nuff

Showing posts with label hate. Show all posts
Showing posts with label hate. Show all posts

Thursday, June 23, 2011

cantik?

Orang selalu cakap perempuan yang baik untuk lelaki yang baik sahaja.....??? betul ker? I tau yang I tak cukup baik sangat....tapi I nak juga lelaki yang baik dalam hidup I. tanya lah dengan orang yang dalam penjara tu, mesti dia nak pasangan yang baik walaupun dia tu tak cukup baik sampai dimasukkan dalam penjara. betul tak? tapi I tak la kata semua yang duduk dalam penjara tu tak baik  dan yang tak masuk penjara tu baik.... tapi manusia kan.....

Apa yang I nak persoalkan disini adalah kenapakah lelaki suka sangat tengok perempuan cantik? I ada terfikir, kalau seorang lelaki berkahwin dengan isteri yang menutup aurat.. adakah lelaki itu tak akan pandang perempuan yang cantik malah dalam dunia sekarang ni, kat mana-mana pun kita dapat tengok perempuan cantik. katakan lah lelaki itu telah di add oleh perempuan cantik dalam FB. mest lelaki tu suka tengok gambar-gambar perempuan tu sebab dia cantik dan sexy kan. so. macam mana?

And I ada terfikir juga yang kita perempuan ni.... sape yang tak suka tengok muka Orlando Bloom tu kan? siapa yang tak sejuk mata/hati bila tengok si Asyraf Muslim tu kan?? tapi kitorang perempuan tak suka pun tengok lelaki yang tak pakai baju. geli tau!!!! so, lelaki....tolonglah jawab kenapa kalian suka sangat tengok perempuan cantik2 and sexy2?? I cemburu tau tak!!! cemburu!!!

I tau lah.... selagi ada mata, seronok kalau tengok benda-benda yang cantik. tapi tengoklah pemandangan yang cantik2..... larikan lah pandangan u olz dari perempuan yang cantik tu..... cemburu tau jiwa ini! tapi I terfikir juga.... memanglah dekat pemandangan yang cantik tu, akan bertambah cantik kalau ada perempuan cantik....tapi tak nak la pandang perempuan tu! buat2 macam dia tak ada kat situ tak boleh ke???

Tengoklah iklan-iklan TV tu.... asik mempergunakan perempuan yang cantik dan sexy untuk lakukan barangan diorang.  tak adil tau!... dalam kehidupan realiti pun sama.... lelaki akan kahwin dengan perempuan yang baik-baik, alim, solehah dan ditinggalkan dalam rumah. sang suami pulak, keluar berfoya-foya dengan perempuan yang cantik dan sexy kat luar. sampaikan kadang-kadang I fikir 
"bini ko lagi lawa kot dari betina ni!"
So, kenapa kah lelaki suka nak ada perempuan lain sedangkan dia dah ada yang terbaik di rumah tu....setia menunggu dia. kalau bini dia kaki pukul dan kaki maki hamun tu.... memang layak lah lelaki tu  cari lain.. ini tidak!!!! bini baik duduk rumah. tak kasi tayang kat orang. betina garek juga ko usung ke sana sini. tak adil lah!!!!
tak adik betul lelaki yag macam tu! I tak suka...... 

para isteri sekalian~ jangan lah terpedaya dengan kebaikkan tingkah suami korang.... baik u olz cek apa dia buat kat belakang u olz tu! pergi cek   sekarang!!!  (ini kes terpengaruh cerita Anissa kat TV3 pukul 10.30 mlm tu)
.

