nuff

Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Thursday, May 5, 2011

Menang Contest + Senyum Lebar = Mengantuk

tetiba rasa riak dan takbur pulak~
tak baik..... tak baik.... ini rezeki Allah bagi. kalau Dia tak izinkan, U tak an dapat pun benda ni okay~
last time I join contest ini.
dan ini pulak entry I untuk contest tu.

bila tarikh contest dah tamat, I pun pergi lah menjenguk blog penganjur ( Misz Ein)
rupa-rupanya I tersenarai antara 3 pemenang utama.
alahai terbangga diri pulak.
senyum melebar lah I..... apa lagi~
tak caya? tgk result dia

tgk I senyum~ cukup lebar tak?
apa??!!
tak cukup lebar?
okay, jap....
I senyum botol-botol betul-betul sampai ke telinga ea.

dengan kepala botak tu...... gambar I masa I berusia -30. 
tu gambar masa sebelum kelahiran yang sekarang ni.
hahahaha......

thnx to Misz Ein~

p/s: eh, Bro suruh update pasal gathering besar-besaran yang akan diadakan di KL nnt. u olz join ker? I nak join.....tapi I baru je balik JB, ada tak blogger JB yang sudi tumpangkan I pergi sana. jom kita g sana jom. kalau tak silap, kak mirror n bro eddie ada kat JB.hehehehe....
more info~ CLICK HERE.


NGANTUK LAH~ NAK TIDUR PETANG JAP.

Saturday, April 23, 2011

EH! Make Me Gorgeous finally happened


tentatif:
-talk bersama Datin Ira (Aura Seri)
-lunch
-hair do tutorial and practical
-nail care class and practical
-hi-tea
-make up tutorial and practical.
-talk about fashion
-lucky draw
back home with goodie bag.


jadi mangsa.

buat rambut~

hasil kuku I. sebelah lain, dan sebelah lain. hahahaha....

talk about fashion

juru make up Victoria Jackson.
they are very professional.
like them~


apa yang ada dalam tu?


ini adalah semua barang dari dalam goodie bag dan hadiah cabutan bertuah.

dengan voucher RM50 di atas, I beli baju kat baju kat bawah ni......
yeay~

Cache c Cache,G Floor, Midvalley.
RM109.90 - RM50 = Just Bayar RM59.90
".."


ini adalah hadiah cabuan bertuah yang I dapat..... seronok giler!!!!
Bertuah juga nama Intan Natasha ni ek~
more info about Victoria Jackson. http://www.vmakeup.com/

Friday, December 3, 2010

apa kita buat?

okaylah..... memandangkan sekarang ai dalam cuti semester untuk naik ke semester II 2010/2011 pada 20 dec ni nanti.....
ai nak la cerita sikit pe yang ai buat duk kat kampung ai yang tak berapa nak kampung and tak berapa nak bandar ni la kan....

sebelum tu, untuk pengetahuan semua..... (ada ke yang nak tau??) naik sem akan datang ni adalah sem terakhir ai sebagai mahasiswa ijazah sarjana muda Pendidikan Khas. INSYA-ALLAH......

harap2 tak ada repeat mana2 paper. AMIN...
and yup, INSYA-ALLAH ai bakal menjadi guru bagi kanak-kanak khas di mana-mana sekolah yang akan ditetapkan oleh Kerajaan. (boleh ke ai jadi guru?? masalahnya....layak ke?) well, belum cuba belum tahu. :) 
what ever it is.... ai akan kejar impian ai untuk dapatkan kerjaya yang akan membawa ai mengembara ke seluruh dunia. 
ai tau u olz membayangkan peramugari...

No...No....No....
there are the Big No for me to become a flight attendant. 
why?
sebab, disebalik mata ai yang tak berapa nak coklat and tak berapa nak hitam ni...
ai merupakan orang yang cacat penglihatan. tapi tak layak dapatkan kad OKU pasal power cermin mata ai kiri kanan adalah over than 5.00.
TQ
so, totally tak layak jadi peramugari. melainkan kalau berani buat pembedahan LASIK.

jadi, ai kene cari kerja lain yang boleh bawa ai mengelilingi dunia.
kerja apa agaknya ye...????
u olz ada idea tak?

okay, cukup pasal benda yang akan datang.
sekarang..... ai nak share perkara rutin yang ai buat setiap hari bila ai berada di rumah semenjak ai jadi student UKM. jadi student UKM, Bangi. so, ai balik rumah pun jarang sekali la kan...

kaya la pulak kalau nak balik tiap-tiap minggu. MELAMPAU LA TU...
KERING AND BOTAK PULAK KEPALA MY DAD NANTI.
HAHAHAHA

please la...... cukup la merapu u tu Tasha!(marah diri sendiri)

baiklah....
setiap hari, bangun paling awal pukul 8am atau paling lewat pukul 11am. bangun-bangun tanpa  mandi ai akan terus basuh baju yang mana mesin basuhnya terletak di belakang bilik ai. cuba la bayangkan....hahahaha....

