nuff

Showing posts with label regret. Show all posts
Showing posts with label regret. Show all posts

Tuesday, April 12, 2011

Cinta sampai Tua

I baca Entry Yuyu Zalikha pasal 'mengimpikan hubungan yang terus manis hingga tua'


yup.... memang betul apa yang Yuyu katakan...and melalui pengalaman dan pemerhatian I lah kan... memang kebanyakkan pasangan yang dah tua tapi masih romantik adalah pasangan  orang barat. orang asia ni kurang sikit. sayang menyayangi memang ada....tapi romantiknya kurang.... lagi-lagi bila dah berusia 40 keatas. yang paling jelas jaraknya (membawa haluan masing-masing bila umur 60 tahun).kalau tak percaya.....sila google image 'malaysian old couple' dan bandingkan dengan 'britain old couple'.


Bagi pendapat I lah.... mungkin semua ini kerana malu. macam orang barat.... diorang memang tak tau malu. berbogel tepi pantai dah jadi kebiasaan. (bukannya I nak suruh u olz jadi macam tu okay!) maksud I, kalau diorang sayang, diorang cinta.... diorang tak rasa malu pun untuk tunjukkan sayang tu. kalau orang asia ni.... bila isteri nak pegang tangan suami sambil jalan-jalan kat shopping complex, suami tak nak. katanya.... malu orang sekeliling tengok. 


la..... apa salahnya.... biar la orang tengok betapa romantiknya u olz... bukannya u olz buat maksiat pun. dah kawin ape.... itulah masalahnya orang asia ni. kalau dapat suami romantic pula, isterimya pula yang malu depan anak-anak. suami nak peluk isteri depan anak-anak pun segan. kenapa perlu segan? I suka jer.... tengok my dad peluk my mom.... and I suka je tengok my mom pegang tangan my dad masa pergi pasar malam. tak salah pun~


I rasa.... kita kene betulkan mentaliti orang asia tentang rasa cinta ni lah.... terutama sekali bagi yang dah berkahwin lebih dari 20 tahun. ini tidak.... sebelum kawin...romantic sampai pijak semut pun tak mati. bila dah kahwin.....kadang-kadang, tak sampai 3 tahun dah nak bercerai berai (bukan I nak kata orang barat tak de bercerai.) tapi semua ini bergantung pada individu la~


berdasarkan pengalaman, pasangan barat yang sampai tua romantik tu.....adalah pasangan yang tak terlalu sosial dan kehidupan mereka bersederhana. maksudnya tak terlalu mabuk-mabuk, tak hisap dadah, kehidupan teratur walaupun tak terlalu sempurna. dan kebanyakkan dari mereka bukanlah kaya raya......so, kita pun boleh jadi mcm mereka.....apa salahnya kan???

bagi yang dah kawin aje okay!!!!


ini tak bagus sebab suami dia je yang pakai helmet. isteri dia pulak...tak dipakaikannya..
nanti kalau excident....dia sorang je yang selamat!.
tak baik untuk kesihatan yer~

Wednesday, February 9, 2011

Berani nak rampas kekasih orang???

i tak berapa faham dengan metaliti seorang lelaki atau perempuan yang berani sungguh nak merampas hak orang lain.

mungkin orang macam ni masa dia kecil-kecil dulu mmng pantang tgk budak lain main permainan and dengan kejinya dia akan merampas permainan tu dari budak lain (hasad dengki tinggi!)

so, itu kisah zaman kanak-kanak....
macam mana pulak kalau dah besar panjang, tapi masih ada hasad dengki.
dia bukan tak tau yang awek tu dah ada Boyfie. tapi kenapakah dia masih nak try awek tu?
kenapakah????

pelik la orang macam ni. my fren kata orang macam ni dia saja nak test market.
hurm..... ko ada market ke? market apa? Billion? KipMart? Todays? Tesco?

kejadanhnya ganggu rumah tangga orang. cuba la kalau nanti isteri dia kene ngorat dengan lelaki lain. bengang tak?

lagi satu, I terfikir.....kalau lah dia berjaya rampas awek orang, tak mustahil suatu hari nanti awek dia tu akan dirampas oleh orang lain juga. that is karma~

apa pendapat u olz?

betul tak?

so, kepada lelaki atau perempuan yang memang dengki tengok kebahagiaan orang lain and berniat nak musnahkan rumah tangga orang lain tu, sial sila la fikir buruk baik perbuatan anda itu. lagi-lagi kalau anda tu berpendidikan agama yang sangat tinggi dan mungkin akan jadi ustaz tak lama lagi. (ada yang sentap ker?)

ish2.... manusia~

dan yang membuatkan I rasa macam nak bertepuk tangan depan muka dia adalah.... masa dia dalam usaha nak ajak awek tu berdating (ustaz ajak awek orang dating!!! keji sngt!) ayat punyer la baik dia pasang..... sekali awek tu cakap apa??
u olz nak tau?

