nuff

Thursday, November 4, 2010

DIET?!

The term diet refers to a person's pattern of eating and drinking. Diet is influenced by many factors, including income, culture, religion, geographic location, and lifestyle. A balanced diet contains food from several food groups and supplies the body with the energy and essential nutrients it needs (as defined by the Food Guide Pyramid andDietary Reference Intakes).



so..... what do u think about diet???

diet ni adalah pemakan....apa yang kita makan.... diet ni, bukan bermakna tak makan!

macam-macam cara diet ada. apa yang ai nak cakap pasal diet sekarang, bukan pasal makan ubat perancang, ubat kurus, ubat naikkan selera makan, ubat berak-berak atau sebarang supliment tambahan untuk nak diet ok!

ai nak share dengan semu orang apa pendapat ai untuk control your diet. tak kira la yang chubby2 ker, yang gemuk ker, yang kurus melidi ker.....

ai nak ajar. eh! share ok!
1st sekali, pasal kita ni orang Malaysia yang tak sah kalau tak ada nasi siap ada yang complain boleh giler kalau tak ada nasi 1 hari. (melampau ar tu kalau sampai GILER!!. LOL) ok, kembali pada topik, makanan yang penting adalah mesti ada "nasi+sayur+protein". 
kuantitinya adalah dalam nisbah 1:2:1.
faham tak? maksudnya, 1 senduk nasi: 2 sudu sayur: 1 ketul ikan@ ayam@daging.
nasi tu mest dalam kuantiti senduk yang normal yer. jangan senduk yang luar biasa pulak. sayur tu pulak..... bukan 2 helai okay!!! DUA SUDU. sebab ramai sangat orang yang tak suka makan sayur. 
dan protein sangat perlu. kalau tak....nanti tak ada energy.

so, kalau anda jenis makan 3 senduk nasi 1 hari. maka nisbah dia menjadi 3:6:3
ok. faham tak setakat ni?

perkara ke dua pula adalah....
waku makan! ramai orang tak jaga waktu makan dia. ai pun kadang-kadang tak jaga. tapi sebab ai ni busy woman tau. LOL. anda patut ambil perhatian bahawa waktu makan untuk sarapan pagi sepatutnya dari 6-9am. makan sekeping roti and 1 gelas susu pun dah kira saparan la tu.
lunch pula perlulah semasa waktu lunch hour. bukan pukul 10am atau pukul 4pm ok! lunch hour sepatutnya dari pukul 12am-2pm
dinner pula..... sebaik-baiknya adalah pada sebelum pukul 8pm.
anda i kata nak supper, boleh...... tapi bukan me goreng mamak ok!! supper sepatutnya hanya beberapa keping biskut yang sedap macam chips more ker.... hehehe

biasanya orang yang tak jaga waktu makan dia, akan jadi kes macam ni.... tak sarapan pagi+makan tengah hari dengan banyak dan lahapnya+lambat lapar sebab pukul 5 ptg dah sental goreng pisang RM5+ makan malam pada pukul 9 malam + pukul 12 kawan ajak g tengok bola kat mamak and sental lagi satu meggi goreng=tido dengan hati yang senang sebab terlalu kenyang.

sila jangan tiru gaya pemakanan di atas ok!

kita perlu plan pemakanan kita..... bila kita dah sarapan pagi nasi lemak+teh tarik=makan tengah hari yang sepatutnya kurang lemak dan berminyak. (kita perlu jadi memilih tentang pemakanan! jangan ingat orang kurus kering tak ada masalah dengan kolestrol ok! ) jadi, kalau kita dah makan tengah hari dengan nasi, makan malam kita patut ditukar dengan yang lebih ringan seperti mee sup ker, mee gorang singapor ker, macaroni ker..... tau tak kenapa?

sebab nasi sebenarnya tak berapa sesuai untuk pengambilan yang berkali-kali dalam satu hari. kalau tak percaya.... kenapa Aizat AF boleh kurus dengan serta merta bila dia sekat nasi dalam diet dia???? cuab fikir~
ai ni bukan doctor.... tapi ai just nak share apa yang ai rasa patut untuk semua orang jadi sihat tanpa penyakit.

sekarang ni, ai nak cakap pasal fast food. bukan tak boleh..... boleh.... tapi kene sesuai la. contohnya, anda dah sarapan, dah lunch and dah dinner ikut masa yang ai cadangkan tadi.  tapi, tiba-tiba kawan nak belanja KFC. rugilah kalau kita menolak kan??????? hehehehehe.....
jadi, kita makan la 1 ketul ayam, 1 mash potato, and 1 sayur. so, cukup la..... kalau nak lebih-lebih pun boleh.... tapi kene disiplinkan diri bahawa 3 minggu dari hari anda makan KFC overdose tu anda kene say TAK NAK to fast food. boleh??? susah kan?
so, baik ambil dalam kuantiti yang minimum macam ai cadangkan tadi, jadi... kalau minggu depan ada yang nak belanja makan lagi, boleh sental McD pula one set. hehehehe...

junk food pula..... kalau rajin~ kalau rajin la.... kalau malas, tak payah la ea.
ok, kalau rajin... sila perhatikan nutrition information yang biasanya ada di belakang atau di tepi bekas junk food tersebut. tengok la berapa kandungan lemak dia! tengok berapa kandungan protein dia! BAHAYA! oleh itu, makan la junk food secara berjemaah. biar kawan-kawan kita pun boleh share kandungan lemak dalam junk food tersebut. 

aik... tak faham ke apa yang ai maksudkan????? maksud ai, cukup la makan junk food sekadar nak rasa-rasa... jangan la makan junk food sampai kenyang! BAHAYA! terutama sekali bagi kanak-kanak~

dan yang paling penting sekali dalam diet kita adalah:
Banyakkan minum air putih/air masak/ air mineral/air jernih/air kosong! 
(banyak sangat gelaran air yang tak ada wana ni lah! adoi...)

xper la.... bukan nak menunjuk-nunjuk, just nak share~



kalau ada tips lagi, nanti ai share lagi ok. ini just pandangan ai tentang pemakanan yang sesuai. bukan nak mengajar atau memandai-mandai

0 000 kritikan hebat!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...