nuff

Showing posts with label lesbian. Show all posts
Showing posts with label lesbian. Show all posts

Wednesday, February 2, 2011

OMG! itz so Lesbian!!

LAPOR...Julia menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
LAPOR...Julia menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
KUALA LUMPUR: “Hubungan intim dengan pasangan sejenis menyebabkan saya sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak kami,” luah pengarah sebuah syarikat berusia 30-an yang hanya mahu dikenali sebagai Julia.
Selain melakukan hubungan terlarang, Julia menghabiskan wang ringgit dan harta benda lebih RM500,000 kepada seorang ‘pengkid’ sedangkan dia masih isteri orang dan mempunyai tiga anak kecil. 
Julia mendakwa layanan pengkid dikenali sebagai Az, 40-an, berasal dari utara tanah air itu membuatkan dia leka dan merasa disayangi lebih daripada kasih sayang dicurahkan suaminya.

“Hubungan kami ibarat suami isteri apabila menghabiskan masa setiap hari sejak lima tahun lalu hingga saya mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga.



“Disebabkan kealpaan menjalani kehidupan bersama Az yang bekerja sendiri, rumah tangga saya yang dibina bersama suami atas dasar cinta selama tujuh tahun lalu musnah,” katanya ketika di temui di Bangsar, semalam.


Menurutnya, hatinya terpaut dengan pengkid terbabit kerana memahami jiwanya dan pandai mengambil hati selain belaian romantik yang tidak diberi bekas suami.

“Sejak mengenali pengkid terbabit, hidup saya berubah 100 peratus dan sanggup memberinya sebuah rumah bernilai lebih RM300,000 serta pelbagai barangan mewah lain sedangkan saya tidak pernah berbuat demikian pada anak-anak.

“Kami mendiami kondominium di kawasan elit dan sentiasa bersama termasuk bertemu pelanggan, makan dan tidur sekatil. Bagi saya, saat bersamanya ketika itu detik yang paling bahagia dan bermakna menyebabkan saya tidak mahu berpisah dengannya walaupun sedetik.

“Saya juga tidak berpeluang menjenguk suami dan anak-anak kerana akan berasa ‘panas’ apabila berada di rumah sendiri dan mengikut segala kehendaknya,” katanya yang terpaksa menyerahkan hak jagaan tiga anak kepada ibunya.

Katanya, semua perkara yang mahu dilakukan perlu mendapat kelulusan Az termasuk bertemu pelanggan lelaki dan jika ‘kekasihnya’ itu nampak dia bersama lelaki lain, dia akan diugut menyebabkan perniagaan dibinanya ada kalanya berdepan masalah.

“Semua benda yang dilakukan perlu dirujuk kepada pengkid itu terlebih dahulu. Jika saya ingkar, dia akan memukul dan menendang saya sedangkan bekas suami tidak pernah melakukan perbuatan itu.

“Saya juga wajib memberi wang saku kepadanya RM10,000 setiap bulan selain menaja kos pelancongan luar negara dan membeli barangan berjenama lain. Pendek kata, pengkid itu hanya memesan dan saya akan membayarnya,” katanya.

Katanya, sejak menjalin hubungan, semua wangnya dipegang pengkid terbabit termasuk kad kredit dan kad bank.

“Az juga marah jika saya mahu memberi wang kepada ibu di kampung kerana beranggapan hanya dia layak menerima wang saraan setiap bulan.

“Sebelum ini saya pernah terfikir untuk menjauhkan diri daripadanya, tapi tak berjaya kerana berasa kasihan kepadanya dan kembali semula selepas sehari berpisah.

“Saya tersedar sepenuhnya Julai tahun lalu selepas berubat dengan beberapa ustaz dan cuba menjauhkan diri daripadanya hingga menyebabkan dia tidak puas hati dan membuat pelbagai ugutan termasuk cubaan menjatuhkan perniagaan serta maruah saya,” katanya.

