nuff

Showing posts with label gulz. Show all posts
Showing posts with label gulz. Show all posts

Tuesday, May 17, 2011

Selamat hari guru~

wah...rasa macam dah lama sangat tak buka blog dan update blog...apa tak lagi jalan-jalan kat blog orang lain. mintak maaf lah semua yer..... mintak maaf sebab tak update blog dan mintak maaf sebab tak melawat blog u olz.... I bukan sengaja....I just busy sikit la bila balik rumah ni. memang lah kerjanya melepak aje. tapi asik tengok tv aje. tu yang jadi busy tu....hahahaha..... jangan marah yer~

semalam I baru jer mimpikan cikgu terbaik yang i pernah jumpa. cikgu yang letah ajar i matematik daripada i selalu fail setiap ujian bulanan.... berat dia ajar... I telah berjaya lulus dengan jaya nya untuk subjek matematik itu. apa lah agaknya khabar cikgu Nooryatimah agaknya ek..... rindu sangat kat dia....

sebenarnya bukan cikgu Noryatimah aje yang special..... setiap cikgu yang pernah ajar I ada keistimewaan masing-masing. dan masing-masing ada cara yang tersendiri untuk jadikan kitorang yang nakal ni berjaya dalam pelajaran..... I mengaku.... i bukan lah pelajar yang cemerlang....tapi berkat usaha setiap guru ini memberikan didikan yang tak henti-henti..... I pun dalam diam telah berusaha juga untuk SPM yang berjaya. alhamdulillah..... berkat usaha dan doa semua orang.....semua pun berjaya dengan cara masing-masing sekarang.

dan baru je petang semalam I jalan-jalan kat sekolah lama..... memang dah banyak perubahan. bila I lalu....I nampak diri I dengan pakaian seragam sekolah berjalan... langkah longkang.... main kejar-kejar.... rindu pulak dengan zaman persekolahan..... huwaaa.... rasa nak nagis pulak tiba-tiba.

apa-apa pun....Selamat Hari Guru pada semua guru-guru di Malaysia..... terutama sekali guru-guru yang pernah mengajar I dari tadika hinggalah tingkatan 6..... (I ada banyak sekolah!) tak lupa juga pada pensyarah-pensyarah yang juga merupakan pendidik yang telah melahirkan ramai graduan di Malaysia ni.....

saya sayang cikgu!!!!

rindu pulak nak berdiri dan sebut "Terima Kasih Cikgu~"

Monday, April 11, 2011

EH! Make Me Gorgeous


u olz..... jom la pergi bengkel ni!!!
temankan I ea...
daftar la sebelum 16hb ni. murah sikit. RM35 jer... 
kat Paradox Bistro,Damansara.
dari pukul 11-5 petang. 

lets go.....

more info:
click here or call 03-79527036

Wednesday, January 26, 2011

Tips Pose like a model

tgk! ada gaya macam model tak?
okay, walaupun dia hitam, tetap diambil sebagai model okay. nak jadi model bukan cantik aje.....
yang penting kene ada bakat dalam memberi pose-pose yang cantik macam Posh Bechkam tu.


bila jadi seornag model, pose masa duduk pun kene la cantek.....
jangan la statik macam pengantin bersanding.
zaman sekarang punya pengantin pun tak duduk macam tu dah.

I tau, gaya letak tangan kat pinggul mmng nmpk mcm model, tapi kalau anda rasa anda gempal and lemak akan bergumpal. sila cari pose lain yang lebih selamat. buktinya ada disini yer.....
I rasa mesti JLO menangis bila dia dapat tau badan dia masih belom mantop selepas dia habis berjuta-juta untuk sedut lemak, pembedahan plastik, gym instructor, n so on......

ini model terkenal! jadi....ikutlah cakap dia. jangan degil!

tengok macam HP ni, dia pose macam mana pun, dia tetap nmpk cantik. 
dia mng professional!

Monolog: ko bagi tips-tips bagai ni..... ko model ker???
Me: Nope. I'm Malaysian Top Model.
Monolog: duhhhh.....
Me: terus pose macam model

just share melalui apa yang I dapat dari 

Saturday, January 15, 2011

Bagaimana Hendak Membesarkan Payudara?

well, malunya bila dapat soalan macam tu kan??

lagi pulak I ni belum berkahwin. tapi itulah kenyataannya bila ada seorang perempuan yang jauh lebih muda (pangkat adik-adik) dari I bertanya soalan macam tu pada I. Apa yang patut I jawab?