sambil basuh baju....ai akan buat kerja sambilan. contohnya Vakum rumah, tengok TV, sarapan (giler selekeh!) kemas katil n bilik sebab mesin basuh rumah ai bukan automatik. it's semi-auto.... tau x macam mana? kalau tau bagus...... kalau tak tau. semi-auto tu yang sebelah tempat basuh, and sebelah lagi tempat perah. macam tu la berulang-ulang sampai habis semua baju dibasuh. itu adalah mesin basuh kegemaran my parent sejak azali. ai redha dan bersyukur aje la.....

setelah selesai basuh baju and sidai. maka siap la semua kerja ai.... sebab kerja-kerja lain semua ai dah buat secara sambilan. hebat tak? (mintak puji la tu....giler punyer tak malu!) kalau ada kerja tambahan lepas tu pun..... bergantung atas arahan Mak Cik Intan. contohnya mop rumah, sediakan bahan masakan and so on....

so, kesimpulannya..... kalau siapa-siapa nak ai kemas rumah dia and bash baju dia, sila jangan segan-segan hubungilah ai yer. hahahahahaha.....

tapi, jangan suruh ai masak! coz ai tak pandai masak langsung. tapi ai suka makan!

Friday, November 5, 2010

makan-makan


senang jer, cuma perlu klik dan jawab 15 soalan mudah dan akan dapat pilihan mana satukah anda.
mari cuba, so anda boleh tahu anda kategori mengamalkan kesihatan yang mana satu.
THE ADVOCATE
THE INVESTOR
THE MANAGER
atau 
THE HOPEFUL 

siap ada nasihat untuk mengamalkan kesihatan lagi..... bagus untuk semua. yeay!!

ai yang mana? yang warna merah tu









Thursday, October 28, 2010

lelaki ini...

terbaca wall post FB my fren yg penuh dengan kata hikmat. hanya orang yang berIQ penuh seni jer yang boleh faham kot. kalau tak jiwa seni pun boleh juga.....

"i closed the door for u to open..i wait..and wait.but..suddenly...i realized that u r not going to open the door,plus u r not even bear to look at it."

maksudnya:
saya tutup pintu untuk awak membukanya. saya tunggu... dan tunggu....tapi tiba2 saya sedar yang awak tak nak pun buka pintu tu apatah lagi memandangnya....


bunyi macam sedih jer kan....

bagi pendapat aku, kalau kita kaitkan benda ni dengan dunia cintan cintun and dunia rumah tangga antara lelaki dan perempuan (mesti lah lelaki & pompuan. mana leh sama jantina!!! HARAM!) mesti kadang2 kita ada la rasa geram macam nak bunuh cekik jer pasangan kita tu kan.

pasal dia tak care pun dengan perasaan kita.
kalau kita buat2 merajuk and tak cakap dengan dia untuk beberapa tempoh (nak mintak di pujuk)
paling-paling, bila dia sedar yang kita ni diam ajer.... dia akan tanyer
"awak ni dah kenape? diam ajer... bisu dah ker?"

aduh.... tak ke menikam ajer bunyi nye? rasa macam nak jadi RObin Hood and panah tepat ke otak dia yang tak reti fikir kita ni tgh apa.

jadi.... ai rasa, bila kita dah sedar yang pasangan kita tu memang tak reti berfikir, tak perlulah kita nak main tarik tali, nak duga hati dia, nak buat2 merajuk untuk minta dipujuk, buat2 bodoh padahal sakit hati. sebaiknya... apa pun yang kita rasa, kita direct to the point je terus. biar dia tersentap dengan soalan and ayat kita yang ikhlas dari hati.

contohnya.... bila kita terasa hati dengan percakapan dia yang direct jer kata kita ni gemok, kita pun cakap la.... saya gemuk ni pun sebab awak la yang kasi saya makan banyak sangat. terima kasih banyak2... pas ni, bagi la saya pakej ke Slim World. baru awak akan kata saya ni kurus pulak.

kalau dia kata kita ni tak lawa macam amoi sebelah rumah tu, kita pun cakap la.... mana la saya ni sempat nak melawa... sibuk macam2 kerja, cuba awak belikan saya make up and tolong-tolong saya sikit, dapat la saya maintain melawa macam amoi sebelah rumah tu~

dengan lelaki ni kita tak boleh berkias-kias. dia kurang faham sikit. pernah tak baca kisah cinta suami isteri yang isteri dia tanya adakah suami dia sanggup ambilkan bunga yang paling cantik di gunung yang paling tinggi and banyak bahaya untuk isterinya.... dan seraya suaminya menjawab bahawa suaminya tak mahu ambilkan bunga itu. and bini dia tersentap then merajuk la si isteri hinggalah suami dia bagi sepucuk surat and bagi tau bahawa buat apa lah bersusah payah nak bahayakan nyawa semata-mata nak petik sekuntum bunga. banyak bunga boleh beli kat kedai and yang paling penting,suami dia kata dia tak akan tinggalkan isterinya sendirian dan sanggup menjadi segalanya untuk isterinya dan sanggup menghadapi bahaya kalau ada yang nak apa-apakan isteri dia.

