nuff

Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Monday, April 11, 2011

JIKA AKU PELAKON POPULAR


* Nak berlakon teater, drama atau filem?
- I nak belakon teater.

* Watak yang diidamkan?
- I nak watak nenek kebayan. boleh?

* Nak berlakon disamping Pelakon popular mana?
-I nak belakon jadi nenek kebayan kepada Mat Dallas (yang belakon Kyle XY tu~).

* Nama glamour anda
-Mak Ketum. wahahahahahaha......






more info? klik banner tu!



Friday, December 25, 2009

Akhirnya, Muallaf di Malaysia!!

Hari ini, 25 Dec 2009. aku menonton Muallaf yang dah lama dinantikan oleh rakyat Malaysia hasil karya Allahyarhamah Yasmin Ahmad. mulanya aku tak faham kenapa cerita ini lambat sangat untuk ditayangkan di pawagam2 di Malaysia. bila dah tonton sendiri filem ni, baru lah aku faham....
bagi aku, isi cerita dia simple je..tapi agak berat untuk difahami memandangkan kesudahannya yang "begitu aje".

kesimpulannya, kalau nak tonton filem ni, anda harus disertakan dengan beberapa research sebelum juga selepas menontonnya. Sebab bagi aku, filem ni kene tonton lebih dari sekali untuk menghayatinya. itu bagi aku....tapi kalau orang macam Allahyarhamah Yasmin Ahmad, aku tak tau lah.sekian....

Thursday, November 5, 2009

THE TIME TRAVELER'S WIFE (2009)



Kali ni, The Time Traveler's wife 2009 adalah sebuah filem yang telah diadaptasi dari novel yang aku tunjukkan pada post yang lalu.

Bgi aku, filem ni boleh bagi 4/5 bintang. Memang superb! walaupun jalan cerita dia yang agak berbelit-belit....tapi bila dihayati, memang boleh menitiskan air mata bagi insan2 yang berhati kecil. aku?? xde la mengalir pun, bergenang jek....then kering balik. hahahha...

Ok, ni adalah sinopsis cerita The Time Traveler's wife yang mula ditayangkan di USA pada 14/8/2009 dan di Malaysia pada awal November 2009.

Al-kisah, Hendry merupakan seorang lelaki yang bertugas sebagai pustakawan mengalami masalah genetik yang menyebabkan dirinya boleh merentasi masa tanpa dapat mengawalnya, dia menyedari perkara ini semenjak dia berusia 6 tahun dan berlaku semasa dia terlibat dalam kemalangan alan raya dengan ibunya... bab ibu2 ni.... aku memang sensitip sangat2!!!

Namun, walaupun dia mampu merentasi masa, tapi dia xboleh ubah takdir. Dalam masa yang sama, dia selalu merentasi masa dan muncul di satu padang tempat Clare bermain, semenjak Clare berusia 6 tahun. Oleh itu, Clare mengaggap Hendry adalah cinta pertamanya...

Seterusnya, Clare bersungguh-sungguh mahu mengahwini Hendry dan....

Adakah Clare berjaya mengahwini Hendry? bagaimanakah corak kehidupan Hendry? siapakah ibu bapa Hendry? adakah ini cerita superhero? ...

hahahaha....

Kalau nak tau kesudahan cerita ini, korang tgk la cerita ni...klu korang yang xsuke jiwang2 mungkin akan tersentuh dengan kesungguhan setiap individu yang ada dalam cerita ini. dan kalau tak tersentuh juga,,,aku suspect jiwa korang memang kental. hehehe....

Lagi satu hal, kebanyakan perkara yang berlaku dalam cerita ini dilihat bersesuaian dengan perdaram masa yang berlaku. aku memng rasa tak tertipu dengan jalan cerita ini dan seolah-olah perkara tu memang real berlaku dalam kehidupan manusi. bagi ak, ni adalah filem wajib tonton n mest teringat-ingat sampai balik.

Sekian.

Sunday, September 13, 2009

Papadom di pawagam.




Mengisahkan Saadom adalah seorang pengusaha kedai makan yang terlalu kuat bekerja sehingga berjaya mengejar impian hidupnya, namun dia gagal dalam tanggungjawabnya sebagai suami kepada Munira dan ayah kepada Miasara. Situasi ini berubah apabila Saadom kehilangan isteri kesayangannya yang mati dalam satu kemalangan ketika ingin melihat anaknya menerima anugerah di sekolah selepas suaminya memberikan alasan sibuk. Sebelum itu, Munirah sempat berpesan agar suaminya akan sentiasa menjaga anaknya seperti mana menjaga kerjanya. Sejak itu Saadom tidak lagi seperti dulu, ke mana saja anaknya berada dia sentiasa berada di sisi. Sehinggalah saat berpisah apabila Miasara ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya di IPTA. Miasara tidak lagi mahu ayahnya mengikutnya ke Kuala Lumpur dan mengugut akan berhenti belajar sekiranya tidak patuh arahannya. Saadom akur dengan kehendak anaknya, namun di sebalik itu Saadom punyai rancangan untuk memohon jawatan sebagai tukang kebun di IPTA tempat anaknya belajar agar dapat sentiasa melihat anaknya.






Judul: PapaDom
Tagline: Sebuah kisah mengenai seorang bapa, seorang anak dan papadom.
Genre: Drama / Komedi
Pengarah: Afdlin Shauki
Penerbit: Tayangan Unggul Sdn Bhd
Kos penerbitan: RM1.44 juta

Pelakon:
Afdlin Shauki (Saadom)
Noorkhiriah (Munira)
Liyana Jasmay (Miasara)
Vanidah Imran (Profesor Balqis)
Farid Kamil (Hisham)
Scha (Shasha)
Chelsia Ng (Yvonne)
Que Haidar (Mat)
Harun Salim Bachik (Hussin)
Pete Teo (Alan)
Adham Malek (Ali)

Tarikh tayangan: Oktober 2008

:
Filem Terbaik
:
Pelakon Lelaki Terbaik
:
Pelakon Wanita Terbaik
:
Cerita Asal Terbaik
:
Skor Muzik Asal Terbaik


Tuesday, September 1, 2009

final destination 4




Directed by: David R. Ellis

Produced by: Craig Perry,Warren Zide

Written by: Screenplay: Eric Bress

Characters: Jeffrey Reddick

Starring: Bobby Campo, Shantel VanSanten, Haley Webb, Nick Zano, Krista Allen, Andrew, Fiscella, Jessica Ritchie

Music by: Brian Tyler

Theme: Shirley Walker

Cinematography: Glen MacPherson

Editing by: Mark Stevens

Studio: Zide/Perry Productions, LivePlanet

Distributed by: New Line Cinema (Warner Bros.

Release date(s): August 28, 2009 (US/UK), October 15, 2009 (Aus/NZ)

Running time: 82 min.

Country: United States

Language: English

Budget: $43 million

Gross revenue: $28,300,000 (domestic)

Preceded by: Final Destination 3 (2006)


**kepada yang nak tau apa yang ada sebelum2 final destination 4, ini ada poster yang berkaitan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...