Pape pun..... baca lah yang kat bawah ini untuk persoalan pertama dalam entry ini.
Dakwaan ini sebenarnya berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik". [Surah al-Nur, ayat 26]
Maksud “baik” dalam ayat di atas merujukan kepada sifat secara keseluruhan yang menonjol pada diri seseorang seperti kejujuran, kesopanan, kerajinan, banyak melakukan amal soleh dan sebagainya. Namun sebagai manusia, di celah-celah kebaikan yang banyak menonjol akan tetap ada kekurangan. Maka kekurangan dan kelemahan ini tidak membatalkan kebaikan mereka yang banyak, sebaliknya menjadi cabaran untuk memperbaiki dirinya.
Merujuk kepada kehidupan sebagai pasangan suami-isteri, maka hendaklah setiap individu memilih bakal pasangannya yang baik. Akan tetapi di sebalik kebaikan itu tentu wujud satu dua kekurangan dan ini bukanlah sesuatu yang berbeza lagi menyelisihi ayat 26 surah al-Nur di atas. Sebaliknya ia menjadi cabaran kepada setiap pasangan untuk saling memohon maaf, memaafkan dan berusaha untuk memperbaiki kekurangan itu   secara bersama. Daripada http://hafizfirdaus.com.

Semua orang sebenarnya mahu yang terbaik dalam hidup mereka. dan sebaiknya kita elakkan diri dari perkara yang boleh menyusahkan diri kita!!

Sunday, April 17, 2011

No More Cry Baby~




Menyesalnya tak dapat join gathering kawan-kawan blogger area KL kat Alamanda yang dianjurkan oleh Abg Ben. I kene selesaikan misi pening penting.....kalau tak, sampai bila-bila pun I akan terus menangis dan air mata I tu kalau ditadah, cukup kot untuk mandi bunga.... hehehehe.....

masalah muda mudi ni memang tak ada hentinya.... so, selagi hidup kita kene la 'live your life' kalau tak..... baik bunuh diri!
I learn all this daripada subjek Tekanan dan Sokongan. thanx to Dr. Rosadah sebab banyak mengajar kami dan kenalkan kami dengan apa itu tekanan. kalau tak, mmng sampai sudah lah kita tak sedar yang kita dalam keadaan tertekan. I bersyukur sangat yang I masih mampu berfikiran waras. kalau I tak waras, ntah-ntah I dah bunuh Ex-boyfriend I agaknya.... atau pun....kalau I tak waras, ntah-ntah I dah bomohkan dia supaya tunduk dengan I.

Tapi, bak kata kawan I hidup ini hanya pinjaman..... even parent kita sendiri pun akan kembali padaNya... so,     tiba-tba pulak rasa nak nyani lagu:



Dewa- Hadapi Dengan Senyuman.


Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja


Bila ketetapan tuhan

Sudah ditetapkan

Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah



Relakanlah saja ini

Bahwa semua yang terbaik

Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

APA??? TAK PERNAH DGR LGU NI??RUGI LA KORANG....
KLIK SINI UNTUK DENGAR LAGU TU


By the way, I terima semua ni adalah kerja Tuhan.... siapa lah kita untuk mengubah takdir yang dia dah tetapkan kan~

apa-apa pun....thanx pada Syarifah (GIRLS POWER!!!!!!)

I harap I akan terus tenang selepas ini.
semoga I akan terus tabah~

Friday, April 15, 2011

Virus Cinta

Pemberitahuan:

BUAT MASA NI AKTIVITI UPDATE BLOG TERHENTI SEKETIKA 

KERANA  TASHA'S LAPPY 

TELAH DISERANG VIRUS CINTA.

HUHUHUHU......

WILL MISS U OLZ


Monday, April 11, 2011

Kesalahan Berbahasa.

