nuff

Saturday, January 29, 2011

Mari Belajar guna "Bah" dalam dialek Sabah dan Sarawak

entry kali ini adalah mengenai pengunaan "BAH" yang sering digunakan oleh org sabah dan sarawak..
kenapa I buat enty macam ni? sebab I pernah juga menetap di Sabah dari usia 10 tahun hingga 13 tahun.
so, here we go.....
Salah satu penggunaan kata yang membezakan Bahasa Melayu Sabah dengan Bahasa Melayu piawai, ialah kata
tambah “-bah” yang sering diguna dalam percakapan. Kata tambah “-bah” mempunyai fungsi seperti berikut:

1) Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata
Contoh ayat:
Iya bah. – Iyalah.

Jangan bah! - Janganlah!
2) Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan. Selalunya digunakan pada permulaan kata.
Contoh ayat:
Bah, kamu pigi lah dulu – (Kamu pergilah dulu).

3) Memberi maksud sudah, atau penghabis kata. Pengganti dalam bahasa Melayu ialah “Baiklah”, atau “Begitulah”.
Contoh ayat:
BM Sabah: “Boy, nanti ko pigi beli beras di kadai sana.”
Boy menjawab, “Bah.”
BM piawai: “Boy, nanti pergi beli beras di kedai.
Boy menjawab, “Baiklah.”

4) Untuk menegur atau menyapa orang. Lazimnya org Sabah akan menyebut “Bah” bila berselisih dengan orang yang dikenali untuk tujuan menyapa orang tersebut.

Contoh-contoh ayat:
1.”Ko orang KL bah kan?” (awk org KL kan?)
2.”Sejuk bah ni air” (sejuknya air ni)
3.”Awal lagi bah ni” (masih awal lg)

Penyalahguaan "Bah"
Masyarakat sabah memang sinonim dgn perkataan “BAH” yang begitu unik. Tetapi perkataan “BAH” ini sering disalahertikan oleh masyarakat selain Sabah.

Mari kita menghayati dan renungi penyalahgunaan “BAH” dalam ayat-ayat ini:

1. “Apa kabar bah?” – Kononnya mau bertanyakan khabar. (Ini salah)
2. “Suda makan ka bah?” (Aneh….)
3. “Bila balik bah?” (Tak betul juga)
Oleh itu marilah bersama-sama menggunakan bahasa sabah dengan betul, jangan memalukan diri anda dengan kononnya menggunakan Bahasa Sabah tetapi sebenarnya salah... kita kan 1 malaysia   


Lagi… Bahasa Sabah and Bahasa Indon are 2 TOTALLY DIFFERENT THINGS.


sumber: orang sabah (kehilangan backlinknya. kalau tuan punya entry jumpa ini, sila la bagi link kamu yer)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...