nuff

Thursday, March 24, 2011

Kekasih ku Seru~

Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang benama Jimmy.Dia orang Johor dan dia ada seorang awek bernama Julia yang tinggal di Perlis.Mereka ini tak pernah berjumpa ,cuma sms dan call saje.

Gambar pun mereka tak pernah tengok sebab mereka hanya memakai nokia 3310.Bila dah lama berhubungan macamni mereka tak tahan dan ingin berjumpa.Maka dia orang berpakat untuk berjumpa di rumah Julia.

Julia pun memberitahu ibu bapanya yang Jimmy hendak datang.Tapi malang tak berbau Julia terlibat dalam kemalangan.Mayat Julia selamat di kebumikan.Seluruh keluarga Julia sangat sedih atas pemergian Julia.

Akan tetapi Jimmy tidak mengetahui hal ini.Kebetulan pula handphone di rosak.Seminggu selepas itu baru handphonenya elok.Jimmy terus mesej Julia dan mesej yang di hantar semuanya di 'reply'.

Pada hari yang ditetapkan Jimmy pun bertolak dari Johor ke Perlis untuk bertemu Julia.Pagi-pagi Subuh lagi dia dah bertolak menggunakan keretanya.Bila sampai di rumah Julia ,Jimmy pun mengenalkan dirinya kepada ibu bapa Julia.

Ibu bapa Julia menyuruh Jimmy duduk tetapi matanya terjenguk-jenguk kearah dapur atau bilik kot-kot Julia keluar.Jimmy semakin tidak senang duduk.Setelah lama berbual, Jimmy pun bertanya pasal Julia keran atidak sabar hendak berjumpa kekasih hatinya.

Ibu bapa Julia menyuruh Jimmy bersabar.Jimmy semakin hairan dan bertanya "Kenapa makcik..kenapa pak cik?? Apa yang terjadi pada Julia?"
"Julia telah meninggal dunia."kata ibu Julia.
Jimmy semakin kehairan ''Bila dan sebab apa?''

Ibu bapa Julia pun menceritakan kejadian itu tetapi Jimmy tidak percaya kerana dia ada sms dengan Julia sebelum berangkat ke Perlis.Jimmy pun menunjukkan sms itu kepada ibu bapa Julia.Ibu bapa Julia pun terkejut kerana cara sms dan no tel itu memang kepunyaan Julia.

Untuk mendapatkan kepastian, ibu bapa Julia pun membawa Jimmy kekubur Julia.Jimmy tak puas hati dan mengorek kubur Julia.Memang betul Julia sudah meninggal dunia.
Sebelum meninggal dunia Julia telah berpesan kepada ibu bapanya supaya menanam sekali handphone kalau dia meninggal dunia kerana dia sangat sayangkannya.Jimmy terus sms kat Julia di depan ibu bapa Julia.

"Awak tengah buat apa?"

"Tak ada buat apa-apa...Awak dah sampai ke..?"

Jimmy semakin panik "Ibu bapa awak kata awak dah meninggal dunia??"

"Memang saya dah meninggal..."

Jimmy memberanikan diri membalas balik sms itu."Habis tu macam mana awak balas semua sms saya??"

Kesemua mereka menjadi takut dan panik menunggu jawapan sms daripada Julia.Apabila menjadi terkejut beruk dan terpinga-pinga...kerana sms itu berbunyi...

"DIGI ADA DI MANA-MANA......hahahahahaa..."

got this from:
Read more

3 000 kritikan hebat!:

cik pulau said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

eee.. sengal kot citer ni..
ni mesti pelanggan Digi ni..
hadoi.. part yang last tu nak pecah kot perut gelak.. lalala~ ^^,

Tasha said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@cik pulau hahaha....tau tak per!!

Ujang9897 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

punya la panjang.........grr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...