Sebenarnya I tertarik dengan entry Nub bertajuk 'Kesalahan Ketika Bercakap Secara Fomal'
tapi masih ada perkara yang perlu diperbetulakan disitu. 
tajuk tu sepatutnya 'Kesilapan Dalam Komunikasi Formal'
barulah bertul-betul formal kot. heheheh
jangan marah naaaa.....

 seperti yang diterangkan olah nub, 
di atas adalah contoh kesilapan ketika berkomunikasi secara formal.
kalau dalam perbualan pun dah terbiasa ada so, that, then, next, dan sebagainya....
apatah lagi dalam penulisan kan?

jadi, sama-samalah kita memartabatkan bahasa kita supaya tidak diperlekehkan oleh orang lain.
contoh di atas adalah kelemahan I sendiri.
macam mana nak jadi cikgu ni????
sah-sah Tak layak jadi cikgu Bahasa Melayu.
rosak bahasa anak murid nanti!

tapi kan..... orang putih tu...
kalau kita tak pandai bahasa inggeris dan nak berbual dengan dia,
dia tak de pun menyombong dan tak layan.
biasanya dia akan cuba untuk dengar apa yang kita cuba sampaikan.
kalau orang kita???

baru terselit ayat perkataan BI sikit, dh dituduh nak tunjuk  belagak.
macam mana lah orang tu nak tingkatkan bahasa dia kalau dia tak diberi peluang.
hurmmmm..... (I kesian kat orang yang tak pandai Bahasa Inggeris langsung macam yang kita selalu dengar kat radio Era pagi-pagi tu. Segmen Can I Help You)







p/s: I punya bahasa inggeris pun tak baik sangat~

Sunday, March 27, 2011

Benci lelaki Yang suka ambil kesempatan

I kurang gemar berdepan dengan orang yang suka ambil kesempatan atas orang lain ni tau.
benda ni terjadi pada I. ada la sorang lelaki ni..... biasa juga la nmpk dia dalam kuliah untuk subjek Wajib Fakulti (kelas besar) so.....ramai la pelajarnya.... jadi ada yang yang tak berapa nak kenal kan.

stakat pernah nmpak 2-3 kali dalam kelas. then I ada frend request dari dia dalam Facebook. I anggap cam tak pe la.....kenalan dalam kuliah je pun. I approve. bukan stanger pun~

then senyap seribu bahasa....tetiba satu hari nmpk I online...tetiba je masuk nak chat ngan I. okay la...boleh layan kejap sebab tak berapa sibuk. owh...tanya pasal assignment ea?

*I punya dah lama siap dah.....
*owh.....tak tau nak buat ker? kesian.....
*huh? nak pinjam? mana boleh???

dari situ, I dah tau niat dia sebenarnya untuk apa.  (I'm not stupid!)

ellow..... ko hengat ko ada rupa, I nak cair and bagi assignment I kat u ker?
pakcik India sebelah rumah I lagi handsome dari U okay....dia tak pernah pun nak amik kesempatan pada I untuk mintak belikan dia rokok. dia pergi beli sendiri tau! (hhahaha....tak de kaitan~)
duh~

bosan dengan orang yang tak tau berusaha ni!


mereka terlalu comel untuk pandai ambil kesempatan

p/s: gambar hasil caran google.






Tuesday, March 15, 2011

Macam Mana nak buang gambar dari Google?

kecohlah minah ni....
suruh I delete pulak gambar dia dengan ex dia.
katanya takut nanti mak dia nampak and ...

masalahnya, bukannya I tak delete. I dah delete dah pun. tapi dalam carian google masih ada. 
apa I nak buat?? ada tak sesiap boleh tolong ajar I macam mana nak buang gambar tu dari carian google.

monolog dalaman:
konon takut mak nampak, masa kluar dating berempat dengan I bukan main lagi pegang-pegang 
and peluk-peluk  sakan. sikit pun tak ingat mak.
hampeh betol!

nyampah pulak tiba2.

