nuff

Showing posts with label allah. Show all posts
Showing posts with label allah. Show all posts

Tuesday, June 14, 2011

(Gambar) Adlin dan Emilda menunaikan Umrah




Alhamdulillah.....
hopefully one day I pun akan ke sana..... tgh kumpul duit dalam Tabung Haji nih!

Monday, April 18, 2011

Manusia Tak Tahu Bersyukur

dah memang sifat semulajadi manusia kan~

memant tak tau bersyukur dengan apa yang ada. malah tak puas hati dan sentiasa mencari. ntah apa yang dikejar pun tak tahu lah...... kalau orang kaya, tak beryukur dah kaya... masih nak kejar kekayaan tu untuk jadi lebih kaya. kalau orang cantik pula.... sentiasa fikir tak cukup cantik and mengejar untuk jadi lebih cantik... bedah sana, bedah sini.... kalau yang kurus / gemuk pulak... tak puas hati, nak gemuk / kurus lagi.... berusaha lah mengejar nak nampak lebih menarik. ada juga yang memang dah kurus, tapi nak kurus lagi ( I lah tu!)

orang dah kawin pulak, dah ada suami atau isteri yang baik.... tak puas hati lagi.... sibuk mengejar yang lebih baik katanya..... dah ada anak perempuan tak puas hati lagi..... nak usaha sampai dapat anak lelaki..... itulah manusia...... mmng tak puas dengan apa yang ada. senang cakap memang tak pandai beryukur.

dah belajar pandai dapat 9A, tak cukup lagi tu...... nak kejar sampai dapat 10A. manusia..... manusia......
kalau yang bekerja pulak, dah dapat gaji RM5k, ak puas hati lagi..... nak kejar dapat gaji RM10K pulak~
kenapa kita tak berfikir dan pandang orang yang takdir hidup dia lebih teruk dari kita? kenapa kita suka memandang orang yang lebih tinggi dari kita?  itu semua hanya kepuasan hidup~ tak ada apa yang perlu di kejar..... so, I rasa beryukur je lah dengan apa yang ada.

macam pengemis yang sangat beryukur bila ada orang memberikan derma RM1 pada dia. macam orang miskin yang dapat makan untuk 1 hari..... bersyukur la macam orang tak ada kaki yang masih boleh berjalan dengan cara lain..... beryukur lah macam orang buta yang masih boleh teruskan hidup walaupun dunianya gelap. bersyukur lah Tasha....... bersyukurlah!!!!

entry ini adalah untuk I berpesan pada diri I sendiri supaya bersyukur dengan apa yang I miliki..... supaya I tak pandang benda lain yang I tak mampu miliki. supaya I tak kejar kebendaan untuk kepuasan dunia semata-mata..... supaya I bersyukur dengan apa yang I ada...... Bersyukur lah Tasha!!!!!

Wednesday, April 13, 2011

Semuanya Salah Ben Ashaari!!

semuanya bermula dari Ben Ashaari....masa 1st time join segmen dia 'SUAI KENAL BLOG'  follower I daripada 38orang mencanak-canak naik ke 108 orang. terharu sangat masa tu!

Terima Kasih BA.

I pernah juga timbulkan kontroversi dengan entry "I SENTAP DENGAN BEN ASHAARI!" padahal tak de pape pun..... tapi masa tu pun follower I naik daripada 267 jadi 300. ( I jual nama BA je pun~)

Terima Kasih BA
a
then I join 'BEN ASHAARI GEGAR 1000 BLOG'  follower I naik daripada 446 kepada 464 orang. huyo0....
kenapa? sebab I peneka yang hampir tepat dengan segala details ada dalam enty ni.KLIK HERE

Terima Kasih BA

then ada hati nak lawan dengan blogger 18sx. si Ujang..... dalam  segmen yang dianjurkan oleh Ben Ashaari "KALAU AKU ( TASHA ) INI DIA ( UJANG)" masa tu pun follower naik mendadak sebab I beat blogger famous tuh! memang mati penyek lah I...... follower daripada 468 kepada 497.

semua follower yang naik mendadak itu adalah dalam masa 1 hari jer! boleh u olz bayangkan???

so...... kebanyakkan follower yang naik mendadak dalam blog ni disebabkan oleh Ben Ashaari....
so, I patut ucapkan terima kasih yang tak terhingga pada dia. 

abg Ben, TQ so much.......

and yang paling I bangga adalah....akhirnya abg Ben Ashaari  follow I.


