nuff

Showing posts with label hair. Show all posts
Showing posts with label hair. Show all posts

Wednesday, May 4, 2011

New Hair Treatment


nampak sihat?
sebab baru buat treatment. kebetulan ada promosi....
so, RM130 aje....
and potong hujung yang kurang sihat tu. 
buat kat mana? buat kat Jusco Permas Jaya, JB
layanan yang baik oleh Grace kat Biyoshi Saloon.
hehehe.....

balik dari buat rambut, jalan-jalan singgah Jusco Tebrau.
Fast & Furious 5 full wei.....
tak dapat la I nak bawa adik-adik tgk wayang malam ni.
down kejap!

Saturday, April 23, 2011

EH! Make Me Gorgeous finally happened


tentatif:
-talk bersama Datin Ira (Aura Seri)
-lunch
-hair do tutorial and practical
-nail care class and practical
-hi-tea
-make up tutorial and practical.
-talk about fashion
-lucky draw
back home with goodie bag.


jadi mangsa.

buat rambut~

hasil kuku I. sebelah lain, dan sebelah lain. hahahaha....

talk about fashion

juru make up Victoria Jackson.
they are very professional.
like them~


apa yang ada dalam tu?


ini adalah semua barang dari dalam goodie bag dan hadiah cabutan bertuah.

dengan voucher RM50 di atas, I beli baju kat baju kat bawah ni......
yeay~

Cache c Cache,G Floor, Midvalley.
RM109.90 - RM50 = Just Bayar RM59.90
".."


ini adalah hadiah cabuan bertuah yang I dapat..... seronok giler!!!!
Bertuah juga nama Intan Natasha ni ek~
more info about Victoria Jackson. http://www.vmakeup.com/

Monday, April 4, 2011

Mak Hanis Zalikha masuk TV la pulak~

 layan TV sambil lipat baju and basuh baju......
lagi-lagi rancangan Wanita Hari Ini pulak tu...
memang la layan.....
mula-mula segmen cekak rambut'
lepas tu segmen demonstrasi masakan 
oleh Mak Hanis Zalikha. 
eh!!!!! untie Nani la....... mak blogger yang famous tu!!!
wahhhh......

apa lagi, terus snap gambar dalam TV and there u go...
lemah lembut je Untie Nani ni rupanya

cantiknya kulit dia......pakai SK II ker?


nmpk menyelerakan..... nnt ada pisang, nak try juga lah.

best kan???
mest Hanis bangga dapat mak yang lawa and kreatif mcm auntie Nani ni.
tapi my mom pun lawa and kreatif juga.
heart my mother so much!!

Saturday, March 26, 2011

Seronoknya berjalan seorang diri~ (tiba-tiba kene make over)

sekali lagi berjalan seorang diri hari ini.
tapi untuk hari ini, I kene beli lagi barang2 persiapan untuk tarian.
rasanya dah hampir lengkap semua barang. cuma 1 je lagi!!!!

hair spray gold colour.... 
mana nak cari ni?

masa I tgh masuk setiap saloon n kedai yang jual alat make up. 
I singgah AVON. tiba-tiba kene tangkap muat untuk make over.
hampeh~
I selalu make over orang...tetiba I pulak yang kene make over. hahaha.....
so, here we go...

ini hasil gambarnya....
dapat 1 je gambar percuma....

beberapa keping gambar perasan bila dah balik bilik.
bergambar dalam kegelapan. sambil support Earth Hour.
hebat giler flash camera I ni rupanya....
(sebab tu muka berminyak!)

ini pulak before and after.
semuanya percuma termasuk gambar. 
percaya tak?
tak percaya?
sila lah PERCAYA!!!
http://www.natasha1987-makeup.blogspot.com/http://www.natasha1987-makeup.blogspot.com/http://www.natasha1987-makeup.blogspot.com/

Thursday, March 24, 2011

Hadiah dari Pujian

actually benda ni berlaku kemarin, tapi ni baru teringat nak update. hehehe
masa latihan tarian hari tu, I tengok member tarian ni pakai satu sepit rambut yang comel.
then I tegur la..... 
"comelnya sepit u~"
then dia senyum2.....

dah lepas beberapa kali latihan, I pun macam terfikir adakah comel sepit tu kalau kat atas kepala I pulak ek?
so, I pun curious samada dia berbentuk kain atau sejenis reben yang dilekatkan pada sepit rambut.
so, I pun nak tgk..... (mana tau pas i I berkenan nak pergi beli ker~)

dia bagi I tgk and rupanya benda tu keras~
bukan buat dari kain la~

then yang terkejutnya dia kata 
"saya bagi ni pada akak."
dengan segannya I pun jawab "eh, tak perlu la.... I suka tgk jer~"
dia balas "tak pe la... ni sebagai kenangan"
huhuhuh.......

terharu + happy=syok sendiri~

so, macam ni la rupa sepit yang comel tu......
I nak pakai sepit ni masa Dinner Fakulti nantilah~

so, itulah cerita hadiah dari pujian yang I dapat~ 
yeay....