Thursday, March 10, 2011

Manusia Busuk Hati

 untuk kali ini, I nak luahkan pendapat I tentang sikap manusia yang busuk hati ni. actually I bukan sentuh atau menegur sesiapa dalam entry ini. ini cuma pandangan I semata-mata.

biasanya bila kita tengok orang berjaya, apa yang kita rasa?
  • tumpang gembira untuk dia
  • berinspirasi untuk berjaya juga
  • curious macam mamna dia boleh berjaya
  • mencurigai kejayaan tersebut
  • rasa nak amik kesempatan pada dia
  • rasa nak tumpang glamour kat dia
  • rasa bangga sebab dia berjaya dengan usaha
  • rasa bengang + cemburu = jaga la kau!
  • rasa bengang + cemburu = jaga la kau~
itu antara perasaan-perasaan manusia normal bila tengok orang berjaya. 
tapi kenapa ada rasa bengang + cemburu =jagalah kau  untuk dua kal??
baiklah...... untuk yang berakhir dengan tanda seru tu, orang tu berniat jahat untuk menjatuhkan orang yang berjaya tu.

untuk yang berakhir dengan (~) bermakna orang tu bengang dan cemburu dengan niat supaya satu hari nanti dia pun mampu berjaya macam orang yang berjaya tu.

I rasa kalau kita ada rasa cemburu dan mahu berjaya malah mahu menandingi kejayaan orang tu dnegan cara kita sendiri adalah lebih baik daripada kita berusaha untuk jatuhkan orang tu supaya kita pun berjaya juga. sesungguhnya perbuatan menjatuhkan orang lain supaya kita boleh naik adalah perbuatan yang sesangat lah keji.  and tak mustahil kalau satu hari nanti kita akan dijatuhkan oleh orang lain atau oleh Yang Maha Kuasa. betul tak???

jadi, kalau nak berjaya..... berusahalah. jadikan lah kejayaan orang lain sebagai pendorong kejayaan kita. bukannya dengan cara menjatuhkan orang lain. JAHAT budak JAHAT!! (bak kata Stacy~)

supaya kita semua hidup bahagia sentiasa dan penuh dengan senyuman~



Sunday, January 30, 2011

Jawapan Girlfren, pada Boyfriend paling tak guna tu!

Untuk abang yang sangat ayang sayangi..


ini feedback dari ayang untuk tatapan abang... ... ... ..
ayang mana ada merajuk dgn abang ..
jauh sekali nak jeles dgn abang kalau2 ada minah indon yg kenyit mata kat abang.. ayang tau... taste2 minah indon mmg sesuai dgn personaliti abang. Ayang couple dgn abang pun sbb kesian dgn abang yg x abis2 merayu siang malam... . ayang kan seorang yang berhati lembut.. kalau ayang x terima abang... .ayang takut abang terjun bangunan bunuh diri...
tapi kalau abang dah ada pengganti lain... ayang x kisah... ayang lagi suka..sbb xde lah abang membebankan ayang dah..
cincin emas yg ayang beli guna duit sendiri tu... abang x perlu bayar balik.. apalah sgt kalau setakat RM seratus dua... sbb paling koman pun..cincin tunang ayang..mestilah berharga RM2,000.00 ke atas. so..ayang x amik hati pun... yg ayang tgk...
abang yg terketar2 bila tokey kedai kedai emas tu kata harga cincin tu RM199.00... 
Ttg abang lompat longkang x tunggu ayang tu... lagilah ayang x kisah...
sbb bila ayang ikut jambatan... ada sorang mamat hensem nak jalan sebelah ayang..
ayang tau..abang yg tunggu kat depan... dah berasap telinga... tu lah..sapa suruh abang tinggalkan ayang sorang walaupun sekejap.


Roti canai yang abang kasi tu sedap gak la... ayang dah biasa dgn alasan abang tu..
sbb tu bila kuar makan dgn abang..ayang order mee goreng je..kalo ayang kuar dgn kawan2 ayang.. paling tidak pun ayang order tom yam ke... .nasi paprik ke..kuew teow kungfu ke... .
ayang tau..kalau ayang makan dgn abang... .mmg abang yg akan sebat makanan ayang... .hehehe
henset ayang yg abang pinjam tu... abang ambiklah buat reta... sbb ayang dah tengok design baru Nokia..
semua function ada... .ada mms..gprs..video... kamera... .suma adalah.. henset abang ni..mmg berguna terutama bila ada anjing kejar..
mmg banyak la anjing yg penah kena baling dgn henset ayang nih.
Citer Salon tuh..xpe la kalo cashier tu lupa nak key in dalam komputer dia.. ayang dah beli dvd dah citer tu..
la ni ayang nak tengok wayang citer x-men the last stand lak..kalo abang nak tengok sekali..abang kasi duit dulu..sbb kalau ayang bayar dgn duit ayang..takut cashier tu lupa lagi nak masukkan nama kita... terutama nama abang...