I rasa terharu..... selama ni I jeles sangat dengan blogger lain bila abg ben follow diorang. tapi sekarang dah tak jeles dah. sebab abg ben pun dah follow I setelah I dah follow dia lama dulu. muka I pun dah tenggelam dalam ribuan follower Ben Ashaari.

Tuesday, March 22, 2011

Rahmat Allah

Semalam ada kelas Tekanan dan Sokongan.
Dr. Rosadah ada kemukakan soalan

"Pernahkah kamu melalui satu perasaan yang tenang dan damai. seolah-olah pada saatu itu kamu sangat tenang?macam tu la lebih kurang bentuk soalan dia.

then kami pun fikirkan tentang itu dan jawab ikut pengalaman masing2.

then dia tanya "pernah tak kamu merasa sangat kacau dan celaru, seolah-olah apa yang kamu buat semuanya tak menentu?" macam tu la lebih kurang bentuk soalan dia.

kesimpulannya, Dr. Rosadah menjelaskan bila kita berada pada tahap sangat tenang dan damai, itu kerana rahmat tuhan sedang bersama dengan kita dan kita dibimbing olehNya.

dan pada saat kita sedang sangat kacau dan celaru plus serabut.... keadaan sebaliknya berlaku.
maka... kita sedang diujiNya.

Sunday, December 19, 2010

Memori

bila ada sesuatu yang dikatakan sebagai MEMORI,
barulah hidup kita ada sesuatu yang bererti untuk dijadikan kenangan
atau pengajaran.

kalau tak ada memori, kita tak akan ingat yang kita pernah melalui sesuatu yang pedih 
tapi bila dikenang kembali, 
itulah perkara yang menyedarkan kita tentang kesilapan ada dimana-mana

kadang-kadang, ada juga yang kata
kenangan pahit bila dah lama ditinggalkan,
bila dikenang kembali, menjadi sesuatu yang buat kita ketawa dan mungkin membuatkan kita sedar akan sesuatu hikmahnya.

bersyukurlah bila ada sesuatu yang buruk menimpa kita,
sesungguhnya itu cuma ujian kecil yang bertujuan untuk mematangkan kita dalam kehidupan.
semua yang berlaku dalam hidup ini telah disusun oleh Yang Maha Esa.

daripada mengeluh, baiklah kita memandang perkara yang menimpa diri kita itu sebagai pengajaran
untuk masa akan datang dan tetaplah bersyukur.
jangan marahkan Tuhan dengan ujianNya.
sebaiknya, buka minda dan pandang orang lain yang mempunyai nasib yang lebih teruk dari kita.

semua yang terjadi dalam hidup kita sebenarnya sangat indah tak kira teruk macam mana pun.
kalau tak percaya!!!

bila dah berjaya dan dah keluar dari musibah itu,
kita kenang kembali memori lama itu,
pasti akan ada sesuatu yang buat kita tersenyum atau buat kita berkata
"kalau aku tak susah dulu, aku tak akan jadi macam ni."

ai kongsikan keindahan dan keajaiban MEMORI ini sebagai pengajaran dan kenang-kenangan buat rakan-rakan pembaca, follower, juga untuk diri sendiri.

hayatilah hidup ini dengan sebaiknya dengan mengingatiNya.

Tuesday, October 5, 2010

Jiwa Kacau

eh?
hehehe... :)
grrrr.....

aku tampo gak budak ni kang

Thursday, April 15, 2010

rindu

aku rindu ibu
aku rindu ayah
aku rindu angah
aku rindu adik
aku rindu mak tok
aku rindu mama
aku rindu tv kat rumah
aku rindu bilik air atas
aku rindu TUHAN...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...