I cuma boleh jawab itu semulajadi yang diberikan oleh tuhan.

tapi, ini buatkan I terfikir adakah krim-krim untuk payudara yang ada di pasaran memberikan kesan kepada pengguna?

well, I tak ada jawapan untuk semua itu. tapi, I nak share link ini:


so, kepada pasangan yang dah berkahwin, kalau nak try....sila la amalkan yer. 
I ni belum kawin, baca aje boleh la....
hahaha.....


amboi....gatalnya anak dara ni!!!
( dengar suara my mom warn me. lari laju-laju~)

and kalau anda betul-betul yakin nak besarkan payudara, sila tonton video ini

Tuesday, January 4, 2011

LAWA aje tak guna....

apa yang kita boleh definisikan dengan cantik???

biasanya bila kita nampak awek yang cun and hot. kita terus cakap yang "cantiknyaaa..... dia".

tapi sekarang ni ai nak luahkan apa yang ai fikir tentang cantik untuk seorang perempuan.

perempuan yang cantik mestilah:
1. pandai bergaya- tak semestinya pakai barang yang branded maknanya dia bergaya. bila dia pakai heels maknanya dia bergaya. no... no... no...! bergaya itu adalah berpakaian, dan mempunyai sikap yang sesuai mengikut situasi. bila di majlis formal dia pandai bergaya dengan pakaian formal dan bersikap formal. dengan make up ang sesuai.

2. bersopan santun- sopan ertinya bercakap dengan gaya yang lemah lembut, menghormati orang tua, dan semua yang berkaitan dengan sopan santun lah. u olz pun tau kan sopan and santun tu macam mana kan???

3. rajin- perempuan yang cantik ni mestilah rajin. jangan harapkan muka make up tebal seinci tapi basuh pinggan sebijik pun malas. bila orang tua panggil, sejam lepas tu baru datang. mmng dasar pemalas tak layak untuk jadi perempuan cantik ok. kalau dia rasa dia cantik tapi pemalas, kau tak cukup cantik yer dik!

4. pandai- pandai kat sini tak bermaksud kene belajar sampai masuk University, ada juga orang yang pandai tapi tak dapat masuk U sebab family dia tak mampu ke.... apa2 jelah kan... so, perempuan yang cantik perlulah pandai dalam berfikir dan berkata-kata. cuba bayangkan kalau cantik dah ni dengan gaya anggun mengalahkan Era Fazira, tapi ibu negeri Pahang pun tak tau (konsep cantik unuk gadis di Malaysia). haru biru la tu alamatnya.....

so, apa pendapat korang kalau ada perempuan cantik yang anda kenali, mempunyai baju yang paling lawa, pandai make up, rambut yang ikal mayang bagai dibuat kat saloon atau pandai bertudung shawl lilit2, pakai heels yang paling anggun, and berjalan dengan penuh bergaya. TAPI......

PEMALAS, TAK CUKUP PANDAI SAMPAI EJA 'HANDPHONE' PUN TAK TAU, BELAGAK BAGUS AND CAKAP MACAM LONGKANG. apa pendapat korang???

ni Tasha tengah marah dalam beradapan dengan orang macam ni dalam hidup ai ni tau. kalau boleh, ai nak tanya dia "agak2 pernah rasa kene tikam bertubi2 tak???" geram betul dengan orang macam ni. ada rupa, tapi tak pandai seimbangkan kecantikkan yang Allah bagi pada dia. buat orang sakit hati aje.....

tolonglah bawa orang tu jauh dari ai sebelum ai tikam dia bertubi2. (bermonolog dalaman: wah! mcm berani sangat aje)

p/s: perempuan cantik yang layak digelar cantik is Era Fazira, dia pandai masak, pandai bergaya, tapi sopan santun. mmng cantik. tapi kalau korang tak suka ai kata era cantik, munkin ada juga orang lain yang lebih cantik dari era yang ada ciri-ciri macam ai cakap tadi kan. hehehehe.....

Thursday, December 16, 2010

untuk Perempuan, Isteri dan Wanita...

hari ini, ai nak share rahsia perubatan tradisinonal yang diamalkan oleh nenek-nenek kita zaman dulu-dulu.

orang dulu-dulu tak ada faminine hygiene wash. jadi, dua gunakan sireh sebagai membersihkan alat sulit mereka.
tapi bukan membersih luaran dengan gunakan sirih masa mencuci.
tapi mereka minum air sireh itu.

okay, cara nak buat air sireh adalah:
rebus sireh tersebut  
and
dah boleh minum....

tapi, sekarang zaman dah moden, kita boleh la masak air, then masukkan air panas dalam pot coffee maker and masukkan 3 helai  daun sireh yang dah dikoyakkan.
 so, air sireh kita tu sentiasa panas and ready to drink any time and  bila simpan dalam thermos, itz ready to drink any where.

apa khasiatnya??
seperti yang diterangkan pada ai, air sireh itu akan mengatasi masalah keputihan yang sering dihadapi oleh perempuan yang dah haid, mengempiskan perut, menghilangkan bau mulut, mengatasi masalah bau pada kemaluan dan mungkin ada khasiat-khasiat lain yang tersembunyi dalam sireh tu kan. kalau rajin, tanya la encik google yer. tak lupa, ia baik untuk keintiman suami isteri. ish...malunyer~

ai tau rasa air sireh tu giler-giler punyer pahit, jadi ai cadangkan tambahkan madu sikit and minum suam-suam and jangan lupa selawat yer!

p/s: kalau nak jadikan ubat sebagai merawat penyakit, daun di kira dalam helaian ganjil. (cthnya: 3,5,7..... helai)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...