penah dengar atau penah baca tak?
nampak tak betapa tak romantiknya suami dia?
tapi bila fikir dalam-dalam, permintaan isteri ni memang melampau and apa yang si suami kata memang betul. buat apa susah2 nak bahayakan diri.... suami dia yang nak sentiasa ada di sisi dia pun dah cukup romantik dah tu..... tak payah la sampai nak petik bintang di langit. MUSTAHIL!!!!

jadi..... kesimpulannya disini. dunia lelaki and perempuan tak sama. kalau kita nak lelaki yang romantik sedangkan pasangan kita tak romantik... kita tak payah sakitkan hati sendiri.

fahami lah dia dan jadikan lah diri anda seperti yang dia mahu seperti mana anda mahu dia jadi macam mana yang anda mahu.

Tuesday, October 5, 2010

Jangan Kacau Saya 2

nasihat untuk semua dan nasihat untuk diri saya sendiri juga.

biar apa pun nak jadi kat orang lain atau biar apa pun orang nak cakap pasal kita.
keep stand on your own feet ok!!

tapi jangan jadi bodoh sombong pula... kadang2 orang selalu judge a book by its cover.
jadi.... tak salah kalau kita kenal dan kawan dengan semua orang asalkan kita pandai bawa diri ye....
mak ayah mesti suka...
and semua orang pun senang hati dengan kita.

sekian~



-sekadar gambar hiasan-


p/s: perempuan merokok tak baik untuk kesihatan dan kandungan. TQ

Tuesday, September 28, 2010

hemsem sangat dah ke?

Cara nak tackle awek ?

Wah... ada orang mencari bagaimana nak tackle awek ? Perghh... ni mesti pemalu orangnya .. Meh sini aku bagi tips.. cara aku nak tackle awek .. hehehe ..

Ada 2 kategori awek ni bagi aku ...
Yang biasa dilihat.. Yang pertama kali dilihat .. Kita mulakan dengan edisi YANG BIASA DILIHAT :

Yang biasa dilihat ni , dipecahkan banyak bahagian .. aku amik yang paling biasa .. pertama
di pejabat .. kedua , di tempat makan atauhentian pengangkutan awam ...

Pejabat : Paling penting , kena tau status dia ... milik orang atau tidak .. kalau milik orang , jgn cari pasal .. sehensem mana pon anda , tolong jauhkan bisikan syaitan itu .. Jika masih single , silalah mencuba .. caranya ... hehe.. Tarik perhatiannya ...Rajin rajin la buat catwalk depan dia time keje.. buat buat bz .. jgn buat buat free .. mau dia pk , anda ni pemalas !

Antara ke
bzan yang boleh anda buat ialah , g fotostat .. walaupun takde apa nak fotostat , anda g gak.. bawak je segala kertas yang ada .. kalau takde , fotostat je muka atau tapak tangan anda itu .. Kalau berkaitan dengan dia , sesekali g la berbincang dengan dia .. Bila berbincang tu , jgn la buat berlagak pandai ... atau berlagak bodoh .. Bertanya kemudian tanya pendapat dia .. seolah anda seorang yang bersikap terbuka .. tu diaaa ...

Jgn mengatal lak semasa berbincang tu .. mata tu jaga yer .. kang tak pasal pasal , kena sound kat situ .. malu weh... walaupun bukan niat tapi mmg mata lelaki ni automatik... sbb dek syaitan dok bergayut kat situ ..

Kalau anda rasa berjaya menarik perhatian dia , sila ke langkah ke dua .. Langkah ke dua ialah , saja saja ajak dia lunch bersama .. kata nak belanja sbb gaji bulan lepas tak abis lagi ... Kalau dia kata nape tak nak ajak kawan yang lain , kata je budget cukup untuk dia je lagi pon dia makan tak banyak ... hahaha.. ok ?

Bila langkah ke dua tu berjalan dengan lancar .. barulah ke langkah seterusnya .. Pentingnya langkah ke dua berjaya adalah untuk mengenali dia dengan lebih mendalam... minat , hobi , asal usul dsbnya .. Jangan berlagak macho dan jgn berlagak macam Mr. Beans lak ... Be cool kata Brad Pitt ..

