nuff

Wednesday, February 9, 2011

Macam Mana mengajar murid buta?


hari ini, I nak cerita apa yang I fikir.

Pertama sekali, I ni adalah seorang pelajar Kursus Pendidikan Khas di UKM. so, tuntutan kursus adalah wajib praktikal mengajar. so, pengalaman I mengajar membuatkan I telah Create satu bahan mengajar untuk topik Protect and Conserve the Nature dalam matapelajaran Sains Tingkatan 1.

memandangkan I ni mengajar pelajar Buta dan Rabun teruk di kelas hujung. maka, I perlu come out dengan idea untuk mengajar supaya pelajar tak boring dengan masa pengajaran yang hanya 1 period (45 minit) tu.

so, I gunakan bahan dibawah ini:
yup, scrabble. tapi hanya kod huruf sahaja.... tak perlu satu set scrabble. btw, kalau ada yang terfikir macam mana orang buta main scrabble. jawapannya adalah di setiap huruf dan nombor pada diatas kepingan itu, ada kod Braille supaya orang buta dapat bermain seperti orang yang tipikal walaupun mereka tak boleh melihat huruf itu. kalau tak tau apa itu kod Braille. klik sini (ilmu baru bagi kawan-kawan yang mungkin belum tahu. sebab sharing is caring~)

so, dalam sesi pembelajaran itu, I telah bahagikan 7 orang pelajar I kepada 2 buah kumpulan dan 3 pelajar lagi tidak dikelompokkan dalam mana-mana kumpulan. kenapa macam tu? sebab 3 orang pelajar tersebut boleh membaca dengan baik dan lagi 2 pelajar sangat lemah dalam penguasaan kod Braille dan ada yang tidak boleh membaca. jadi, bila mereka dalam kumpulan (berpasangan), mereka boleh tolong menolong antara yang boleh baca dengan yang tak boleh baca. faham tak so far? (ceh feeling cikgu cekgi pulak tiba-tiba)

I berikan setiap satu pelajar dengan satu perkataan. ada 3 pelajar bukan kumpulan campur 2 kumpulan kecil. so, ada 5 perkataan:
  1. flora
  2. fauna
  3. udara
  4. air
  5. tanah


so, mereka perlu susun huruf-huruf scrabble tu hingga dapat satu perkataan. bila mereka selesai susun huruf tersebut, I minta mereka terangkan apakah cara untuk memelihara dan memulihara perkara yang mereka dapat. teknik pembelajaran yang I jalankan adalah dalam bentuk perbincangan dan I dapati mereka suka memberikan idea apabila rakan mereka tidak terfikir tentang apa yang mereka fikirkan. 

dan I rasa, untuk mengajar pelajar di kelas hujung memerlukan cara pendekatan yang memudahkan mereka mencambahkan idea. bukan dengan cara yang memberatkan mereka. kerana mereka tidak faham cara formal.

macam mana I nak pastikan apa yang mereka bincangkan itu akan diingati?

I telah mengarahkan mereka untuk mencatatkan idea yang mereka fikirkan sebelum menghuraikannya. oleh itu, apabila ada tambahan idea, mereka cuma perlu catatkan tambahan yang baru itu.

bagi pelajar yang tak pandai membaca dan belum menguasai Braille macam mana?
I arahkan pasangan kumpulannya itu untuk membacakan pada mereka. supaya mereka boleh ingat. u olz pernah dengar tak tentang  "walaupun buta, hatinya terang". well, itulah kelebihan orang buta!!!

I seriusly fall in love with my future life. and i hope I boleh jadi cikgu pada anak murid buta yang baik untuk mereka. amin~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...