motor abang tu..ayang dah jual...
duitnya tu lah yang ayang tambah buat beli henset baru..abang jgn marah pulak ye... .
keta Gen-2 tu..abang leh guna sampai minggu ni je..sbb ayang x bayar lagi installment tuk bulan ni..bukan apa..kalo ada yg tarik keta tu..takut dgn abang2 sekali kena pukul..
so..untuk langkah keselamatan... abang bagi keta tu ahad ni..confirm ayang bayar installment hari isnin..
abang kan sanggup berkorban utk ayang.. 

so apakata lepas ni abang pulak yg g keja naik lrt..ye abang

abang jgn risau..ayang dah masukkan RM300.00 dalam akaun abang... hujung bulan ni..ayang akan kasi statement dah berapa byk yang abang pinjam beserta dgn interest sekali..
ayang kasi interest rendah je kat abang... .
ok lah abang..ayang pun ada dating dgn bf baru ni... .
kalau abang nak suruh ayang call abang je tiap kali nak sembang..ayang mintak maaflah... ayang xkan call or top-up credit ayang..
sbb ayang nampak..baru couple..ayang dah kena sara hidup abang..baik ayang cari lelaki yang pandai menghargai ayang..
babai abang ku sayang


P/S: padan muka bf dia. wawaawawa


Saturday, January 29, 2011

Boyfriend paling tak guna!

Hello sayang... 

kenapa sayang tak nak angkat tepon bila abg call handset sayang tadi... janganlah sayang merajuk lelama sangat, betui... abg tersangatlah rindu kat sayang... .. walaupun muka abg ni agak macho dan comel... . janganlah sayang jeles kat abg kalau-kalau ada awek lain yang asyik pandang-pandang dan senyum-senyum kat abg masa kita gi dating... . biasa la tuh... 

Apa... tak muat... kan sayang dah test cincin tu masa kat kedai emas apek tu tadi... apsal la tak muat pulaks... . janganlah sayang risau... . duit cincin yang sayang bayarkan tadi..esok-esok abg bayarla balik kat sayang... .. sayang pun sedia maklum... .abg bukannya takde duit.. tapi duit tu abg dah belikan graphic card baru kat pc abg... . RAM pun abg dah beli yg baru... tambah lagi sekeping... kasi power sikit... . tu belum masuk nak tukar hardd! isk baru lagi tuh... . 

Abg tau sayang marah sebab abg yang selamba katak jer... melompat longkang depan kedai apek tu tadi... tanpa menunggu sayang melintas titi... . bukan abg tak gentleman.. tapi abg cuma memeriksa kalau-kalau ada bahaya di seberang sana... . maafkan abg... tobat.. lain kali abg tak buat lagi... ... . 

Kes masa makan kat kedai mamak tu tadi... sorry la... abg ingatkan nak test jer mee goreng sayang tuh... .. soksek..soksek... masa sayang gi toilet.. tak perasan pulak..dah abih... sedaaaaaaappppp... .!! tapi kan abg dah ganti ngan roti canai kosong abg?? tak sedap ker roti canai kosong tuhh udah ler tu... .janganla merajuk lama lama... 

Oh yaa..!! henset kita ni kita tukar dulu la yee... abg pinjam jaap henset sayang... nanti abg tukaq la balik... . sayangkan ader handbag besar..senang nak simpan henset abg yg besar tu... Hehehehe .! . henset sayang kecik... buleh abg simpan dalam kocek abg... 

