nuff

Thursday, October 28, 2010

lelaki ini...

terbaca wall post FB my fren yg penuh dengan kata hikmat. hanya orang yang berIQ penuh seni jer yang boleh faham kot. kalau tak jiwa seni pun boleh juga.....

"i closed the door for u to open..i wait..and wait.but..suddenly...i realized that u r not going to open the door,plus u r not even bear to look at it."

maksudnya:
saya tutup pintu untuk awak membukanya. saya tunggu... dan tunggu....tapi tiba2 saya sedar yang awak tak nak pun buka pintu tu apatah lagi memandangnya....


bunyi macam sedih jer kan....

bagi pendapat aku, kalau kita kaitkan benda ni dengan dunia cintan cintun and dunia rumah tangga antara lelaki dan perempuan (mesti lah lelaki & pompuan. mana leh sama jantina!!! HARAM!) mesti kadang2 kita ada la rasa geram macam nak bunuh cekik jer pasangan kita tu kan.

pasal dia tak care pun dengan perasaan kita.
kalau kita buat2 merajuk and tak cakap dengan dia untuk beberapa tempoh (nak mintak di pujuk)
paling-paling, bila dia sedar yang kita ni diam ajer.... dia akan tanyer
"awak ni dah kenape? diam ajer... bisu dah ker?"

aduh.... tak ke menikam ajer bunyi nye? rasa macam nak jadi RObin Hood and panah tepat ke otak dia yang tak reti fikir kita ni tgh apa.

jadi.... ai rasa, bila kita dah sedar yang pasangan kita tu memang tak reti berfikir, tak perlulah kita nak main tarik tali, nak duga hati dia, nak buat2 merajuk untuk minta dipujuk, buat2 bodoh padahal sakit hati. sebaiknya... apa pun yang kita rasa, kita direct to the point je terus. biar dia tersentap dengan soalan and ayat kita yang ikhlas dari hati.

contohnya.... bila kita terasa hati dengan percakapan dia yang direct jer kata kita ni gemok, kita pun cakap la.... saya gemuk ni pun sebab awak la yang kasi saya makan banyak sangat. terima kasih banyak2... pas ni, bagi la saya pakej ke Slim World. baru awak akan kata saya ni kurus pulak.

kalau dia kata kita ni tak lawa macam amoi sebelah rumah tu, kita pun cakap la.... mana la saya ni sempat nak melawa... sibuk macam2 kerja, cuba awak belikan saya make up and tolong-tolong saya sikit, dapat la saya maintain melawa macam amoi sebelah rumah tu~

dengan lelaki ni kita tak boleh berkias-kias. dia kurang faham sikit. pernah tak baca kisah cinta suami isteri yang isteri dia tanya adakah suami dia sanggup ambilkan bunga yang paling cantik di gunung yang paling tinggi and banyak bahaya untuk isterinya.... dan seraya suaminya menjawab bahawa suaminya tak mahu ambilkan bunga itu. and bini dia tersentap then merajuk la si isteri hinggalah suami dia bagi sepucuk surat and bagi tau bahawa buat apa lah bersusah payah nak bahayakan nyawa semata-mata nak petik sekuntum bunga. banyak bunga boleh beli kat kedai and yang paling penting,suami dia kata dia tak akan tinggalkan isterinya sendirian dan sanggup menjadi segalanya untuk isterinya dan sanggup menghadapi bahaya kalau ada yang nak apa-apakan isteri dia.

penah dengar atau penah baca tak?
nampak tak betapa tak romantiknya suami dia?
tapi bila fikir dalam-dalam, permintaan isteri ni memang melampau and apa yang si suami kata memang betul. buat apa susah2 nak bahayakan diri.... suami dia yang nak sentiasa ada di sisi dia pun dah cukup romantik dah tu..... tak payah la sampai nak petik bintang di langit. MUSTAHIL!!!!

jadi..... kesimpulannya disini. dunia lelaki and perempuan tak sama. kalau kita nak lelaki yang romantik sedangkan pasangan kita tak romantik... kita tak payah sakitkan hati sendiri.

fahami lah dia dan jadikan lah diri anda seperti yang dia mahu seperti mana anda mahu dia jadi macam mana yang anda mahu.

0 000 kritikan hebat!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...