"mintak maaf la yer, I tak suka keluar dengan lelaki yang I tak berapa kenal" jelas awek tu~
sentap ustaz!!!

memang padan la dengan muka dia. LOL~

Monday, January 24, 2011

orang kata.....

orang kata, kita akan menyesali jika orang yang kita sayang selama ni pergi tinggalkan kita. terutama sekali semasa sepanjang dia ada dengan kita, kita tak begitu menghargainya.... tapi bila dia dah pergi, barulah kita nak menyesal. thanx god I dah lalui perkara ini dan I tak akan abaikan dia lagi~

enjoy this video:

Wednesday, December 1, 2010

make over~

sekali lagi ai nak mulakan post ini dengan.....
kenapa?
regret atau sama juga dengan menyesal pasal tak amik gambar sebelum
untuk tempat-tempat yang sedang di renovate make over sekarang.

untuk kali ini, dah masuk kali ke dua balik rumah dengan rumah yang tunggang langgang sedang di renovate.
tapi kali ni renovate kecil-kecilan jer....
last time renovate tingkat atas untuk jadikan bilik ai and bilik my brother sama saiz.
sekarang pula, ubah sikit pemandangan kat intro rumah ni.
hehehehe

siapa interior design nye?

my mom la interior design terkemuka dalam rumah ni.
hahahaha.....
ai mmng percaya yang my mom ni creative.
apa-apa pun yang cantik dalam rumah ni....
orang yang patut dan wajib di puji adalah 
MY MOM!!!

HAHAHAHA....

SO, nanti ai upload gambar-gambar sedang dan selepas make over ya.
sebab gambar sebelumnya lupa nak amik.
hehehe...

maafkan kami penunggu gua.

p/s: nampaknya ai dah hutang 2 gambar dengan u olz....harap bersabar yer. sesungguhnya Tasha sangat pemalas sangat sekarang ni sejak balik ke Home Sweet Home dia.
hehehheeh

Monday, August 23, 2010

My Family & Ramadhan

tajuk My famly and Ramadhan??
mest korang terfikir macam ada sesuatu je kaitan antara keluarga aku dengan Ramadhan kan. memang ada kaitan pun.... tiap tahun, bila Ramadhan menjelma..
my parent memang wajib ke Jalan TAR, KL. sejak dari yang aku ingat... rasanya dari aku umur 16 tahun memang famly aku WAJIB ke Jalan TAR dalam bulan Ramadhan.

untuk cerita tahun ni...
pada hari jumaat lalu, my famly sampai di Bangi untuk sambut b'day aku. then, mlmnya dengan aku skali tidur rumah sepupua ayah di Keramat dekat Ampang. esoknya selepas pukul 12, keluar lah keluarga ini memulakan penjelajahan ke Jalan Tar. Kitorang sampai kat Jalan TAR pukul 1.30ptg. (jalan sesak tak hengat!!!!)
macam2 ragam kat sana, semakin menuju ke petang, semakin sesak and padat. aduhai....
beli itu lah, beli ini lah.... masing2 dah dapat apa yang diorang nak. punyelah berjalan..... dari hujung depan Sogo hingga ke Masjid India perginya.... ko bayangkan je lah. Gila penat!! tapi bagi aku, yang penting aku bersama ngan famly aku..... seronok wooo...

akhirnya, kitorang meninggalkan Jalan TAR dengan barang masing2 pada pukul 5 ptg. giler x?

aku punye hal pula.... nak beli seluar jeans ni.... pikir punye pikir nak beli saiz 27 ke 26? pasal yang saiz 28 longgar. adoi.... amik la saiz 26. coz ukur kat leher ngam2. sekali balik rumah my auntie, try seluar yang aku beli 2..... Bapak ketat nak mampos. boleh pakai. tapi memang dah macam sarung nangka. orang kata perempuan xbaik pakai seluar yang terlalu ketat kan.... menyesalnya beli.... esoknya ke Jalan TAR blk untuk nak tukar seluar, kedai tu plak dah xdek. coz orang tu kata.... hari sabtu orang lain yang meniaga. klu hari biasa, orang lain plak meniaga. klu nak tukar... datang hari sabtu. klu korang???? nak tukar ke?? semata-mata bersesak2 nak ke Jalan Tar untuk tukar seluar..