Betuuuul... ... ... ..! semalam abg dah booked tiket citer Salon tuh... abg ingat la kan... cashier cineplex tu lupa nak key in dalam komputer dia la... pasal tu la tiket dah abis... .. lagi satu... .sampin dan songkok ayah sayang yang abg pinjam utk hariraya aritu... kira pinjam terus la yee... . boleh gaks guna masa ari nikah kita esok-esok... bukan abg taknak beli baru... tapi sayang la... benda elok lagi... buat apa nak beli baru kannn... tapi sayang jgn bagitau kat ayah sayang plaks... ayah sayang sure tak pasan punya sebab nanti abg dye la sampin tu ngan kaler lain... . 

Buat masa ni motor abg masih dlm wokshop.. ntah apa ntah pomen tu buat tak siap-siap lagi... jadi Gen2 sayang ni... kira abg pakai dulu la yee utk pergi keje... sayang bukan tak tau... tempat keje abg kan jauh... sayang pergi keje naik LRT pun bolehh... ... ..! ... 

Lagi satuu... . besok sampai kat opis sayang nanti... ..sayang tlg bank-in kan RM300 kat akaun abg ye... bukan apa... Gen2 sayang ni kuat mentekedarah minyakk betuii... motor kapcai abg pun tak camni... 

Okeyla sayang... dah cakap lama ni... jgn lupa top up kan prepaid abg nii... esok2 senang abg nak call sayang lagi... 







P/S: post akan datang, I bagi japawan dari Girlfrend yang menjadi mangsa segala-galanya.... kesian awek dia kan~







Bengang!!

sekarang ni...orang suka sangat salah gunakan teknologi la....
gunakan handphone untuk sebarkan video sex, gambar lucah, rakam orang tukar baju, pasang camera di bilik-bilik hotel. ape kes ni?????

sekarang ni I nak luahkan perasaan tak puas hati I terhadap ahli keluarga I yang bertindak kurang pintar dalam mengambil gambar anak buah mereka yang baru berusia kurang dari 2 tahun dengan sebatang rokok di antara bibir bayi tersebut.

gambar carian google.
I dah nasihatkan untuk buang gambar tersebut. kalau tidak, orang akan ambil gambar tersebut dan sebarkan ke merata alam maya untuk tatapan orang ramai. dan orang ramai pula.....bila diorang tgk akan mengatakan bahawa keluarga bayi tersebut tak bertanggungjawab dalam hal menjadikan persekitaran bayi tersebut tak selamat dan boleh membesar dengan tak selamat. apa nak jadi ni????




I tau yang memang bnda ni tak berlaku sebab masih ada mak saudara, nenek dan bapa saudara yang bertanggungjawab. tapi adik beradik pada bapa bayi tersebut yang tak bertanggungjawab buat semua kerja bodoh tu. ape kes?

I dah nasihat tapi dia tetap tak nak buang gambar tersebut. jangan la sampai kelurga kita dicemuh hanya kerana gambar yang diambil atas dasar suka-suka!!!!

Wednesday, November 10, 2010

gua kene kecing beb!!

for the first time in my life. gua kene kencing!!!
mmng gua bengang giler...
kisah dia bermula pada.....

(kita flash back. ala2 macam drama TV dengan image colour sephia. lu orang bayangkan jer la ea....)

pada 10/nov/2010 gua kene bagun seawal mungkin untuk study pasal kul 8.30am gua ada exam final paper for this semester.
jadi, malam 9/nov/2010 tu....
gua pun dengan yakinnya selepas buang air kecil (kene sopan sikit), cuci kaki,  and masuk bilik... tarik selimut, and baru ala2 cam nak baca doa sebelum tidur, gua terdengar ada bunyi macam lain macam sikit.