Sejak meninggalkan pengkid itu, Julia berkata Az berusaha memusnahkan hidupnya hingga menimbulkan ketakutan menyebabkan dia membuat laporan polis tiga kali di ibu kota.

“Saya harap dia tidak akan mengganggu hidup saya lagi kerana saya mahu kembali hidup normal. Cukup saya menghambakan diri kepadanya sehingga tersasar daripada landasan agama.

“Apa yang saya tahu, Az kini sudah menemui cinta baru dengan seorang wanita kaya untuk dijadikan mangsa. Dia dan rakan-rakannya sanggup mengikis harta wanita kaya untuk kepentingan diri,” katanya.



sumber: Metro


kesian suami dan anak-anak dia. 
sesungguhnya kita suka mengabaikan apa yang ada depan mata demi sesuatu yang lain yang kita anggap lebih baik dari yang kita ada. dan akhirnya bila kita menyesalinya...... semua pun dah berakhir dan diri akan menyesal kerugian.

Wednesday, January 26, 2011

Block the UNKNOWN!

untuk hari ini, I nak bagi nasihat kat u olz rakan-rakan di alam maya ni....
tapi I bukan nak kata I pandai sangat sampai nak nasihat semua orang.
tapi, niat cuma nak berkongsi ajer...

beberapa minggu yang lalu, I didatangi seseorang dari FB yang letak namanya sebagai Siti Sya.
dia add I, siap bagi personal mesej dari YM blog, mintak I approve dia sebab dia ada soalan nak tanya. okay..... I approve.

beberapa jam kemudia, lepas dia dah realise I dah approve dia, dia pun menyapa I.
okay, I sapa la balik..... bukan menggatal dengan lelaki pun kan~
so, dalam dia duk puji-puji I, I pun macam pelik la asal pompuan ni memuji I macam I ni pompuan paling cantik dalam dunia??

tetiba dia tanya, tapi dia mintak izin dulu la supaya jangan terasa.
and I okay la....coz dia agak polite disitu....
"macam mana nak kasi besar? I punya kecik la..."
mula2, I macam pelik....nak besarkan apa? belon ker? bola ker? rumah ker?
then I pk mungkin breast kot. i tanya la.... "breast ker?"
"yup" dia jawab. I jadi Hurmmm...... apa nak jawab?
semantara nak jawab soalan dia, I geledah FB dia. tak ada apa pun  selain gambar 3 orang perempuan and dia note kan kat situ yang dia perempuan yang berbaju kuning.
hurmm.....lahir tahun 1997. agak curious disitu~

I pun jawab..."tak tau la, mana I tau,bnda ni kan semula jadi. u nak besarkan...pegila inject ker, pki krim ker..." okay.... cukup sampai situ. sebab I mula rasa macam ada yang tak kena... so, I terus ignore dia. dia sg2 kat chat FB, I ignore jer....

hinggalah hari ini, dia tegur I. hurmm..... okay la.... I reply. dia puji lagi.....
I mula yakin yang dia ni mesti bukan seorang perempuan. and I terus BLOCK dia and report dia as fake profile. hope FB akan padam dia.

hish.....ntah pape ntah. tak ke pelik kalau dapat orang mcm tu dalam hidup kita?
antara dua je yang I terfikir. mungkin dia Lesb atau pun seorang lelaki yang menyamar jadi lelaki.

macam-macam la manusia ni.....
sekarang ni, I boleh teruskan hidup...dan lupakan yang lain~

Wednesday, December 22, 2010

menjawab isu GAY dan seangkatan dengannya

korang dah baca dan dah dengar pasal pengakuan 
"saya GAY dan saya OK" kan????

jadi, ada macam-macam perasaan yang diberikan berdasarkan video tersebut.
ini pula adalah jawapan dari SEKSUALITI MERDEKA
tentang kenapa mereka buat video tersebut.

mari kita nilaikan bersama. klik sini 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...