hmmm..... ntah lah. xleh berfikir dah ni.

ada tak sesiapa yang pinggang dia bersaiz 26 nak beli seluar ni dari aku?? lom pernah pakai lagi, baru try jek. nak tak? rm50 jek.... murah babe. mana nak dapat!!!!

ok, enough pasal seluar yang salah saiz 2!

sekarang aku nak cerita pasal lokasi ke dua yang wajib mak aku mest pergi klu dtg KL. klu tak.... memang dia akan salahkan bapak aku sampai bila2 sebab tak bawa dia ke IKEA, Ikano Power Centre yang kat Damansara 2.(mana lagi kan???? situ jek pun yang
ada)

pagi2 buta kul 7 lebih kitorng dah keluar dari rumah mak long aku yang kat Bukit Indah. and terus menuju ke Damansara. tapi awal giler kot. jam baru kul 8pg. IKEA buka kul 9.30.... giler tak giler juga la famly aku ni.... semuanya kerana mak aku.... bapak aku siap bagi dialog masa on the way ke IKEA tu...

"kalau tak bawa kang... abis dia cakap tak cukup tu lah, x cukup ni la. tu lah sape suruh aritu tak bawa g IKEA!" hahaha.....
pape jek si suami dan si isteri ni.

dah sampai, tgk IKEA tak buka lagi, bapak aku pun keluar dari area Mutiara Damansara tu.....
angah pula tanya.... "aik, kata nak g IKEA?"
aku pun menyampuk "dah g la ni..... dah tgk, and dah nampak IKEA kan? dah la. nak balik dah"
mak aku pun senyum2 kambing.... dalam hati dia....tuhan aje la yang tau kan2??
hahahaha...
angah yang dah dapat tangkap maksud aku pun cakap
"ada juga yang terjun dari kereta ni kang kjap lagi"
hahahaha.....

sementara tunggu IKEA buka, my dad ke One Utama kat sebelah TV3 tu...untuk tgk konsep raya tahun ni. tahun lepas ala2 kampung. rupanya, tahun ni konsep ala2 di sawah bendang gitew~

this is my angah dengan gaya yang ntah pape jek

ni untuk korang yang mungkin tak pernah tgk padi pada pokoknya. (aku pun!)

memikirkan kegila an yang telah kami lakukan
"apasal la shopping complex tak buka pukul 8?" giler kau!

nampak x?

nampak x? nampak tak kedai masih belum buka and kitorang pulang dengan gambar2 jek.
giler tak giler juga la family aku ni. pergi masuk One Utama pepagi semata-mata nak amik gambar. padahal semua kedai pun belum buka. nasib baik tak kene halau.
hahahaha....

after IKEA buka, kitorang membeli la pape yang mak aku suka.
itu pun bapak aku dah jalan laju2 (paham2 je la kan)
then terus ke Jalan TAR semula. konon2 nak g tukar seluar... tapi tak dapat...
hmmmm..... =(

itulah kisah My Family & Ramadhan....
Hanya Jalan TAR & IKEA jadi saksi.
LOL!!!

Sunday, August 15, 2010

kenapa ek?

kenapa ek?
selalu macam tu....
bila dah buat baru nak menyesal.
bila dah berlalu baru nak menyesal
kata "alamak....rugi tak buat cam tu"
"kenapa la aku buat macam tu"
"menyesalnya tak mintak kat dia"
dll.

kenapa ek?
rugi giler masa ada dengan dia aku tak mintak nak amik gambar dengan dia.
padahal camera ada jek dalam hand bag ni.
adush.... mungkin pasal aku tak rasa macam beriya-iya nak amik gambar dengan dia kot.
segan pun iya juga (tapi for what??)
tapi kenapa bila dah balik rasa regret giler babeng???
why....why...why????
aduh...

ok, sekarang ni apa yang ko patut buat adalah
bawa bertendang
dan
lupakan apa yang ko sesalkan sangat tu
setakat gambar je pun....
mana la tau jodoh korang boleh jumpa lagi.
that time, amik la gambar banyak2 sampai muntah.
hopefully~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...