gua pikir, kertas kelendar yang gua tak pin sampai habis kot.
biar jer lah....
then gua rasa serba salah pasal gua tak biasa dengan bunyi yang lain macam dalam idup wa.
skali wa bagun, and wa tgk dekat2..........!!!!!

wa kene kencing siot!
ntah dari mana datang air kencing dari atas siling bilik gua. gua bengang! gua bengang!
dengan sepantas kilat gua tarik bantal yang gua guna takut terkena percik air kencing tu.
abis nota untuk exam esok kene kencing, fail gua kene kencing.
board gua , laptop gua, cadar gua, and bantal comel gua pun  kene percik

mmng siot ah!

gua terus buntu. gua suruh roomate gua tgk betol ke tu air kencing?
roomate gua kata "yess babe! lu kene kencing!"

gua bertambah bingit. gua terus bangun  and sepak2 semua barang gua kasi jauh2 dari terkena percik air kencing tu. kesian laptop kesayangan gua pun jadi mangsa serpihan air kencing tersebut.
gua pindah ke katil roomate gua and telepon mak gua. brutal2-brutal gua,  gua ngadu ngan mak gua.

"ibu....... along kene kencing kucing!!!!!"

dalam mamai-mamai dah pukul 12.30am, mak gua suruh gua kemas barang2 gua. and ganti cadar lain, alehkan barang2 dari tempat yang kene kencing tu.

gua dah bapak ngantuk tetiba kena projek besar-besaran merombak bilik pulak. adoi..... serius! gua bingit!!!!

setel semua keje mengemas, mengelap and mengaleh. gua basuh cadar  yang kene kencing tadi and letak kat  atas lantai tempat kene kencing tadi. supaya kalau kene kencing lagi. at least dah tak percik2.
siot!!!!

gua tidur dengan perasaan geli geleman. gua tak pernah geli geleman sebelum ni pasal gua brutal!
ni 1st time beb.

gua asik pikir kalau gua dapat minatang yang kencingkan gua tu.... gua cekik leher dia and hentak dia kat dinding.(brutal abis dah ni)

sebenarnya, dari petang lagi ada bunyi pelik kat atas siling bilik gua. gua siap post kat FB sebab wa curious pe la benda bising2 atas siling ni. tikus ke kucing?
ramai yang kata kucing, roomate wa pun ada cerita masa dia duk bilik lama kat level ni dulu pun dia kene kencing gak. so, wa yakin r yang bunyi2 sejak ptg tadi tu kucing.

skali bila pukul 12.30 malam saat wa nak baca doa tidur. wa plak yang kene..... roomate wa kata maybe "dia" dengar  orang cerita pasal "dia" terus r dia bagi habuan. kalau yer pun...... pegi la tandas. gua bengang siot!

bapak busuk! pening kpala wa!

esoknya, gua bangun awal giler.... pukul 5am dah terjaga pasal ada bunyi bising kata atas siling lagi.
awal nya "dia" bangun?? (ada hati nak kejutkan wa konon, wa ada jam loceng gergasi la....)

wa bangun, gua jadi teringat agak2 malam tadi kepala gua kene percik air kencing dia tak???????
aaaarrrrgggghhhhhh....!!!!!!
dalam yakin and tak yakin..... gua samak kpala gua dengan shampoo 7x, bilas 7x, letak conditioner 7x. letak treatment cream 7x. giler geli siot!!!!

sampai ptg tadi pun, gua tak habis2 mengelap barang2 gua yang agak2 terkena air kencing and percik dia.
siot betol!!!

kalau gua dapat, memang gua kerat 18 kucing tu!

malam ni gua nak tidor dengan harapan tak kene kencing lagi, pasal teori gua mengatakan kalau kucing dah bau ada bau bekas dia kencing.... dia akan kencing smula kat tmpat tu. selisih!


malang tol nasib gua~

Saturday, October 23, 2010

orang tua-tua kata...