Tuesday, March 22, 2011

Mereka-Mereka yang akan menjadi mangsa Keadaan

 Bila I bosan, I akan melakukan jenayah yang melibatkan orang lain. 
jadi, inilah mangsa-mangsanya....
(target utama adalah RAMBUT = HAIR)

my cousin


my luv


my twin


my cousin


my cousin

and lastly...... I like this one. naturally born with  this great hair~




Tuesday, February 15, 2011

Rahsia mendapatkan rambut hitam dan berkilat

enrty ringkas kali ni, I nak share rahsia mendapatkan rambut yang hitam dan berkilat. kalau ada yang suka rambut yang sihat dan berkilat walaupun diwarnakan pun boleh baca juga......



I suka warna hitam dan berkilat rambut I dalam gambar-gambar di atas. 
walaupun tak panjang mengurai.....senang dijaga.

so, here is the secret~
gunakan minyak kelapa.
sapukan pada rambut di malam hari sebelum tidur, dan biarkan semalaman....
dan cuci pada keesokan harinya.

tapi I tau, siapa je la yang sanggup dengan bau minyak kelapa tu,
and siapa je la sanggup buat minyak kelapa tu kan??
so, I amalkan penggunaan menyapu minyak kelapa dara dari keluaran It Works!
sekarang ni I bukan nak promote beli brand It Works ni....
tapi I nak bagitau cara mudah mendapatkan minyak kelapa.



so, dengan menggunakan minyak ini, I amalkan cara diatas untuk menghitam dan mengilatkan rambut I.

tapi ada satu lagi masalah yang I belum jumpa penyelesaiannya....
masalah keguguran rambut. ada sesiapa nak share cara hentikan keguguran yang maximum?
sila la share dengan I yer.

Saturday, February 12, 2011

macam mana nak rmbut cepat panjang??

nak panjang macam ni??
geli pulak tgk rambut dia mayang mengurai mcm tu.....
tak nak macam tu ek, geli jer.... takut pulak bila tengok lama-lama...

kalau panjang mcm ni pun jadi la ek, stakat paras yang cun-cun aje.


so, here we go with those tips:


  • ikatkan rambut korang dgn batu bata dan biarkan tergantung selama yang mungkin...makin lama lagi bagus....bukan rmbut je pnjg, dgn kulit kepala korang pun ikut panjang karang..hebat bukan?
  • amalkan teknik seruling macam tarian ular kat tepi jalan tu. lama2 nanti kompem rambut akan memanjang dengan sendri nya..ajaib!!
  • belai rambut korang dgn mengunakan kata2 pujian dan kasih mesra. rambut korng akan terharu dengan layanan tersebut dan akan segera tumbuh panjang...belum cuba belum tau..bhahahhaa
  • ambil rambut2yang bersepah dalam kedai gunting rambut dan tampal banyak2 kat rmbut korang..pergghh!!! bukan aje bergaya...lebeh byk lebeh panjang jadinya rmbut korang nnti
  • beli dan pakai je rambut palsu. lagi senang!! hehehe


sumber dari:pusat sumber

Wednesday, November 10, 2010

IF I HAD RAPUNZEL’S HAIR

hurmmm....
sejak berangan nak bela rambut panjang ni. macam2 halangan yang berlaku.
*rambut gugur
*rambut rosak
*rambut kering
*kulit kepala gatal
*terkena kencing kucing pun ada!
sedih betul....

tapi pasal dah lama sangat teringin nak bela rambut panjang, so.... apa nak jadi, jadi lah.
tapi macam manalah kalau ada magical golden hair dengan 70 kaki panjang macam Rapunzel???
what a big question!!

kalau ada magical golden hair tu....
nak start berangan dah ni....
mest rambut tak gugur, cantik, lembut, berkilat, ikal mayang, wangi... (magik kan)
in gold colour pulak tu...
kalau orang yang blonde.
 walaupun nmpk macam tak sesuai. tapi bila ada rambut tu mest tiba-tiba muka jadi cantik macam Rapunzel juga kan???
hahhaha.....
and kalau ada rambut yang gila panjang macam tu, bukan stakat boleh buat tali untuk putera idaman naik ke istana...
ai boleh buat angkat my dad kalau dia dah tua and tak larat nak jalan nanti. hehehehe
sebab, masa ai kecik2 dulu. ai and my brother selalu mintak kene dukung.
and my dad dukung dua-dua terus sampai penat.
bila dah besar and cerita balik
ayah penah cakap "jangan nanti ayah dah tua tak larat nak jalan, tak ada siapa pula yang nak angkat ayah".

ai rasa, kalau ai ada rambut 70 kaki panjang 2, 
bukan stakat angkat, ai siap boleh buat buai untuk tidurkan ayah.
wawawahahahaha.....
cuba la bayangkan. 
mesti empuk and kalah tilam Vono. hehehe...

sekarang!
berhenti berangan...
dan tunggu la rambut ku yang kontot ni panjang macam rambut Rapunzel.
WOW!
hahahaha.....


sekarang.....
compare dengan rambut Rapunzel


arrrggghhhhh....
sungguh mustahil!
tapi tak pe.... 
dapat tgk rambut and movie Rapunzel : A Tangled Tale 25 Nov ni pun jadi la....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...