Langkah ke tiga , ajak dia keluar .. bukan dating .. tapi saja saja habiskan masa hujung minggu .. Kalau berjaya ... ehem ... bermakna dia senang dengan anda .. Langkah seterusnya , aku pasti anda dah tau kan ... Tak payah la bagi bunga .. buang masa jer ... tu masa hangat bercinta , boleh bagi .. hehe...

sumber: Ben Ashaari bukan dari Bernama. LOL

Monday, January 4, 2010

Hidup adalah Drama!!!


wah...berdrama plak aku nih. alah... memang la, aku ni 'Drama Queen' OK! (aku yang melantik diri sendiri dengan perasannya)

Hidup ni penuh dengan drama ok.... klu xde drama, ko belum tentu dapat apa yang kau nak dalam angan2 dan impian kau. lagi2, kalau bnda 2 ko urgent sangat2!!!

so, antara babak yang ada:

Situasi 1:
Pukul 11 pagi, dalam keadaan yang sesak di kaunter pembayaran, Wanita 1 telah mengambil no giliran (no. 1357) sedangkan current no is 1105.

Wanita 1: otak dia!! xnak macam lama plak aku nk tunggu... dia tergerak hati untuk pulang ke menyelesaikan urusan2 penting yang lain.

Setelah pukul 2 ptg, Wanita 1 kembali ke kaunter pembayaran,

Wanita 1: Bapak dia!!! baru no 1272. (bermonolog:aku kene potong no nih!!)

dengan yakinnya dia pun meredah ni yang dirasakan xde orang.hahaha... dia terlampau yakin!

Wanita Kaunter: tgk no cik...
Wanita 1:~~ ( tak bercakap apa2... sedang mencari2 sesuatu di dalam failnya, dan setelah menjumpainya, dia menyerahkan kepada Wanita Kaunter)
Wanita Kaunter: saya nak tengok no giliran cik.
Wanita 1: saya nak buat urusan pembayaran ni.
Wanita kaunter: nombornya cik.
Wanta 1: (bernada macam nak marah) nombor2! saya dah datang dari pagi, menunggu giliran, dah sempat balik, kemudian datang sini balik.... sekarang saya nak bayar!!!
Wanita Kaunter: (buat muka meyampah) yelah, nombor giliran cik berapa.
Wanita 1: saya baru je buang kejap tadi! (dengan muka bengis...padahal, kakinya tengah mengigil ketakutan)

wanita kaunter tersebut diam dan meneruskan urusan pembayaran Wanita 1 tersebut, dan setelah selesai urusannya, Wanita 1 mengucapkan terima kasih dan ingin terus berlalu. tiba2..

Wanita 2: boleh saya bayar sekali?
wanita kaunter dan wanita 1: (terkejut)
Wanita kaunter: (muka menyampah) berkali-kali pun boleh cik.

hahahaha..... moral of the story is, anda harus berkeyakinan semasa berdrama.

situasi 2:
Dalam peperangan PAINTBALL yang sedang berlangsung antara 2 kumpulan yang dulu pernah saling bercinta, tetapi dalam peperangan tersebut, mereka harus melupakan kisah cinta mereka.
setelah kumpulan 1 gagal medapatkan bendera kerana penyerang pertama telah ditembak dengan bertalu2 setelah tergelincir, sekarang sudah menjadi tanggungjawab rakan seperjuangannya utuk mendapatkan bendera tersebut.

dalam keadaan kurang yakin dengan serangan musuh yang sangat hebat, Kombat 1 tidak berkeyakinan untuk keluar mendapatkan bendera kerana merasakn dirinya mungkin tidak akan di backup dari belakang. ntah apa aku merapu ni pun aku xtau. nak dipendekkan cerita.

rupanya musuh sudah berada betul2 dihadapannya, tetapi Kombat 1 tersangat lah bodoh kerana menyangka itu adalah rakan seperjuangannya. kerana musuh dan Kombat 1 saling tidak dapat mengecam diri masing2 dan berada dalam keadaan sangat keliru.

Kombat 1: ko dah amik bendera ke belum?
Musuh: (terpinga2 dan bertanya dalam diri kenapa dia tanye dah amik bendera ke belum. peluang nih! yesssss... ) Nak amik la ni, kejap.

Musuh terus berlari mendapatkan bendera.

Kombat 1: la.... 2 musuh aku la bodoh, apasal lak aku leh suruh dia amik bendera.....tembak2 pun tak kene..bengang tol la cam ni. bodoh betul!!!!! tapi apasal macam kenal jek cara musuh tu lari??? la..... 2 laki aku lah. apasal la bangang sangat aku ni???
Musuh akhirnya berjaya sampai ke markas dan kumpulan musuh telah menang dalam peperangan tersebut.

so, moral of the story utk cerita ini, Cinta Itu Buta, dan mampu membutakan....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...