sudah jatuh ditimpa tangga!
dah la result menyedihkan. ingatkan di hujung2 pengajian ni result makin baik.
rupanya makin corot. sedih betul.
dah tu, time ni la juga budak tu nak ai bayar lekuk kereta dia yang ai hentam tak berapa lama dahulu.
ai jadi buntu la.....
ai rasa mcam ai tak ada ong la malam ni.
sudah jatuh ditimpa tangga pulak.
flash back sikit yer....
ai ni pagi2 kelam kabut nak pergi kelas, panaskan enjin kereta ala kadar kejap. then ai pun nak keluarkan kereta ai dari tempat parking yang memang rasanya dah jadi tempat ai kot (perasan sendiri). baik-baik under pelan2 konon2 takut ada kereta kat belakang. tiba-tiba......
ehem2....
memang ada kereta kat belakang. ai pun memang la tak perasan bila masa la ada anak kelisa duduk kat belakang parking ai ni. memang muka nak kene cium agaknya anak kelisa ni. dia duduk baik-baik je buat muka comel kat belakang bontot ai. tak ada tempat lain dah ker nak duduk!!!????
ai turun dari kereta, tengok-tengok tak ada apa-apa pun...... ai pun jalan dengan yakin.
balik dari kelas, dapat msg dalam FB, mak kelisa hantar msg cakap yang ai langgar anak dia.
aik....rasanya tadi mcm tak ada pape. ai pun g la melawat anak dia.
 |
| lekuk yang ai langgar |
cuba anda perhatikan lekuk tu terhadap saiz sebuah Kelisa.
adakah kemalangan itu terlalu besar sampai ai kene bayar RM350 kat dia?
ai tau yang masa mula-mula dulu ai punyer la belagak macam ai mampu sangat je nak bayar.
then, bila ai dah runding2 dengan my dad.
dia kata, stakat kemalangan kecil macam tu dalam KL. tak payah diperbesarkan.
itu cuma hal kecil and memang dah jadi risiko bagi orang yang ada kereta untuk selesaikan masalah
lekak-lekuk ni.
ai ni......naif + bodoh+ bangang=biol!!!!
mula-mula punyer la lagak macam mampu bayar. coz ai ingatkan setakat lekuk macam tu,
ketuk2 sikit. RM50 dah boleh selesai.
skali, bila bincang ngan my dad. dia kata RM50 tu tukar plate kereta cukup la......
adoi.....
buntu la.
boleh tak korang bagi pendapat ai patut bayar atau tidak???????
logiknya, memang la ai patut bayar.
tapi secara lumrahnya pulak.... tak boleh ke redha and jadikan kemalangan kecil tu sebagai pengajaran bagi ai and budak tu supaya pas ni parking kereta jangan duduk kat tempat yang memang muka nak kene cium. boleh tak macam tu????
UPDATE 26/12/2010
SANGAT BERTERIMA KASIH PADA BUDAK TU SEBAB DIA KATA AI TAK PAYAH BAYAR PUN TAK APA.... TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK. HANYA TUHAN SAHAJA YANG DAPAT MEMBALAS BUDI BAIK DIA. AMIN~