anak-anak zaman sekarang, makin ditegur...
makin menjadi-jadi. (selalu juga dengar orang tua-tua kata macam tu)

masa orang tua-tua cakap macam tu...
aku selalu tak amik port coz aku rasa aku tak menjadi paper kot.
aku jadi perempuan n manusia macam mana aku sejak azali lagi.
hehehe....

tapi bila dah masuk Unibesiti ni,
macam-macam orang yang aku jumpa.

contoh paling ringkas,
gelagat manusia dalam Library.

kalau diorang berbincang di tempat yang salah,
kita haruslah menegur kan??
contohnye:
"excuse me....Tolong senyap boleh?"

kadang-kadang ada la juga yang bagi kerjasama....

and kadang-kadang ada juga yang kata "tak boleh" dalam hati dia.
so, dia pun buat bising lagi...

situasi ni korang akan dapat lihat kalau pergi ke library masa musim nak dekat exam.
adoi....

and then, yang nak dijadikan cerita....
diorang akan kata kita ni poyo (tapi aku tak kesah....sebab POYO ITU COOL)
 kalau kita pergi mengadu kat pustakawan
tentang kegiatan haram yang diorang lakukan dalam library ni.

nak aje aku jerit kat diorang
"kalau nak bincang, g la amik bilik perbincangan!!!"

paling tak boleh blah diorang kata
"nak suruh aku senyap, cikgu aku cakap pun aku tak dengar"
hurm.... masalahnya macam mana kalau
semua orang dibenarkan buat bising dalam library??

nampaknya memang betul apa yang orang tua kata....
lagi-lagi bila aku rasa aku dah tahun 4 and budak yang menjadi-jadi tu baru tahun 1.

Tuesday, October 5, 2010

Jangan Kacau Saya 2

nasihat untuk semua dan nasihat untuk diri saya sendiri juga.

biar apa pun nak jadi kat orang lain atau biar apa pun orang nak cakap pasal kita.
keep stand on your own feet ok!!

tapi jangan jadi bodoh sombong pula... kadang2 orang selalu judge a book by its cover.
jadi.... tak salah kalau kita kenal dan kawan dengan semua orang asalkan kita pandai bawa diri ye....
mak ayah mesti suka...
and semua orang pun senang hati dengan kita.

sekian~



-sekadar gambar hiasan-


p/s: perempuan merokok tak baik untuk kesihatan dan kandungan. TQ

Thursday, December 3, 2009

PENGUMUMAN...

PENGUMUMAN KEPADA SEMUA YANG MEMBACA BLOG Tasha's INI...
BLOG INI ADALAH RUANG DIMANA SAYA BEBAS MENYATAKAN SEMUA YANG SAYA NAK KATAKAN, KALAU SAYA MARAH, KEJI, HINA, CIUM, ATAU KATA-KATA SAYA BERBAUR MENGGUGAT KEDUDUKAN DAN KEWIBAWAAN ATAU MARUAH ANDA. SAYA SEDIA DITEGUR DAN BOLEH DIBAWA BERBINCANG. JIKA ANDA PUN NAK MARAH DAN KALAU ADA PERKARA YANG PERLU DIJELASKAN, SILA MARAH DAN TERANGKAN PADA SAYA. KERANA SAYA TIDAK BERNIAT UNTUK BERGADUH DENGAN SESIAPA. BERPUNCA DARI BLOG INI. TERIMA KASIH....

P/S: KITA BOLEH SLOW TALK.... SAYA XDE HAL PUNYE...SAYA PUN ADA HATI DAN PERASAAN.

Monday, November 2, 2009

manusia ni macam-macam ek.



so many thing, happened around me lately.
sngt2 menuntut kesabaran aku. aku rasa aku bukan penyabar, tapi xtau cm ne aku bleh jek bertahan dan biarkan benda cm ni berlaku berulang2 dalam hidup aku.
i have to do something!
klu x, xde pe yg akan berubah dan aku akan terus makan hati dan lama2 mati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...