak adik betul lelaki yag macam tu! I tak suka...... 

para isteri sekalian~ jangan lah terpedaya dengan kebaikkan tingkah suami korang.... baik u olz cek apa dia buat kat belakang u olz tu! pergi cek   sekarang!!!  (ini kes terpengaruh cerita Anissa kat TV3 pukul 10.30 mlm tu)
.

Pape pun..... baca lah yang kat bawah ini untuk persoalan pertama dalam entry ini.
Dakwaan ini sebenarnya berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik". [Surah al-Nur, ayat 26]
Maksud “baik” dalam ayat di atas merujukan kepada sifat secara keseluruhan yang menonjol pada diri seseorang seperti kejujuran, kesopanan, kerajinan, banyak melakukan amal soleh dan sebagainya. Namun sebagai manusia, di celah-celah kebaikan yang banyak menonjol akan tetap ada kekurangan. Maka kekurangan dan kelemahan ini tidak membatalkan kebaikan mereka yang banyak, sebaliknya menjadi cabaran untuk memperbaiki dirinya.
Merujuk kepada kehidupan sebagai pasangan suami-isteri, maka hendaklah setiap individu memilih bakal pasangannya yang baik. Akan tetapi di sebalik kebaikan itu tentu wujud satu dua kekurangan dan ini bukanlah sesuatu yang berbeza lagi menyelisihi ayat 26 surah al-Nur di atas. Sebaliknya ia menjadi cabaran kepada setiap pasangan untuk saling memohon maaf, memaafkan dan berusaha untuk memperbaiki kekurangan itu   secara bersama. Daripada http://hafizfirdaus.com.

Semua orang sebenarnya mahu yang terbaik dalam hidup mereka. dan sebaiknya kita elakkan diri dari perkara yang boleh menyusahkan diri kita!!

5 000 kritikan hebat!:

haikalblank said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

manusia ni kadang tak pernah puas. dah jadi fitrah. cuma hati sama ada dapat dikawal atau tidak.

nafsu dalam diri lebih merbahaya dari bisikan syaitan....:D

mizzkechique said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kecantikan luaran xkn kekal..

THE LEKAT LEKIT STORY said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

memang sifat manusia suka pada yang cantik2 tp cantik di mata & penilaian setiap orang berbeza. ada yg suka tgk kecantikkan yg tertonjol atau jelas pd pandangan umum, ada juga suka pada kecantikkan dalaman. Tgk juga cerita Anissa. Aduhai.. seriau juga terima nasib yg sama. Bayangkan bermadu dgn kawan baik sendiri & di perbodohkan selama ni. huhuhuhu.. seram. Apapun tasha cantik pada pandangan mata saya. kekekeke

cik pulau said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bukan setakat lelaki..
perempuan pn suka benda yang cantik..^^,

coffee said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

AKU SUKA YG CANTIK JE.. hahahah gile demand tapi nak buat macam mane, naluri manusia semua nak yg cantik.... hehehe singah sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...